Blog Sabree Hussin

Buku panduan pemasaran online menerusi teknik Search Engine Optimization (SEO)

Buku ini sebenarnya saya terjumpa di Perpustakaan Negara baru-baru ni. Kebetulan waktu tu, saya sedang tengok-tengok buku yang disusun di rak tentang pengiklanan. Ada macam-macam buku yang menarik, dan bila saya terpandang buku ni, saya terus ambik.

 

Saya belek-belek isi kandungan buku ni.

 

Bagus jugak buku Marketing Through Search Optimization ni. Boleh jadikan buku ni sebagai rujukan. Macam buku teks!

 

Dari satu page ke satu page saya selak. Walaupun banyak juga kandungan yang saya dah tahu, atau setidak-tidaknya pernah baca sebelum ini.

 

Kemudian saya terfikir… sebenarnya ada ramai lagi yang tak tau apa sebenarnya teknik SEO. Ramai lagi yang masih tak faham, bagaimana nak menjalankan pemasaran menggunakan teknik optimasi enjin carian.

 

Jika anda secara semulajadi, adalah seorang yang pemalu, memang sifat malu tu terlalu tebal dalam diri, sampaikan nak buat bisnes, nak buat kerja-kerja promosi pun rasa malu… maka saya kira teknik pemasaran cara ini adalah sangat sesuai untuk anda.

 

Lupakan sahaja pemasaran menggunakan media sosial. Jika anda rasakan pemasaran menerusi media sosial seperti Facebook misalnya terlalu bersifat terbuka, dan anda MALU kalau-kalau ada ahli keluarga ataupun saudara mara anda yang tau apa bisnes yang anda lakukan.

 

Pada hari ini, saya perhatikan, setiap kali nak buat marketing, mesti orang akan gunakan Facebook. Seolah-olah kalau nak buat marketing, hanya facebook sahaja medium yang ada.

 

Pernah tak anda terfikir, satu masa dulu, ketika laman web media sosial seperti Facebook masih belum popular, bagaimana caranya internet marketer lakukan kerja-kerja pemasaran? Facebook hanya salah satu medium untuk buat kerja-kerja promosi dan pemasaran. Namun, ia bukan satu-satunya medium pemasaran yang berkesan.

 

Sebelum laman media sosial Facebook jadi popular, Internet Marketer menggunakan laman web untuk mempromosikan sesuatu. Pada waktu tu, Internet Marketer juga membawa nama web master. Matlamat mereka pada waktu itu adalah untuk memastikan laman web yang mereka miliki berjaya untuk mendominasi dan tersenarai di muka surat pertama hasil carian yang dilakukan di search engine.

 

Sebagai contoh, jika saya sedang mempromosikan Panduan Jobdirumah misalnya, saya akan pastikan dan berusaha untuk memastikan laman web yang saya gunakan untuk mempromosikan panduan tersebut dapat masuk ke page pertama hasil carian di google untuk kata kunci “bekerja dari rumah” misalnya.

 

Kenapa strategi pemasaran ini berkesan? Jawapan ringkasnya, ia BERKESAN dan akan terus berkesan selagi mana pengguna internet masih lagi menggunakan enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat atau untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu.

 

Sudah tentu, kaedah pemasaran menggunakan teknik pemsaran SEO ini sememangnya sedikit berbeza dengan kaedah pemasaran menggunakan media sosial Facebook. Ada beberapa teknik pemasaran yang berkesan jika anda gunakan di Facebook, tapi langsung tak berkesan jika anda cuba adaptasikan dalam teknik SEO.

 

Baiklah, katakanlah anda terjumpa buku macam yang saya tunjukkan ni, saya syorkan anda beli. Kalau tak nak beli, cuba pinjam dekat perpustakaan.

 

Satu lagi yang saya perhatikan, pada hari ini, saya dapati orang dah ramai mula tinggalkan kerja-kerja pemasaran menggunakan teknik SEO ni. Kebaikkannya? Untuk orang-orang yang masih lagi menggunakan teknik SEO macam saya, dan ramai lagi rakan-rakan penulis blog, kerja-kerja untuk ranking laman web dengan kata kunci tertentu juga dah jadi makin mudah.

 

Kurang persaingan. Peluang untuk menang lebih mudah.

 

Oh kita bukan semata-mata nak rebut kedudukan di muka surat pertama semata-mata, sebaliknya kita juga ingin tingkatkan kebarangkalian untuk dapat jualan (sales) untuk apa sahaja produk yang kita jual atau yang kita promosikan di internet.

 

Kalau anda masih belum pernah gunakan kaedah pemasaran yang macam ni, bolehlah cuba lepas ni. Ini adalah salah satu teknik pemasaran yang saya sering gunakan untuk berjaya dapat komisen affiliate setiap bulan.

 

Berkesan? MEMANG BERKESAN!

 

 

Exit mobile version