Seingat saya, saya dah dengar tentang SEO atau singkatan bagi Search Engine Optimization sejak dari tahun 2009 lagi.
Semua tu bertitik tolak daripada ebook yang saya download secara percuma yang mengajar tentang bagaimana cara buat duit dalam matawang USD menerusi platform Google Adsense.
Mungkin… pada tahun 2009, peraturan tentang SEO masih lagi agak longgar berbanding sekarang ni, di tahun 2015. Ada beberapa ilmu SEO pada tahun 2009 yang mungkin sekarang dah jadi kurang relevan untuk diamalkan pada tahun 2015. Almaklumlah, pihak google sendiri sentiasa mengemaskini sistem mereka dan memperkenalkan algorithm baru bagi menaiktaraf fungsi search engine mereka.
Kalaulah manusia itu sifatnya bukan suka memanipulasi sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi, mungkin perubahan-perubahan ini tak akan diperkenalkan oleh Google. Mungkin juga, kerja-kerja keyword rangking akan jadi lebih mudah berbanding sekarang.
.
..
Namun, setelah sekian lama saya bergiat dalam bidang penulisan online, SEO, buat duit dengan blog, saya kini lebih jelas, apa rasionalnya perubahan-perubahan ni dilakukan oleh pihak google. Adakalanya perubahan itu MEMANG PERLU bagi menapis golongan-golongan opportunis yang begitu rakus inginkan seberapa banyak duit, dengan cara yang mudah tanpa mahu berusaha keras.
Jika kegiatan golongan seperti ini dibiarkan, ianya tidak adil bagi para pembaca, pengguna search engine dan juga kepada pengelola website seperti saya. Baiklah, jadi dalam artikel kali ini saya akan kongsikan serba sedikit mengenai search engine google, dan beberapa perubahan yang pernah dilakukan oleh pihak google.
Terdapat tiga perubahan besar yang pernah dilakukan, iaitu Google Panda, Penguin dan juga Hummingbird.
Saya tak akan cerita secara details sebabnya, bila melibatkan perkara-perkara teknikal ni, perkara yang simple pun ia akan jadi amat memeningkan kepala nanti.
.
..
Google Panda
Mula diperkenalkan pada 23 Februari 2011.
Tujuannya adalah untuk memastikan hanya laman web atau konten yang berkualiti sahaja yang layak untuk masuk ke page pertama google.
SEO sebelum tahun 2011…
Semua pemain SEO tahu dan FAHAM, google beroperasi dengan cara melihat kata kunci apa yang paling kerap muncul disesebuah laman web. Lagi kerap sesuatu kata kunci itu muncul di laman web anda, maka google akan menganggap laman web anda adalah spesifik tentang topik tersebut.
Sebagai contoh, anda bina sebuah laman web sama ada percuma atau berbayar dan memfokuskan kata kunci “homestay Dungun”.
Bagi memastikan, kata kunci tersebut bakal menduduki muka surat pertama enjin carian google, lazimnya pemain SEO akan memastikan
1. Setiap tajuk artikel yang dihasilkan mesti ada kata kunci “Homestay Dungun”
2. Dalam artikel yang disiarkan, mesti ada perkataan “homestay dungun” di bahagian pendahuluan, bahagian konten atau isi, dan terakhir sekali di bahagian penutup.
Cabarannya disini ialah, bagaimana nak hasilkan konten yang unik, fresh dan banyak, yang boleh digunakan untuk tujuan rangking keyword tersebut di search engine?
Maka kat sini, ramai yang main tipu.
Macam mana?
1) Guna software article spinner
Satu artikel jadi 10 artikel baru.
Dari 10 artikel jadi 100 artikel baru.
Dari 100 artikel jadi 1,000 artikel baru.
Semuanya dengan bantuan software article spinner ni.
