Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

3 Tanda Nilai Hartanah Akan Jatuh

May 3, 2017 by sabree hussin 3 Comments

Sememangnya menceburi bidang hartanah merupakan satu pelaburan yang dianggap sangat menguntungkan.

 

Walaubagaimanapun, setiap pelabur harus berhadapan dengan pelbagai risiko besar dan ini tidak terkecuali dalam pelaburan hartanah. Secara asasnya, peratusan nilai hartanah mampu meningkat setiap tahun, namun ia juga boleh merudum jatuh. Biarpun jarang menunjukkan prestasi menurun, tanda-tanda seperti ini mampu menyumbang kepada kejatuhan nilai hartanah.

 

Apakah tanda tersebut?

#1 Bencana Alam

Kawasan yang sering dilanda bencana berisiko menyumbang kepada kejatuhan nilai hartanah. Sebagai contoh di kawasan Bukit Antarabangsa, ada yang mendakwa nilai hartanah akan jatuh merudum disebabkan kejadian tanah runtuh yang pernah berlaku sebelum ini pada tahun 1993 dan 2002. Ada yang bimbang untuk membeli, namun begitu kawasan tersebut masih tetap didiami oleh orang awam.

Tetapi jika sesebuah kawasan yang sering berlaku bencana, tidak mustahil akan terjadinya kejatuhan nilai hartanah disebabkan situasi penawaran melebihi permintaan.

 

#2 Kawasan Yang Dianggap Strategik

Jika sesebuah kawasan diwartakan sebagai lokasi hospital contohnya, sudah tentu ia menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah. Tambah lagi, bakal dikelilingi oleh pusat membeli belah sudah pasti ramai yang berebut mahu mendapatkannya.

Namun, janganlah disebabkan mahu mendapatkan harga yang ‘rendah’, kita tergesa-gesa membeli tanpa membuat sebarang kajian. Bayangkan, jika projek yang dicanang-canangkan tidak menjadi, sudah pasti akan berlakunya penurunan biarpun dalam peratusan yang kecil.

 

Bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang sesebuah projek di kawasan tumpuan, kita boleh merujuk kepada pihak Majlis Perbandaran, ataupun boleh bertanyakan kepada agensi hartanah sekiranya anda mempunyai jaringan yang baik.

 

#3 Penurunan Nilai Matawang

Pada tahun ini negara kita mengalami krisis kewangan yang agak teruk. Ringgit lemah berbanding USD. Kelemahan ini menyumbang kepada kenaikan kos bahan mentah yang diimport dari luar sebelum ini. Di samping itu juga, pelaksanaan GST yang dianggap membebankan kerana kenaikan kos barang selepas cukai. Ini bermakna kos pembinaan rumah akan menjadi semakin mahal daripada biasa.

cukai-gst

Kesimpulan

Pelaburan hartanah adalah sangat berisiko kerana melibatkan transaksi amaun yang agak besar. Namun begitu, ia sebenarnya membawa kepada pulangan yang besar sebagaimana graf kenaikan peratusan nilai hartanah.

 

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh terlepas berdepan dengan apa juga situasi kemungkinan yang mendatang. Sifirnya mudah, jika berlaku lebihan penawaran berbanding permintaan, secara tidak langsung penjual terpaksa menurunkan nilai sesebuah hartanah. Namun begitu, tanda-tanda yang disebutkan di atas tidak semestinya akan terjadi bergantung kepada penduduk di negara ini dalam mengatasi masalah rumah yang semakin mahal.

 

Sekiranya anda merancang untuk memulakan pelaburan hartanah, anda mungkin minat nak bermula dengan pelaburan keatas rumah lelong terlebih dahulu. Sila klik sini untuk info lanjut.

 

Artikel ini disediakan oleh saudara Abdul Nashar.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 8 Perkara yang menjadikan pelaburan hartanah kurang menarik berbanding pelaburan emas
  2. Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru
  3. Nilai ringgit makin rendah berbanding USD dan apa kesannya?
  4. Bagaimana mendapatkan Keuntungan Berganda melalui Sewaan Rumah?

Filed Under: Advertorial, Pelaburan Hartanah Tagged With: bidang hartanah, nilai hartanah, pelaburan hartanah, tips pelaburan hartanah

Comments

  1. anuar says

    May 3, 2017 at 7:27 pm

    Susah nak tengok harga rumah jatuh…
    Makin naik adalah..

    Reply
  2. RAIHANAH AHMAD says

    May 4, 2017 at 8:24 am

    tapi setahu saya kat malaysia ni hartanah baru tak jatuh nilai, wpun matawang kita merosot

    Reply
  3. Nur Razali says

    May 4, 2017 at 11:19 pm

    Perlu ada ilmu jugak ye untuk masuk dalam bidang hartanah ni. Tak boleh semberono je. Elok2 dapat untung jadi lain pulak kalau kite takde ilmu asas.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in