Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar

November 10, 2022 by sabree hussin 31 Comments

Tahukah anda, bahawa orang yang ada blog sebenarnya sangat beruntung. Kenapa saya kata sangat beruntung?

 

Mereka ini adalah orang yang beruntung sebab dia boleh buat duit dengan blog yang dia miliki. Orang yang ada blog, kalau dia tau teknik-teknik dan strategi yang betul untuk menguruskan blog miliknya, In Shaa Allah dia juga boleh hasilkan income sekitar RM400 – RM1,000 setiap bulan melalui blog miliknya.

 

Tapi itulah… kebanyakkan dari kita tak manfaatkan blog dengan sebaiknya. Benda yang boleh memberikan pendapatan, tidak diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Sebaliknya benda yang tak memberikan sebarang income, itu yang diberikan perhatian lebih pula.

 

Saya buka laman web google. Kemudian, saya taip kata kunci “buat duit dengan blog” lalu saya tekan butang search…

guna google untuk belajar macam mana cara buat duit dengan blog

Terkejut. Rasa macam tak percaya pun ada. Tak sangka, rupa-rupanya, langsung tak ada artikel dalam blog saya, yang berjaya muncul di muka surat pertama atau kedua untuk kata kunci tersebut.

 

Maknanya, kalau ada pengguna internet yang mencari info tentang cara nak jana pendapatan menerusi blog, dia mungkin tak akan jumpa laman blog saya. Bila dia tak jumpa laman blog saya, maka sampai bila-bila dia tak akan kenal blog ini.

 

Ini tak boleh jadi. Saya kena do something. Maka akhirnya saya buat keputusan untuk tulis artikel ini. Saya rasa ada baiknya saya kongsikan serba sedikit pengalaman yang tak seberapa ini, sebagai panduan buat mereka yang ada menyimpan hasrat untuk menjadikan blognya sebagai medium untuk buat duit.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: buat duit dengan blog, buat duit dengan blogging, buat duit dengan blogspot, buat duit dengan menulis blog, cara blog buat duit, dapatkan komisen dari blog, jana pendapatan dengan blog

Betul ke boleh buat duit dengan menulis blog?

August 21, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Macam tak percaya! Tak sangka, rupa-rupanya hanya dengan menulis blog, kita boleh hasilkan ribuan ringgit setiap bulan.

 

Eh! La… Kenapa tak percaya pulak?

 

Sekarang ini, orang buat duit online bukan semata-mata melalui blog, malahan dah banyak orang yang berjaya buat duit dengan berbekalkan akaun media sosial seperti facebook, twitter dan juga instagram.

 

Kalau guna media sosial pun boleh buat duit, dengan blog sudah tentu boleh hasilkan duit juga. In fact, sebelum penggunaan media sosial begitu meluas di negara kita (mungkin juga didunia) pengguna internet terlebih dahulu menggunakan blog sebagai medium untuk buat duit online.

panduan-blog

Takkan tahun 2019 ni anda baru tahu yang dengan menulis blog pun boleh buat duit?

 

Ok saya faham. Mungkin konsep buat duit dengan blog agak baru bagi anda. Boleh jadi sebelum ini anda terlalu sibuk dengan kerja hakiki, urusan seharian, atau mungkin sibuk dengan belajar sampai terlepas pandang, yang rupa-rupanya disana terdapat peluang untuk jana pendapatan melalui blog.

 

Hanya apabila anda benar-benar terdesak perlukan duit tambahan, anda perlukan extra income dek kerana bertambahnya komitmen, barulah anda mencari-cari cara macam mana nak tambahkan pendapatan di internet.

 

Ada beberapa laman web yang mengelaskan blogging ini sebagai salah satu cara mudah untuk buat duit online. By the way, ada ke pembaca blog ini yang mencari cara mudah untuk jana pendapatan online? Saya rasa mudah atau tidak buat duit dengan blog, anda sendiri yang nilaikan.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: buat duit blogging, buat duit dengan menulis blog, cara buat duit dengan blog, panduan buat duit dengan blog

Ingat senang ke nak maintain banyak-banyak blog?

November 9, 2017 by sabree hussin 8 Comments

“Kalau satu blog pun dah rasa susah nak update selalu, jangan cari pasal nak buat banyak-banyak blog!”

 

Fokus je dulu untuk bangunkan sebuah laman blog. Masukkan konten-konten yang berkualiti dalam blog tersebut dan apabila blog tersebut telah mencapai matlamat yang disasarkan, barulah fikirkan untuk buka cawangan blog yang baru.

 

Blogging ni pun macam buat bisnes jugak. Kalau nak income lebat, kena ada banyak cawangan. Namun awas, seperti lain-lain perniagaan diluar sana, bukan semua yang ada cawangan tu akan perform dan berjaya menyumbangkan pendapatan. Ada juga cawangan yang tak berapa menjadi malah lebih teruk lagi, asyik rugi.

 

Sebagai pemilik perniagaan, terpulang kepada kebijaksanaan dan kemampuan anda, sama ada nak teruskan perniagaan tersebut, atau nak hentikan dan fokus kepada perkara lain atau bisnes lain yang lebih menguntungkan.

 

Meneruskan bisnes yang tak menguntungkan, bukan sahaja membuang masa anda, malah ia juga membuang tenaga dan duit anda.

perkhidmatan-iklan-blogger

Sekiranya matlamat anda dalam menulis blog adalah untuk duit, mungkin boleh buat begini. Target blog yang anda sedang bina tu, berjaya hasilkan sekurang-kurangnya RM300 setiap bulan. Apabila jumlah tersebut dah berjaya di capai, baru mulakan projek blog yang baru.

 

Kebiasaannya, apabila sesebuah blog tu dah berjaya hasilkan pendapatan, pendapatan tersebut akan berterusan, walaupun anda dah jarang menulis pada blog tersebut.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Blog Tagged With: ada banyak blog, buat duit dengan blog, buat duit dengan menulis blog, cara blog buat duit, dapatkan komisen dari blog, jana pendapatan dengan blog

Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog

April 9, 2014 by sabree hussin 1 Comment

Menulis blog bukan sekadar perlu tahu menulis semata-mata.

 

Beberapa aspek teknikal perlu juga diketahui bagi memastikan apa yang ditulis di blog tidak disia-siakan. Apalah gunanya menulis dengan penuh susah payah, memerah idea, kemudian tak ada siapa yang sedar akan kewujudan artikel tersebut.

 

Jadi, inilah dia antara perkara yang anda, sebagai penulis blog perlu ambil tahu bagi memastikan apa yang anda hasilkan dapat beri manfaat sama ada kepada diri anda sendiri mahupun terhadap sasaran pembaca anda.

 

Statistik adalah sahabat anda

statistik blog

Apa yang anda sedang lihat ialah senarai kata kunci yang digunakan oleh pengguna internet sebelum mereka berjaya sampai ke blog sabree hussin dot com ini. Pelawat blog ini, mungkin tak pernah merancang untuk masuk ke laman web ini.

 

Namun, mereka akhirnya menemui laman blog saya setelah mereka menaip beberapa kata kunci menggunakan laman web carian seperti google, bing dan sebagainya. Nampaknya, laman web enjin carian menyenaraikan laman web milik saya ini di tempat yang agak baik untuk kata kunci yang dicari oleh pengguna internet.

 

Antara kata kunci yang saya kira menarik dan berpotensi untuk dijadikan kata kunci buat duit ialah

1. Tambah pendapatan tanpa modal

2. Madu sunnah natural herbs

3. Agen pemasaran percuma

4. Jobdirumah betul ke

5. Cara menambah pendapatan 2014

 

Mungkin ada yang nak tahu, selepas kita tahu, apa kata kunci yang digunakan oleh pengguna internet, apa langkah seterusnya? Silalah teruskan pembacaan. Apa yang saya ingin kongsikan pada anda ini mungkin akan bantu anda jana lebih banyak pendapatan menerusi blog anda di masa akan datang.

[Read more…]

Filed Under: Blogging Tagged With: buat duit dengan blog, buat duit dengan menulis blog, cara blog buat duit, dapatkan komisen dari blog, jana pendapatan dengan blog

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in