Walaupun dalam laman web anda ada beribu-ribu artikel, namun sebenarnya semua artikel tu adalah berasal daripada satu artikel sahaja. Satu artikel, cuma dipusing-pusing menjadi banyak-banyak artikel. Pendek kata, semua artikel tu SAMA sahaja
2) Tak ada artikel, semuanya cuma keyword semata-mata
Umumnya kita tahu, pengguna search engine google hanya menaip perkataan atau kata kunci tertentu sahaja jika mereka inginkan sebarang maklumat.
Contoh, mereka nak tahu senarai homestay yang terdapat di Dungun, mereka akan taip “senarai homestay dungun” di search engine, itu sahaja.
Jadi, ada setengah pengendali laman web ni, disebabkan dia terlalu pandai, jadi dia hanya penuhkan laman web miliknya dengan kata kunci semata-mata.
Tak ada sebarang info, tak ada sebarang konten, dan tak ada sebarang maklumat.
3) Copy paste dan duplicate content
Ok ini antara perkara yang memang dah berlaku sejak berzaman lagi. Mungkin ia dah berlaku sejak manusia ni tau apa fungsi “ctrl + c” dan “ctrl + v”
Setengah laman web, ia dibina dengan hanya memasukkan artikel copy paste semata-mata. Langsung tak ada originaliti.
4) Software auto-blog
Software lagi…
Fungsi software ni? Ia akan bantu anda update laman web anda secara automatik (auto-post) dengan artikel copy paste dari mana-mana blog yang anda telah target siap-siap.
Contohnya, kalau anda target untuk copy paste artikel dalam blog saya.
Bila saya publish je satu artikel, secara automatik, software anda akan terus bekerja dan akan copy artikel saya dan paste di blog anda. Semua ini berlaku secara automatik. Hanya perlu setup sekali sahaja, dan boleh biarkan software ni bekerja dengan sendiri.
Jadi, apa kesannya kepada google, pengguna internet, pengendali laman web yang serius mementingkan kualiti dan golongan opportunis yang hanya mementing duit semata-mata?
Kesan kepada google – Muka surat pertama google akan dipenuhi dengan laman-laman web SAMPAH yang langsung tak ada kualiti. Google akan dilihat sebagai GAGAL menyediakan informasi yang paling tepat, dan relevan kepada penggunanya.
Kesan kepada pengguna – Pengguna akan rasa kecewa dengan servis google. Daripada kata kunci yang ditaip, tak ada satu pun yang berguna. Perlahan-lahan, pengguna akan mula meninggalkan google search engine dan beralih pula kepada search engine yang lain.
Kesan kepada webmaster yang jujur – Laman web mereka tak dijumpai. Segala usaha mereka menghasilkan konten yang terbaik untuk para pembacanya jadi sia-sia dan tak mendatangkan sebarang hasil.
Kesan kepada golongan opportunis yang TAMAK – Mereka yang untung besar. Laman web mereka masuk ke page pertama google. Laman web mereka akan menerima kunjungan pelawat yang sangat banyak, dan jika laman web mereka ada menyiarkan iklan berbayar, potensi untuk mereka kaut lebih banyak untung akan jadi sangat besar!
.
..
Maka, perubahan ni memang perlu bagi membendung golongan-golongan yang TAMAK ni daripada berleluasa. Mereka ni dah tak fikir bab halal haram lagi bila ia melibatkan duit. Web yang mereka bina pun kebanyakkan tak ada kualiti, sebaliknya cuma penuh dengan kontroversi. Jadi, bila adanya google panda macam ni, at least laman web mereka yang tak ada kualiti ni dapat ditendang jauh ke belakang-belakang page google.
Google Penguin
Tak lama lepas google memperkenalkan Panda, kali ini pada bulan April, 24 haribulan tahun 2012, google lepaskan seekor lagi binatang dalam sistem carian mereka.
Kali ini, para webmaster perlu berjaga dengan kewujudan Penguin pulak.
Kalau sebelum ni, fungsi Panda adalah untuk melihat kualiti artikel, penggunaan kata kunci sama ada wujudnya unsur-unsur manipulasi ataupun sebaliknya, kali ini peranan Penguin adalah untuk melihat penggunaan link yang wujud pada laman-laman web yang dibina.
