Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Banner Iklan Lazada akhirnya convert kepada sales juga!

February 25, 2016 by sabree hussin 6 Comments

Mula-mula ada rasa macam nak give up. Lepas tu saya mula mempersoalkan keberkesanan menyiarkan banner iklan dari Lazada di blog saya. Berkesan ke? Boleh ke convert kepada sales?

 

Hampir-hampir saya buang iklan tersebut, lalu saya teringat kata-kata Brian Tracy dalam bukunya, The Psychology of Selling edisi Bahasa Melayu.

 

Masalah lazim buat para jurujual ialah, terlalu cepat menyerah kalah dan kurang berusaha. Bila tak nampak hasil, terus rasa nak berhenti. Walhal sepatutnya pada ketika ini, kita perlu pelbagaikan lagi strategi pemasaran agar mendapatkan kesan yang kita inginkan.

komisyen_lazada

Atas ni antara komisyen yang lekat pada bulan ni.

 

Kebiasaannya saya akan gunakan fungsi deeplink untuk mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web Lazada. Cuma beberapa hari atau mungkin beberapa minggu yang lepas saya nak cuba sesuatu yang baru. Kali ini saya nak cuba buat jualan hanya dengan menyiarkan banner iklan dari lazada.

 

apple-iphone-refurbishedSalah satu contoh banner iklan yang anda boleh lihat adalah seperti di sebelah ini.

 

Seperti yang anda lihat, iklan tersebut adalah mengenai Apple Iphone Refurbished Set.

 

Kalau anda masih belum tahu, apa yang dimaksudkan dengan set refurbished ni, boleh baca artikel berikut ya.

Klik untuk baca: Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli?

 

Memandangkan hanya dengan siarkan iklan dari Lazada pun boleh masuk sales, maka nampaknya “terpaksalah” saya biarkan lama sikit banner tersebut dalam blog ni. Manalah tahu, musim-musim orang dapat gaji ni, akan ada banyak lagi sales yang bakal melekat.

 

“Orang kita memang tak minat buat duit kalau income dia sen-sen ke?”

Seperti yang kalian boleh perhatikan, komisyen dari Lazada ni sebenarnya bukannya tinggi sangat pun. Ya, sen-sen sahaja.

 

Contohnya macam kat screenshot diatas. Saya hanya captured 3 sales terkini yang diperolehi sahaja. Jumlahnya ialah

$0.96 + $0.55 + $0.64 = $2.15

 

Oh nanti dulu. Kita kena convert kepada matawang RM terlebih dahulu. Andaikan, pada hari ini kadar tukaran matawang RM kepada USD ialah RM4.20 bersamaan dengan USD1.

 

Jadi,

$2.15 x RM4.20 = RM9.03

 

Boleh dapat sepinggan nasi ayam dengan teh ais. Ini contoh kalau dapat 3 sales sahaja, bagaimana pula kalau dapat banyak sales? Ha… kiralah sendiri.

 

“Macam mana nak join program affiliate Lazada?”

Good question. Nampaknya anda dah mula tunjuk minat untuk buat duit jugak dari program ni kan. Baik, memandangkan saya dah pernah tulis tentang cara-cara nak join program affiliate Lazada dalam blog ini, saya tak akan tulis untuk kali kedua.

 

Saya bagi anda link, dan saya harap anda dapat luangkan masa untuk baca ya.

Baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

 

Memang seronok bila dapat komisyen. Tapi, saya tak naklah cuma seronok sorang-sorang. Kalau boleh, saya nak kongsikan kegembiraan ini bersama dengan anda. Apa kata anda pun join sebagai affiliate dan mula buat duit sekarang.

 

Mana tau, lepas ni anda mungkin akan dapat lebih banyak sales dari saya. Bukankah itu lebih awesome?

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana cara hasilkan artikel Advertorial yang convert kepada sales?
  2. Akhirnya WordPress 4.0 Beri Masalah Juga!
  3. Cukup Sekadar 2 – 3 Sales Affiliate Dalam Sehari
  4. Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan lazada, komisyen affiliate lazada, tips buat duit dengan lazada

Comments

  1. titan says

    February 26, 2016 at 9:08 pm

    hoho..

    sen-sen macam ni..duit jugak.

    hoho

    janji cara tu betul.

    Reply
    • sabree hussin says

      March 2, 2016 at 5:43 pm

      Yup, sen-sen ni bila kumpulkan jadi ratus-ratus jugak. Bukan susah mana pun, sebabnya kita cuma perlu siarkan kemudian tinggalkan. Itu sahaja

      Reply
  2. nikkhazami says

    February 28, 2016 at 12:31 pm

    kalau rajin buat entry promosi mmg banyak dpt komisen lazada ni

    Reply
    • sabree hussin says

      March 2, 2016 at 5:46 pm

      Ya betul tu. Cuma kalau bergantung pada banner macam ni, kena berharap pada bilangan trafik yang ramai jugak 😀

      Reply
  3. mamalina says

    December 11, 2016 at 8:57 pm

    Dah bertahun jadi affiliate lazada, tapi sampai skrg blm berjaya dpt sales :(, x tau mana silapnya.

    Check di Google analytics, tgk traffic xde rekod pun dari Malaysia…konfius betul la.

    Mcm mana nk buat ya?

    Reply
    • sabree hussin says

      December 13, 2016 at 8:56 pm

      Susah juga kalau nak jawab soalan tu, mana silapnye ye… hmm kena buat full check up baru boleh tau kat mana silapnya.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in