Sebagai pemilik hartanah, mungkin anda pernah dengar istilah penyewa dari neraka.
Istilah ini merujuk kepada betapa sengsaranya pemilik apabila terpaksa berhadapan dengan penyewa yang mempunyai ragam yang tidak baik. Pelbagai ragam yang ditemui antaranya penyewa yang gemar membawa pasangan bukan mahram, menjadikan rumah sewa sebagai pusat proses dadah, penyewa seorang penjenayah dan culas untuk membayar sewa.
Masalah yang paling lazim ialah, culas untuk bayar sewa. Dalam perjanjian dah kata, kena bayar pada 1hb, tapi ada-ada je alasan untuk penyewa tu bayar lewat. Kadang-kadang lewat sehari, kadang-kadang lewat sampai seminggu pun ada.
Kalau ianya berlaku hanya untuk sekali sahaja, itu mungkin boleh dimaafkan. Sebagai pemilik rumah, mungkin kita boleh maafkan dan boleh jadi pada waktu tu memang penyewa berada dalam keadaan terdesak dan kesempitan wang. Akan tetapi bagaimana pula kalau masalah yang sama berlaku hampir setiap bulan sehingga ia menyusahkan anda pula?
Apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, pihak pemilik hartanah terpaksa terlibat sama terutama melibatkan kes-kes mahkamah dan pihak polis. Jadi apakah tip-tip mendapatkan penyewa yang berkualiti? Perkongsian ini mungkin dapat memberi anda serba sedikit idea bagaimana untuk cari penyewa yang bagus untuk menduduki rumah sewa milik anda.