UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli?

February 18, 2016 by sabree hussin 8 Comments

Salah satu iklan dari laman web Lazada yang menarik perhatian saya ialah iklan mengenai smartphone Iphone seperti dibawah ini.

 

apple-iphone-refurbished Secara jelas, ianya tertulis disitu FACTORY REFURBISHED Apple. Ia dijual dengan harga yang begitu menjimatkan.

 

Daripada harga asal RM1,199 ia dijual dengan harga RM690 sahaja. Satu penjimatan sebanyak RM509, dan ini bersamaan dengan diskaun sebanyak 58%.

 

Malahan, kalau anda klik pada pautan ini, anda akan dapat lihat ada banyak lagi penjual yang menawarkan harga yang lebih rendah.

 

Baiklah, bagaimana dan kenapa perkara seperti ini boleh terjadi? Apa sebenarnya set Apple Refurbished ni? Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan ini, ada dua buah laman web yang saya jadikan rujukan.

(1) Laman web Apple

(2) Laman web Amanz

 

Apa benda sebenarnya set refurbished ni?

Dalam konteks produk Apple Iphone ini, ia merupakan produk yang mengalami proses pengubahsuaian semula akibat masalah teknikal pada produk yang kemudiannya ia dikembalikan semula kepada pihak pengilang untuk diperbetulkan.

 

Produk yang melalui proses pengubahsuaian semula

(1) Telah diuji sepenuhnya

(2) Bahagian yang bermasalah telahpun digantikan dengan spare part yang baru

(3) Telah melalui proses pembersihan dan pemeriksaan

(4) Telah dipakejkan semula

(5) Mempunyai operating software yang original

(6) Mempunyai nombor siri pada set yang diubahsuai

(7) Perlu melalui proses pengesahan kualiti sebelum dipek semula sebagai set refurbished



 

Ini bermakna, dengan mendapatkan Apple Iphone refurbished set, anda akan menikmati kelebihan seperti berikut

(1) Penjimatan yang sangat banyak

(2) Memiliki produk Iphone yang telah melalui proses pemeriksaan dan ujian berulang kali

(3) Produk beroperasi sepenuhnya dengan baik

(4) Produk beroperasi seperti produk yang baru, kerana bahagian yang bermasalah telah digantikan dengan spare part original dari Apple.

 

Baiklah, atas ni adalah maklumat yang saya perolehi dari laman web rasmi Apple. Itu untuk situasi di luar negara, namun situasi dan keadaan bagi produk Apple Iphone Refurbished Set ini agak berbeza jika di negara kita.

 

Menurut laman web Amanz, jika di Malaysia

(1) Set refurbished masih lagi dikira set Apple Iphone yang original. Ia didatangkan dengan motherboard yang original, sebab tu ia boleh beroperasi menerusi sistem iOS dan bukan sistem android seperti barangan tiruan.

(2) Bahagian yang mungkin bukan original ialah seperti bateri, body, casing dan juga aksesori. Ianya adalah produk keluaran third party, yang mungkin dari segi ketahanannya ia amat berbeza dengan yang dikeluarkan oleh pihak Apple.

(3) Sekiranya iphone ini rosak atau bermasalah setelah beberapa lama kita gunakan, kita tak boleh nak claim warranty kat Apple Store sebaliknya ia perlu dirujuk kepada pihak penjual.

Apple-iphone-refurbished-bagus-ke

Seperti yang mungkin anda boleh lihat pada gambar diatas, kebanyakkan produk Apple Iphone Refurbished ini hanya memiliki Local Supplier Warranty dan bukan Local Manufacturer Warranty.

 

Anda keliru antara Local Manufacturer Warranty dengan Local Supplier Warranty? Baca artikel dibawah.

Klik untuk baca: Apa beza antara Local Manufacturer Warranty dengan Local Supplier Warranty? 

 

“Jadi, patut ke saya beli set refurbished ni?”

 

Jawapannya 100% terserah kepada anda. Tak ada siapa yang akan tahu kalau anda beli set refurbished. Anda dapat jimatkan banyak wang, dan pada masa yang sama, anda dapat menggayakan set iPhone anda. Yang pasti, tak ada siapa yang akan tahu yang anda sebenarnya menggunakan set refurbished kalau bukan anda sendiri yang bagitahu.

 

Apa pun, saranan saya, sebelum beli bolehlah dapatkan maklumat tentang seller terlebih dahulu. Ini untuk memudahkan anda untuk berurusan dengan penjual, sekiranya terjadi sebarang masalah terhadap produk yang dibeli.

 

Itu sahaja. Nak bandingkan harga dan nak lihat lain-lain tawaran, boleh tekan pautan ini.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Banner Iklan Lazada akhirnya convert kepada sales juga!
  2. Perlu Ke Beli Servis Naikkan FB Likes Untuk Fanpage?
  3. Cara Beli Domain Profesional Untuk Blog PERCUMA Blogspot
  4. Gembirakan kucing anda dengan dua benda ni!

Filed Under: Produk Tagged With: apa benda iphone refurbished, Apple iPhone Refurbished Set

Comments

  1. Noriza Rahman says

    March 12, 2016 at 6:10 pm

    Oh baru saya faham, ingat kan iphone refurbished ni guna sistem android…

    Reply
    • sabree hussin says

      March 13, 2016 at 2:33 am

      😀 bukan begitu. Refurbished set ini masih lagi menggunakan motherboard original dari iPhone dan IOS operating system.

      Reply
  2. mohd hanafi says

    September 9, 2016 at 4:17 am

    mohon copy info ni tuan untuk penjelasan pada pelanggan saya.

    Reply
    • sabree hussin says

      September 9, 2016 at 4:07 pm

      Silakan tuan. Kalau nak lebih mudah, bagi sahaja link ini kepada pelanggan tuan tu 😀

      Reply

Trackbacks

  1. Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship - Blog Sabree Hussin says:
    May 31, 2016 at 5:36 pm

    […] ingin kita jual. Sebagai contoh, kalau pada waktu ini, anda ingin mendapatkan pembeli untuk produk Apple iPhone Refurbished set, apa yang anda perlukan adalah gambar produk, dan juga deskripsi mengenai produk. Itu […]

    Reply
  2. Panduan Bisnes mudah.my - Blog Sabree Hussin says:
    July 21, 2016 at 1:10 am

    […] Cara menulis iklan tentang rumah sewa juga berbeza dengan cara menulis iklan tentang smartphone Apple iPhone Refurbished Set. […]

    Reply
  3. Sikap dan personaliti yang perlu ada jika ingin bekerja sendiri dari rumah - Blog Sabree Hussin says:
    October 26, 2016 at 6:41 pm

    […] boleh semua orang nak beli dan pakai model iPhone yang paling terkini. Cuma masalahnya produk iphone ni mahal sangat, kalau tak mungkin semua orang […]

    Reply
  4. Jangan join Program Affiliate yang memaksa anda untuk buat BAYARAN - Blog Sabree Hussin says:
    November 15, 2016 at 5:57 pm

    […] orang beli iPhone refurbished set sebab iphone yang dia pakai selama ni dah rosak. Nak beli set yang baru terasa macam terlalu mahal. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in