Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog

September 17, 2018 by sabree hussin 3 Comments

Apakah dia langkah pertama yang perlu diambil, bagi mereka yang berminat untuk memulakan projek blog sendiri dan menjana pendapatan dari blog tersebut?

 

Ya, saya percaya setiap orang akan ada pandangan dan pendapat masing-masing. Mereka membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang tepat pada keadaan dan situasi mereka.

 

Dari soalan mudah ini, mungkin akan terbit beberapa cadangan jawapan, misalnya, langkah pertama yang perlu diambil kalau nak buat blog sendiri, adalah dapatkan nama domain dan hosting, atau mungkin akan ada yang bagi jawapan untuk daftar akaun dengan blogspot dan sebagainya.

 

Jawapan tersebut ada benarnya, cuma pada saya, ada perkara lain yang lebih penting berbanding dapatkan nama domain dan hosting, atau daftar akaun blogspot. Anda nak tahu apa langkah tersebut? Langkah yang saya maksudkan adalah memilih topik yang sesuai untuk projek blog tersebut.

buat-duit-online

Dari pengalaman saya sebelum ini, apabila saya buat keputusan sama ada nak lancarkan satu lagi projek blog baru atau tidak, saya akan sediakan dulu cadangan senarai topik yang saya kira “berbaloi” untuk diwujudkan dalam bentuk blog.

 

Seterusnya, saya akan buat brainstorming bertitik tolak daripada cadangan senarai topik tersebut. Katakanlah, saya berkenan dengan topik “travel” atau percutian. Ada ke pembaca blog ini yang suka pergi bercuti? Kalau anda juga suka bercuti, besar kemungkinan, anda juga mampu untuk hasilkan blog tentang percutian yang hebat satu hari nanti.

 

Apabila kita dah tahu apa topik yang kita bakal tulis, maka langkah seterusnya adalah kenalpasti apa-apa cabaran yang perlu kita hadapi untuk bangunkan sebuah blog berdasarkan topik tersebut.

 

Nak bangunkan sesebuah blog, sudah tentu ada cabarannya. Anggap macam kita nak mula tulis sebuah buku, pasti buku tersebut tak akan mampu disiapkan dalam masa satu hari. Kita perlu ada sumber rujukan, jika topik tersebut bukannya topik yang kita betul-betul mahir.

 

Jika blog tersebut adalah tentang perkongsian pengalaman, sudah tentu kita perlu ada pengalaman melalui sesuatu peristiwa terlebih dahulu. Topik ini, saya akan ulas dengan lebih mendalam kemudian.

 

Sekali lagi, saya ambil contoh topik mengenai percutian. Kalau nak bercerita tentang bercuti, perkara-perkara berikut sesuai untuk dimuatkan sebagai konten blog.

  1. Tempat-tempat percutian yang menarik untuk dikunjungi
  2. Tempat penginapan yang bagus
  3. Senarai tempat makan
  4. Budaya dan adat sesebuah masyarakat
  5. Peristiwa bersejarah yang berkaitan
  6. Kelengkapan yang diperlukan untuk bercuti disesuatu tempat
  7. Persediaan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas bercuti
  8. Peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi semasa bercuti
  9. Aktiviti yang boleh dilakukan
  10. Kereta sewa dan sebagainya

 

Bagi menghasilkan sebuah artikel yang baik, adakalanya kita perlu merasai pengalaman tersebut dan berada disesuatu tempat itu. Contohnya, kalau kita nak bercerita tentang pengalaman hiking di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Kalau kita tak pernah ada pengalaman dan tak pernah sampai ke tempat itu, bukan mudah nak hasilkan artikel sedemikian.

 

Dalam keadaan yang ideal, kita sepatutnya pilih satu topik (atau lebih) yang kita rasa suka dan teruja untuk bincangkan dalam blog kita tu. Selalunya, topik yang kita betul-betul minat dan suka, kita akan lebih excited untuk terus menulis walaupun pada peringkat awalnya, tak ramai yang baca blog kita.

 

Selain memilih topik yang kita betul-betul minat, kita juga boleh pilih apa-apa topik yang sifatnya sentiasa malar segar. Apakah contoh topik yang sentiasa evergreen itu?

 

Saya boleh berikan beberapa contoh, misalnya

(1) Topik tentang duit

Sama ada anda nak fokus tentang cara-cara menghasilkan duit, ataupun cara-cara untuk menguruskan duit.

 

(2) Topik tentang kesihatan

Cara penjagaan kesihatan ataupun petua tradisional yang boleh diamalkan bagi memastikan kesihatan badan sentiasa berkekalan.

 

(3) Topik tentang famili dan parenting

Setiap hari, akan ada pasangan yang menimang cahaya mata. Mereka ini, ada yang memerlukan rujukan dan jawapan untuk masalah yang mereka hadapi. Sesetengah agak segan kalau nak bertanya kepada individu yang mereka kenali. Jadi, untuk jawapan segera, mereka akan cari jawapan menerusi pembacaan di internet dengan bantuan google.

 

(4) Topik tentang kerjaya

Dalam topik tentang kerjaya ini, kita boleh cerita tentang tips kerjaya dalam bidang atau industri tertentu, tips menghasilkan resume, tips menghadapi soalan temuduga dan sebagainya.

Baca juga: 10 Niche blog terbukti mampu untuk buat duit online

 

Saya masih tak tahu nak pilih topik apa untuk blog saya… Apa patut saya buat?

Ada ketikanya, tidak memilih sebarang topik yang spesifik untuk projek blog anda, juga adalah satu strategi yang baik.

 

Apa-apa strategi, walaupun nampak lemah, masih lagi lebih baik kalau nak dibandingkan dengan langsung tak ada strategi.

 

Pada tahun-tahun pertama saya mula bergiat dalam bidang penulisan blog, saya juga tidak mempunyai sebarang topik yang spesifik untuk ditulis dalam blog saya. Saya tulis apa yang saya rasa nak tulis, dan apa-apa topik yang saya rasa selesa dan setidak-tidaknya ada pengetahuan mengenai topik tersebut.

 

Blog saya, adalah blog personal. Jadi, saya menggunakan blog tersebut sebagai satu medium untuk mengekspresikan segala perkara yang terlintas dalam fikiran saya.

 

Kalau pada sekian waktu, saya rasa nak bercerita tentang topik pengurusan kewangan, maka saya akan tulis topik tersebut.

Kalau saya rasa, saya nak beramal, dan sebarkan ilmu yang bermanfaat, saya akan curahkan segala yang saya tahu dalam satu blogpost.

Ataupun, kalau saya tergerak untuk melakukan kerja-kerja dakwah, maka saya akan kongsikan sedikit pengetahuan agama yang saya tahu dalam blog saya.

 

Dalam salah satu blog yang saya pernah tulis dulu, antara topik yang saya tulis adalah topik yang sama yang saya sedang belajar di universiti. Sambil saya menulis di blog, sambil tu saya dapat mengulangkaji apa yang saya pelajari semasa berada di dalam dewan kuliah.

 

Kalau memang serius tak tahu nak tulis topik apa, tulis je apa-apa topik yang anda rasa anda mampu untuk tulis. Pada peringkat awal, fokus untuk dapatkan seberapa banyak artikel yang boleh, untuk diterbitkan dalam blog tersebut.

panduan-memilih-topik-blog

Topik yang saya nak pilih dah terlalu banyak orang tulis

Ini boleh jadi satu petanda yang baik. Malahan, ia mungkin satu rahmat bagi kita.

 

Salah satu topik yang saya minat nak tulis, tetapi dekat pasaran dah ada terlalu banyak penulis yang dah tulis topik tersebut adalah topik mengenai pelaburan emas. Kalau pergi ke kedai buku dan perpustakaan, juga kita boleh jumpa banyak buku yang membincangkan topik ini.

 

Antara buku tentang emas yang saya pernah jumpa dan saya pernah baca

  1. PELABURAN EMAS: Kaedah, Pendekatan dan Strategi
  2. Masa Untuk Emas
  3. Magnet Emas Magnet Kekayaan

 

Bagi tujuan projek blogging, saya berpendapat, kalau sesuatu topik itu, ada ramai yang tulis, ini bermakna topik tersebut adalah satu topik yang panas dan ia ada potensi untuk beri keuntungan kepada kita. Kita bandingkan dengan topik yang tak ramai orang nak tulis. Kenapa agaknya ia berlaku? Mungkin sebab topik tersebut tidak begitu menguntungkan.

 

Antara topik yang banyak orang tulis dengan yang tak ramai orang tulis, saya sebenarnya lebih suka tulis topik yang popular. Ia lebih menyenangkan kerja-kerja saya.

 

Saya tak perlu nak susah payah fikir dari mula sampai habis apa yang perlu ditulis dalam blog saya dikemudian hari. Saya hanya perlu ambil mana-mana satu buku yang membincangkan topik yang sama yang saya ingin tulis. Kemudian saya tulis semula artikel dalam blog saya berpandukan kepada buku tersebut, dengan membuat beberapa pengolahan yang sesuai.

 

Topik yang dipilih mempunyai kaitan atau boleh dikaitkan dengan sesuatu produk atau servis

Tak kira walau apa topik yang bakal anda pilih nanti, kalau boleh kita pastikan ada sesuatu produk atau servis yang sesuai untuk kita promosikan.

 

Apabila kita nak bina blog tentang percutian, kita boleh promosikan tempat penginapan, bilik hotel dan sebagainya. Kita sertai dulu program affiliate, seperti program affiliate Involve Asia, dan promosikan bilik hotel yang ada disenaraikan di laman web Agoda.

 

Bila ada yang baca blog kita, dan dia rasa berminat nak menginap di hotel yang kita promosikan, kita akan dapat komisen apabila mereka buat tempahan melalui link affiliate yang kita sertakan dalam artikel blog yang kita hasilkan.

Baca juga: Apa yang saya perlu buat selepas daftar Program Affiliate Involve Asia? 

 

Wujudnya persaingan antara laman web yang ingin mendominasi topik yang sama

Sesuatu topik yang berpotensi untuk beri keuntungan yang lumayan, lazimnya memang akan ada banyak laman web lain yang akan menjadi pesaing kita.

 

Kita akan bersaing dengan laman web yang sedia ada, ataupun kita akan bersaing dengan laman web baru, yang akan diwujudkan dimasa akan datang.

 

Anggap itu sebagai satu cabaran. Asalkan ia merupakan satu persaingan yang sihat, jadi apa masalahnya? Lainlah kalau dalam persaingan tersebut ada unsur-unsur sabotaj… ha… yang tu jadi tak seronoklah kalau nak bersaing.

 

Sebagai pemilik blog, kita fokus untuk bangunkan sebuah blog yang lebih baik atau yang lebih unik berbanding pesaing kita. Seterusnya, kita serahkan kepada pembaca untuk tentukan, blog mana satu yang lebih menepati selera dan kehendak mereka.

 

Kita fokus untuk hasilkan blog yang terbaik sahaja. Baiklah, saya berhenti dulu sampai sini, dan In Shaa Allah saya akan sambung lagi topik ini.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog
  2. Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  3. Apa kriteria yang perlu ada pada sesebuah blog bagi menghasilkan blog yang TERBAIK!
  4. Strategi Buat Duit Dengan Blog Untuk Tahun 2014

Filed Under: Blogging Tagged With: buat duit dengan blog, cara pilih topik, cara pilih topik blog, langkah pertama buat duit dengan blog

Trackbacks

  1. Dunia Internet adalah suatu lautan luas yang penuh dengan duit! - Sabree Hussin Dot Biz says:
    November 29, 2018 at 9:43 am

    […] Anda boleh mulakan dengan membaca posting ini: Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog […]

    Reply
  2. Cadangan program buat duit online yang tidak menipu - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 3, 2018 at 12:26 pm

    […] Kalau anda rasa yang anda tak tahu macam mana nak mulakan projek laman web atau laman blog yang boleh hasilkan pendapatan, saya syorkan anda ikuti tutorial yang saya tulis disini. Mula dengan membaca artikel ini: Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog […]

    Reply
  3. Alternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending Machine - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 13, 2018 at 10:03 am

    […] Baca di sini: Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa nak join Bisnes Netwok Marketing?
  • Panduan “Survival Guide” dalam Bisnes Multi Level Marketing @ Network Marketing
  • 7 Jenis bisnes rendah risiko, modal rendah dan mudah untuk dilakukan
  • Jom buat duit sebagai Usahawan Buku dengan Program Dropship Bookcafe
  • 10 Kaedah Pemasaran Digital yang anda patut cuba untuk hasilkan jualan

Recent Comments

  • sabree hussin on Cara bina Ayat Iklan untuk promosi produk Perfume
  • sabree hussin on Bagaimana cara mudah buat duit dengan menulis di blog?
  • sabree hussin on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?
  • Mohamad Rahmad bin Saad on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan - Sabree Hussin Dot Biz on Masalah writers block dalam kalangan penulis blog dan cara selesaikannya

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut