Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Buat blog yang menarik dengan bantuan Kamera Digital

February 6, 2017 by sabree hussin 13 Comments

Terlintas difikiran untuk dapatkan sebuah kamera digital bagi tujuan pembangunan laman-laman blog yang saya miliki. Sejak saya menulis dalam blog, kebanyakkan gambar-gambar yang saya siarkan adalah gambar-gambar yang saya ambil dari laman web yang menawarkan royalty free images yang boleh digunakan sesuka hati, tanpa perlu bayar dan tak perlu beri sebarang kredit kepada pemilik asal gambar tersebut.

 

Tapi kali ini, tergerak pula rasa dihati nak banyakkan guna gambar-gambar yang diambil sendiri.

tempat-menarik-langkawi

Atas ini adalah salah satu gambar yang saya tangkap sendiri menggunakan kamera Nikon D3100. Saya pun bukannya pakar sangat dalam bab-bab fotografi ni, tapi kalau setakat nak “point and shoot” bukan satu masalah besar sangat. Hanya perlu set kepada mode Auto.

 

Mungkin lepas ini, bila saya dah ada kamera digital yang baru, saya akan banyakkan hasilkan blogpost yang penuh dengan gambar-gambar. Bukankah ada pepatah inggeris yang mengatakan “a picture is worth a thousands words“. Kadang-kadang lebih mudah nak menerangkan sesuatu perkara dengan menunjukkan gambar-gambar yang relevan berbanding nak terangkan dengan perkataan semata-mata.

 

Sebenarnya saya memang ada kamera digital. Satu jenis compact dan satu lagi jenis DSLR. Hasrat dihati nak tambah satu lagi koleksi kamera sebagai back up kamera.

 

Kamera kali ini, saya nak pilih dari jenis yang kecil dan comel sahaja.

 

Syaratnya, ia mesti nipis, ringan, boleh muat kalau nak masukkan dalam poket seluar dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Kiranya kalau waktu tertentu, saya perlukan kamera, saya boleh guna dengan serta merta, sebabnya kamera ini kecil dan saya boleh sentiasa bawa bersama saya.

 

Saya ingat lagi, masa saya join event Lazada pada bulan November 2016 yang lepas sempena kempen Online Revolution Find Joy In Every Parcel. Waktu tu, saya tak ambik sebarang gambar langsung. Rasa agak kekok nak bawa DSLR ataupun kamera yang satu lagi sebabkan saiznya yang agak besar.

 

Lagipun, event tu adalah event pertama yang saya join semenjak saya aktif menulis di blog. Rasa macam poyo pulak bila bawak kamera besar-besar ni ha ha. (Lagak macam blogger yang hebat sangat la pulak~~)

 

Kamera tersebut mesti ada 20 Megapixels, minimum. Sebenarnya, adakah Megapixels kamera ini penting ataupun tidak? Adakah lagi besar megapixels, maka lagi cantik gambar yang akan ditangkap?

 

Sebenarnya megapixels ini bukanlah penentu sama ada kualiti gambar yang akan dihasilkan tu nanti cantik ataupun tidak. Kualiti gambar berkait rapat dengan lain-lain faktor umpamanya lens, sensor kamera, sistem processor dan mungkin faktor lain yang tak ada kena mengena dengan kamera tu, contohnya seperti skil orang yang tangkap gambar tu.

 

Bukan nak kata apalah… kamera ni, kalau kita bagi kat orang yang tak ada skil, bagi kamera paling mahal sekalipun, gambar tetap jahanam. Jadi kat sini dah boleh nampak, bukan kamera sahaja yang kena bagus, malahan tukang ambik gambar pun kena ada seni jugak. Barulah kualiti gambar yang akan dihasilkan tu nanti menarik.

 

WAJIB beli kamera dari syarikat yang memang fokus pada kamera sebagai first priority, kemudian baru pilih syarikat yang mempunyai reputasi yang baik.

Pilihan saya, mengikut keutamaan adalah dari jenama

  1. Nikon
  2. Fujifilm
  3. Canon
  4. Sony
  5. Samsung
  6. Olympus

 

Ok… rasanya 6 dah cukup memadai. Kalau banyak sangat pilihan, nanti sendiri juga yang pening dan tak tau nak pilih yang mana satu. Makin banyak pilihan, makin pening dan tak tau nak pilih yang mana satu.

 

Bawah ni pulak adalah antara kamera yang saya rasa berkenan dan mungkin sesuai untuk keperluan saya nanti.

 

(1) Nikon CoolPix S3700

kamera-digital-nikon-coolpix

Kamera Nikon CoolPix S3700 ini menepati kriteria yang saya harap-harapkan ada pada kamera digital yang saya inginkan. Kamera ini dijual dengan harga RM499.

 

(2) Fujifilm FinePix XP90

kamera-digital-fujifilm

Saya tertarik dengan kamera FujiFilm FinePix XP90 ini mungkin sebab warna birunya yang nampak menawan. Selain itu, saya lihat dari segi design ianya juga sangat menarik.

