Sesetengah orang gelarkan konsep bisnes seperti ini sebagai Multi Level Marketing (MLM).
Ada juga yang berikan nama referral marketing.
… tak kurang juga yang menyebutkan konsep bisnes seperti ini sebagai Pyramid Scheme atau skim piramid. Mungkin sebab bila kita hasilkan ilustrasi bagi menerangkan sistem pemasaran bisnes ini, ia membentuk sebuah piramid.
Ada level-level pulak. Bila ada level-level, mesti akan ada istilah upline, downline, sideline dan rangkaian. Kalau kita lihat pada rajah diatas, kelihatannya seperti orang dibawah menyumbangkan pendapatan kepada orang yang berada diatas.
No wonder kenapa sesetengah orang kurang suka dengan sistem seperti ini. Boleh jadi sebab dia membayangkan disebalik usaha keras yang dilakukan selama ini, atau yang bakal dilakukan nanti, akan ada orang yang diatas yang duk goyang kaki tapi dapat income.
Jika anda memang anti dengan sistem pemasaran dan distribution plan seperti ini, maka ada baiknya anda hentikan pembacaan sekarang juga. Topik ini mungkin tak sesuai untuk anda, dan mungkin akan ada beberapa perkara yang bakal saya coretkan dalam artikel ini yang anda akan rasa tak setuju.
Lebih ekstrem lagi, mungkin akan ada antara anda yang mula melabel saya sebagai agen yahudi, penyokong sistem israel dan sebagainya.
Namun, jika anda tak kisah untuk luangkan masa dan dapatkan pendapat dari skop yang sedikit berbeza, maka, saya jemput anda baca artikel ini dari mula sampai habis. Manalah tahu, dari pembacaan yang anda lakukan, anda dapat belajar sesuatu yang bermanfaat pula.
Ini bukan perkongsian yang menyokong atau mempromosikan skim cepat kaya atau skim piramid. Saya sedang bercerita tentang bisnes yang sah.
Baca ni: Perbezaan bisnes network marketing dengan skim piramid
Sepanjang saya buat marketing untuk mempromosikan bisnes ni, memang banyak juga saya jumpa mereka-mereka yang lebih suka fokus pada “kekurangan” dan “kelemahan” sistem bisnes ni. Seolah-olah, sistem bisnes jenis ini sahaja yang buruk dan tak elok.
Bisnes ini bukan sekadar…
Ini yang agak mencabar untuk saya terangkan pada orang ramai.
Bisnes jenis Network marketing ini bukan sekadar bisnes cari orang bawah.
Seperti lain-lain bisnes, ia juga perlukan pelanggan. Pelanggan yang berbelanja untuk mendapatkan servis dan perkhidmatan daripada syarikat.
Dalam bisnes network marketing ini, anda juga perlu cari pelanggan. Sebenarnya saya rasa agak janggal apabila menulis artikel ini. Seolah-olah saya sedang mengajar, asas bisnes kepada pembaca dan pelawat blog ini.
Standard la.
Dalam bisnes memang perlu ada jual dan beli. Perlu ada transaksi. Tak ada transaksi, maka tak ada bisnes. Kalau tak ada bisnes, maka tak ada income. Jika sesuatu bisnes itu, tiada sebarang income, maka tak perlu tunggu lama-lama untuk buat keputusan untuk berhenti buat bisnes tersebut.
Apabila saya lihat adanya iklan yang kononnya tak perlu cari orang, tak perlu jual barang, dan hanya perlu tunggu duit masuk semata-mata, ianya sebagai Bull Shit semata-mata. Satu pembohongan yang dilakukan atas niat untuk menipu orang ramai supaya menyerahkan duit mereka untuk masuk ke dalam mana-mana sistem perniagaan.
Yang peliknya, ada pula individu yang percaya kepada tawaran-tawaran seperti ini? Adakah mereka ini memang jenis yang tak kisah bagi duit kat orang lain?
Konsep bisnes Network Marketing
Hanya pengguna produk atau yang dah daftar jadi ahli sahaja yang boleh buat bisnes ini.
Jika anda bukan pengguna, anda tak boleh buat bisnes ni.
Itu merupakan syarat biasa yang boleh kita lihat dalam mana-mana bisnes network marketing. Logiknya, kenapa pihak syarikat letakkan syarat seumpama ini ialah sebab untuk memudahkan anda buat keputusan, sama ada produk yang syarikat keluarkan betul-betul menepati citarasa anda atau sebaliknya.
Kalau anda betul-betul puas hati, boleh mula jadi distributor. Tapi kalau anda sendiri tak suka dengan produk, tak yakin dengan produk, buat apa anda nak bina perniagaan melalui produk yang anda tak suka?
Lagi satu, lazimnya kalau syarikat yang anda sertai itu memang buat bisnes yang sah, anda boleh pulangkan semula barang dan minta wang balik. Itu beza ketara antara real bisnes MLM dengan scam atau skim piramid.
Sebagai pengguna, anda berpeluang untuk bina perniagaan anda sendiri dengan memperkenalkan produk keluaran syarikat kepada rangkaian pengguna yang lebih luas. Lagi ramai lagi bagus.
Aktiviti memperkenalkan produk atau rekemen produk ini, kalau anda perasan sebenarnya adalah aktiviti yang biasa dilakukan, sama ada anda sedar atau tidak. Boleh jadi satu hari, rakan anda tanya, “kat mana beli vitamin C ni? Sedap.. nak makan pun senang.”
Anda pun mula bercerita, kat mana anda beli, berapa harganya dan semua maklumat yang anda ingat. Tapi, anda tak dapat apa-apa benefit dengan memperkenalkan produk tersebut kepada si penanya. Sebaliknya, kalau anda perkenalkan produk dari syarikat yang offer network marketing business, at least anda boleh dapat income.
Walaupun saya menggunakan istilah “memperkenalkan”, namun saya rasa saya perlu tekankan disini, untuk dapat income, kena ada jualan. Cara kita menjual, mungkin sedikit berbeza kalau nak bandingkan dengan lain-lain perniagaan.
Untuk membina dan meluaskan rangkaian pengguna, tiada sekatan seperti anda hanya boleh perkenalkan kepada 10 orang sahaja. Ataupun anda cuma boleh pasarkan dalam kelompok pengguna yang mendiami kawasan tertentu sahaja.
Saya sendiri, menggunakan kaedah pemasaran secara online, dan mempunyai rangkaian pengguna dari serata Malaysia. Ada yang dari Kedah, Terengganu, Johor, hinggalah di Sabah. Itu salah satu kelebihan melakukan pemasaran secara online, berbanding buat pemasaran secara offline sahaja.
Kalau anda boleh buat lebih, dan mampu buat lebih, buatlah lebih. Hasilnya, untuk anda juga. Jika anda hanya mampu perkenalkan kepada seorang sahaja, itupun kira lebih baik daripada langsung tak ada tindakan. Sambil-sambil tu, anda belajarlah cara sebenar macam mana nak buat bisnes ni dan macam mana nak buat pemasaran yang lebih berkesan.
Nak belajar kat mana?
Inilah persoalan yang anda perlu lihat dan teliti. Kat mana anda nak belajar buat pemasaran untuk bisnes ini.
Jawapannya… belajarlah dari upline anda. Minta pendapat mereka, dan lazimkan diri anda untuk berdiskusi dengan upline anda. Sepatutnya, direct upline adalah rujukan awal dan pertama untuk anda berjaya dalam bidang ini.
Jika upline anda memang confirm tak mampu nak bantu anda, barulah cari ikhtiar lain dan cuba dapatkan bantuan dari orang lain.
Mana ada bisnes lain yang boleh buat macam ni.
Contohnya, satu hari anda beli barang di sebuah pasaraya. Lepas anda dah beli barang, boleh anda pergi jumpa pemilik pasaraya tu kemudian anda minta mereka ajarkan pula macam mana nak buat bisnes pasaraya?
Tak ada dibuat orang. Tak akan mungkin anda akan diajar. Lainlah kalau anda ni memang betul-betul istimewa.
Tak kan la pemilik pasaraya tu nak latih anda sampai anda jadi pandai buat bisnes kemudian, bila anda dah pandai, anda jadi pesaing pulak.
Berbeza dengan bisnes networking.
Jika anda ada masalah dan nak bincang-bincang tentang bisnes ni serta nak belajar macam mana nak buat marketing, dah tentu saya akan bantu anda. Saya akan ajar anda sampai pandai.
Adakah saya tidak risau anda akan jadi pesaing saya?
Dah tentu tidak.
Malahan saya akan jadi lebih gembira apabila anda lebih berjaya dari saya. Kerana disebalik kejayaan anda itu nanti, sedikit sebanyak saya akan turut merasa tempiasnya.
Selain belajar dari Upline, ada banyak bahan lain yang kita boleh jadikan rujukan. Buka Youtube dan belajar daripada video-video panduan yang mungkin relevan dengan bidang yang anda mahu pelajari.
Kalau ada individu yang buat kelas untuk ajar skil bisnes, boleh pertimbangkan untuk join program mereka. Kalau program tersebut percuma, anda untung. Kalau program tersebut berbayar sekalipun, selalunya ia tidak begitu mahal.
Proses pembelajaran ini, tidak terhad hanya melalui upline semata-mata. Ada banyak lagi sumber yang boleh anda tuju untuk jadi lebih mahir dan lebih pandai dalam bisnes networking ini.
Boleh belajar dari buku yang berlambak, yang pernah ditulis tentang network marketing, belajar dari seminar bisnes, belajar dari video youtube mahupun belajar dari sumber terbuka seperti di blog dan sebagainya.
Yang penting, anda ada usaha untuk belajar dan ada inisiatif untuk bertindak selepas belajar.
Fokus pada konsep Networking
Konsep bisnes network marketing ialah, kita buat networking kemudian kita buat marketing. Jika anda hanya fokus pada marketing, maka bisnes ini tak jauh beza dan sama sahaja dengan lain-lain bisnes yang banyak terdapat di luar sana.
Namun, bisnes ini dah tentu berbeza. Anda boleh pilih, dengan siapa anda ingin ber”networking”.
Anda bina network dengan orang yang malas, maka anda pun mungkin akan terkena tempiasnya.
Namun jika anda bernetwork dengan orang yang memang rajin buat sales, In Shaa Allah anda juga akan dapat rasa kebaikkannya.
Satu istilah yang anda mungkin akan jumpa dengan banyaknya, apabila menceburi bidang network marketing ni ialah istilah leverage. Bagi mereka yang dah berpengalaman, pasti mereka akan akui, leverage dalam bisnes networking ini memang sangat power dan sangat membantu untuk mereka capai kebebasan dan kedudukan kewangan yang diidam-idamkan dalam masa yang pantas.
Leverage juga berlaku dalam kebanyakkan bisnes jenis konvensional yang ada diluar sana. Contohnya, jika kita jalankan bisnes kedai dobi. Kalau kita buat bisnes ni sendiri, mungkin pendapatan yang boleh kita hasilkan adalah terbatas.
Bagi memastikan kita dapat tingkatkan lagi jumlah pendapatan, kita pun ambil pekerja dan ajar mereka untuk bekerja dengan kita, bagi melicinkan urusan perniagaan. Dengan menggunakan kepakaran, tenaga, dan masa orang lain, kita sebenarnya telah menggunakan leverage.
Cuma, kalau ambil pekerja, kita perlu bayar upah atau gaji. Sebaliknya, dalam bisnes networking, kita akan dapatkan downline dan mereka akan bekerja tanpa kita perlu susah payah nak bayar mereka gaji. Leverage seperti inilah yang membuatkan bisnes ini sangat membantu untuk bina kekayaan.
Cari pelanggan atau cari downline?
Sebenarnya, apabila kita bercerita tentang sesuatu produk atau peluang perniagaan, sebenarnya kita sedang mendapatkan pelanggan atau sedang mendapatkan downline? Maka muncullah persoalan, nak cari pelanggan atau nak cari downline?
Kalau kita nak dapatkan pelanggan, kita akan bercerita tentang kelebihan dan manfaat produk, ciri-ciri produk dan bagaimana kehidupan dia akan berubah setelah mendapatkan produk tersebut.
Jika kita nak dapatkan downline, kita akan bercerita tentang kelebihan dan manfaat produk, ciri-ciri produk dan bagaimana kehidupan dia akan berubah 360 darjah setelah join bisnes ini.
Saya rasa, ianya macam tak ada banyak beza.
Kalau kita nak seseorang tu jadi downline kita, dia perlu suka pada produk yang bakal dia promosikan nanti. Jika kita nak dapatkan pelanggan, orang tu juga perlu suka dengan produk yang bakal digunakan nanti.
Macam mana, orang yang tak suka dengan sesuatu produk tu, nak bercerita pasal produk tu setiap masa, sama ada apabila jumpa orang ataupun di media sosial, dengan cara penyampaian yang betul-betul meyakinkan?
Hampir mustahil.
In fact, saya juga begitu. Kalau saya tak suka produk yang syarikat hasilkan saya juga tak akan habiskan masa saya, untuk tulis pasal produk mereka. Hanya apabila saya betul-betul sukakan produk ini, maka dari situ barulah saya mampu untuk terus bercerita mengenai produk ini.
Hanya apabila seseorang itu suka akan produk ini, maka
- Dia akan guna produk tersebut
- Dia akan bercerita pasal produk tersebut
- Dia akan ajak orang lain untuk guna produk tersebut
- Dia akan mula berkongsi teknik, taktik dan strategi untuk berjaya dalam bisnes tersebut
Saya tahu, ada orang yang memang cukup benci dengan bisnes seperti ini. Tak kiralah walau berapa banyak kebaikkan yang kita dah tunjukkan pada dia. Soalan seperti
“Apa akan jadi kat orang terakhir yang join bisnes ni?”
Akan terus dijadikan peluru untuk menembak dan mematikan poin mereka yang sokong konsep bisnes model networking.
Kita pun tak tahu, bilakah orang terakhir yang join bisnes ini akan muncul? Kalau anda join bisnes yang sama yang saya buat ini, ia adalah bisnes global. Kalau rasa dah habis pelanggan di Malaysia, kita boleh cari pelanggan di luar negara pula.
Bila diperhalusi, sebenarnya bisnes jenis network marketing ini tidaklah teruk sangat. Cuma sayangnya, ada penggiat bisnes ini, yang menggunakan pendekatan yang agak aggresif sehingga membuatkan bisnes yang asalnya baik nampak begitu teruk.
Ini bukan salah bisnes, sebaliknya salah individu. Jangan kerana seorang individu berkelakuan tak bagus, anda terus boikot semua sekali. What if, benda yang anda boikot ini, rupa-rupanya bakal mengubah kehidupan dan kedudukan kewangan anda untuk jadi lebih baik.
Apapun, jika anda nampak, bisnes ini sebenarnya ada baik untuk anda, saya ingin ajak anda untuk sertai rangkaian saya. Baca perkongsian ini untuk dapatkan maklumat tambahan
titan says
bagi aku simple.
selagi membentuk piramid, ada ciri-ciri head hunter, ada money game dan ada potensi penganiayaan atau penindasan..memang aku tolak bisnes atau program buat duit tu.
Kalau 3,4 ciri ni tak ada. Aku takde hal.
Tak kiralah diberi nafas baru atas nama network marketing.
sabree hussin says
Head hunter tak dak. Bisnes ni macam bisnes lain, tetap kena buat sales. Ada sales ada income.
Money game pun tak ada. Tapi depends jugak pada perspektif masing-masing.
Lagi satu kalau bisnes ni menganiaya and menindas tak mau aku buat bisnes ni. Buat naya je
titan says
sebab memang ada yang teraniaya dan rasa tertindas la dan menjanjikan macam-macam benda la aku dah tak minat nak join benda nih dan MLM. Siap offer nak carikan downline dan siap bagitau boleh jadi jutawan. Siap suruh dok goyang kaki aje. Downline, aku carikan. Siapalah yang tak tertarik kena offer macam ini?
Dan bila mintak downline..boleh plak suruh cari sendiri. Tu yang aku cukup malas dengan etika orang MLM nih..sama aje dari dulu hingga sekarang. Asal dah dapat..diam aje.. Tu baru satu penindasan dan penipuan. Ada lagi banyak kalau aku nak cerita. So..aku diamkan aje.
bagi aku tone excel still ada ciri-ciri head hunting. Tanpa orang baru masuk dan jadi downline kita..income kita tetap takkan leh capai ratus-ratus dan ribu-ribu melainkan korang jenis topup handset sendiri lebih dari beribu-ribu ringgit setiap bulan. Itupun kalaulah berlaku..
Banyak aku leh ulas. Terutamanya dari segi promosi yang dilakukan. Ada unsur penipuan oleh orang yang promosi dan memacam lagi.
Aku tak berapa gemar benda ni sebab etika dan tabiat orang yang promosi. Bab lain, aku malas nak komplen sangat. Kalau tone excel ni tak ada peluang nak dapat wang cepat dan mudah, takdenya ramai orang nak join dan bayar harga simcard lebih dari rm90 nih..
bab moneygame, aku malas sentuh. Lom lagi bab plan marketing. Nanti ramai plak terasa. Haha..
Senang cakap, ada unsur syubhah. Tu yang aku tak join. Kalau tak, dah lama aku join 3,4 tahun yang lepas. Aku tahu benda ni bukan tahun ni..dah bertahun lamanya dahh..
Last, kalau betul korang rasa benda ni betul takde unsur syubhah. Cari orang untuk jadi panel syariah untuk tone excel. Suruh diorang semak betul-betul benda nih. Dah 4 tahun beb..takkan tak leh cari kot. Untung dah juta-juta aku rasa, kan?
sabree hussin says
Bila kita kaji secara mendalam dah tentu akan terbukak la segala kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada bisnes ni. Selagi ia membentuk sistem piramid, MLM dan sebagainya, selagi itu ia akan mengundang player MLM hardcore jenis yang tak kisah nak tabur janji manis bagai.
Kalau ada yang nak join network aku, aku cuma boleh janji untuk bagi latihan macam mana nak buat marketing. That’s it. Untuk cari customer, dia kena treat bisnes ni macam bisnes lain. Tak ada istilah upline kena tolong carikan. Itu KARUT.
Memang kartun la orang yang percaya benda-benda macam tu.
Part head hunting, itu bergantung la pada orang yang menilai. Bagi aku, Tone Excel ini tetap sama macam bisnes-bisnes lain yang aku buat. Kena cari pelanggan. Kena dapatkan sales. Kalau dengan kena cari pelanggan dan dapatkan sales itu dikira sebagai head hunting, ok la… fine. Bisnes aku semua jenis headhunting.
Bila aku buat affiliate, aku nak cari pelanggan untuk beli produk yang aku promosikan, itu pun headhunting.
Bila aku jual produk aku sendiri, nak kena cari pelanggan untuk beli, itu pun headhunting.
Bila aku bukak kedai, nak cari pelanggan beli barang dalam kedai aku, itu pun headhunting lah. Tak ada hal lah nak label apa pun. In Shaa Allah, label-label ni semua tak jejaskan bisnes-bisnes aku 🙂
Kalau ikutkan aku pun tak gemar jugak dengan cara sebahagian agen lain yang promot Tone Excel ni. Janji manis, tipu helah, spam lagi… pun banyak jugak kalau nak ulas. At the end of the day, yang bermasalah bukan program ni, tapi manusia tu yang buat kerja bukan atas landasan ilmu.
RM90 memang mahal. Sepanjang aku buat marketing ramai yang komplen benda ni mahal. Aku tak nafikan.
Kita tengah cerita bab bisnes dalam bidang telekomunikasi tau. Kalau dengan RM10,000 aku dah boleh dapat satelit aku sendiri, jaringan liputan yang baik satu Malaysia, siap boleh produce at least sejuta simkad, aku tak join Tone Excel ni. Baik aku buat company Telco aku sendiri.
Bagi aku, kalau orang tu betul-betul minat nak buat, modal jatuh perkara ke 7. RM90 mahal atau murah, dia akan usahakan. Sama macam pembeli-pembeli ebook atau produk informasi kat luar sana. Harga seratus lebih, kalau dia dah komited nak beli, dia akan beli.
Tak ada duit nak beli, nak modalkan, dia boleh carik. Itu pun kalau dia betul-betul nak. Tak nak sudah.
Bab panel Shariah, tunggu je la. Ramai dah suarakan hal ni. Kita pun bukan setakat nak panel shariah je, kita nak pelan insurans tukar kepada takaful… dan macam-macam lagi tuntutan kita nak.
Sebagai orang biasa dalam bisnes ni, kita cuma boleh bagi pendapat, sesekali bising-bising kat FB, kat blog. Terpulang pada company sama ada nak ikut atau tak cadangan ni.
titan says
Haa..ko pun tahu dan nampak Lagi la yang bab insurans tu lagi dan memacam lagi.
Sebab tu aku malas sentuh bab ni sebab benda ni akan berkait banyak benda dan banyak hati akan terasa.
dan yang aku paling tak suka sebab benda ni kait juga dengan etika promoter. Ramai yang berjanji tapi tak laksanakan serta spam sana-sini walaupun janji tu macam janji bodoh aje.
Tu yang aku tak berkenan. Dan aku tengok, ramai yang buat. Tak kiralah otai ke..leader ke..atau downline yang baru nak promosi benda nih.
Pahan says
aku plak seronok baca ni.hehe. tq untuk info korang berdua ni.hehe