Nilai ringgit makin rendah berbanding USD dan apa kesannya?

by sabree hussin on August 25, 2015

in kewangan

Semalam, 24 Ogos 2015 saya saja-saja buat semakan berapa kadar tukaran matawang RM berbanding USD dan dibawah ni pula adalah hasilnya

nilai_matawang_RM

Hari ni, 25 Ogos 2015 sekali lagi saya buat semakan

tukaran2

Kalau situasi semalam, jika kita nak dapatkan 1 USD, kita hanya perlu sediakan RM4.21 sahaja.

Tetapi hari ini, jika kita nak dapatkan 1 USD, kita kena tambah lagi duit kita sebanyak RM0.04 baru boleh dapat 1 USD.

Maksudnya, duit USD dah jadi lebih mahal atau dalam bahasa biasa kita akan katakan matawang negara kita jatuh berbanding USD.

 

Ok… so what kalau jatuh? Ada kesan ke?

 

Akhbar online Sinar Harian hari ni melaporkan beberapa berita tentang kesan kejatuhan matawang negara kita. Antaranya

kesan_kejatuhan_matawang_ringgit

Bahagian yang saya tandakan dengan warna merah itu adalah antara berita yang dilaporkan berhubung isu kejatuhan nilai matawang negara kita.

 

Pelajar Malaysia yang menyambung pengajian diluar negara akan terkesan

Kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan harga barangan yang dijual dalam matawang asing jadi lebih MAHAL.

 

Untuk saya pulak… yang melanggan servis autoresponder dari luar negara, pun turut terkesan.

 

sistem_autoresponder_aweber_pricing

Caj dalam USD masih lagi SAMA.

 

Tetapi, dalam matawang RM saya sebenarnya perlu keluar lagi banyak duit untuk tampung kos penggunaan sistem Autoresponder Aweber ni.

 

Apa boleh buat… sabar je la dan mudah-mudahan semua ni akan berakhir tak lama lagi.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 7 comments… read them below or add one }

myrujukan August 25, 2015 at 2:17 pm

ada terbaca di media sosial, di jangka hujung tahun ringgit Malaysia akan jadi RM4.70 untuk 1usd. masa tu ringgit malaysia baru jadi rm3.80. bila semalam tgk jadi rm4.20. memang terkejut la

Reply

Dr Fattah August 26, 2015 at 3:13 am

bila ringgit jatuh, akan lahir lebih ramai pelawak pelawak dari kalangan pemimpin negara.

Reply

sabree hussin August 27, 2015 at 12:33 pm

Betul tu, dah makin banyak pelawak sekarang ni… paling tak tahan, para pelawak ni boleh pulak ada supporter

Reply

rahimah August 27, 2015 at 5:13 am

Tengok statement Getresponse dah makin tinggi. Tengok statement lain pun tinggi kalau convert duit Malaysia. Tapi nak beli barang kena limit kuantiti sebab dah makin mahal. Ada best ada tak best.

Reply

sabree hussin August 27, 2015 at 12:35 pm

Yup kalau dari segi earning, memang rasa Best. Tapi bila bab kena buat bayaran, dia jadi tak best

Reply

Alongxp August 28, 2015 at 11:05 am

Saya tak tahu pelajar tajaan tu diabayar dalam usd atau Rm, kalau usd, ok lah.. kalau RM? contohnya kalau sebulan, mereka ditaja RM3500, kalau dulu mereka dapat la usd 1000, kalau sekarang mereka dapat usd 830, beza 170, banyak kan?

Reply

sabree hussin August 28, 2015 at 3:46 pm

Kalau ikut dari sumber berita Sinar Online, pelajar tajaan ni dibayar elaun dalam unit matawang negara mereka belajar. Kalau pound, maka mereka pun akan dapat dalam matawang pound, begitu juga jika USD.

Ulasan daripada menteri pelajaram, khabarnya pelajar tajaan kerajaan tidak terjejas langsung.

Berbeza pulak dengan situasi pelajar-pelajar yang tidak mendapat sebarang tajaan. Mereka ini yang akan terkesan teruk juga

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: