Berita baik untuk para pelawat dan pembaca blog saya.
Kali ini saya nak perkenalkan kepada anda satu platform buat duit online yang direka khas untuk para penulis blog, sama ada anda seorang yang aktif menulis atau sekadar menulis jika ada masa.
Platform yang saya nak perkenalkan dalam entri kali ini ialah advertorial.my
Lazimnya, untuk penulis blog seperti saya, ada beberapa kaedah yang boleh saya ambil untuk buat duit online. Antaranya
1. Program iklan Pay Per Click
Dalam contoh ini, saya menyiarkan iklan daripada Syarikat Nuffnang.
Pendapatan daripada program Nuffnang ni sebenarnya tak besar mana. Jika anda juga berminat nak siarkan iklan Nuffnang di blog anda, ada tiga jenis earning yang anda perlu tahu.
Pertama, CPUV earning atau dikenali dengan nama cost per unit visit. Pendapatan dikira berdasarkan berapa banyak unique visitor yang masuk ke dalam blog anda. Lagi banyak pelawat, lagi besar potensi untuk dapat income lagi banyak.
Kedua, CPC earning atau Cost Per Click. Pendapatan dikira atas berapa banyak klik yang diperolehi daripada iklan yang disiarkan. Lagi banyak klik yang anda perolehi, maka lagi besar pendapatan anda.
Ketiga, sponsored post. Yang ini saya tak pernah dapat lagi. Saya cuma tahu, kalau dapat tawaran untuk buat sponsored post ni, income dia lagi menarik. Sepanjang saya siarkan iklan Nuffnang, cek tertinggi pernah saya dapat juga hanya sekitar RM400 lebih sahaja.
2. Program Affiliate
Alang-alang menulis blog, biar sampai dapat duit.
Sebenarnya, buat duit dengan program affiliate menerusi platform blog sangatlah mudah. Hanya perlu siarkan beberapa artikel… Target beberapa keyword yang hot dan tunggu hasilnya.
Apa yang bestnya buat duit dengan affiliate, jika menggunakan medium blog, anda berpeluang untuk dapat pendapatan pasif.
Pengalaman saya, kerap juga saya dapat income daripada program affiliate hasil daripada artikel yang saya siarkan beberapa bulan yang lepas. Ada juga artikel tahun-tahun lepas yang masih lagi menyumbang pendapatan dalam bentuk komisyen affiliate kepada saya.
Selagi artikel tersebut masih lagi tersenarai di enjin carian google, selagi itu peluang untuk buat duit tu ada.
Kalau anda pandai tulis artikel yang mampu menjual, In Shaa Allah senang-senang je anda boleh dapat komisyen. Nak dapat yang lagi banyak daripada apa yang saya dapat pun tak ada masalah.
Tapi kalau tak pernah dapat, dan minat nak belajar, boleh belajar dengan saya dekat laman web ni.
3. Jual produk informasi
Kalau anda dah lama menulis blog, anda patut pertimbangkan untuk hasilkan produk informasi sendiri.
Konsep dia tak jauh beza dengan tulis blog. Ala… kalau dah lama tulis blog, lama-lama mesti akan jadi power nak tulis ebook sendiri.
Saya boleh buat, anda pun pasti boleh. Salah satu produk informasi yang saya hasilkan ialah Panduan Dominasi FB Group. Keuntungan daripada hasil jualan ebook ini bolehlah buat tampung kos autoresponder Aweber.
4. Join kontes
Kontes ini kadang ada kadang tak ada. Saya pun jarang masuk kontes.
Jarang-jarang jugak menang sebarang kontes. Benda ni kena alert, sebab biasanya kontes-kontes macam ni penganjur dia ialah blogger perseorangan. Kadang-kadang persaingan dia jugak sengit.
5. Promot Sim Kad Tone Excel
Ini yang saya buat.
Sambil menulis blog, saya selitkan juga cerita-cerita mengenai perjalanan bisnes saya dalam syarikat Tone Excel. Alhamdulillah, berhasil.
Tak kisahlah sama ada besar atau kecik komisyen yang saya dapat, yang penting ada hasil. Jika melihat prestasi pendapatan, ianya semakin meningkat dari bulan ke bulan.
Bulan August ni saya dah dapat komisyen dua kali.
RM62.60 adalah untuk komisyen topup.
RM37.00 komisyen jualan sim kad.
Nak promote Tone Excel sebenarnya tak susah mana. Anda boleh muat turun maklumat mengenai program ini disini.
6. Jual produk fizikal
Sama ada nak buat secara dropship atau simpan stok.
Mana-mana yang sesuai. Kalau blog anda memang ada ramai pengunjung, apa salahnya anda manfaatkan sepenuhnya dengan mempelbagaikan tawaran kepada pengunjung dan pelawat blog anda.
7. Job artikel berbayar
Dalam konteks ini, anda tawarkan servis penulisan artikel kepada mereka yang berminat untuk menggunakan servis anda. Nampak macam mudah… tapi sebenarnya… hanya orang-orang yang pernah lalui je yang tahu.
Pertama, bukan senang nak dapatkan job.
Kedua, bukan selalu ada job.
Ketiga, nak buat marketing untuk dapatkan job tulis review berbayar jugak bukan mudah. Silap-silap, anda akan banyak buang masa untuk cari job, berbanding anda luangkan masa untuk menulis.
Kita sebagai penulis blog, sebaik-baiknya kita fokus sahaja pada tugas hakiki kita. Iaitu untuk menulis. Itu sahaja. Perkara-perkara sampingan, macam perlu buat marketing, deal dengan advertiser, adakalanya menyusahkan kita dan banyak buang masa.
Lebih-lebih lagi bila kita dah bincang bagai nak rak, alih-alih advertiser tak jadi nak guna perkhidmatan kita.
Ataupun bayar lambat, bayar sikit, langsung tak bayar pun ada. So benda-benda macam nilah yang akan membantutkan kerja-kerja penulisan kita.
Tahukah anda, untuk job menulis artikel review, anda layak untuk menerima bayaran minima sebanyak RM30 dan anda boleh kenakan caj sehingga RM350 untuk satu artikel!
Andaikan anda kenakan caj maksimum sebanyak RM350. Dua artikel anda dah boleh dapat RM700!
RM700 dah cukup untuk bayar rumah sewa jika anda menyewa rumah di area KL. Jadi, siapa kata dengan menulis blog anda tak boleh buat duit?
Tadi saya dah kata, walaupun lumayan, tapi proses untuk dapatkan job ini agak leceh. Berita baiknya ialah, sekarang ni dah pun diwujudkan satu platform khas untuk para blogger buat duit tambahan. Ia dikenali dengan nama Advertorial.my
Biar pihak Advertorial.MY yang pening kepala untuk dapatkan advertiser untuk anda. Lepas dah masuk ke web tersebut, tekan kat publisher Signup.
Tugas anda, terima job.
Lepas tu buat kerja.
Kemudian terima bayaran. Itu sahaja.
Apa tunggu lagi? Daftarlah secepat yang mungkin kat laman web tu sementara persaingan antara blogger masih lagi kurang 🙂
Semoga anda berjaya.
Azam Mohamad says
hmmm…mmg betul la byk pluang nk buat duit di internet…smada nak atau tak nak je kan
sabree hussin says
Buat aje, dapat atau tak, yang penting kita dah usaha
onlajer says
banyak sekali program yang boleh buat duit , tinggal pilih dan usahakan sehingga berjaya 🙂