Ada macam-macam karekter dan personaliti orang yang join bisnes network marketing yang kita boleh lihat.
Apa yang saya kongsikan disini, bukanlah bertujuan untuk kita judge seseorang itu, sama ada dia baik, atau kurang baik.
Sebaliknya, perkongsian disini lebih kepada untuk membantu anda lebih faham bagaimana sikap seseorang yang menyertai rangkaian dan juga bisnes kita. Apabila kita mampu untuk mengenali mereka, kita lebih bersedia dan tahu bagaimana cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan mereka.
Selain itu, bila kita kenali sikap, perangai, dan personaliti yang ada pada ahli dalam rangkaian kita, kita juga akan lebih mudah untuk membuat pertimbangan, sama ada perlu atau tidak untuk kita habiskan masa fikir tentang dirinya.
Kadang-kadang, kita ni sangat serius nak berjaya dalam bisnes ini. Kita pun anggap orang lain yang berada dalam rangkaian kita juga serius nak berjaya. Setiap masa kita asyik fikir, apa yang aku boleh buat untuk bantu mereka. Tapi rupa-rupanya, orang yang kita fikirkan tu dah tak kisah pun tentang bisnes. Mereka lebih bahagia kembali kepada keadaan asal tanpa gangguan kita.
Andai kata satu masa nanti, ada antara ahli dalam rangkaian kita, tiba-tiba buat perangai, kitapun tak terkejut sangat, sebab semua tu kita boleh jangka. Didalam ini adalah antara sikap dan personaliti yang bakal anda saksikan apabila berkecimpung dalam bisnes network marketing.
Sekali lagi saya ulang, perkongsian ini bukan bertujuan untuk judge, mahupun downgrade mana-mana individu. Ianya untuk tujuan education sahaja.
Buat apa saya nak judge atau downgrade orang lain, sebab saya sendiri pernah berada dalam kalangan kategori yang saya bincangkan dalam artikel ini. Ianya adalah lumrah dalam perjalanan kehidupan. Seseorang itu boleh berubah, dan perubahan itu memerlukan usaha dan pengorbanan. Itupun kalau dia mahu.
Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, saya kongsikan beberapa kumpulan, kategori atau personaliti individu yang bergiat dalam bisnes network marketing.
1. Amatur atau newbie
Golongan ini adalah yang paling ramai tertarik untuk menyertai bisnes network marketing.
Mereka mempunyai personaliti dan latarbelakang yang hampir serupa, antaranya seperti
i. Tidak pernah ada pengalaman dan latihan dalam bidang perniagaan dan jualan
ii. Tidak mempunyai skil yang diperlukan untuk menjalankan bisnes, sebagai contoh skil pemasaran, pengiklanan, membuat jualan, memberi khidmat sokongan selepas jualan.
iii. Tidak memiliki mindset yang betul sebagai seorang usahawan
iv. Kadangkala ada masalah dari segi sikap, seperti agak malas, lambat atau tiada tindakan, banyak beralasan dan banyak lagi
v. Manja, cepat sentap dan mudah putus asa apabila kena reject bila ajak orang lain untuk join bisnes
Mereka ini tertarik untuk join network marketing mungkin sebab teruja apabila mendengar penerangan tentang compensation plan dan potential income yang bakal dicapai apabila menjalankan bisnes ini.
Sedangkan untuk capai sesuatu tangga pendapatan, sebenarnya ada real work yang perlu dilakukan dan bukannya sekadar join, duduk diam dan tak buat apa-apa, lepas tu hanya menunggu dapat income. Ini suatu mindset yang salah yang tak sepatutnya ada.
Kumpulan amatur ini tidak begitu serius dalam bisnes. Mereka anggap bisnes ini sekadar aktiviti yang cuma dilakukan ketika waktu lapang, ketika ada masa atau tunggu ada mood.
Disebabkan ini adalah percubaan kali pertama untuk belajar-belajar berbisnes, jadi dia tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Bagi mereka, kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada pun tak apa.
Sama ada secara sedar atau tidak, mereka akan cari alasan untuk tak buat sebarang aktiviti berkaitan dengan bisnes. Any excuse will do. Sama ada sebab
i. Anak tak sihat
ii. Ada famili mertua datang rumah
iii. Nak keluar shopping beli barang keperluan
iv. Tak faham bisnes
Alasan tak faham bisnes ini agak kerap digunakan. Mereka kata, tak faham pelan pemasaran syarikat, tak faham compensation plan, tak faham kenapa kena buat marketing. Kalau dia boleh spesifikkan, apa yang dia tak faham, kita boleh bantu. Tapi kalau sekadar kata tak faham, kita pun pening, nak tolong macam mana pun tak tau.
Ada juga kemungkinan dimana mereka ini sebenarnya malu nak mengaku yang mereka dah join bisnes network marketing. Maklum sahajalah, diluar sana terdapat banyak bisnes MLM yang dipromosikan dengan cara dan pendekatan yang salah, hinggakan bisnes yang genuine dan sah pun terkena kesannya.
Kalau peringkat amatur, yang masih baru dalam bisnes ini, mereka mungkin tak pandai nak berhujah, bagi menerangkan bahawa bisnes yang kita buat ini adalah betul dan tak sama langsung dengan skim piramid ataupun skim cepat kaya yang ada diluar sana.
Baca juga: Perbandingan antara Bisnes MLM dengan Skim Cepat Kaya (Skim Piramid)
Kemudian setelah satu tempoh masa, mereka akan kata bisnes network marketing ini tak bagus. Bisnes ini langsung tak membantu untuk buat duit.
Dialog seperti dibawah ini adalah sesuatu yang tak pelik untuk didengari
“Aku dah join MLM lama, dekat 3 tahun tapi apa pun tak ada hasil”
Memanglah dah join 3 tahun, tapi dari 3 tahun join tu, berapa lama masa yang diperuntukkan untuk fokus pada bisnes? Dalam satu tahun, ada lebih kurang 8,760 jam. Bermakna kalau dah 3 tahun, jumlah jam keseluruhan yang telah berlalu ialah sebanyak 26,280 jam.
Daripada jumlah tersebut, berapa jam yang betul-betul diperuntukkan untuk fokus pada bisnes?
“Bisnes MLM ni sesuai untuk orang yang ada banyak follower je”
Boleh jadi dia fikir, orang yang banyak follower ini lahir-lahir terus berebut orang lain nak follow. Dia tak pula cuba untuk lihat apa usaha yang dilakukan hinggakan ada ramai yang minat nak follow.
“Menyesal join bisnes MLM ni, dapat upline pun bukannya upline nak bantu…”
Kalau upline memang tak bantu langsung, itu memang patut kita salahkan upline tersebut. Tapi saya perhatikan ada sesetengah orang ni dia seperti mengharapkan upline boleh baca apa yang ada dalam fikiran dia. Dia join, tapi lepas tu dia senyap.
Selama ini dia banyak diamkan diri, mesej dari upline langsung tak pernah reply, dia setakat bluetick kan je, alih-alih semua salah upline.
“Bisnes direct selling ini susah…”
Saya tak nafikan, bisnes direct selling, bisnes MLM atau bisnes Network Marketing ini, tak kiralah apa nama yang anda gelarkan sekalipun, ia memang susah! Kalau senang buat duit, mesti dah ramai yang join dan jadi kaya raya.
Selain buat network marketing, saya juga buat affiliate marketing. Walaupun saya biasa dapat income dari affiliate marketing, namun saya tak pernah kata buat duit dengan affiliate tu senang. Cuma bila dah ada pengalaman, dah biasa buat, ia jadi lebih mudah berbanding kali pertama mencuba.
Kita semua bermula sebagai seorang amatur. Saya percaya, bukan semua terus jadi hebat apabila ingin bermula dalam bisnes, tak kiralah apa jenis bisnes sekalipun.
Orang yang masih amatur, dia ada kategorinya yang tersendiri.
i. Kategori yang nak belajar dan boleh diajar
ii. Kategori yang ego dan sombong
Kategori yang nak belajar dan boleh diajar
Harapan masih ada bagi kategori ini.
Orang yang masih amatur, kebarangkalian untuk berjaya dalam bisnes memang agak rendah. Kalau dia berjaya hasilkan beberapa ratus atau beberapa ribu itupun sudah dikira satu pencapaian yang baik.
Dalam bisnes ini, seseorang itu perlu lalui beberapa peringkat transformasi. Dari seorang yang tak tau apa, kepada seorang profesional hingga menjadi seorang leader.
Kita boleh nampak, usaha yang dibuat oleh orang yang bersungguh-sungguh nak berjaya. Dia sanggup untuk belajar. Dia boleh cari masa untuk kembangkan rangkaian bisnes.
Paling penting, dia boleh jadi seorang yang fleksibel. Apabila dia merasakan apa yang dia buat tak berkesan langsung, dia akan bincang dengan upline dan member dalam rangkaian untuk dapatkan idea pemasaran yang boleh dilakukan bagi menghadapi situasi tersebut.
Jenis ego dan sombong
Of course kategori ini memang ada.
Sebelum tu, bila saya kata golongan yang amatur dalam bisnes network marketing, ia bukan sekadar merujuk kepada seseorang yang masih muda usianya atau rendah tahap pendidikannya semata-mata.
Konteks amatur yang saya maksudkan disini hanya merujuk kepada tahap dia dalam bisnes network marketing atau dalam bisnes secara umumnya. Dia mungkin dianggap sebagai amatur dalam bisnes yang diceburi, namun ini tak bermakna dia juga amatur dalam kehidupan, kerjaya dan sebagainya.
Kalau seseorang itu tak pernah ada pengalaman bisnes, belum mempunyai skil dan kemahiran yang diperlukan, maka dia menepati profil seorang yang masih amatur.
Tak kiralah walau dia sudah berusia 40an, ada kerjaya yang bagus, ada gelaran tertentu, atau apa sahaja. Dia cuma tahap amatur dalam bisnes, dan bukan menjadi satu penghinaan apabila berada ditahap amatur.
Mungkin sebab ego, dia melihat orang lain lebih rendah berbanding dirinya. Pada pandangan dia, dengan kedudukan, usia dan pangkat yang dia ada, orang lain sebenarnya tak layak untuk ajar dan beri coaching kepada dia.
Padahal kita cuma nak membantu. Kita nak dia juga berjaya dalam bisnes. Akhirnya orang seperti ini, kita terpaksa lepaskan dia pergi sebab kita tahu, tak ada apa yang kita boleh bantu.
Saya berpendapat, jika anda masih seorang amatur, dapatkan ilmu sebanyak mungkin tak kiralah dari mana-mana sumber sekalipun agar anda dapat grow dalam bisnes ini.
Bagi upline pula, memang besar tanggungjawab bila ada golongan yang amatur dalam rangkaian kita. Kita kena beri ilmu, tunjuk ajar dan segala apa yang perlu… itupun kalau si amatur tu sedar diri, nak belajar dan boleh diajar.
2. Pengkaji (researchers)
Orang jenis ini ada sikap yang menarik.
Dia jenis suka mengkaji. Dia akan terus mengkaji, sampai la dia betul-betul rasa puas hati.
Dia akan kaji marketing plan.
Dia akan kaji kegunaan produk.
Dia akan kaji serba-serbi mengenai syarikat.
Dia akan kaji setiap ingredients yang digunakan dalam menghasilkan produk.
Dia akan kaji latar belakang kilang yang menghasilkan produk bagi syarikat.
Kebiasaannya jenis pengkaji ini memang akan tanya macam-macam soalan. Paling penat, kalau ada individu yang berjiwa pengkaji tapi pemalas.
Macam mana tu? Maksud saya begini. Orang ini dia memang minat nak ambil tahu serba serbi mengenai industri network marketing, mengenai syarikat, pelan pemasaran, sijil-sijil dan lesen berkaitan, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk, TETAPI…
Semua maklumat tu dia malas nak cari sendiri, tapi senang-senang je dia minta dari kita.
“Bagi saya marketing plan”.
“Saya nak company profile”.
“Forward dekat saya semua sijil-sijil yang company ada”.
“Bro, boleh send senarai jenama popular bertaraf dunia yang guna kilang yang sama yang company guna tak? Saya nak ye, TQ”.
Awal-awal tu tak apalah, kita layankan sikap dia. Kita rasa yang dia ni betul-betul serius dengan bisnes dan ada azam nak pergi jauh. Ye la, bukan semua orang minat nak tahu maklumat-maklumat ini semua.
Disebabkan kita nak jadi seorang upline yang baik dan bertanggungjawab, kita pun sangguplah luangkan masa untuk cari maklumat tu semua dan beri pada dia.
Tapi lama-kelamaan, kita mula sedar satu perkara. Dia cuma minat nak jadi pengkaji. Segala ilmu dan info yang kita sampaikan, tak tau apa yang dia buat.
Kita tengok rangkaian dia langsung tak bergerak. Dia sendiri pun masih tak beli barang. Nampaknya segala maklumat yang kita salurkan tak berjaya diterjemah dalam bentuk jualan atau pembinaan rangkaian.
Waktu tu kita sendiri mula mempersoalkan diri sendiri, wajarkah kita terus melayan kerenah individu ini yang banyak bertanya, tapi langsung tak produce sebarang hasil.
Nanti dulu. Jangan give up lagi dengan si pengkaji. Mereka ini sudah mempunyai banyak info tentang syarikat. Boleh jadi dia tahu lagi banyak berbanding mana-mana upline yang ada dalam syarikat.
Individu pengkaji perlu diajarkan teknik jualan yang sesuai dengan jiwa mereka. Sekali lagi, sebelum kita sibuk nak ajar-ajar teknik jualan (selling skill) kepada dia, kita juga perlu tahu, adakah dia minat nak belajar? Susah nak ajar orang yang tak nak belajar ni. Kita penat, masa terbuang, tetapi hasil langsung tak ada.
3. Pemimpin (Leader)
Mempunyai leader dalam rangkaian umpama memenangi hadiah paling besar dalam sesi cabutan bertuah.
Seorang leader secara semulajadi mempunyai egonya yang tersendiri. Namun mereka mampu untuk merendahkan ego dan bersikap terbuka.
Mereka boleh mendengar arahan, sanggup untuk belajar dan selepas itu, mereka boleh bawa diri.
Anda tak perlu nak follow up.
Tak perlu beri sebarang bantuan pun tak ada masalah.
Seorang leader mempunyai formula kejayaan yang tersendiri. Individu seperti ini mampu untuk membina rangkaian dalam masa yang pantas.
Tak perlu terkejut, kalau satu hari nanti pendapatan yang dihasilkan adalah lebih tinggi berbanding pendapatan upline yang memperkenalkan bisnes.
Mempunyai leader dalam rangkaian adalah idaman hampir semua orang yang berkecimpung dalam bisnes network marketing. Maklumlah, sikap seorang leader yang independent dan boleh bawa diri.
Kita sebagai upline akan turut mendapat tempias sebabnya rangkaian kita dapat berkembang dengan sihat dan memudahkan kita mencapai matlamat kewangan kita.
Leader ini boleh muncul dalam kalangan amatur. Ia merupakan satu karekter yang boleh dipupuk dan dibentuk. Inilah antara keistimewaan bisnes network marketing.
Ia bukan sekadar tentang buat duit, sebaliknya ia juga melatih individu tersebut menggilap ciri seorang pemimpin yang ada pada dirinya.
4. Sosial dan easy going
Individu seperti ini sangat menghargai sesuatu perhubungan dalam sesebuah rangkaian.
Dia ada effort untuk cuba berkenalan dengan semua orang yang ada dalam rangkaian termasuk ahli yang berada dalam rangkaian lain.
Bagi dia, bisnes ini bukan tentang persaingan. Oleh sebab sikapnya yang baik, dia mudah mendapat kawan dan orang yang berlainan rangkaian juga selesa apabila bekerjasama. Dia cepat mesra dengan team lain.
Orang yang sosial seperti ini dia faham, bahawa rezeki itu bukan semata-mata datang dari syarikat yang dia wakili. Dia dapat berkenalan dan berkawan dengan ahli lain itupun satu rezeki.
Dia juga faham, dengan bertambahnya kenalan, maka lebih banyak peluang untuk dia jana pendapatan. Dalam bisnes network marketing, kita boleh lihat ada juga golongan professional yang menjadi ahli.
Ada doktor, perunding kewangan, pelabur saham dan banyak lagi. Kalau sebelum ini, kita tak ada sebab nak berkenal-kenalan dengan mereka semua.
Tapi disebabkan adanya bisnes ini, kita mula mempunyai common ground dan common interest. Bolehlah gunakan bisnes ini sebagai platform untuk tambahkan kawan dari pelbagai latar belakang.
Malahan kita juga boleh belajar banyak ilmu baru dari kawan-kawan baru yang turut join bisnes network marketing ini.
5. Product lover
Dia ni join sebab dia suka dengan produk yang syarikat keluarkan.
Mungkin pada satu hari dia ada lihat product demonstration dekat mana-mana dan dari situ dia mula jatuh hati dengan produk.
Mula-mula dia mungkin cuma beli sabun pencuci pinggan dengan scrubber sahaja. Maklumlah dekat rumah dia ada banyak periuk, cerek dan kuali lama yang dah hitam.
Sebelum ini pernah cuba macam-macam jenama tapi kesan jelaga tu tetap tak nak hilang. Tapi bila guna produk yang syarikat hasilkan, periuk yang dah agak lama kembali berkilat seakan-akan baru.
Bermula dari situ, dia pun mula beli lain-lain produk, antaranya ubat gigi, berus gigi, vitamin C, skin care, produk penjagaan kebersihan dan macam-macam lagi.
Individu seperti ini kurang minat untuk buat bisnes, ajak orang lain menyertai rangkaian dan sebagainya. Tapi dia adalah pengguna setia dan setiap bulan without missed, pasti akan beli sesuatu.
Kita perlu hargai individu seperti ini, sebabnya mereka ini menyumbangkan pendapatan kepada kita. Mungkin boleh consider untuk bantu dia bina rangkaian. Maksud saya, kita bantu daftarkan beberapa orang untuk jadi downline dia. Itupun jika ada kemampuan.
Oleh sebab dia ada pengalaman beli macam-macam produk, kita boleh jadikan dia sebagai rujukan atau testimoni sebelum kita sendiri nak beli produk syarikat yang kita belum pernah cuba.
6. Part timers atau usahawan separuh masa
Dia ni ada kerjaya atau kehidupan lain, selain buat bisnes network marketing.
Saya rasa, dalam syarikat MLM yang saya join kebanyakkannya buat bisnes ni secara part time sahaja.
Ada yang bekerja sebagai guru, doktor, pensyarah dan macam-macam latarbelakang.
Mereka join company dan buat bisnes MLM bukan sebab mereka terdesak nak pakai duit, tapi sekadar nak cari pendapatan tambahan.
Dengan adanya extra income, ada banyak perkara yang boleh dicapai seperti
i. Beli rumah
ii. Settle kan hutang, sama ada hutang belajar, kereta, kad kredit dan sebagainya
iii. Bantu ahli keluarga yang memerlukan pertolongan
Orang yang jadikan bisnes MLM sebagai bisnes part time, kita pun faham yang mereka mempunyai masa yang terhad. Dalam satu hari, mungkin dia cuma mampu buat status update di media sosial dan pada hari cuti baru ada masa.
Kalau bisnes ni dibuat secara part time, sebaik-baiknya discus dengan upline untuk buat plan yang sesuai. Mungkin upline boleh bantu rangka strategi pemasaran yang tak memerlukan terlalu banyak masa, tapi masih efektif.
Benda boleh bincang. Tapi kalau masing-masing diam, alamatnya tak ada sebarang progress la.
7. Kaki MLM hardcore
Saya tak berapa pasti, sama ada nak suka atau benci dengan individu yang memang kaki MLM.
Semasa dia join team kita, dia sebenarnya dah join syarikat MLM lain. Malahan boleh jadi dia sebenarnya dah jadi ahli dengan 5 – 10 syarikat yang berbeza.
Ini bermaksud, dia ada pengalaman dalam industri MLM. Ada pengalaman berjaya, ada pengalaman handle prospek, dan mungkin juga ada pengalaman tergolek dalam bisnes ini. Boleh jadi juga dia pernah ada rangkaian dalam bisnes MLM lain yang dia sertai. (kita pun mula membayangkan yang dia akan bawa semua network dia masuk dalam bisnes kita ha3)
Tapi ada beberapa keadaan yang kurang menyenangkan. Kadang-kadang kita boleh nampak dia seakan-akan cuba memancing member dalam kalangan rangkaian kita untuk join bisnes yang dia buat.
Benda ni tak berapa bagus, sebabnya ia akan mengganggu fokus rangkaian kita untuk berjaya dan terus maju ke depan.
Sepatutnya kita fokus untuk bina rangkaian yang lebih besar, tapi sebaliknya dia buat sesama ahli berbincang perkara yang tak penting, seperti membuat perbandingan antara company A dengan company B, mana satu lagi best?
Bila dah mula timbul persoalan dan tak ada siapa yang mampu jawab, lalu dia pun tawarkan diri untuk jadi hero. Maklumlah dia ada pengalaman dalam beberapa syarikat yang berbeza.
Ia tak terhenti setakat disitu. Individu ini boleh bertindak lebih agresif dengan mula mengajak ahli dalam rangkaian kita untuk lompat kapal. Ya, masuk dalam bisnes yang dia join pula.
8. Pekerja atau the employee
Kumpulan ini sebenarnya masih belum betul-betul bersedia nak jadi seorang ahli perniagaan, atau usahawan atau businessman / business women.
Kesedaran untuk mula jalankan bisnes sendiri tu memang dah ada, cuma dari segi mentaliti dan cara fikir, masih lagi seperti seorang pekerja. Dia sentiasa menunggu arahan dari pihak atasan, apa yang perlu dilakukan seterusnya. Walhal dalam bisnes, kita tiada orang atasan.
Kelompok ini juga seorang yang perfectionist. Ini menjadikan dia lambat bertindak sedangkan timing itu adalah sesuatu yang sangat penting.
Orang minda bisnes, kita tak ada masalah untuk terus bertindak dan mulakan sesuatu usaha dengan apa sahaja yang sudah ada dalam tangan.
Tapi kelompok pekerja tak seperti itu. Dia perlu tunggu semua dah lengkap. Dia perlu mempunyai semua slide presentation, perlu ada sample product dalam tangan just in case diperlukan.
Pendek kata, dia perlu bersedia dari semua segi sebelum boleh betul-betul pergi full speed dalam bisnes ini. Maklumlah, kalau di tempat kerja, dia akan kena marah dengan bos kalau nampak seperti tak bersedia atau buat salah semasa menjalankan tugas.
Dia tak nak perkara yang sama berlaku pada dia, ketika dia sedang jalankan bisnes ini.
Kita lihat dia langsung tak perform dalam bisnes ini. Dia tak mampu bina rangkaian, namun jangan salah anggap yang dia ini adalah pekerja yang lemah.
Boleh jadi dia sebenarnya adalah seorang top performer atau best staff ditempat kerja.
Memandangkan cara kerja seorang usahawan dengan pekerja memerlukan mindset dan corak pemikiran yang berbeza, ini membuatkan dia tak begitu perform dalam bisnes.
9. Kaki manipulasi
Saya pernah jumpa orang yang macam ini dalam beberapa sesi preview bisnes networking yang saya pernah sertai dulu.
Sebagai wakil syarikat, dia akan recommend kita untuk join dan buat pembelian produk dalam kuantiti tertentu. Jumlah yang dia suruh beli tu pula, bukannya sikit tapi mencecah ribu-ribu ringgit.
Kalau dirujuk pada marketing plan yang dikeluarkan oleh syarikat, mungkin kita tak akan jumpa langsung syarat wajib untuk buat pembelian sampai ribu-ribu ringgit.
Orang seperti ini hanya berminat dengan wang besar yang boleh dihasilkan dari bisnes ini. Kalau boleh dia nak cepat kaya. Memanglah seronok kalau boleh jadi kaya dalam masa yang singkat.
Tapi kalau sampai memangsakan orang lain, apa yang seronoknya. Pelan pemasaran yang elok, boleh jadi rosak bila dimanipulasi oleh individu seperti ini.
Mereka akan suruh kita beli produk dalam kuantiti yang banyak supaya cepat naik pangkat dan cepat dapat income. Sedangkan syarikat hanya menggalakkan ahli untuk buat pembelian hanya apabila ada keperluan sahaja.
10. Jenis suka guna hype marketing
Fungsi hype marketing adalah untuk buat orang rasa teruja. Bila prospek dengar, dia akan rasa seperti ini merupakan peluang yang sangat baik dan tak seharusnya dilepaskan.
Dia akan bercerita tentang impian-impian besar yang bakal dicapai apabila join bisnes.
Ya, beli rumah besar, kereta mewah, melancong seluruh dunia dan banyak lagi.
Tak salah mempunyai impian besar. Impian boleh dijadikan motivasi untuk kita terus berusaha tanpa jemu. Cuma jangan melampau la.
Ini juga saya anggap sebagai teknik manipulasi. Esok-esok selepas prospek tadi mula bertenang, dah boleh berfikir dengan rasional dan keterujaan itu pun dah berlalu, akhirnya individu ini akan meninggalkan syarikat.
Teknik hype ini biasanya digabungkan dengan teknik manipulasi. Pengguna teknik ini mungkin cuma nak buat bisnes sekali sahaja dengan orang yang dijadikan sasaran.
Sedangkan kalau kita buat bisnes network marketing yang betul, kita nak orang tu jadi product lover dan terus beli produk syarikat sampai bila-bila.
11. Professional Network Marketer
Saya mulakan penulisan artikel ini dengan bercerita tentang seorang amatur, dan saya kira ada baiknya saya sudahi dengan memperkenalkan personaliti seorang network marketer yang layak digelar sebagai seorang professional.
Pada asasnya, karekter seorang professional ini adalah sangat berlawanan dengan seorang amatur.
Orang seperti ini memiliki etika kerja dan pertimbangan yang tersendiri. Jika dia merasakan, setelah dia mengkaji latar belakang syarikat dan selok belok perniagaan yang bakal dijalankan, lalu dia dapati ada sesuatu yang tak betul, dia akan suarakan.
Jika semuanya baik, dia akan lakukan bisnes dengan sehabis baik juga.
Dia buat sesuatu bukan semata-mata sebab duit.
Dia tahu dengan jelas, apa yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam profesion yang diceburi. Kalau kena ambil kelas untuk belajar skil baru, dia tak ada masalah untuk berbuat demikian.
Dia faham, setiap kejayaan ada pengorbanan. Biasa orang terlalu fokus dengan kejayaan tanpa melihat, berapa banyak yang telah dikorbankan untuk capai kejayaan tersebut.
Dia sedar, sekadar berkata itu susah, ini tak pandai, yang itu mustahil, tidak memberi sebarang kebaikkan kepada dirinya.
Adalah lebih baik, untuk dia terima hakikat bahawa setiap orang pasti ada kelemahan dan kekurangan, termasuk dirinya sendiri.
Seorang yang professional dia tak perlu nak guna trik, atau muslihat untuk jalankan bisnes ini. Dia ambil pendekatan mendidik dan memberi kesedaran, apakah kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi dari bisnes yang dilakukan.
Kalau orang lain tetap tak minat, its okay. Tiada paksaan dalam berbisnes, kan? Asalkan orang yang kita share peluang itu dah dapat segala maklumat yang perlu.
Anda rasa, anda termasuk dalam kelompok yang mana satu?
Saya percaya hidup ini bukanlah satu perjalanan yang sifatnya sentiasa statik atau mendatar. Setiap orang akan melalui fasa-fasa yang berbeza.
Hari ini kita bermula sebagai amatur, namun ini tak bermakna kita perlu selamanya berada disitu. Biasa kita dengar kata bidalan, hidup ini umpama roda, ada masa kita dibawah dan ada ketika kita diatas.
Sebaliknya, jika kita sendiri memilih untuk kekal dibawah, maka itu semua terpulanglah pada kita.
Walaupun saya pecahkan kepada beberapa golongan atau kelompok, namun ini tidak bermakna sikap tersebut hanya exclusive kepada kelompok itu sahaja.
Boleh juga berlaku, seseorang itu adalah amatur tapi memiliki ciri dan kualiti seorang leader. Ataupun dia seorang leader namun cenderung untuk manipulasi sistem.
Perbezaan ini bukanlah bertujuan untuk jadi penentu baik atau tidak seseorang itu, sebaliknya bila kita memahami perbezaan dan karekter seseorang, ia sepatutnya dapat memudahkan kita untuk berinteraksi dan bekerjasama.
Apa yang saya kongsikan disini, adalah dari pengalaman dan juga sedikit pembacaan yang saya lakukan. Jika ada manfaatnya, maka ambillah.
Namun jika ada kesalahan, teguran dan feedback dari anda saya amat hargai.
Akhir kata, jika anda minat untuk cuba bina karier dalam bisnes network marketing, saya alu-alukan anda untuk sertai syarikat yang saya juga sertai. Boleh baca sedikit intro mengenai bisnes tersebut disini.
Kalau rasa bisnes tersebut menarik, anda tahu siapa yang perlu anda hubungi!
Anda ada sebarang soalan berkaitan dengan bisnes network marketing?
Ini nombor telefon saya.
011 5689 0863
Anda boleh whatsapp dan tanyakan saya sebarang soalan.
Kalau nak senang, klik je link ni dan akan terus bukak whatsapp https://naktanyapasalbisnes.wasap.my/
Leave a Reply