Bisnes network marketing adalah satu bentuk perniagaan yang menggunakan kaedah pemasaran yang memerlukan ahlinya membina rangkaian pelanggan, bagi tujuan menembusi pasaran pengguna (consumer market) tanpa menggunakan kaedah pemasaran tradisional serta mengeluarkan belanja pengiklanan yang mahal di media utama.
Dalam bisnes ini, ahli yang berminat untuk menyertai syarikat tersebut akan bertindak sebagai pasukan (atau ejen) pemasaran dan mereka akan menyebarkan maklumat seperti kelebihan dan manfaat apabila menggunakan produk.
Bagi menghargai usaha tersebut, syarikat akan memperkenalkan sistem imbuhan yang dikenali dengan nama panggilan seperti marketing plan atau compensation plan. Selagi mana ahli mengikuti plan yang ditetapkan oleh syarikat dan telah cukup syarat, maka syarikat akan membuat bayaran.
Dalam bisnes network marketing ini, setiap ahli adalah pelanggan bagi syarikat. Pada masa yang sama, ahli juga boleh bertindak sebagai wakil syarikat untuk memasarkan produk syarikat kepada orang ramai dan mendapatkan pelanggan baru.
Sama ada sedar ataupun tidak, diluar sana terdapat banyak perniagaan yang dipasarkan menggunakan kaedah networking seperti ini. Sesetengah peluang bisnes tersebut adalah bisnes yang sah dan beroperasi mengikut lunas undang-undang di Malaysia. Sebahagiannya lagi hanyalah sekadar skim cepat kaya, skim piramid atau money game yang diwujudkan sekadar untuk mengaut duit dari poket orang ramai.
Baca juga: Perbandingan antara bisnes Network Marketing dengan skim piramid
Perbincangan kali ini adalah tentang bagaimana cara memilih syarikat network marketing yang betul untuk kita jadikan ia sebagai bisnes kita. Tak kiralah sama ada nak buat bisnes ini secara part time, atau full time. Dalam perkongsian ini juga saya akan membuat recommendation, syarikat manakah yang anda patut pilih dan apakah potensi pendapatan yang boleh diperolehi dari syarikat tersebut.
Kalau tersalah pilih bisnes, kita bukan sahaja akan membuang masa kita, malahan kita juga mungkin kerugian dari segi wang ringgit, usaha pemasaran dan sedikit sebanyak mencalarkan nama baik kita. Sudah tentu kita tak mahu dikenali sebagai seorang yang mempromosikan bisnes scam, dan akhirnya label scammer terpalit sama pada diri kita.
Mari kita teruskan kepada apa dia kriteria yang perlu kita lihat dalam memilih bisnes yang sesuai untuk kita.
(1) Fahami bagaimana sesebuah perniagaan network marketing dipromosikan
Bagaimana anda mengetahui tentang peluang untuk buat bisnes ini?
Mungkin ada beberapa cara
i. Seseorang yang anda kenali membawa anda ke sesi preview
ii. Anda baca mengenai peluang bisnes melalui website promosi, laman blog ataupun perkongsian ahli lain di media sosial
iii. Anda terbaca fliers yang diselitkan di kereta anda lalu anda menghubungi nombor telefon yang disertakan
iv. Seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan memperkenalkan bisnes tersebut kepada anda
Sewaktu saya masih belajar di universiti dulu, saya pernah dibawa oleh salah seorang senior ke sebuah rumah di Subang Jaya yang digunakan bagi tujuan bisnes networking.
Dirumah tersebut kami disambut oleh seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya dengan nama Nizam. Selama lebih kurang satu jam, Nizam akan membuat pembentangan mengenai syarikat, pelan pemasaran dan juga produk.
Dia juga akan menjawab segala soalan dan juga sebarang bantahan sekiranya ada. Selesai pembentangan, dia juga yang akan meyakinkan para prospek yang hadir bahawa itu adalah peluang yang sangat baik untuk hasilkan income tambahan. Kita yang bawa prospek ini, tak dibenarkan untuk buka mulut. Diam dan perhatikan sahaja.
Selain itu, Nizam juga ada meletakkan peraturan, iaitu kalau nak bawa prospek, kita tak boleh cerita langsung apa-apa mengenai bisnes dan juga syarikat. Kalau nak cerita juga, hanya boleh beritahu yang kita nak share peluang untuk buat duit. Tujuannya? Mungkin sebab nak wujudkan element of surprise dalam sesi pembentangan.
Sebagai seorang yang langsung tak ada pengalaman dalam bisnes, saya hanya ikut sahaja apa yang diajarkan kepada saya. Walaupun saya kurang setuju dengan kaedah tersebut, namun saya terpaksa turutkan.
Saya join bisnes tersebut untuk dapatkan pengalaman bisnes networking saya yang pertama. Dalam bisnes tersebut, peranan saya hanya membawa kenalan yang sesuai untuk dijadikan prospek ke rumah tersebut.
Bila dah sampai dirumah tersebut Nizam akan mainkan peranan dengan membuat pembentangan. Dia yang akan handle semuanya.
Ok… Pada masa dulu, saya rasa itu adalah kaedah yang terbaik dan mudah untuk buat bisnes. Saya hanya perlu bawa orang untuk berjumpa dengan Nizam, dan selepas itu dia yang akan uruskan semua.
Lama kelamaan saya mula merasakan kaedah ini tidak begitu efisien. Kos perjalanan dari segi masa, petrol, tol, makan dan minum membuatkan saya merasakan kaedah promosi seperti ini hanya membuatkan saya habis duit lebih banyak berbanding dapat buat duit.
Bila difikirkan semula, sebenarnya membuat kerja-kerja mencari prospek rupanya adalah lebih susah berbanding membuat sales presentation. No wonder Nizam cuma duduk sahaja dirumah tersebut, tanpa perlu pergi kemana-mana. Dia hanya perlu tunggu student yang naif seperti saya datang membawa prospek untuk “disembelih”.
Dekat sini juga saya belajar sesuatu. Ramai orang memilih untuk tak nak bercakap, atau setidak-tidaknya cuba belajar untuk membuat pembentangan jualan, dengan alasan tak pandai bercakap. Lalu dia memilih untuk membuat kerja lain, yang rupanya lebih susah berbanding membuat pembentangan.
Macam mana kita boleh fikir yang kita ni tak pandai bercakap? Sedangkan kita dah mula belajar bercakap sejak kita masih diusia kanak-kanak lagi. Sebetulnya, kita bukannya tak pandai bercakap, tetapi kita kurang latihan dan tak diajar dengan ilmu membuat pembentangan dengan betul. In Shaa Allah jika kita diajar ilmu yang betul, kita juga boleh lakukannya.
Akhirnya saya tinggalkan bisnes tersebut apabila sudah mula sibuk dengan assignment, test dan aktiviti di universiti. Lagipun bisnes tersebut tak memberi sebarang keuntungan kepada saya!
Kemudian selang beberapa bulan, saya sudah tidak dengar berita tentang syarikat tersebut. Senior yang merangkap upline saya pun nampaknya sudah tidak lagi aktif mencari orang untuk dibawa bertemu Nizam.
Katanya dia juga dah mula sibuk dengan belajar. Setiap kali topik ini dibuka, jelas tergambar di wajah senior tu, seolah-olah dia juga kecewa dengan bisnes yang beliau perkenalkan. Bila difikirkan semula, saya rasa mungkin sebab kenapa senior saya tu stop buat bisnes tu ialah sebab dah balik modal ataupun dah dapat untung dari bisnes tersebut.
Sepanjang tempoh saya belajar dulu, saya rasa ada banyak juga bisnes seumpama ini muncul. Ada iklan yang saya lihat menerusi edaran fliers. Saya pernah hubungi nombor telefon di fliers tersebut dan membuat temujanji.
Kesudahannya sama sahaja. Kali ini saya sudah ada pengalaman dan memilih untuk mendengar penerangan sahaja. Apabila saya mula diasak untuk join, saya dengan tenang membuat penolakkan dan terus kata bisnes ni nampak macam okay sebab boleh buat duit, tapi saya tak dapat join sebab tak ada modal. (Mahal sangat la modal untuk join)
Sekarang ini bila diingat balik, saya rasa kebanyakkan so called bisnes networking yang saya pernah jumpa dulu, lebih mirip kepada sistem piramid sahaja. Syarikat-syarikat tersebut juga sudah berkubur, dan yang tinggal hanyalah kenangan dan pengalaman buruk untuk ahli-ahli yang join tapi tak sempat nak merasa income dari program tersebut.
Dalam sesi penerangan memang penuh dengan unsur-unsur hype, sengaja nak buatkan pendengar rasa teruja untuk segera join. Kalau boleh kena join hari ini juga. Kalau lambat join, peserta akan rugi besar. Patutnya kita persoalkan lagi, betul ke kalau lambat join, kita akan rugi besar? Jika betul, sebab apa kita rugi?
Adakah apabila kita join awal, maka kejayaan kita dalam bisnes tersebut sudah terjamin? Ini merupakan satu point yang kritikal untuk kita sama-sama fikirkan.
Sebenarnya, kalau real business, tak kisah pun sama ada nak join hari ini atau bulan depan, peluangnya patut sama sahaja.
Cuma yang membezakan ialah, kalau join awal bolehlah mulakan kerja-kerja pemasaran lebih awal berbanding orang yang masuk lewat. Katakanlah anda join hari ini, bermakna hari ini juga anda sudah boleh mula merancang dan memulakan gerak kerja.
Itu kelebihan paling utama bagi mereka yang join lebih awal. Dalam bisnes, tak ada istilah masuk awal, boleh jadi kaya lebih awal. Banyak perkara perlu diambil kira untuk berjaya dalam bisnes, selain kena masuk awal berbanding orang lain.
Kalau masuk awal, tapi tak mampu nak bina rangkaian, tak mampu nak yakinkan orang untuk cuba produk syarikat, tetap tak akan berjaya dan tak akan jadi kaya. Tapi mereka yang mempersembahkan peluang bisnes ini, seolah-olah nak kata, kalau masuk awal akan lebih awal dapat buat duit.
Padahal, even masuk awal sekalipun, kena buat kerja. Kena bina rangkaian, mula bercerita mengenai peluang bisnes kepada orang lain, dan dapatkan ahli baru untuk join. Kalau syarikat sememangnya ada meletakkan syarat yang anda kena jual barang, maka anda kena dapatkan jualan. Eh benda ini tak diceritakan pula.
Akhirnya mereka yang memang jenis lurus bendul, hanya join sebagai ahli, bayar yuran keahlian lepas tu hanya menunggu sahaja. Dalam hati mereka kata “bila duit nak masuk ni?”. Mereka ini tak buat apa-apa langsung aktiviti pemasaran, tapi setiap hari hanya menanti income yang tak kunjung tiba.
Maklumlah, upline tak cerita habis. Rupa-rupanya lepas dah join, kena cari orang lain untuk join bawah kita pula, barulah boleh dapat income. Bila tak dapat income, upline pula yang dipersalahkan. Kononnya upline telah menipu! Sedangkan kalau fikir secara logik, dalam apa-apa bisnes sekalipun, perlu berlaku jualan, barulah keuntungan akan dapat dihasilkan.
(2) Lihat sejarah syarikat dan berapa lama telah beroperasi
Syarikat yang masih baru sering kali mengatakan siapa yang join awal, akan ada peluang yang lebih cerah untuk jadi kaya.
Maka tak hairanlah kalau ada yang biasa dengar pujukan seperti jadilah yang terawal.
“Join syarikat ini dan jadi yang terawal! Anda mampu jadi kaya raya!”
Tapi sebenarnya join pada peringkat awal, atau ketika syarikat masih lagi berstatus start up ada banyak risikonya.
Pada waktu ini, ada banyak perkara yang masih belum teruji. Untuk syarikat yang sangat baru, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
i. Adakah produk yang dikeluarkan oleh syarikat betul-betul bagus dan tidak mempunyai sebarang side effect?
Pihak syarikat atau wakilnya boleh claim macam-macam dan boleh kata betapa ajaibnya produk yang mereka keluarkan. Namun akhirnya kita hanya akan tahu setakat mana keberkesanan produk mereka setelah ada individu yang mula menggunakan produk mereka.
Kadang-kadang kita rasa susah nak dapatkan maklumat mengenai produk, dari segi keberkesanannya, cara penggunaan dan sebagainya. Kalau ada testimoni sekalipun, ia datang daripada ahli yang menulis atau berkata sedemikian semata-mata nak mendapatkan jualan. Cukup susah nak dapatkan testimoni yang memang betul-betul genuine dari pengguna.
Lebih memburukkan keadaan, ada juga mereka yang langsung tak pernah gunakan produk syarikat, tapi hanya mengulang-ulang apa yang diperkatakan oleh upline. Sedangkan tak ada siapa pernah guna produk tersebut.
ii. Berapa banyak produk yang dijual yang kita boleh promosikan?
Kalau syarikat tersebut hanya mengeluarkan satu produk sahaja, hmm saya cenderung untuk katakan, tak payah buang masa untuk sertai syarikat seperti ini.
Saya berpandangan, adalah cukup sukar untuk sesebuah syarikat pergi jauh jika produk yang dijual hanya satu sahaja. Kita tak ada banyak pilihan produk untuk dipromosikan, manakala bakal pelanggan juga tak ada pilihan untuk beli produk syarikat.
Tapi kalau produk syarikat tersebut ada berpuluh ribu (atau mungkin beratus ribu) seperti syarikat ini, haa yang itu saya tak akan teragak-agak untuk promosikan.
iii. Bagaimana pula dengan pengurusan syarikat? Adakah mereka mempunyai CEO yang cekap atau mungkin CEO akan lari apabila syarikat ada masalah
Saya pernah sertai bisnes network marketing yang masih dalam peringkat start up. Bisnes tak dapat bertahan walaupun satu tahun. Saya cuma tahu bisnes ada masalah dari leader yang memperkenalkan bisnes tersebut kepada saya. Konon-kononnya nak jadi yang terawal, tapi rupanya nasib tak menyebelahi saya.
Seterusnya saya dapat berita, CEO telah menghilangkan diri dan dah mula mengelak panggilan telefon. Akhirnya bisnes terkubur begitu sahaja tanpa berjaya masuk ke tahun pertama.
Ini merupakan pengalaman pahit yang tak akan saya lupakan. Ia bukan sahaja menyebabkan saya kerugian wang ringgit, malahan saya juga telah menyebabkan kenalan saya rugi beribu-ribu ringgit. Sedikit sebanyak saya rasa bersalah sebab telah mempromosikan bisnes yang akhirnya gagal seperti bisnes tersebut.
iv. Bagaimana pula dengan persaingan? Adakah produk syarikat begitu unik atau banyak saingan.
Biasa pada peringkat permulaan memang bisnes nampak hebat sebab persaingan masih agak kurang. Tapi selepas wujud syarikat lain masuk pasaran dan memberi persaingan, bagaimana syarikat berhadapan dengan situasi tersebut? Adakah syarikat boleh bertahan dengan kewujudan pesaing dan upgrade produk sedia ada, atau akhirnya akan kalah dalam persaingan?
v. Adakah terdapat pelanggan yang berpuas hati terhadap produk yang dibeli
Ini kita perlu lihat dari segi testimoni pengguna. Bukan testimoni yang dibuat-buat atau semata-mata sebab nak tarik orang lain jadi ahli, sebaliknya dari pengalaman sebenar menggunakan produk syarikat.
Kalau terlalu sukar untuk cari testimoni dari pelanggan terdahulu, apa kata kita sendiri cuba produk syarikat. Bagaimana pengalaman kita selaku pengguna? Adakah berpuas hati, biasa-biasa atau langsung tak baik?
Sekiranya produk sekadar biasa-biasa, lebih baik tinggalkan sahaja bisnes tersebut. Diluar sana mungkin terdapat lagi banyak produk yang lebih kurang sama tapi dengan kualiti yang lebih baik serta harga yang lebih murah daripada produk keluaran syarikat.
Tak kan semata-mata nak kumpul poin atau mata ganjaran, kita sedaya upaya nak angkat dan julang setinggi-tingginya produk syarikat yang biasa-biasa? Sepatutnya pihak syarikat yang perlu hasilkan produk yang sangat baik, barulah kita diperingkat ejen pemasaran berhempas pulas untuk dapatkan jualan.
Tapi kalau produk terlalu biasa, kita pula yang beriya-iya nak dapatkan jualan, ini cuma menguntungkan syarikat semata-mata. Pelanggan yang kita perkenalkan itu juga mungkin akan marah kita nanti, sebab kita yang bersungguh-sungguh mempromosikan produk yang tak begitu berkualiti.
vi. Ada atau tidak ahli ataupun peserta yang telah berjaya buat duit melalui pelan pemasaran syarikat
Jika ini adalah matlamat anda menyertai syarikat network marketing, maka anda perlu tahu maklumat ini. Berapa ramai yang berjaya buat duit setelah bekerja keras mempromosikan syarikat tersebut.
Cuba kenali individu tersebut, dan sedikit sebanyak belajar dari cara mereka membuat kerja pemasaran. Kalau mereka tak kisah untuk kongsikan bukti pendapatan, maka kita boleh minta.
Atas ini merupakan bukti income dari orang lama yang telah mempromosikan bisnes ini.
Apa pun, tak cukup sekadar melihat kepada orang lama yang berpakaian kemas, sentiasa mengenakan blazer dan memandu kereta mewah. Semua itu mungkin hanya lakonan semata-mata. Selagi kita tak pernah lihat bukti pendapatan, selagi itu ada ruang untuk kita persoalkan sama ada betul ataupun tidak mereka ini benar-benar berjaya.
vii. Adakah syarikat terpalit dengan sebarang isu sensitif?
Isu sensitif ini melibatkan isu agama, politik, kemanusiaan, alam sekitar dan lain-lain lagi. Kalau syarikat ada terpalit secara negatif dalam mana-mana isu sensitif, ini akan dijadikan sebagai alasan untuk prospek menolak bisnes yang kita promosikan.
Buat penat je kita ceritakan segala kelebihan dan kebaikkan menyertai bisnes tersebut, akhirnya prospek membuat bantahan yang kita sendiri tak mampu nak buat apa-apa.
“Saya tak minat sebab syarikat ni menyokong dan memberi dana untuk aktiviti dakwah agama lain…”
Mungkin anda biasa jumpa, ada banyak bisnes yang tak mampu untuk bertahan hingga tahun yang kelima. Pada masa ini ada macam-macam isu mula timbul hingga akhirnya membuatkan pihak pengurusan terpaksa menghentikan operasi syarikat.
Kalau saya secara peribadi, saya lebih cenderung untuk pilih syarikat yang ada visi untuk beroperasi sehingga 100 tahun. Syarikat seperti ini mempunyai cita-cita yang besar dan sudah tentu kita sebagai ahli ada peluang untuk menikmati pendapatan dari syarikat hingga ke beberapa generasi.
(3) Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang syarikat
Kalau syarikat telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu, bermakna sudah ada banyak orang yang pernah jadi ahli. Cuba kenalpasti mana-mana individu yang pernah jadi ahli dan dapatkan maklumat dari mereka.
Bukan susah nak cari individu yang pernah jadi ahli. Kita boleh lihat aktiviti mereka di media sosial. Selalunya pasti mereka akan gunakan media sosial bagi tujuan pemasaran dan memperkenalkan bisnes kepada orang ramai.
Kalau kita buat carian di google juga boleh temui beberapa perkongsian, artikel dan sebagainya dari mereka yang pernah jadi ahli.
Bagaimana pengalaman peribadi mereka bersama syarikat. Adakah bagus, neutral atau sangat buruk. Sesetengah orang sangat malu nak mengaku yang dia pernah join mana-mana syarikat network marketing disebabkan pengalaman buruk yang pernah dilalui.
Manakala mereka yang mempunyai pengalaman yang agak neutral atau baik, kebiasaannya mereka lebih terbuka untuk berkongsi maklumat serta pengalaman. Setelah baca pengalaman mereka, apa yang anda rasa? Kalau masih rasa itu adalah syarikat yang bagus, maka teruskanlah buat pendaftaran.
(4) Siasat sama ada syarikat mempunyai lesen yang berkaitan
Bagi situasi di Malaysia, syarikat yang mengamalkan kaedah pemasaran berbilang peringkat atau multi level marketing perlulah didaftarkan di suruhanjaya syarikat Malaysia dan mempunyai lesen jualan langsung yang dikeluarkan dan dikawal selia oleh KPDNHEP.
Kalau sesebuah bisnes itu tak memiliki lesen yang diperlukan, ia memberi kita satu gambaran bahawa
i. Mereka tidak serius dengan bisnes yang dijalankan
ii. Mereka mungkin akan lari bersama dengan duit-duit para pelanggannya
iii. Mereka sebenarnya menjalankan skim piramid yang sememangnya salah disisi undang-undang
Namun ada juga keadaan yang mana syarikat tersebut tak mempunyai lesen jualan langsung. Sebabnya, syarikat tersebut bukanlah syarikat jualan langsung, tetapi mereka hanya menggunakan kaedah pembayaran komisen yang sama strukturnya dengan yang biasa dipraktikkan oleh syarikat jualan langsung.
Sebagai contoh, syarikat PG Mall Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menjalankan bisnes jenis e-commerce (atau e-dagang), sama seperti Lazada dan juga Shopee. Mereka tidak menjalankan aktiviti jualan langsung, namun mereka ada membuka peluang kepada mana-mana individu yang minat untuk jadi ejen pemasaran untuk sertai mereka.
Tiada sebarang bayaran atau yuran dikenakan untuk sertai sebagai ejen, malahan setiap pelanggan yang berdaftar secara automatik adalah merupakan ejen syarikat tersebut. Jika berminat, mereka boleh buat kerja pemasaran dan bina rangkaian untuk menikmati komisen dalam bentuk cash back, atau boleh sahaja hanya menjadi pembeli sahaja.
Konsep yang mereka gunakan bukanlah jualan langsung, atau MLM, sebaliknya hanya konsep program referral biasa. Ia menyamai konsep program affiliate yang biasa terdapat diluar sana. Cuma yang menjadikan ia berbeza adalah dari segi struktur komisen yang ditawarkan.
(5) Buat kajian mengenai produk yang dijual oleh syarikat
Anda perlu berikan perhatian yang lebih dalam bab ini. Anda perlu tahu apakah produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak syarikat.
Tanya soalan pada diri anda
1. Adakah anda akan menggunakan produk tersebut sekiranya anda dikehendaki untuk membuat pembelian.
Jika produknya sesuai, saya rasa anda mesti akan kata tak ada masalah. Tapi bagaimana pula kalau produknya kurang sesuai dengan anda?
Maka sebab itu penting untuk kita pilih syarikat atau program yang menawarkan rangkaian produk yang kita boleh beli dan guna.
Sekali lagi saya ambil contoh program consumerchant PG Mall ini, mereka menawarkan rangkaian produk yang begitu banyak dan ada antara produk yang mereka jual di platform milik mereka adalah produk yang saya sendiri biasa guna. Jadi memang tak ada masalah untuk join.
2. Adakah ada orang lain yang akan beli produk tersebut?
Terdapat beribu-ribu produk yang dijual di platform tersebut, tak akan tak ada langsung produk yang anda boleh beli? Itu agak mustahil, melainkan anda memang tak berminat nak membeli.
3. Sekiranya tiada elemen “peluang buat duit” apabila menggunakan produk syarikat, adakah orang ramai tetap akan beli produk tersebut
Jika masih tetap perlu beli, maka produk tersebut boleh dikatakan bagus. Tapi kalau produk dibeli semata-mata sebab ada elemen nak buat duit, lazimnya sistem seperti ini akan hancur.
4. Adakah terdapat produk lain yang menjadi alternatif bagi produk tersebut
Besar kemungkinan, jawapannya pasti ada. Saya memerhatikan beberapa syarikat jualan langsung, yang produknya terdiri daripada produk makanan kesihatan, essential oil, keperluan harian, dan sebagainya. Produk-produk ini bukanlah sesuatu yang unik yang belum ada dipasaran.
Kalau ada syarikat yang memperkenalkan produk yang unik, seperti mesin kesihatan yang mampu untuk mengesan dan merawat segala jenis penyakit, termasuk kanser, maka berhati-hatilah. Ini nampaknya lebih mirip kepada skim penipuan terancang.
5. Adakah produk dijual dengan harga yang munasabah
Formula penetapan harga ini dipengaruhi oleh banyak faktor, antaranya kos pembuatan, kuantiti produk, pembungkusan dan banyak lagi. Kita sebagai orang luar yang tak terlibat secara langsung dalam strategi penetapan harga, boleh membuat penilaian dengan cara membandingkan produk tersebut dengan produk lain yang hampir sama yang ada dipasaran.
Adakah harganya sama? Adakah produk keluaran syarikat lebih mahal? Jika lebih mahal, atas sebab apa? Skim piramid biasanya cenderung untuk meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding produk yang lebih kurang sama yang ada dipasaran, sebabnya mereka perlu bayar komisen kepada ahli dalam rangkaian.
6. Adakah isteri anda akan menggunakan produk tersebut
Bagi yang dah berkahwin, komen dari isteri adalah sesuatu yang anda perlu pandang serius. Apa komen dia apabila anda menyertai syarikat networking dan melihat anda membawa pulang produk keluaran syarikat? Adakah komen tersebut baik?
Salah satu produk yang dijual di PG Mall adalah barang kemas.
Cuba bayangkan anda beli barang kemas di PG Mall dan hadiahkan ia kepada isteri anda. Agak-agak isteri anda itu tadi akan suka ataupun tidak?
7. Dimasa akan datang, adakah anda akan membuat pembelian ulangan?
Hanya apabila seseorang itu betul-betul puas hati barulah dia akan buat pembelian ulangan. Jika pengalaman pertama tak bagus, memang mustahil untuk dia membuat pembelian kali kedua, melainkan dipaksa untuk beli.
8. Adakah wujudnya elemen paksaan untuk membuat pembelian?
Elemen paksaan yang saya maksudkan ini ialah ahli diwajibkan untuk buat pembelian setiap bulan. Apa jadi kalau ahli tak buat pembelian? Ada beberapa kemungkinan, sama ada komisen kita tak akan dibayar pada bulan tersebut, ataupun keahlian kita akan ditamatkan.
Kesemua soalan-soalan diatas perlu anda fikirkan dan pertimbangkan, barulah perjalanan anda dalam membina empayar perniagaan akan lancar.
(6) Fahami struktur marketing plan atau compensation plan
Ini berkaitan dengan persoalan bagaimana dan berapa banyak pendapatan yang bakal anda hasilkan menerusi bisnes ini. Orang yang join sesebuah syarikat sebab nak buat duit kena faham betul-betul bab mengenai pelan pemasaran.
Oleh sebab saya pernah ada pengalaman sertai beberapa syarikat network marketing dengan struktur compensation plan yang berbeza, kini saya mula berpandangan setiap sistem yang digunakan, tak kisahlah sama ada iainya sistem binary, unilevel mahupuan breakaway, semuanya ada kelebihannya yang tersendiri.
Dalam sistem binary, setiap orang hanya boleh daftarkan 2 orang sahaja di level 1. Jika ada orang ketiga, dia perlu didaftarkan di level 2.
Sistem binary dapat mengelakkan individu yang hebat dalam bidang sales bolot semua prospek dan letakkan semua di level satu dia sahaja.
Bisnes network marketing bukan semata-mata tentang kemahiran membuat jualan sahaja. Ia lebih kepada kemahiran membina networking (rangkaian) yang mana setiap orang mempunyai matlamat yang sama.
Dalam bisnes ini perlu ada satu semangat untuk saling membantu antara satu sama lain. Untuk berjaya, upline perlu pastikan downline dalam rangkaiannya berjaya.
Upline yang hebat dalam bidang jualan boleh bantu downline dengan meletakkan downline baru dalam rangkaian dibawahnya. Bukannya semua orang diletakkan dilevel 1 dia semata.
Kalau dia mampu dapatkan 100 orang, dia tak boleh letak atau susun semua di level 1 dia sahaja. Sebaliknya dia perlu bahagi-bahagikan 100 orang ini ikut susunan yang sesuai. Dengan ini lebih ramai ahli berpeluang untuk buat duit dalan bisnes ini.
Ataupun mungkin upline boleh bantu dengan membuat persembahan jualan, atau handle sesi preview bagi pihak downline, pada peringkat awal. Macam sekarang ini, kita dah ada teknologi. Kalau upline boleh hasilkan video pembentangan tentang peluang perniagaan pun dah kira cukup baik. Downline yang tak pandai nak buat penerangan boleh bagi sahaja prospek untuk tonton video.
Sistem binari seperti ini dapat membantu individu yang masih baru dalam dunia perniagaan untuk dapat downline secara percuma, hasil daripada kerja keras upline. Bagus ke tak bagus sistem seperti ini?
Jawapan saya, ya ia bagus. Namun demikian sistem seperti ini cenderung untuk menarik individu yang tak produktif untuk menyertai bisnes. Dia join kemudian tak buat apa-apa, sebaliknya mengharapkan upline yang bantu carikan prospek untuk dia.
Mungkin satu masa nanti saya akan tulis dengan lebih lanjut mengenai perbezaan setiap sistem ini untuk kita sama-sama lebih faham kelebihan dan kekurangan setiap sistem.
Satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian adalah persoalan mengenai,
Apakah terdapat syarat tertentu yang perlu dipenuhi sebelum melayakkan diri ahli untuk mendapat komisen pada bulan tertentu? Misalnya ahli wajib buat pembelian peribadi sebanyak sekian sekian jumlah baru layak menerima bayaran.
Saya dapati, ada syarikat MLM yang mengenakan syarat sedemikian rupa kepada para ahlinya. Kalau bulan ni nak dapat komisen, kena buat pembelian sekian sekian jumlah.
Perkara ini ibarat satu komitmen kewangan. Nak masuk jadi ahli kena bayar yuran pendaftaran. Kemudian bila dah jadi ahli, kena maintain pembelian pula. Hal seumpama ini pasti akan menyusahkan ahli yang niat join sebab nak buat duit, alih-alih dia pulak yang kena banyak keluar duit.
Mujurlah bisnes yang saya join ini, tak perlu nak bayar apa-apa bila jadi ahli, dan tak perlu nak maintain pembelian. Just beli bila ada keperluan sahaja.
(7) Beri tumpuan terhadap terma dan syarat, peraturan pemasaran serta etika
Ini bahagian yang paling biasa orang terlepas pandang.
Bila join bisnes networking kita akan diminta untuk bersetuju dengan terma dan syarat terlebih dahulu.
Berapa ramai sebenarnya yang baca keseluruhan konten terma dan syarat sebelum menekan butang setuju. Mungkin ada baca tapi tak faham atau baca sepintas lalu.
Syarikat mempunyai imej, identiti dan nama baik yang perlu dipelihara. Justeru mereka tak benarkan ada ahlinya yang berbuat sesuka hati bagi mendapatkan ahli baru.
Tindakan-tindakan seperti over claim, menggunakan maklumat palsu, memaksa orang untuk jadi ahli, memperdayakan orang ramai untuk join, menggunakan kaedah pemasaran yang mencemarkan nama baik syarikat dan banyak lagi.
Semua ini bakal menyebabkan anda dikenakan tindakan disiplin dan jika kesalahan yang serius boleh menyebabkan anda dikeluarkan dari program.
(8) Sistem pembelajaran dan sokongan kepada ahli
Bagi memastikan setiap ahli dalam bisnes network marketing mampu untuk jalankan bisnes, maka pihak syarikat perlu mula memikirkan kaedah bagaimana untuk melatih para ahli supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan.
Kelas-kelas pembelajaran berkenaan dengan produk, pelan pemasaran dan juga teknik-teknik pemasaran serta jualan yang berkesan perlu diadakan.
Sekiranya anda masih belum pernah join mana-mana bisnes network marketing, ini boleh dijadikan penanda aras bagi menilai sama ada sesebuah syarikat itu berbaloi ataupun tidak untuk disertai.
Kebiasaannya kita sebagai downline cenderung untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh upline kita.
Jika upline adalah seseorang yang pandai berkata-kata terutama dalam sesi pembentangan one on one, kita juga akan mula ikut dan hafal apa-apa yang dituturkan oleh upline kita.
Andai kata upline adalah seseorang yang mahir membina rangkaian melalui penulisan, maka downline juga akan tiru skill tersebut.
Dalam bisnes networking ini, kedua-dua pihak iaitu downline dan juga upline perlu main peranan dan perlu komited.
Kalau cuma upline yang beriya nak turunkan ilmu, tapi downline asyik bagi alasan terlalu sibuk dengan urusan lain, maka bisnes pasti tak menjadi. Begitulah juga sebaliknya. Upline juga perlu luangkan masa untuk downline apabila mereka bersemangat nak belajar.
Bisnes Network Marketing yang saya syorkan?
Pada tahap ini, anda mungkin telah berjaya membuat andaian, apakah bisnes yang saya ingin syorkan. Jawapannya ialah, bisnes PG Mall.
PG Mall ini sebenarnya bukanlah sebuah bisnes MLM atau syarikat jualan langsung. Ia merupakan sebuah syarikat yang menjalankan bisnes berkonsepkan e-commerce, sama seperti Lazada dan juga Shopee. Cuma yang membuatkan PG Mall ini menarik, dan pada hemat saya sesuai dijadikan bisnes networking adalah kerana syarikat ini menawarkan peluang untuk kita jana pendapatan melalui konsep Consumerchant.
Saya pernah menulis dengan agak panjang lebar penerangan mengenai cara buat duit dengan PG Mall disini.
Untuk daftar program ini juga sangat mudah. Anda hanya perlu ke halaman ini.
Kesimpulan
Apa yang dibincangkan melalui artikel ini adalah merupakan 8 kriteria yang perlu diberikan perhatian apabila hendak memilih bisnes jenis network marketing yang sesuai. Nasihat saya, anda tak perlu terlalu tergesa-gesa apabila dihidangkan dengan peluang buat duit melalui kaedah ini.
Ambil masa untuk kaji dulu perniagaan tersebut. Jika ada potensi untuk bantu anda hasilkan income tambahan, barulah anda buat keputusan untuk join dan buatlah yang terbaik. Selamat berjaya saya ucapkan.
Anda rasa saya ada tertinggal sesuatu? Apa kata anda kongsikan dibahagian komen sekiranya saya ada tertinggal atau terlepas pandang poin yang penting.
Leave a Reply