Dua laman web untuk bantu anda buat duit dalam bisnes pelancongan

by sabree hussin on March 30, 2016

in Pemasaran Internet

Rupa-rupanya ada cara yang lebih mudah kalau nak buat duit dalam bidang pelancongan tanpa perlu bersusah payah nak buka ofis, atau nak jadi travel agent. Cumanya mungkin tak ramai yang nak kongsikan cara ni.

 

Bagi yang dah tahu macam mana caranya pulak, mungkin mereka tak segera jalankan dan bertindak mengikut info yang mereka terima tu. Pada telahan saya, mungkin sebab cara ini tak berapa glamer dan nampaknya agak sukar nak buat duit dengan cepat. Oleh yang demikian, dapatlah saya katakan yang teknik ni sesuai untuk orang-orang yang mampu bersabar dan tak kisah untuk usaha lebih sahaja.

 

Eh! Bukan ke setiap perkara yang kita mahukan, kita mesti usaha? Ok… anggap je la apa yang saya kata tadi tu tak berapa relevan. Orang-orang yang jenis nak mudah, tak nak susah, dan tak sanggup nak berusaha, tak perlu la baca apa yang bakal saya kongsikan ni. Buang masa je nanti.

 

Dalam setahun, agak-agaknya berapa kali seseorang tu akan pergi bercuti atau melancong?

 

Paling kurang pun sekali. Itupun semasa anniversary. Ye la ulangtahun perkahwinan kan setahun je dalam sekali. Jadi, dalam masa 11 bulan bekerja tu, bolehlah kumpul duit sikit-sikit untuk pergi melancong atau pergi bercuti sempena hari ulangtahun. Kalau setiap bulan menyimpan dalam RM200, kan dalam masa 11 bulan tu dah boleh ada simpanan sebanyak RM2,200 untuk pergi bercuti.

 

Tadi saya kata, yang sebenarnya ada cara untuk kita buat duit dalam industri pelancongan, kan? Baiklah saya telah pun temui beberapa cara, dan beberapa laman web yang dapat bantu kita untuk buat duit dalam bisnes pelancongan, iaitu

 

(1) Hotels.com

booking-hotel-online

Program affiliate Hotels.com. Ini salah satu cara mudah nak buat duit dalam bisnes pelancongan tanpa perlu susah payah nak jadi travel agent. Daftar sebagai ejen affiliate, dan anda dah boleh mula mempromosikan servis yang ditawarkan oleh laman web Hotels.com ini.

 

Upahnya adalah dalam bentuk komisen. Untuk setiap tempahan yang berjaya anda terima menerusi link affiliate anda, anda akan menerima bayaran upah sebanyak 6% dari setiap tempahan yang anda terima.

 

Sebagai contoh, kalau ada pelanggan yang buat tempahan menerusi link anda, dan kos yang perlu dibayar ialah sebanyak RM1,000 maka upah anda adalah sebanyak RM60

Hotels_murah-online

 

Laman web Hotels.com akan membandingkan setiap hotel yang tersenarai dalam sistem database mereka. Dari perbandingan yang mereka lakukan, anda boleh buat pilihan mana satu hotel yang menepati bajet dan citarasa anda.

 

(2) Trivago

Iklan Trivago masih lagi dimainkan di kaca TV. Itu satu petanda yang baik. Jadi, kita tak perlu bersusah payah nak memperkenalkan Trivago kepada orang ramai.

 

Kalau orang tu ada TV, dan dia memang selalu tengok TV, maka tak mustahil dia pernah tengok iklan Trivago, sekurang-kurangnya sekali atau dua kali.

Trivago_malaysia

 

Seperti Hotels.com, laman web Trivago juga beroperasi hampir sama. Ia juga membandingkan pakej-pakej hotel yang terdapat dalam senarai database mereka yang mungkin menepati citarasa anda.

 

Kalau hotels.com anda akan dibayar komisen jika berlaku tempahan, akan tetapi di Trivago, anda sudah layak untuk dibayar komisen apabila ada pengunjung yang menekan klik pada pautan affiliate anda. Ini yang kita panggil sebagai program affiliate pay per click.

 

Tak perlu susah-payah nak hasilkan jualan.

 

Asalkan ada klik yang terhasil, maka anda sudah layak untuk menerima komisen. Anda boleh baca perkongsian saya sebelum ini tentang program affiliate Trivago disini:

Klik untuk baca: Program Affiliate Trivago: Buat duit dalam niche pelancongan dan percutian

 

Sekarang masa untuk anda bertindak dan buat duit dalam bisnes pelancongan! Ini tujuan saya hasilkan perkongsian ini kepada anda. Saya nak anda juga berjaya buat duit secara online sahaja.

 

Kedua-dua program affiliate ini, boleh disertai melalui laman web Involve Asia. Anda boleh klik sini untuk mendaftar sebagai affiliate Involve Asia.

 

Selamat mendaftar dan semoga anda berjaya buat duit! In Shaa Allah.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: