Tips mendapatkan Penyewa yang berkualiti

by sabree hussin on November 22, 2016

in Advertorial

Sebagai pemilik hartanah, mungkin anda pernah dengar istilah penyewa dari neraka.

 

Istilah ini merujuk kepada betapa sengsaranya pemilik apabila terpaksa berhadapan dengan penyewa yang mempunyai ragam yang tidak baik. Pelbagai ragam yang ditemui antaranya penyewa yang gemar membawa pasangan bukan mahram, menjadikan rumah sewa sebagai pusat proses dadah, penyewa seorang penjenayah dan culas untuk membayar sewa.

 

Masalah yang paling lazim ialah, culas untuk bayar sewa. Dalam perjanjian dah kata, kena bayar pada 1hb, tapi ada-ada je alasan untuk penyewa tu bayar lewat. Kadang-kadang lewat sehari, kadang-kadang lewat sampai seminggu pun ada.

tips-bisnes-homestay-berjaya

Kalau ianya berlaku hanya untuk sekali sahaja, itu mungkin boleh dimaafkan. Sebagai pemilik rumah, mungkin kita boleh maafkan dan boleh jadi pada waktu tu memang penyewa berada dalam keadaan terdesak dan kesempitan wang. Akan tetapi bagaimana pula kalau masalah yang sama berlaku hampir setiap bulan sehingga ia menyusahkan anda pula?

 

Apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, pihak pemilik hartanah terpaksa terlibat sama terutama melibatkan kes-kes mahkamah dan pihak polis. Jadi apakah tip-tip mendapatkan penyewa yang berkualiti? Perkongsian ini mungkin dapat memberi anda serba sedikit idea bagaimana untuk cari penyewa yang bagus untuk menduduki rumah sewa milik anda.

 

(1) Menyediakan surat perjanjian

Antara perkara  yang biasa terlepas pandang oleh pemilik adalah gagal menyediakan surat perjanjian.

 

Apa yang mereka tumpukan pada bakal penyewa adalah hanya menyediakan wang deposit dan utiliti sebagai satu bentuk komitmen. Namun dengan menyediakan surat perjanjian di antara penyewa dan pemilik mampu membantu melancarkan proses aliran tunai. Antara perkara yang lain pula, aliran tunai yang masuk ke dalam akaun akan dijadikan sebagai wang pendapatan pemilik.

 

Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan peratusan DSR (Debt Service Ratio) apabila mahu membuat sebarang pinjaman yang lain.

 

(2) Calon penyewa dikehendaki untuk melalui proses temuduga

Mungkin ada sesetengah beranggapan, pemilik rumah yang mengadakan proses temuduga adalah satu perkara yang amat leceh. Namun dengan cara ini mampu menapis penyewa yang benar-benar berkualiti dan dapat mengelakkan daripada mendapat penyewa yang bermasalah.

 

Azizi Ali dalam bukunya yang berjudul “Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan” juga mengesyorkan agar pemilik rumah menjalankan proses temuduga kepada bakal-bakal penyewa. Melalui proses temuduga ini, kita boleh dapatkan beberapa maklumat yang penting seperti

(1) Maklumat tempat kerja sekarang

(2) Maklumat tempat rumah sewa yang terdahulu

(3) Kenapa berpindah dari tempat sewa yang lalu

(4) Maklumat tuan rumah yang terdahulu sebagai rujukan

 

Setelah maklumat-maklumat ini diperolehi, bolehlah anda lakukan proses semakan mudah. Contohnya, anda boleh hubungi tuan rumah terdahulu untuk mengetahui bagaimana perangai bakal penyewa anda.

 

Selain dari itu, dari maklumat tempat kerja, kita juga boleh tahu berapa sebenarnya gaji yang diperolehi setiap bulan. Ini juga maklumat yang sangat penting untuk kita mengetahui sama ada penyewa kita tu akan mampu untuk bayar sewa atau tidak.

 

Sebagai contoh, gaji seorang bakal penyewa adalah sebanyak RM2000. Tetapi mahu menyewa rumah yang kadar sewaan sebanyak RM1200. Berbaki RM800 sebenarnya memperlihatkan penyewa tidak mempunyai isi kewangan yang kukuh. Lebih-lebih lagi jika bakal penyewa tu adalah seorang yang mempunyai kereta yang belum habis bayar dan juga mempunyai keluarga.

 

Bukanlah kita mengatakan ia tidak layak secara sepenuhnya. Namun dengan menyediakan deposit penuh tidak bermakna bakal penyewa dianggap mampu dari segala sudut. Akan tetapi, jika anda buat temuduga, mungkin dari situ anda boleh tahu yang rupa-rupanya penyewa ni mempunyai pendapatan tambahan.

 

Bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara si pemilik rumah.

 

(3) Budi bicara pemilik rumah (anda lah)

Jika mahu mengharapkan penyewa yang berkualiti, sebagai pemilik juga haruslah mempamerkan akhlak yang baik.

 

Bina satu bentuk komunikasi yang positif di antara penyewa  dan pemilik. Selain itu, penyewa juga boleh melakukan rutin bulanan atau tahunan bertanyakan tentang masalah-masalah yang melibatkan masalah elektrik, lampu, paip dan sebagainya. Dengan cara itu, sedikit sebanyak mampu menjadikan penyewa begitu selesa terhadap pemilik rumah.

 

Kalau boleh jangan tunggu sampai penyewa mengadu baru nak selesaikan masalah. Kita jaga penyewa, In Shaa Allah penyewa tersebut akan jaga hartanah kita beserta dengan bayaran sewa kita.

 

Secara kesimpulannya, cara ini bukanlah bermakna kita menafikan hak orang lain tetapi ia membantu pihak pemilik dalam melancarkan proses aliran tunai. Sebagai bakal penyewa pula, kenalpasti tahap kemampuan kita dalam mencari rumah sewa yang sesuai. Benar, zaman sekarang ini rumah sewa agak terlalu mahal, namun itulah hakikat yang terpaksa kita terima.

 

Adakah anda masih belum mempunyai sebarang hartanah yang boleh disewakan?

buat-duit-dengan-bisnes-homestay-dengan-rumah-lelong

Mungkin ini masa untuk anda berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah. Tahukah anda, bahawa salah satu pelaburan hartanah yang cukup popular adalah dengan membeli rumah lelong dan kemudian disewakan semula?

 

Ya, buat duit dengan rumah lelong juga sebenarnya ada potensi untuk jana pendapatan yang lumayan.

 

Sekiranya anda tidak mahu jadikan rumah yang anda miliki sebagai rumah sewa, boleh juga jadikan ia sebagai homestay.

Jom baca tentang bisnes homestay disini: Tips bagaimana anda juga boleh BERJAYA buat duit dengan Bisnes Homestay 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

riangria November 23, 2016 at 1:18 am

rumah x boleh sewa dgn sebarang org.. nanti rugi

Reply

sabree hussin November 23, 2016 at 11:27 am

Ya tepat sekali

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: