Bagus ke tidak… kalau kita gunakan banyak-banyak website dan juga laman blog semata-mata untuk mempromosikan satu produk ataupun servis tertentu?
Kalau dari segi teori, sepatutnya jawapannya adalah SANGAT BAGUS.
Bandingkan kalau hanya guna satu laman web. Sudah tentu individu yang guna banyak laman web mempunyai kelebihan dari segi bilangan. Secara tak langsung, bila ada banyak laman web yang turut melaporkan cerita yang lebih kurang sama, ia membuatkan pembaca yang disasarkan beranggapan bahawa cerita tersebut adalah betul dan sedang tular.
Walhal, dari 10 laman web yang dibaca, besar kemungkinan 5 daripada laman web tersebut adalah dimiliki oleh penulis yang sama.
Ketika kat luar sana masih ramai yang dibelenggu oleh persoalan-persoalan seperti
(1) Patut ke aku guna wordpress.com atau blogspot?
(2) Perlu ke aku dapatkan nama domain dan hosting untuk laman web aku?
(3) Syarikat hosting yang mana satu yang patut aku pilih?
(4) Bagus ke guna self hosted ni atau lebih baik guna medium yang percuma je?
(5) Ada ke yang nak baca apa yang aku tulis nanti?
… dan banyak lagi soalan-soalan yang tidak begitu konstruktif, hakikatnya kat luar sana sudah terdapat individu yang dengan selamba buat duit ratusan hingga ribuan ringgit setiap bulan.
Instead of mereka membuang masa untuk melakukan analisis, sehingga terjadi keadaan yang kita kenali sebagai paralysis by analysis, sudah ada individu yang terus bertindak dan terus memperbaiki strategi yang digunakan dari semasa ke semasa.
Agak-agaknya, anda ini jenis yang bagaimana?
Jenis yang suka kaji, kaji dan terus kaji? Atau jenis yang suka bertindak?
Sudah tentu, dari 10 laman web atau laman blog yang dihasilkan, bukan semuanya akan perform dan menyumbangkan pendapatan kepada pemiliknya. Mungkin dari 10 laman web tu nanti, cuma ada satu atau dua sahaja laman web yang benar-benar perform.
Laman web inilah nanti yang akan banyak menyumbang kepada trafik. Daripada trafik yang masuk ke laman web tersebut itu pula, ada diantaranya yang akhirnya bertukar kepada pelanggan.
Selepas beberapa tahun bergiat dalam bidang penulisan blog ini, saya mula merasakan strategi menggunakan satu blog sahaja dalam kerja-kerja pemasaran seperti tidak cukup. Rasa seperti ada kekurangan dan sesuatu mesti dilakukan bagi menampung kekurangan tersebut.
Maka atas sebab itu, saya mula bina satu blog baru. Kemudian bina satu lagi, dan lagi dan lagi… hingga akhirnya saya perasan bilangan blog yang saya miliki terus meningkat!
Seperti yang saya ada sebutkan sebentar tadi, bukan semua blog yang saya miliki tu betul-betul perform. Ada juga blog yang pada hakikatnya langsung tak ada pengunjung ha3.
Tetapi, blog yang seperti itu juga sebenarnya ada peranannya.
Baca juga: Jika anda seorang Blogger, anda patut pernah dengar istilah “Satellite Blog”
Saya sedia maklum, lain penulis blog, maka lainlah strategi dan gaya penulisannya. Malahan bukan itu sahaja, gaya pemikiran juga berbeza. Setiap orang pastinya mempunyai formula kejayaan masing-masing.
Ada yang memulakan kerjaya sebagai penulis blog, kerana minat untuk menyertai pelbagai event rasmi yang dianjurkan oleh pelbagai syarikat diluar sana sebagai petugas media.
Ada yang menulis blog untuk suka-suka.
Pada awal-awal pembabitan saya dalam bidang penulisan blog, semasa saya masih belajar nak buat blog dulu, matlamat saya adalah nak buat duit dengan program Google Adsense. Itu sahaja.
Kemudian, tak lama lepas tu, akaun adsense saya kena banned dan sampai sekarang saya tak boleh nak join program ni lagi. Kalau ikutkan keadaan pada waktu tu, memang saya dah give up dengan bidang penulisan ni.
Ye la… nak buat apa teruskan lagi kalau dah tak boleh nak buat duit? Kemudian berlaku suatu peristiwa yang amat saya syukuri iaitu, program affiliate mula diterima di Malaysia dan mula berkembang sampailah sekarang.
Maka minat untuk menulis saya teruskan sampailah ianya menjadi salah satu kerjaya yang banyak memberi jasa kepada saya.
Sekarang ni, bidang ini makin mencabar.
Apabila dah terbukti, kerjaya sebagai penulis blog yang boleh dilakukan secara sambilan sahaja, ternyata berupaya menyumbangkan pendapatan, maka makin ramailah penulis-penulis baru muncul dalam industri ini.
Mereka muncul dan seterusnya memberikan saingan yang sihat dalam industri.
Sebagai orang yang memang dah berada dalam industri, bagaimana caranya untuk kekal didepan dan sentiasa relevan dengan kehendak pembaca?
Maka suka ataupun tidak, kenalah come out with strategy yang dipercayai boleh beri impak kepada karier blogging masing-masing.
Jadi, saya bagi tahu siap-siap. Saya memang ada beberapa blog yang saya kendalikan.
Jika anda mencari maklumat tertentu menggunakan laman web google, jangan terkejut kalau kebanyakkan hasil carian adalah datangnya dari laman-laman web yang saya miliki ha3.
Last but bot least, kepada yang sama macam saya, ingin buat duit dengan mempromosikan produk-produk affiliate, mungkin anda patut fikirkan apa yang saya katakan ini.
Lain produk, memerlukan cara promosi yang berlainan. Meletakkan semua produk dalam satu website, mungkin bukan satu strategi yang baik. Memang tak salah kalau nak guna satu website untuk mempromosikan semua dan macam-macam produk. Saya juga buat begitu. Tetapi, cuba anda wujudkan satu lagi website khas untuk promosikan satu produk tu sahaja, dan saya percaya anda akan dapati kesannya adalah lebih baik.
Saya dah lakukannya, dan In Shaa Allah di masa akan datang, saya juga akan sentiasa perkemaskan strategi ini.
Mereka yang pernah dapatkan servis pengiklanan dari saya juga akan dapat sedikit sebanyak tempias daripada teknik yang saya gunakan ini.
mrhanafi says
saya dua blog utama..
ad blog yang lain serpihan sahaja
yang saya terpaksa tinggalkan
kerana tak mampu dalam pengurusan masa
sabree hussin says
Blog lain tu biasanya memang kita tak akan kemaskini dan update setiap masa. Bila ada blog lain sebagai back up, kiranya mrhanafi juga turut guna strategi menggunakan banyak website 😀
eCommerce In Malaysia says
saya dah mula dapat “Rentak” macam mana nak buat duit affiliate ni. Dan saya “setuju sangat sangat” tentang kena ada banyak blog dan promote satu produk sahaja untuk lebih berkesan. Insyaallah saya pun akan bergerak ke arah itu nanti. X mau tergesa gesa. Yang penting step by step
Dexx says
Dahulu memang ada banyak blog. Pernah guna blogspot, wordpress.com dan akhirnya sangkut kat wordpress.org. Abang Sabree memang otai yang sangat berpengalaman. Boleh kendali banyak blog dalam satu-satu masa. Orang kata, sebelah tangan je tu. Sabarnya, rajinnya, skillnya, rankingnya pendek kata kena versatile & pandai bahagi masa. Tabik!
Purge says
WordPress atau blogspot?
Aku pilih wordpress. Lebih mudah untuk dioperasikan.
Domain dan hosting?
Bagi yang serius untuk buat duit dengan blog, memang sangat perlulah untuk memiliki domain dan hosting sendiri. Hosting boleh dipilih bergantung kepada fungsi blog.
Contohnya, jika ingin fokus kepada audience malaysia. Eloklah gunakan servis di Malaysia sahaja kerana DC pun di Malaysia. Kelajuan blog untuk loading adalah lebih pantas berbanding menggunakan Datacentre di US.
Aku ada beberapa blog minisite dan authority sites. So aku guna servis dari US sebab main focus is on US market.
Free hosting?
Untuk gunakan buat duit eloklah gunakan yang berbayar. Aku gunakan akaun reseller untuk authority sites dengan add IP address dalam $2-$5/month.
Untuk authority cara paling senang manage, gunakan servis berbayar. Aku upah writers untuk tulis artikel dengan keyword dan target yang sesuai. Banyak yang offer servis macam nie. Real article bukan spin or rewrite.
Bottomline, bergantung kepada diri sendiri untuk menentukan apa yang terbaik. Siapa yang tak gembira kalau tengok akaun paypal masyuk tiap2 bulan.
Hope you may write more. I do love read your post. Please do.
Kalau ade soalan you may reply back. Haha. Kongsi pengalaman der.
permainanonline says
Saya juga punya blog untuk buat duit.
Mia Zacky says
Saya suka tips tuan.
imnajmi says
antara wordpress dan blogspot……. tentunya wordpress sebab banyak sokongan plugin dan community… tapi jangan amik mudah dengan kepoweran blogspot… blogspot google punya…. so kebarangkalian nak ranking cukup mudah jika content kena cara
sabree hussin says
Ya betul tu. Sebenarnya wordpress mahupun blogspot ia hanyalah medium. Bagaimana kita nak kembangkan medium itu yang lebih penting.
titan says
taktik biasa.
tapi ramai betul orang tak nak buat.
riangria says
kena fokus juga dlm penulisan blog ni.. baru da hal yng baik..
sabree hussin says
Ya fokus tu memang perlu. Adakah nak fokus pada satu blog sahaja, atau nak fokus untuk bangunkan dua tiga blog. Pilihan ditangan masing-masing.
zik says
ramai yang dah lebih dari satu blog.. kebanyakkanya lebih suka underground..
sabree hussin says
Yup memang betul. Ramai sebenarnya yang ada blog macam ni. Bagi yang perasan potensi blog, ada juga yang sanggup invest untuk ada banyak-banyak blog
Sani says
Ada sesetengah produk kena ada niche blog yang tersendiri untuk dapatkan traffik yang maksima.
sabree hussin says
Tepat sekali. Ada niche yang tak sesuai campur-campur jenis artikel, untuk dapatkan hasil yang lebih baik