The Psychology of Selling – Psikologi Menjual

by sabree hussin on February 12, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

Sesiapa yang ingin bina karier dalam bidang jualan, mereka WAJIB baca buku berjudul The Psychology of Selling karya Brian Tracy ini. Untuk versi terjemahan, buku ini di beri judul Psikologi Menjual.

 

Anda mungkin tidak akan jadi superstar dalam bidang jualan dalam masa 24 jam, namun dengan membaca buku ini, perjalanan anda dalam bidang jualan akan jadi lebih lancar dan teratur. Kenapa saya kata begitu?

 

Mudah. Saya juga adalah pembaca buku ini, dan saya akui ada banyak teknik-teknik dan strategi yang diajarkan dalam buku ini yang saya amalkan dalam setiap usaha jualan yang saya jalankan. Boleh dikatakan, setiap apa yang saya tahu tentang membuat jualan, tak kiralah sama ada buat jualan secara online, ataupun secara offline, asasnya saya banyak belajar dari buku ini.

 

the_psychology_of_sellingAdakah anda jana pendapatan dalam bidang jualan? 

 

Maka tak syak lagi. Buku ini sesuai untuk anda. Tak kira walau apa industri anda berada sekarang, jadikan buku ini sebagai salah satu rujukan anda.

 

Kalau boleh, saya nak WAJIBKAN setiap ahli Tone Excel yang berdaftar menerusi rangkaian saya untuk dapatkan buku ni dan baca. Bukan sekadar baca sepintas lalu, sebaliknya saya nak anda baca dengan sebenar-benar baca.

 

Baca dari mula sampai habis. Kemudian baca bab-bab tertentu yang anda sukai sahaja. Seterusnya buat nota dan catatan ringkas mengenai perkara-perkara penting yang anda perlu tahu dan perlu buat apabila melakukan usaha jualan.

 

Pernah tak anda terfikir…

 

“Kenapa orang lain boleh buat jualan (sales) yang banyak, sedangkan kita cuma boleh buat jualan untuk cukup-cukup makan sahaja. Kadang-kadang sales kita sangat rendah dan langsung tak mencukupi untuk tampung perbelanjaan bulanan kita! Kenapa ini berlaku?!” 

 

Jika jualan yang berjaya anda hasilkan adalah terlalu rendah, boleh jadi ia berpunca daripada satu perkara ini, iaitu anda tidak mempunyai sasaran ataupun matlamat jualan yang ingin dicapai.

 

Memandangkan saya adalah salah seorang ahli Tone Excel, maka dalam contoh ini, saya nak ambil contoh bisnes Tone Excel juga.

 

Jika hari ini adalah hari pertama anda join Tone Excel, berapakah matlamat jualan yang anda ingin capai dalam masa setahun, sebulan, seminggu dan sehari?

 

Hanya dengan mempunyai matlamat dan sasaran jualan, barulah anda akan nampak kemana arah tuju perniagaan anda. Letakkan satu matlamat yang mencabar namun tidak mustahil untuk dicapai. Umpamanya

“Saya nak ada 10 orang downline di level 1 dalam masa setahun…”

 

Jelas bukan? Bila dah tau berapa ramai yang ingin dicapai, maka mudah sahaja. Kita buatlah anggaran, berapa ramai orang yang perlu kita jumpa untuk kita kongsikan peluang perniagaan bersama Tone Excel dalam masa sebulan? Berapa ramai yang perlu kita call.

 

Baiklah. Jika nak buat secara online. Perkara yang sama perlu dilakukan. Berapa banyak status update tentang Tone Excel yang anda perlu tulis dan siarkan di FB? Berapa banyak artikel promosi perlu ditulis? Berapa banyak emel perlu dihantar? Berapa banyak mesej perlu disampaikan… dan sebagainya.

 

Secara peribadi, dapatkan 10 orang downline sahaja di level 1 dalam masa setahun bukannya satu sasaran yang mustahil ataupun yang tak munasabah. Kuncinya ialah, nak buat atau tidak? Bidang jualan memang sangat berkait rapat dengan psikologi manusia, sebabnya kita pun menjual kepada manusia. Bukannya kepada mesin ataupun kepada robot.

 

Walau secanggih mana sekalipun perkembangan teknologi semasa, at the end of the day, kita tetap masih perlu berhubung dengan manusia. Manusia yang mempunyai sikap dan sifat yang pelbagai, namun berkongsi ciri-ciri psikologi yang hampir sama.

 

Sebelum ni, buku ni ada dijual di laman web Bookcafe.com.my. Namun akhir-akhir ni saya diberitahu, ianya sudah kehabisan stok dan sudah tidak dicetak lagi. Jadi, jika anda ingin dapatkan versi Bahasa Melayu, nampaknya anda perlu kunjungi beberapa kedai buku yang mungkin masih jual buku ini.

 

Kali terakhir saya perasan, buku yang versi Bahasa Inggeris ada di jual di kedai buku Chapter One di The Mines. Apa pun, percayalah, anda tidak akan menyesal baca buku ini. Dengan mengamalkan teknik-teknik yang diajarkan dalam buku ini, In Shaa Allah, anda tidak lagi teraba-raba dan sesat dalam bidang jualan ini.

 

Alright. Go sell something and makes money!

 

Ini link untuk buat tempahan buku ini. [Sila klik sini]

Dapatkan sementara stok masih ada.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

semak saman Online February 13, 2016 at 10:19 am

kalau belajar bagaimana psikologi seorang pembeli, nescaya akan senang untuk jual apa-apa sahaja kepada orang lain.

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: