Tips bagaimana anda juga boleh BERJAYA buat duit dengan Bisnes Homestay

by sabree hussin on November 16, 2016

in Advertorial

Bisnes Homestay merupakan satu cabang bisnes dalam bidang hartanah yang kian popular terutama di kawasan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan dan lokasi percutian. Namun di sebalik nama homestay ini, penduduk di Malaysia seakan sudah tersilap menggunakan istilah ini.

 

Konsep homestay yang sebenarnya adalah pengunjung akan menginap bersama dengan pemilik dalam sebuah rumah. Apa yang pemilik rumah lakukan, pengunjung akan turut serta melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka.

 

Konsep homestay yang digunapakai di negara kita lebih berkonsepkan Guest House. Tetapi tidak mengapalah, mungkin sebab penggunaan nama homestay sudah dianggap sebati dengan jiwa rakyat Malaysia. Apa yang paling penting, bagaimana kita mahu menggandakan wang dengan rumah homestay.

tips-bisnes-homestay-berjaya

Dalam perkongsian kali ini, In Shaa Allah kita akan bincangkan tentang bagaimana orang biasa macam kita, dapat buat duit dan seterusnya boleh berjaya dalam bisnes homestay. Jadi, sekiranya ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ini yang ada bercadang untuk menjalankan bisnes homestay, mungkin anda boleh luangkan sedikit masa untuk baca catatan ini.

 

Boleh jadi beberapa tips yang bakal saya ceritakan dalam ini akan dapat beri manfaat kepada anda. Ok tanpa membuang banyak masa, jom lihat apa dia tips yang saya nak kongsikan ini.

 

(1) Kenalpasti di mana kawasan untuk anda jalankan bisnes homestay

Bacalah buku tentang hartanah. Pergilah ke mana-mana seminar. Sertailah mana-mana bengkel berkaitan dengan pelaburan hartanah. Saya pasti, topik penting yang pasti anda akan temui adalah berkenaan dengan LOKASI.

 

Kalau kita nak beli rumah pun, kita perlu lihat dari aspek lokasi. Adakah lokasi tersebut mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Adakah mempunyai jaringan perhubungan yang baik, seperti mempunyai lebuhraya, berdekatan dengan stesen kereta api dan sebagainya. Memiliki hartanah dikawasan yang mempunyai lokasi yang strategik adalah satu bonus bagi anda kerana anda boleh jual semula hartanah tersebut dengan harga yang lebih tinggi di masa akan datang.

 

Itu kalau beli rumah bagi tujuan sewa atau jual semula.

 

Bagaimana pula kalau beli sesebuah hartanah bagi tujuan untuk membangunkan bisnes jenis homestay? Dalam bisnes jenis ini, faktor lokasi juga bakal memainkan peranan yang penting dalam menentukan sama ada bisnes anda bakal berjaya atau tidak.

 

Apa yang buatkan sesebuah kawasan itu sesuai untuk dibangunkan sebuah homestay?

i. Berdekatan dengan tempat percutian

Homestay akan jadi tempat penginapan pilihan terutama sekali bagi pengunjung yang ingin bercuti bersama-sama dengan keluarga yang besar. Menginap di homestay adakalanya berkali ganda lebih jimat dan menyeronokkan berbanding menginap di hotel.

 

ii. Ada kolej atau universiti

Kebiasaannya waktu majlis konvokesyen, ataupun waktu pendaftaran masuk, permintaan untuk homestay akan meningkat. Biasanya untuk keluarga yang datang dari jauh, mereka akan menginap sekurang-kurangnya semalaman apabila menghantar anak-anak mereka untuk mendaftar masuk ke universiti.

 

(2) Beli rumah siap, sewa daripada pemilik asal ataupun bina sendiri

Sekarang anda telahpun mengetahui dimana anda ingin jalankan bisnes homestay anda. Baiklah, soalan seterusnya ialah, bagaimana cara untuk anda dapatkan rumah yang ingin dijadikan sebagai kediaman homestay? 

 

i. Beli rumah yang sudah siap

Anda boleh gunakan gunakan laman web seperti mudah.my untuk mengetahui sama ada dilokasi tersebut ada rumah untuk dijual. Ataupun anda boleh juga mendapatkan bantuan daripada ejen hartanah untuk mendapatkan rumah untuk anda.

 

Memandangkan harga rumah mungkin agak tinggi, atau anda mungkin ingin save bajet, sebagai alternatif anda boleh juga dapatkan rumah yang dilelong oleh pihak bank untuk dijadikan sebagai rumah homestay anda.

buat-duit-dengan-bisnes-homestay-dengan-rumah-lelong

Memilih rumah lelong untuk dijadikan homestay boleh jadi satu pelaburan yang amat menguntungkan. Selain dari faktor harga yang lebih rendah berbanding rumah baru, anda juga mungkin akan temui pelbagai jenis rumah yang berpotensi tinggi untuk dijadikan homestay. Baca lagi tentang Rumah Lelong disini.

 

ii. Sewa rumah dari pemilik rumah sedia ada

Ini salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk dapatkan rumah bagi dijadikan homestay. Cuba lihat dikawasan yang anda ingin bangunkan perniagaan homestay anda, ada tak pemilik rumah yang mencari penyewa? Jika ada, anda boleh berbincang dengan pemilik rumah dan nyatakan hasrat anda untuk menyewa rumah tersebut bagi dijadikan homestay.

 

iii. Bina sendiri rumah anda atas tanah sendiri

Satu kelebihan jika anda boleh bina sendiri rumah yang ingin anda jadikan sebagai homestay ialah, anda boleh pilih sebarang konsep yang anda rasakan sesuai untuk dijadikan homestay. Mungkin anda ingin bangunkan ala-ala rumah tradisional melayu? Ala-ala eropah? Konsep Lord of the Ring seperti rumah Hobbit misalnya. Semuanya terpulang kepada kreativiti anda.

bisnes-homestay-jadi-pilihan

Kreativiti yang anda zahirkan menerusi rumah yang bakal dijadikan homestay juga mampu untuk menjadi tarikan kepada bakal penyewa.

 

(3) Kenali ciri-ciri bakal pelanggan bisnes homestay anda

Siapa yang akan menjadi bakal penyewa anda? Biasanya penyewa adalah mereka yang berkeluarga. Jadi, dari segi susun atur dan set kelengkapan, bolehlah anda sediakan bagi menepati keperluan mereka.

 

Amat jarang, homestay dijadikan pilihan untuk dijadikan lokasi mesyuarat oleh para eksekutif dari syarikat swasta. Jadi tak perlulah rasanya untuk anda sediakan meja bulat ataupun set projector. Sebabnya ini bukannya kelompok penyewa yang akan datang kepada anda.

 

(4) Selidik latar belakang pesaing yang beroperasi disekitar anda

Mempunyai pesaing disekitar anda adalah sesuatu yang sihat. Ini boleh dijadikan sebagai petanda bahawa bisnes homestay ada potensi untuk dikembangkan dan dibangunkan dilokasi tersebut.

 

Untuk mengetahui kewujudan pesaing, ada beberapa cara antaranya guna laman web mudah.my, laman web ibilik.my, homeaway.com.my, ataupun boleh guna sahaja enjin carian google.

 

Kalau nak guna google, taip sahaja kata kunci seperti “nama lokasi + homestay”. Sebagai contoh, anda mencari homestay di Langkawi, taip sahaja kata kunci “Langkawi Homestay” dan anda pasti akan temui banyak senarai homestay. Ini semua adalah pesaing anda, sekiranya anda juga bakal membuka homestay di tempat yang sama.

homestay-di-langkawi

Selidik siapa pesaing anda. Cuba dapat maklumat-maklumat seperti

* Berapa kadar sewa yang ditawarkan

Anda mungkin boleh letakkan harga yang sama atau murah sedikit sahaja. Yang penting untung, dan jangan bunuh pasaran.

 

* Apa yang ditawarkan

Selain dapat tempat menginap ada tak sebarang free gift yang diberikan. Jika ada, apa dia? Mungkin anda boleh offer sesuatu yang lebih baik.

 

(5) Sediakan kelengkapan asas yang secukupnya

Sebagai pemilik homestay, kita perlulah menyediakan sekurang-kurangnya barangan asas dalam kediaman. Barangan asas ini antaranya seperti katil, tilam, sofa, meja makan dan televisyen. Ya, pada peringkat awal kita terpaksa mengeluarkan modal yang agak besar bagi menampung segala keperluan.

 

dekorasi-bajet-hias-rumah

Walaubagaimanapun, menyediakan keperluan asas sudah memadai bagi peringkat permulaan anda menjalankan bisnes ini. Barangan asas ini tidak semestinya perlu menggunakan kelengkapan yang baru. Kita boleh membuat kajian tempat-tempat yang menawarkan perabot second hand yang masih berkualiti di internet.

 

Jika anda ingin mencari perabot, saya syorkan anda beli di kedai perabot yang sama yang menawarkan pakej lengkap. Kebiasaannya, anda boleh tawar menawar bagi dapatkan harga yang lebih rendah kerana anda beli perabot dengan kuantiti yang agak banyak.

 

Bagi mengelakkan anda terpaksa selalu tukar perabot baru, pilihlah material yang tidak mudah rosak atau mudah koyak. Contohnya macam sofa, set divan dan sebagainya. Kebiasaannya penyewa ni tak akan menjaga barang-barang dalam rumah sebaik dan secermat mereka jaga barang sendiri. Jadi kena pandai-pandai pilih perabot yang tahan lama dan tahan lasak.

 

(6) Berikan servis tambahan kepada bakal penyewa

Cuba ambil masa sejenak untuk berfikir seperti mana yang bakal difikirkan oleh bakal penyewa anda. Apa agak-agaknya yang boleh menarik perhatian mereka untuk memilih homestay anda berbanding homestay lain yang terdapat di sekitar anda.

 

i. Kolam renang

Jika mempunyai sedikit keluasan rumah, kita boleh menyediakan ruang untuk letakkan kolam renang kanak-kanak kepada pengunjung. Kolam kanak-kanak menggunakan kolam angin sudah memadai dan boleh menjadi tarikan.

swimming-pool-dihomestay

 

ii. Penghawa dingin

Bagi memastikan keselesaan maksimum, pemilik homestay boleh menyediakan penghawa dingin di setiap bilik. Untuk permulaan, boleh letakkan penghawa dingin di bilik utama. Jika mempunyai bajet yang besar, boleh memasang penghawa dingin yang mempunyai kuasa inverter. Ini bagi menjimatkan tenaga elektrik. Mungkin ada segelintir penyewa tidak akan mematikan penghawa dingin lebih dari 24 jam. Satu risiko yang perlu kita hadapi.

iii. Ruang BBQ

Sediakan ruang BBQ dan arang sudah cukup menjadikan homestay kita menjadi sangat menarik. Acara BBQ sering diadakan terutama sekali jika bercuti dalam bilangan yang besar. Ini juga satu acara pilihan apabila berkumpul bersama-sama.

iv. Sewa basikal

Mungkin petang-petang sesuai untuk bersiar-siar dengan hanya berbasikal? Jika anda menyediakan basikal untuk disewa, atau anda sediakan secara percuma, ini juga dapat menarik minat bakal penyewa.

v. Pemandu pelancong

Mungkin ada sesetengah pengunjung tidak tahu tentang keadaan persekitaran kawasan berkenaan. Jadi, tidak salah jika anda tawarkan pakej pemandu pelancong bagi melancarkan lagi percutian mereka. Tidak perlu menyediakan van, cukup menggunakan kereta dan guide mereka ke kawasan-kawasan tumpuan pelancong.

 

(7) Gunakan teknik pemasaran yang berkesan

Apabila sudah memiliki homestay, tidak lengkap rasanya jika kita tidak menguasai teknik pemasaran. Hal ini sangat penting bagi memastikan homestay sentiasa mendapat sambutan daripada orang ramai. Antara teknik yang boleh diaplikasikan adalah mewujudkan laman Facebook dan Instagram.

 

Selain itu, kita boleh membuat tetapan nama homestay di aplikasi Waze. Ini bagi memudahkan bakal penyewa mencari lokasi homestay secara tepat. Tambahan lagi, nama homestay kita akan terpapar di lokasi berdasarkan hasil carian bakal penyewa.

 

Bagi memastikan homestay anda mudah untuk ditemui secara online, perlu juga pastikan anda telah bina laman web khusus untuk homestay anda. Topik untuk promosi ini agak luas, jadi In Shaa Allah jika ada kesempatan mungkin saya akan tulis khusus tentang topik promosi sahaja.

 

Baiklah terima kasih kerana anda sudi untuk luangkan masa untuk baca perkongsian saya ini. Saya harap mudah-mudahan ianya bermanfaat.

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

anuar November 16, 2016 at 8:02 pm

Sangat detail penerangan tentang bisnes homestay yang dikongsikan dalam artikel ini.. terima kasih di atas perkongsian info..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: