Blog Sabree Hussin

6 Sebab kenapa anda tak seharusnya abaikan pemasaran menerusi medium blog

Adakah anda bergantung sepenuhnya dengan kaedah pemasaran menggunakan medium Facebook sahaja? Jika jawapan anda adalah YA… anda tidak keseorangan. Ada ramai sebenarnya yang ingin buat duit online, tetapi apabila buat pemasaran, mereka hanya tahu gunakan medium Facebook semata-mata.

 

Tak ada masalah. Anda masih boleh dapatkan sales walaupun hanya menggunakan medium Facebook semata-mata. Akan tetapi, jika anda tak pernah terfikir pun untuk menambahkan channel pemasaran anda menggunakan medium blog, anda mungkin terlepas sesuatu yang berharga.

 

Jadi pada kali ini, jom kita bincangkan pula beberapa kelebihan dan keistimewaan sekiranya anda turut melakukan pemasaran menggunakan medium blog. Saya dapati sekarang ni, agak kurang yang gunakan blog dengan sepenuhnya untuk buat marketing. Mungkin sebab sekarang ni, ramai yang lebih suka buat pemasaran menggunakan medium media sosial yang lain agaknya.

 

“Pemasaran blog adalah kaedah pemasaran yang kurang menyakitkan hati prospek anda”

Kalau dalam bahasa Inggerisnya, kaedah pemasaran dengan blog ini bolehlah kita kategorikan sebagai kaedah yang less offensive. Ini sama sekali berbeza dengan lain-lain kaedah pemasaran contohnya

Bila anda buat marketing menggunakan email marketing dan sistem autoresponder…

Jika terlalu kerap hantar emel promosi, lambat laun subscriber kita akan mula fed up dan mereka akan mula unsubscribe newsletter dari kita.

Bukan itu sahaja, jika terlalu banyak buat promosi, list yang kita miliki tu juga lambat laun akan jadi kurang responsif. Jika mereka tidak unsubscribe kita sekalipun, mereka akan mula elak untuk baca emel-emel yang kita hantar.

 

Bila anda buat marketing menggunakan Fanpage…

Perkara yang perlu kita sentiasa semak ialah jumlah reach. Berapa banyak reach yang terhasil apabila kita update status. Lazimnya, kalau status yang kita buat tu berbentuk iklan, reach memang agak rendah, dan salah satu cara untuk naikkan reach ialah anda kena boost iklan tersebut menggunakan FBAds. Kena bayar.

 

Bila anda buat marketing menggunakan wall FB Personal…

Jangan terkejut kalau kawan-kawan mula menjauhi anda. Orang yang biasa like status anda akan berkurang hari demi hari.

 

Bila anda buat marketing di group iklan

Biasanya, yang buat marketing kat group iklan ni akan join banyak-banyak group dan konten iklan semua sama je. Sama ada mereka gunakan software untuk beriklan ataupun mereka iklan secara manual, iaitu buat copy paste.

Masalah beriklan dalam group iklan ni pula, kalau anda tak ada strategi yang betul, iklan anda akan tenggelam disebalik iklan-iklan pengguna FB yang lain.

 

Kalau anda minat nak tau cara saya iklankan produk yang saya jual di FB Group, bolehlah dapatkan panduan ini. Klik sini.

Harganya pun tak semahal mana!

 

 

 

“Teknik SEO: Strategi mendapatkan pelanggan secara automatik dari search engine”

Ya. Setiap hari, saya akan terima trafik yang berkualiti daripada search engine seperti google. Mereka ini adalah trafik dalam kategori “highly targeted traffic” yang masuk ke web ini bertujuan untuk mendapatkan sesuatu maklumat ataupun ingin membuat sebarang pembelian.

 

Kita berikan apa yang dicari oleh prospek!

Setiap hari, pasti ada sahaja yang dicari-cari oleh pengguna internet. Kita semua pastinya akan menggunakan enjin carian seperti google untuk mencari sesuatu.

1. Kita nak tahu cara mudah untuk mendapatkan downline di Tone Excel?

2. Kita cari maklumat tentang bagaimana nak buat duit online?

3. Kita cari info mengenai cara sebenar untuk langsaikan hutang kad kredit

… dan macam-macam lagi

 

Persoalannya ialah, bagaimana kita dapat eksploitasi keinginan mereka untuk mendapatkan jawapan supaya dapat beri manfaat kepada kita dan perniagaan kita?

 

“Prospek yang datang mencari kita, bukannya kita yang terhegeh-hegeh nak cari prospek”

“Saya jumpa laman web tuan bila saya cari info tentang sekian sekian…”

 

Kali pertama saya berhadapan dengan situasi seperti diatas, memang saya teruja. Sekarang ni? Biasalah tu. Bila kita dah tau pattern, dan cara berfikir mereka-mereka yang menggunakan servis laman carian google, kita dah boleh predict macam mana nak buatkan mereka ni jumpa dan cari kita, not the other way around.

 

Kalau selama ni anda susah payah nak cari pelanggan, apa kata anda ubah sedikit pendekatan anda tu. Gunakan teknik SEO yang saya dan ramai lagi pengamal kaedah pemasaran blog gunakan.

Daripada kita susah payah nak cari pelanggan baru, lebih baik kita buatkan pelanggan yang susah payah datang cari kita. Itu lebih mudah nak close deal. Boleh rujuk panduan Teknik SEO Merah Jambu.

“Anda nak jadi pakar copywriting dan pakar menulis advertorial?”

ANDA BOLEH!

 

Syaratnya anda kena selalu praktis. Practice make perfect. Practice makes permanent!

 

Biasanya, orang yang masih tak mahir hasilkan sales letter, ayat-ayat iklan yang power ni semua sebab dia tak pernah praktis untuk buat benda-benda ni semua. Akan tetapi, jika anda ada blog, dan anda jadikan kelaziman untuk hasilkan sekurang-kurangnya 10 artikel dalam sehari, lama-kelamaan anda pasti akan jadi mahir dalam kerja-kerja menghasilkan penulisan artikel promosi.

 

“Sesetengah artikel boleh digunakan berulang-ulang kali untuk hasilkan jualan secara online”

Artikel yang anda pernah siarkan di laman blog, ianya SELAMAT dan tidak hilang. Cubalah anda cari semula, artikel yang anda pernah siarkan di wall FB anda. Boleh jumpa? Kalau boleh jumpa, senang ke tidak nak cari semula?

 

Selagi artikel dalam blog anda masih lagi wujud, dan masih lagi boleh diakses oleh pembaca, selagi itulah artikel tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan dapatkan sales secara ulang-ulang kali. Apabila anda telah hasilkan sebuah artikel promosi yang terbaik pernah anda hasilkan, anda hanya perlu fokus untuk promosikan artikel tersebut.

 

“Jika anda nak promosikan 1,000 produk dalam satu-satu masa juga TIADA MASALAH”

Terutama sekali jika anda jenis yang memang “tamak” dan gila nak buat duit. Dalam satu blog, kita boleh sumbatkan bermacam-macam produk. Pandai-pandailah anda susun supaya blog anda tidak kelihatan seperti blog iklan semata-mata.

 

Dari segi pengiklanan yang biasa diamalkan oleh pemilik blog, anda boleh

1. Siarkan iklan dalam bentuk banner

2. Iklan dalam bentuk advertorial

3. Iklan dalam bentuk text link

4. Iklan dalam bentuk pop up

 

Masih belum terlambat untuk anda memiliki blog anda sendiri untuk dijadikan medium pemasaran untuk buat duit online. Dari segi kos, untuk memiliki blog sendiri yang menggunakan platform wordpress self hosted, ianya hanyalah RM60 sahaja setahun. Sebelum ini saya pernah hasilkan tutorial bagaimana nak pasang blog wordpress self hosted. Boleh rujuk artikel saya sebelum ini berjudul:

Panduan pemasangan blog wordpress self hosted

 

Anda “tak ada masa” nak hasilkan blog sendiri tetapi berminat untuk menggunakan medium blog bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran? Tak ada masalah. There is always a solution for you.

 

Anda boleh dapatkan servis penulisan artikel advertorial. Jika anda minat nak dapatkan khidmat advertorial dari saya, boleh ke laman web ini, servis advertorial 5 untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

 

Jadi lepas ni, saya harap anda dapat manfaatkan dan gunakan medium blog juga untuk buat pemasaran. Semoga bermanfaat.

 

Exit mobile version