 

Cuma sayangnya, harga agak tinggi, iaitu RM790.00. Ia dah melepasi bajet saya, jadi nampaknya saya cuma boleh tengok je kamera ni ha ha.

 

(3) Canon Ixus 175

kamera-digital-canon

Dari segi saiz, kamera Canon Ixus 175 dah menepati apa yang saya bayangkan. Ianya tidak begitu besar dan tidak juga terlalu kecil. Dengan saiznya, kamera ini memang mudah untuk dibawa kemana-mana.

 

Kamera Canon Ixus 175 ini dijual dengan harga RM388. Kalau bandingkan dengan dua model sebelum ini, nampaknya kamera ini lebih murah.

 

(4) Sony Cyber-shot DSC W810

kamera-sony

Kamera jenama Sony Cyber-shot ini juga pada pendapat saya tak kurang hebatnya. Kalau dari segi harga, kamera ini paling murah.

 

Mungkin, ini adalah kamera yang saya akan beli. Ianya dijual dengan harga RM369 sahaja.

 

Dalam post sebelum ini, saya ada cerita tentang sebuah portal yang menjual kamera terpakai yang diberi nama Jepuniaga.

kedai-kamera-terpakai-johor

Laman web Jepuniaga menjual pelbagai kamera terpakai dan juga barangan keluaran Apple Store yang diimport dari negara Jepun.

 

Walaubagaimanapun, jenis-jenis kamera yang saya senaraikan ni, tidak terdapat di laman web Jepuniaga. Mungkin sebab mereka lebih fokus pada jualan kamera digital jenis DSLR.

 

Kalau anda inginkan kamera DSLR terpakai, maka bolehlah dapatkan dilaman web jepuniaga menerusi pautan ini.

 

Hmm.. tak pasti, bila agaknya saya boleh beli kamera ini. Saya dapat berita, mungkin harga minyak akan terus mahal dan ini secara tak langsung akan menyebabkan beberapa barangan lain akan naik harga. Tengah berkira-kira jugak ni. Melainkan kalau dapat menang kontes “belajar buat blog” mungkin ada harapan untuk beli kamera baru.

 

Wallahua’lam.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Kedai Kamera Online menjual kamera terpakai dari pelbagai jenama terkenal
  2. Perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli Kamera Terpakai
  3. 5 Masalah berkaitan pemasaran online yang boleh diselesaikan dengan bantuan Fiverr.com
  4. Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog

Filed Under: Blogging Tagged With: belajar buat blog, kamera digital, kamera jenis kompak, kamera point and shoot, kamera second hand, kamera terpakai

Comments

  1. Anuar says

    February 7, 2017 at 12:50 pm

    Tulah bestnya tulis blog kan…
    Boleh letak gambar-gambar menarik dalam blog…

    Reply
    • sabree hussin says

      February 8, 2017 at 10:15 am

      Yup, cadang nak buat photoblog pasni 😀

      Reply
  2. Madam Affiliate says

    February 7, 2017 at 2:07 pm

    Hmmm…camera. Another great investment for personal use. Yay madam like.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 8, 2017 at 10:15 am

      Betul tu, ini pun boleh consider sebagai investment

      Reply
  3. JebengOtaiâ„¢ says

    February 8, 2017 at 4:49 pm

    sy lebih meminati fujifilm..huhu

    Reply
    • sabree hussin says

      February 10, 2017 at 12:13 pm

      Saya tak pernah lagi guna Fujifilm

      Reply
  4. reezluv says

    February 13, 2017 at 8:47 am

    DSLR memang best..banyak benda boleh buat..beza besar entry level camera dengan intermediate dan profesional..dah pernah rasa semuanya..haha..cuma mungkin ujung tahun ni baru rasa nak submit ke stockphoto

    Reply
    • sabree hussin says

      February 14, 2017 at 12:51 pm

      DSLR walaupun best, kalau kena kat tangan orang yang tak pandai… dia jadi biasa-biasa jugak kan.

      Reply
  5. dukenaim says

    February 13, 2017 at 9:24 pm

    Pernah pakai camera Sony. Sofar saya puas hati, since gambar pun sharp dan cantik. Ada gak berangan nk pakai DSLR, tapi macam renyah je nak guna fungsi dia.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 14, 2017 at 12:52 pm

      Kena belajar slow-slow kalau macam tu 😀

      Reply
  6. jiarizaira says

    February 13, 2017 at 10:19 pm

    Bercadang juga nak ambil kamera digital sbg modal nak tepek gambar2 dalam blog.

    Reply
  7. Pakar says

    April 30, 2018 at 5:57 pm

    Penghuraian yang menarik walaupuan ia dibuat tahun lepas..

    Reply
    • sabree hussin says

      April 30, 2018 at 7:09 pm

      terima kasih tuan 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in