Bisnes network marketing adalah satu bentuk perniagaan yang menggunakan kaedah pemasaran yang memerlukan ahlinya membina rangkaian pelanggan, bagi tujuan menembusi pasaran pengguna (consumer market) tanpa menggunakan kaedah pemasaran tradisional serta mengeluarkan belanja pengiklanan yang mahal di media utama.
Dalam bisnes ini, ahli yang berminat untuk menyertai syarikat tersebut akan bertindak sebagai pasukan (atau ejen) pemasaran dan mereka akan menyebarkan maklumat seperti kelebihan dan manfaat apabila menggunakan produk.
Bagi menghargai usaha tersebut, syarikat akan memperkenalkan sistem imbuhan yang dikenali dengan nama panggilan seperti marketing plan atau compensation plan. Selagi mana ahli mengikuti plan yang ditetapkan oleh syarikat dan telah cukup syarat, maka syarikat akan membuat bayaran.
Dalam bisnes network marketing ini, setiap ahli adalah pelanggan bagi syarikat. Pada masa yang sama, ahli juga boleh bertindak sebagai wakil syarikat untuk memasarkan produk syarikat kepada orang ramai dan mendapatkan pelanggan baru.
Sama ada sedar ataupun tidak, diluar sana terdapat banyak perniagaan yang dipasarkan menggunakan kaedah networking seperti ini. Sesetengah peluang bisnes tersebut adalah bisnes yang sah dan beroperasi mengikut lunas undang-undang di Malaysia. Sebahagiannya lagi hanyalah sekadar skim cepat kaya, skim piramid atau money game yang diwujudkan sekadar untuk mengaut duit dari poket orang ramai.
Baca juga: Perbandingan antara bisnes Network Marketing dengan skim piramid
Perbincangan kali ini adalah tentang bagaimana cara memilih syarikat network marketing yang betul untuk kita jadikan ia sebagai bisnes kita. Tak kiralah sama ada nak buat bisnes ini secara part time, atau full time. Dalam perkongsian ini juga saya akan membuat recommendation, syarikat manakah yang anda patut pilih dan apakah potensi pendapatan yang boleh diperolehi dari syarikat tersebut.
Kalau tersalah pilih bisnes, kita bukan sahaja akan membuang masa kita, malahan kita juga mungkin kerugian dari segi wang ringgit, usaha pemasaran dan sedikit sebanyak mencalarkan nama baik kita. Sudah tentu kita tak mahu dikenali sebagai seorang yang mempromosikan bisnes scam, dan akhirnya label scammer terpalit sama pada diri kita.
Mari kita teruskan kepada apa dia kriteria yang perlu kita lihat dalam memilih bisnes yang sesuai untuk kita.