Saya ingin mulakan menulis artikel ini dengan membuat kenyataan
Blog sememangnya berkuasa dan berupaya untuk berikan hasil dalam bentuk wang ringgit!
… atau dengan kata lain, anda sememangnya boleh buat duit dengan menjadi seorang penulis blog.
Saya sendiri adalah the living proof yang sebelum ini dah berjaya jana pendapatan menerusi medium blog. Bermula dengan hanya suka-suka dan saja-saja nak buat duit lebih pada awal tahun 2009, hingga akhirnya ia menjadi salah satu sumber pendapatan tetap.
Ini adalah salah satu sumber pendapatan saya. Ya, dari program affiliate Jomniaga.
Selain program affiliate, saya juga pernah memperolehi pendapatan menerusi program pengiklanan. Ini dia salah satu daripada check Nuffnang yang pernah saya terima. Anda boleh juga baca artikel sebelum ini yang berjudul cara hasilkan pendapatan dengan program pengiklanan Nuffnang [klik sini]
Sebelum tahun 2014, saya 100% menggunakan kaedah blogging untuk buat duit secara online.
Tiada maling list.
Tiada FBAds.
… dan tidak menggunakan social media secara optimum.
Kebergantungan saya lebih banyak kepada teknik SEO, web copy, dan teknik penulisan. Secara tak langsung saya berjaya jadi internet marketer yang low profile. Dalam tempoh tersebut, ada banyak yang saya dapat pelajari yang sekarang ni, In Shaa Allah pasti ada satu atau dua perkara yang dapat saya kongsikan kepada rakan-rakan usahawan yang baru mengenali saya.
Apa dia strategi yang ampuh lagi berkesan untuk buat duit dengan blogging pada tahun 2014 ini?
Dengan lafaz mulia, Bismillahir Rohmaanir Rohim, saya persembahkan kepada anda, strategi blogging untuk tahun 2014. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Strategi 1: Pastikan anda menggunakan WordPress Self HostedÂ
Ada banyak platform blogging yang boleh kita gunakan, sebagai contoh blogger, typad, tumblr dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, saya lebih sarankan anda guna wordpress self hosted. Platform wordpress ni sebenarnya ada dua jenis, satu yang percuma, iaitu wordpress.com dan satu lagi yang perlu pasang pada domain dan hosting sendiri, iaitu self hosted.
Dengan menggunakan wordpress self hosted, anda boleh install pelbagai jenis plugin yang bagus untuk meningkatkan performance blog anda.
Setiap plugin mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza, antaranya untuk tujuan memudahkan anda buat duit, SEO, kumpul mailing list dan sebagainya.
Sejak tahun-tahun sebelum ini lagi saya dah mula perasan ada banyak blog yang saya ikuti yang menggunakan platform blogger atau blogspot dah kena delete atau kena remove dengan google. Alasannya, mereka telah langgar terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh google.
Walaupun kebarangkalian untuk berlaku hal-hal seperti ini agak rendah, namun kenapa nak ambil risiko? Jika anda ingin serius buat duit dengan blog, gunakan wordpress. Anda akan dapat full control terhadap laman blog yang anda bina tu.
Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini yang bertajuk panduan pemasangan blog wordpress self hosted [klik sini]
Strategi 2: Kumpul mailing list menerusi blog
Sesetengah blog, ia mampu menarik jumlah pelawat yang sangat banyak dalam sehari.
Berapa banyak?
Antara 1,000 – 5,000 pelawat setiap hari. Mereka ini adalah terdiri daripada pelawat yang menemui sesebuah blog berpunca daripada hasil carian di search engine seperti google, yahoo, Bing! Mereka ni mungkin mencari maklumat tertentu menerusi kata kunci tertentu, dan akhirnya mereka menemui laman blog kita.
Ambil kesempatan ini untuk kumpul senarai emel mereka yang melawati laman blog kita. Jika setiap hari kita dapat kumpul 50 emel yang baru, cukup sebulan, at least kita akan dapat 1,500 senarai emel pelawat yang melayari laman blog kita.
Cabaran yang biasa dialami oleh mereka yang nak kumpul mailing list menerusi blog ialah untuk hasilkan Opt In Form yang professional dan nampak menarik.
Saya pun ada masalah yang sama. Sebab itu saya gunakan plugin Hybrid Connect. [klik sini]
Ini salah satu sebab kenapa saya cadangkan anda guna wordpress self hosted. Kalau guna blogger atau lain-lain platform, anda tak boleh install plugin seperti ini. Kalau guna wordpress versi percuma juga tak boleh buat benda ni.
Plugin Hybrid Connect adalah plugin versi berbayar. Sebenarnya, ada juga plugin percuma yang anda boleh gunakan. Memandangkan saya tak pernah guna plugin percuma untuk tujuan kumpul mailing list ni, jadi saya tak dapat nak buat sebarang recommendation.
Strategi 3: Sentiasa pelbagaikan & mantapkan skil penulisan
Belajarlah dan luaskan pembacaan mengenai teknik-teknik seperti
1. Persuasion (memujuk)
2. Negotiation (berunding)
3. Seduction (menggoda)
Percayalah. Tak rugi anda belajar. Mantapkan skil penulisan anda, kerana anda sebenarnya sedang menjual menerusi penulisan. Lagi banyak anda boleh jual, lagi tinggi pendapatan anda boleh hasilkan.
Lagi satu, apabila kita pelbagaikan cara penulisan, ini secara tak langsung dapat elakkan kandungan blog kita nampak membosankan.
Strategi 4: Content marketing
Mungkin ini bukan kali pertama anda dengar tentang content marketing.
Apa yang membuatkan sesebuah blog itu menarik dan ramai pengunjung adalah kandungan (content) yang disiarkan dalam laman blog tersebut.
Pelawat mencari informasi, maklumat, hiburan atau ingin mengisi masa lapang apabila mereka buat keputusan untuk baca sesebuah blog.
Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kandungan blog anda relevan dan menepati ciri-ciri yang dicari-cari oleh sasaran pembaca anda.
Dua strategi content marketing
–> Offer value (berikan tambah nilai)
–> Provide solution (tawarkan penyelesaian kepada masalah pembaca blog anda)
Adalah satu pengalaman yang menjengkelkan, apabila tajuk artikel anda tulis lain, tapi konten tulis benda lain. Dalam situasi ini, artikel blog anda akan dianggap sebagai tidak relevan. Jika anda terus buat macam ni, saya percaya, di masa akan datang blog anda akan terus bermasalah untuk dapatkan pembaca setia.
Strategi 5: Bina jenama blog anda
No copy paste. No plagiat.
Copy paste dan plagiat adalah shortcut untuk anda berjaya tarik trafik yang banyak ke dalam blog anda. Walaubagaimanapun, ia bukan kaedah terbaik untuk bina jenama blog anda.
Lebih buruk lagi, ia akan menjejaskan imej blog anda. Dah tentu anda tak mahu dikenali sebagai kaki plagiat kan? Pastikan hanya entri yang original dan unik sahaja yang disiarkan dalam blog anda.
Jika terpaksa menggunakan artikel dari blog orang lain atau dari sumber orang lain, pastikan anda memberi kredit dengan menyatakan siapa pemilik asal artikel tersebut.
Benda ni memang agak sukar, dan sangat memakan masa untuk dilakukan, namun percayalah, diakhirnya, blog yang ada originaliti akan lebih dihargai berbanding blog yang penuh dengan artikel copy paste.
Strategi 6: Tunjuk & kongsikan kepakaran anda
Jika anda tak tunjukkan kepakaran anda, tiada siapa yang akan bercerita tentang diri anda. Jika anda pakar dalam bab-bab buat duit dengan program affiliate, pakar dalam bab penghasilkan ebook dan sebagainya…
TUNJUKKAN
Ini bukan untuk riak atau nak tunjuk hebat. Ini adalah salah satu step yang anda sendiri perlu buat untuk pastikan orang lain tahu apa yang anda tahu. Diperingkat permulaan, memang tak ada sesiapa yang kenal anda. Tak ada siapa yang nak bercerita tentang anda.
Maka, nak atau tak nak, kita terpaksa “masuk bakul angkat sendiri”. Apabila kewujudan kita mula dikenali dan diketahui, slowly kita dah tak perlu lagi bercerita tentang kehebatan dan kepakaran kita. Masa tu, orang dah tahu, apa kepakaran dan kemampuan kita.
Sebab itu jangan takutlah nak tunjuk screenshot income, hasil kerja dan apa-apa sahaja kepada umum. Kerana ia sebenarnya menunjukkan bahawa anda ada kepakaran dalam sesuatu bidang.
Lagi satu, saya dah banyak kali jumpa so called pakar yang mengaku pandai buat itu, pandai buat ini. Tapi bila mintak bukti, tak mampu nak buktikan pulak… Jadi, jika anda mampu claim macam-macam kebolehan, anda patut mampu untuk back up claim anda tu dengan bukti.
Strategi 7: Update blog anda setiap hari
Pastikan sekurang-kurangnya blog anda dikemaskinikan dengan satu artikel yang baru setiap hari. Tulis je apa-apa pun. Yang penting update.
Sekiranya tahun 2014 ini anda baru nak mula blogging, strategi satu hari satu artikel masih tak cukup untuk memastikan anda dapat jana income 4 angka setiap bulan.
Cuba target untuk dapatkan 600 – 1,000 artikel unik dalam blog anda.
Jika anda tak berkesempatan untuk menulis satu artikel setiap hari, sebagai ganti anda boleh hasilkan satu artikel sahaja, selang dua atau tiga hari. Dengan syarat panjang artikel anda adalah sekitar 1,000 – 1,500 patah perkataan.
Fokus untuk hasilkan artikel yang panjang dan penuh dengan informasi. Artikel yang panjang dan berinformasi lebih disukai oleh laman web google. Dari pengalaman saya, artikel yang panjang yang saya tulis dalam blog ini, dan yang penuh dengan pengisian lebih mudah untuk masuk ke page pertama google berbanding artikel pendek-pendek.
Itu sebabnya saya lebih suka tulis artikel panjang-panjang. Buat kerja sekali sahaja, dan buat dengan betul pada percubaan kali pertama. Lepas tu dah tak perlu lagi risau tentang nak buat artikel follow up.
Strategi 8: Tarik trafik berkualiti ke blog anda
Ini merupakan salah satu elemen penting dalam bidang penulisan blog.
Tak guna ada banyak artikel, kalau tak ada yang baca. Oleh sebab itu, pentingnya untuk blogger kuasai teknik tarik trafik. Topik tarik trafik akan saya bincangkan dalam entri yang lain. Apa yang anda perlu tahu setakat ini ialah, trafik boleh didapati menerusi
1. Teknik Seo [klik sini]
2. Mailing list
Mailing list anda sangat berguna untuk anda emel dan maklumkan anda telah menghasilkan sebuah artikel yang baru dalam blog anda. Dengan teknik seo, blog anda berupaya untuk tarik trafik yang konsisten dari search engine.
Update: [klik sini] Teknik tarik trafik yang ramai ke blog anda
Strategi 9: Kolaborasi sesama rakan penulis blog
Bekerja dalam satu pasukan, ia lebih mudah dan lebih menyeronokkan berbanding kerja seorang diri.
Namun, anda perlu berhati-hati memilih orang yang anda ingin bekerjasama. Tersilap pilih, anda yang pening kepala.
… dan ya, saya pun pernah tersilap pilih ahli pasukan.
Daripada memudahkan, jadi menyusahkan pulak.
Strategi 10: Take Action Now!
Adakah anda berpendapat strategi yang telah saya bincangkan dalam artikel ini make sense dan doable?
Jika jawapan anda ialah YA!
Maka tunggu apa lagi? Bertindak sekarang. Kalau boleh, mulakan blog pertama anda sekarang juga.
Buat duit dengan blogging ini perlu dilatih. Kerana dari situ anda akan temui skil penulisan yang dah lama terpendam dalam jiwa anda.
Siapa tahu, bermula sebagai penulis blog, seterusnya anda maju beberapa tapak lagi kepada
1. Penulis ebook
2. Penulis buku (novel, cerpen)
3. Penulis majalah
… dan banyak lagi. Terokai seberapa banyak kemungkinan dan luaskan skop fokus anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan sekiranya anda inginkan maklumat lanjut mengenai buat duit dengan blog, silalah follow blog ini ya.
Anuar says
Terima kasih di atas perkongsian info… In Shaa Allah akan saya praktikkan strategi yang di ajar..
Wafi says
Susah betul nak pastikan blog sentiasa berupdate
sabree hussin says
Setuju, saya pun rasa benda yang sama. Tapi, kena bagi update jugak, sebab tu kadang-kadang artikel yang saya update sebenarnya artikel yang saya spin dari artikel-artikel lepas je 🙂
Hafiszan Kamarudin says
Assalamualaikum.
Faham dan amat memahami apa yang ditulis. Ada tersurat dan tersiratnya.
titan says
pehh..rajin hang tulis panjang-panjang ehh..
mrhanafi says
saya suka strategi ini..memang menarik tuan!
Norma says
Saya buta IT ..:(- In Shaa Allah saya akan baca lagi , belajar dan mencuba..
Tkasih atas perkongsian ini.. :)-
zamriharun says
Banyak jugak yang nak kena belajar sebab ilmu pasal blogging ni memang kosong. Apa2 pun perkongsian pasal strategi buat duit dengan blog ni memang menarik. Tahniah buat tuan Sabree.
azzahairi says
Trme ksh tuan Sabree,dah habis baca sampai hbs..idea yang bernas..part
SEO saya kena belajar lagi dan baiki skill penulisan. Apa pun sy suka traffic dr blog.