Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Buku panduan pemasaran online menerusi teknik Search Engine Optimization (SEO)

June 16, 2016 by sabree hussin 8 Comments

Buku ini sebenarnya saya terjumpa di Perpustakaan Negara baru-baru ni. Kebetulan waktu tu, saya sedang tengok-tengok buku yang disusun di rak tentang pengiklanan. Ada macam-macam buku yang menarik, dan bila saya terpandang buku ni, saya terus ambik.

 

buku-rujukan-pemasaran-seoSaya belek-belek isi kandungan buku ni.

 

Bagus jugak buku Marketing Through Search Optimization ni. Boleh jadikan buku ni sebagai rujukan. Macam buku teks!

 

Dari satu page ke satu page saya selak. Walaupun banyak juga kandungan yang saya dah tahu, atau setidak-tidaknya pernah baca sebelum ini.

 

Kemudian saya terfikir… sebenarnya ada ramai lagi yang tak tau apa sebenarnya teknik SEO. Ramai lagi yang masih tak faham, bagaimana nak menjalankan pemasaran menggunakan teknik optimasi enjin carian.

 

Jika anda secara semulajadi, adalah seorang yang pemalu, memang sifat malu tu terlalu tebal dalam diri, sampaikan nak buat bisnes, nak buat kerja-kerja promosi pun rasa malu… maka saya kira teknik pemasaran cara ini adalah sangat sesuai untuk anda.

 

Lupakan sahaja pemasaran menggunakan media sosial. Jika anda rasakan pemasaran menerusi media sosial seperti Facebook misalnya terlalu bersifat terbuka, dan anda MALU kalau-kalau ada ahli keluarga ataupun saudara mara anda yang tau apa bisnes yang anda lakukan.

 

Pada hari ini, saya perhatikan, setiap kali nak buat marketing, mesti orang akan gunakan Facebook. Seolah-olah kalau nak buat marketing, hanya facebook sahaja medium yang ada.

 

Pernah tak anda terfikir, satu masa dulu, ketika laman web media sosial seperti Facebook masih belum popular, bagaimana caranya internet marketer lakukan kerja-kerja pemasaran? Facebook hanya salah satu medium untuk buat kerja-kerja promosi dan pemasaran. Namun, ia bukan satu-satunya medium pemasaran yang berkesan.

 

Sebelum laman media sosial Facebook jadi popular, Internet Marketer menggunakan laman web untuk mempromosikan sesuatu. Pada waktu tu, Internet Marketer juga membawa nama web master. Matlamat mereka pada waktu itu adalah untuk memastikan laman web yang mereka miliki berjaya untuk mendominasi dan tersenarai di muka surat pertama hasil carian yang dilakukan di search engine.

 

Sebagai contoh, jika saya sedang mempromosikan Panduan Jobdirumah misalnya, saya akan pastikan dan berusaha untuk memastikan laman web yang saya gunakan untuk mempromosikan panduan tersebut dapat masuk ke page pertama hasil carian di google untuk kata kunci “bekerja dari rumah” misalnya.

 

Kenapa strategi pemasaran ini berkesan? Jawapan ringkasnya, ia BERKESAN dan akan terus berkesan selagi mana pengguna internet masih lagi menggunakan enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat atau untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu.

 

Sudah tentu, kaedah pemasaran menggunakan teknik pemsaran SEO ini sememangnya sedikit berbeza dengan kaedah pemasaran menggunakan media sosial Facebook. Ada beberapa teknik pemasaran yang berkesan jika anda gunakan di Facebook, tapi langsung tak berkesan jika anda cuba adaptasikan dalam teknik SEO.

 

Baiklah, katakanlah anda terjumpa buku macam yang saya tunjukkan ni, saya syorkan anda beli. Kalau tak nak beli, cuba pinjam dekat perpustakaan.

 

Satu lagi yang saya perhatikan, pada hari ini, saya dapati orang dah ramai mula tinggalkan kerja-kerja pemasaran menggunakan teknik SEO ni. Kebaikkannya? Untuk orang-orang yang masih lagi menggunakan teknik SEO macam saya, dan ramai lagi rakan-rakan penulis blog, kerja-kerja untuk ranking laman web dengan kata kunci tertentu juga dah jadi makin mudah.

 

Kurang persaingan. Peluang untuk menang lebih mudah.

 

Oh kita bukan semata-mata nak rebut kedudukan di muka surat pertama semata-mata, sebaliknya kita juga ingin tingkatkan kebarangkalian untuk dapat jualan (sales) untuk apa sahaja produk yang kita jual atau yang kita promosikan di internet.

 

Kalau anda masih belum pernah gunakan kaedah pemasaran yang macam ni, bolehlah cuba lepas ni. Ini adalah salah satu teknik pemasaran yang saya sering gunakan untuk berjaya dapat komisen affiliate setiap bulan.

 

Berkesan? MEMANG BERKESAN!

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Panduan SEO dan Perubahan Pada Search Engine Google
  2. Jom Belajar Teknik Hasilkan RM800 – RM1,000 Menerusi Pemasaran Affiliates
  3. 6 Sebab kenapa anda tak seharusnya abaikan pemasaran menerusi medium blog
  4. Buku panduan memborong dari China yang patut anda baca?

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: bekerja dari rumah, belajar teknik mudah, buku panduan search engine optimation, teknik seo

Comments

  1. Hero Borneo says

    June 17, 2016 at 4:02 am

    untunglah tuan boleh mentelaah ilmu dari buku tersebut..moganya bermanfaat untuk semua..

    Reply
  2. anuar says

    June 18, 2016 at 5:50 am

    Sebenarnya kalau kita rajin mencari, ada byk buku seo terdapat di perpustakaan.. macam perpustakaan di tempat kerja saya, saya pernah jumpa buku seo yg tebal dlm bahasa Inggeris.. cuma sayang sebab tak ada masa nak baca..

    Reply
  3. Jie Susanos says

    June 18, 2016 at 4:15 pm

    emm..btul gak apa yg dikatakan oleh tuan..

    kebanyakan pmasaran dilakukan dalam media sosial..lagi power kalau seseorang ada skill dalam SEO..

    Reply
  4. nikkhazami says

    June 18, 2016 at 10:01 pm

    tak rugi belajar seo.. sebabhasilnya kita jugak yang dapat. kena rajin baca. tu je.

    Reply
  5. raihanah says

    June 21, 2016 at 9:53 am

    menarik ni, mmg untung belajar seo

    Reply
  6. Mus says

    June 21, 2016 at 12:42 pm

    untung kalau ada jumpa di perpustakaan..
    tak kisahlah pinjam atau beli..
    yang penting kena faham dan praktikkan apa yang dibaca.

    Reply
  7. titan says

    June 22, 2016 at 12:40 pm

    aku lagi suka diorang guna facebook.

    senang keje aku nak cari makan.

    haha..

    Reply
  8. Yourfabulousmama says

    August 26, 2016 at 2:03 am

    Wow..rajinnya nak baca buku pasal SEO. Mungkin kompleks & ramai belum mahir pasal SEO. Guru yang nak berkongsi pun masih terhad. Kalau ada peluang nak juga korek lagi dalam…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • Vickki on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • aaron hafix on Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer
  • Shila on Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in