Fungsi link atau backlink adalah umpama sistem undian di internet. Google akan melihat berapa banyak link atau backlink yang diterima oleh sesebuah laman web.
Lagi banyak link atau backlink yang diterima, lagi tinggi undian, maka lagi popular laman web tersebut. Jika ramai yang beri backlink kepada laman web anda, bermakna laman web anda ni memang popular, relevan dan wajar untuk disenaraikan di muka surat pertama google.
Walaubagaimanapun, ada juga webmaster yang memanipulasi sistem ini.
Formulanya mudah.
Jika laman web yang mempunyai authoriti membuat linking dengan laman web anda, bermakna laman web yang memiliki authoriti itu tadi telah melakukan undian atau recommendation kepada laman web anda.
Sebagai contoh, laman web harian Metro melakukan linking kepada laman web anda.
Atau, laman web saya membuat linking dengan laman web Homestay Solehah Dungun.
Apa jadi kalau sistem ini dimanipulasikan? Boleh ke tidak? Jawapannya dah tentu BOLEH.
Macam mana?
1) Beli link
Servis ini memang ada dijual. Ada laman web yang akan bantu anda bina link dari 1,000 atau 10,000 dan hingga 100,000 laman web lain.
Anda memang akan dapat backlink, tetapi kesemua link ini link yang tak ada kualiti.
2) Bina laman web percuma untuk tujuan linking semata-mata
Ini juga biasa dilakukan. Laman-laman web percuma adalah seperti blogger.com, wordpress.com, tumblr.com dan banyak lagi. Semua ini boleh didaftarkan secara percuma sahaja untuk tujuan bina link back kepada laman web utama yang anda bina.
Google Hummingbird
Kali ini, perubahan pada google adalah sedikit berbeza.
Bukan lagi mengenai link, bukan juga mengenai kata kunci. Tetapi lebih kepada penggunaan frasa yang dimaksudkan oleh pengguna search engine.
Sebagai contoh,
Jika pengguna internet menaip kata kunci “homestay dungun” boleh jadi sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh pengguna tersebut adalah
Dimanakah letaknya homestay TERBAIK yang terdapat di Dungun?
Berapakah kos untuk menginap di homestay yang terletak di Dungun?
Ada berapa banyak homestay yang terdapat di Dungun?
Fungsi search engine makin berkembang, sejajar dengan berkembangnya teknologi ICT. Jadi, untuk tahun 2015 onwards, jika anda masih lagi ingin menggunakan kaedah SEO dalam aktiviti pemasaran anda, ada banyak perkara yang perlu anda ambil kira, jika anda serius mahu lihat pulangan yang lumayan.
Ketika ini, anda perlu ambil kira faktor Hummingbird itu tadi.
Nasihat saya, bila anda ingin menerbitkan sebarang artikel atau konten dalam laman blog anda, fikirkan jawapan bagi soalan ini..
Artikel anda memberi jawapan kepada persoalan apa?
Artikel anda menyelesaikan masalah apa?
Artikel anda membincangkan tentang informasi apa?
Ada banyak lagi persoalan yang patut anda fikirkan. Namun, tiga perkara ini pun cukup memadai. Asalkan setiap kali anda menghasilkan artikel atau konten di laman web anda, fokus anda adalah untuk menyelesaikan masalah pembaca dan memberi jawapan kepada persoalan tertentu, In Shaa Allah, jika terdapat sebarang perubahan pada search engine google di masa akan datang, laman web anda pasti tidak akan terjejas teruk berbanding laman web yang dibina tanpa hala tuju.
Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat.
Jika anda ingin memantapkan lagi pengetahuan anda tentang SEO dan jana keuntungan dalam bentuk komisyen jualan produk-produk tertentu, maka panduan ini adalah salah satu panduan yang sesuai untuk anda jadikan rujukan.
Leave a Reply