Berita baik untuk para pelawat dan pembaca blog saya.
Kali ini saya nak perkenalkan kepada anda satu platform buat duit online yang direka khas untuk para penulis blog, sama ada anda seorang yang aktif menulis atau sekadar menulis jika ada masa.
Platform yang saya nak perkenalkan dalam entri kali ini ialah advertorial.my
Lazimnya, untuk penulis blog seperti saya, ada beberapa kaedah yang boleh saya ambil untuk buat duit online. Antaranya
1. Program iklan Pay Per Click
Dalam contoh ini, saya menyiarkan iklan daripada Syarikat Nuffnang.
Pendapatan daripada program Nuffnang ni sebenarnya tak besar mana. Jika anda juga berminat nak siarkan iklan Nuffnang di blog anda, ada tiga jenis earning yang anda perlu tahu.
Pertama, CPUV earning atau dikenali dengan nama cost per unit visit. Pendapatan dikira berdasarkan berapa banyak unique visitor yang masuk ke dalam blog anda. Lagi banyak pelawat, lagi besar potensi untuk dapat income lagi banyak.
Kedua, CPC earning atau Cost Per Click. Pendapatan dikira atas berapa banyak klik yang diperolehi daripada iklan yang disiarkan. Lagi banyak klik yang anda perolehi, maka lagi besar pendapatan anda.