Setiap kali saya ke Pulau Langkawi, saya akan terfikir beberapa perkara, antaranya, kenapalah agaknya ramai sangat orang yang suka datang ke Pulau Langkawi? Bukan orang kita je yang suka bercuti di langkawi, malahan pelancong asing pun sukakan pulau ini!
Satu masa dulu, saya ingatkan kalau nak bercuti ke Pulau Langkawi, kita kena ada duit yang banyak. Tapi selepas beberapa kali datang ke Pulau Lagenda ini, saya dapati apa yang saya fikirkan selama ini sebenarnya tidak begitu tepat.
Ya, yang sebenarnya anda masih lagi boleh bercuti ke Langkawi walaupun pada masa tersebut anda tidak membawa wang yang banyak. Apa yang penting ialah, anda rancang percutian anda dengan bijak! Cuba fikirkan semula, apa agaknya aktiviti yang anda ingin lakukan apabila berada di Langkawi nanti?
Biasanya orang datang ke Langkawi sebab
(1) Mereka ingin berehat dan menikmati suasana dan panorama pantai yang indah
Secara peribadi, saya boleh katakan suasana pantai di langkawi sangat cantik! Pantainya yang bersih, ombak yang tidak terlalu ganas memukul pantai, dan air lautnya yang jernih memang cukup menenangkan. Bukan orang Malaysia je yang suka datang ke Langkawi, malahan mat saleh dan ramai lagi pelancong asing pun sukakan pulau ni.
(2) Mereka ingin menerokai keindahan alam
Ada beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan di Langkawi jika anda ingin menerokai keindahan alam antaranya, Island Hopping, Mangroove Tour dan banyak lagi. Sampai kat pulau langkawi nanti anda boleh lihat ada banyak pengendali program yang offer pakej-pakej menarik yang anda boleh pilih.
(3) Mereka ingin berkunjung dan melihat sendiri tempat-tempat peninggalan sejarah
Sejarah yang cukup terkenal tentang Langkawi adalah tentang Sumpahan Mahsuri. Adakah Mahsuri adalah sejarah ataupun sekadar suatu mitos? Kalau nak tau, datanglah ke Makam Mahsuri dan ikuti kisah-kisah beliau. Serius, cerita tentang Mahsuri akan buatkan anda fikir macam-macam perkara.
(3) Mereka nak shopping!
Perfume, set pinggan mangkuk, coklat, seluar jeans, produk berasaskan gamat, beg dan banyak lagi, adalah antara barangan yang memang cukup popular di Langkawi. Malahan, anda boleh dapatkan barangan ini dengan harga yang lebih rendah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain.
(4) Mereka nak luangkan masa bersama keluarga ataupun bersama yang tersayang
Ya, kalau anda rancang untuk adakan “family time” atau “family bonding”, kat sini juga sesuai. Banyak aktiviti yang anda boleh buat bersama-sama dengan keluarga tersayang disini. Kalau kat tempat lain, mungkin aktiviti agak terhad, tetapi kalau di Langkawi, ada terlalu banyak yang boleh dilakukan bersama-sama.
Dalam percutian singkat saya ke Langkawi baru-baru ni, saya berpeluang untuk melihat sendiri beberapa tempat penginapan dan homestay yang dikendalikan oleh orang tempatan. Seperti yang kita sedia maklum, di Pulau Langkawi memang terdapat BANYAK tempat penginapan sama ada dalam bentuk homestay, chalet, motel, dan juga hotel.
Waktu saya datang tu pun, masih ada banyak lagi tempat-tempat penginapan yang masih dalam proses pembinaan. Boleh dikatakan setiap tahun, ada sahaja benda baru yang kita boleh lihat Langkawi.
Bagi mereka yang baru pertama kali datang ke Langkawi dan masih tak tau nak pilih tempat penginapan yang mana satu, saya nak kongsikan beberapa homestay langkawi dan bilik penginapan yang berada di Padang Mat Sirat, Langkawi. Untuk mereka yang dah biasa ke sini, dan inginkan suasana dan pengalaman yang baru, juga boleh pertimbangkan untuk menginap di tempat yang saya bakal kongsikan ini.
Bilik penginapan di Langkawi berdekatan dengan Airport
Bilik Penginapan 1
Ini adalah bilik penginapan atau nama lainnya guest room. Walaupun ia hanya sebuah bilik, namun bilik ini agak luas dan dilengkapi dengan dua katil jenis queen size dan satu sofa bed.
Sekiranya anda travel dalam kumpulan yang agak ramai, sama ada bersama keluarga yang besar ataupun bersama dengan kawan-kawan, boleh menginap di bilik ini. Seperti yang anda boleh lihat, 5 orang dewasa boleh bermalam dengan selesa dalam bilik jenis ini.
Bilik ini juga masih ada ruang yang mencukupi jika anda ingin solat dalam bilik sahaja. Untuk makluman anda, bilik mandi dan tandas disediakan dalam bilik. Kos untuk menginap semalaman juga tidak begitu mahal sebab ianya adalah bilik. At least lebih jimat berbanding bermalam di hotel.
Bilik Penginapan 2
Bersebelahan dengan bilik penginapan seperti gambar diatas, ada satu lagi bilik penginapan yang anda boleh sewa jika anda ingin bermalam di Langkawi. Bilik ini dilengkapi dengan dua buah katil, iaitu satu katil jenis queen size dan satu lain jenis single size.
Sekiranya anda travel bertiga sahaja, memang sesuai untuk dapatkan bilik jenis ini. Bagi mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak, bolehlah ambil bilik jenis ini.
Bagi kedua-dua jenis guest room ini,
(1) Tuala bersih disedikan untuk kegunaan anda. Jadi kalau tak nak bazirkan ruang bagasi untuk bawa tuala juga tiada masalah.
(2) Bilik air dan tandas ada dalam bilik. Anda tak perlu keluar dari bilik.
(3) Ada wifi percuma disediakan. Ya, boleh save data!
(4) Sejadah disediakan dan ada penunjuk arah kiblat.
(5) Dalam bilik ada kipas dan ada juga aircond. Boleh pilih sama ada nak pasang kipas sahaja atau nak pasang kedua-dua. Ikutlah keselesaan masing-masing.
Selain guest room, anda juga boleh pilih untuk menginap di guest house (homestay) yang letaknya beberapa meter sahaja dari guest room ini. Sekiranya anda datang bersama kumpulan yang besar, lebih selesa untuk sewa homestay berbanding sewa bilik seperti ini. Lagipun, dengan menyewa homestay, privasi anda lebih terjaga.
Guest House (homestay) di Langkawi berdekatan dengan Airport
Kat bawah ni pula gambar-gambar sekitar ruangan dalaman yang sempat saya rakamkan di guest house tersebut semasa saya berada di Pulau Langkawi.
Homestay Langkawi 1
Kebanyakkan homestay di sini ada 3 buah bilik.
Setiap bilik dilengkapi dengan katil jenis queen size. Kalau tidur berdua, ia memang selesa, dan kalau nak tidur seorang juga tak ada masalah.
Ruang bilik juga agak luas dan selesa.
Bilik diatas ini hanya ada kipas. Sesuai untuk mereka yang agak sensitif dan tak suka kena aircond. Bilik-bilik lain ada aircond dan ada juga kipas siling disediakan.
Homestay Langkawi 2
Master bedroom dilengkapi dua buah katil. Satu katil jenis queen size manakala sebuah lagi jenis single size.
Bawah ni adalah katil jenis single size. Dipisahkan dengan tempat penyidai sejadah. Ruang dalam bilik juga besar jika anda ingin solat dalam bilik.
Selain katil single size, dalam bilik juga disediakan tilam tambahan jika anda membawa ahli keluarga yang lebih ramai.
Bilik kedua, dan ketiga pula dilengkapi dengan katil jenis queen size. Gambar adalah seperti diatas dan juga dibawah.
Sekiranya anda travel bersama tiga buah keluarga, memang sesuai untuk menginap di guest house atau homestay seperti ini.
Homestay Langkawi 3
Saya nak mulakan dengan bilik master bedroom bagi unit homestay yang ketiga.
Bilik ini juga lebih luas dan turut dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz queen size beserta sebuah katil bersaiz single size.
Bilik kedua dilengkapi dengan katil jenis queen size. Kalau anda dapat lihat pada gambar dibawah, anda juga akan dapat bantal tambahan untuk keselesaan anda apabila menginap disini.
Kebanyakkan bilik yang ada, menggunakan katil yang masih baru ๐
Bilik ni istimewa sikit berbanding lain-lain bilik yang saya lihat. Cuba tengok di bahagian dinding.Perasan kan ada dekorasi gambar masjid dibahagian dinding.
Perkara yang anda patut tahu tentang Homestay ini
(1) Tempatnya berdekatan dengan Langkawi International Airport. Kalau nak jalan kaki sahaja ke airport juga tak terlalu jauh.
(2) Setiap unit rumah homestay boleh memuatkan 15 orang dalam satu-satu masa. Tetapi kalau nak selesa lebih baik ambil dua unit homestay.
(3) Ada sofa bed yang boleh adjust menjadi katil. Kalau katil tak cukup, boleh guna sofa bed ni.
(4) Ada percuma wifi.
(5) Barangan elektrik seperti mesin basuh, peti sejuk, pembakar roti, pemanas air, seterika, dan iron board disediakan.
(6) Ada dapur dan juga peralatan memasak disediakan. Anda hanya perlu beli bahan untuk masak sahaja.
Anda mungkin tidak akan luangkan terlalu banyak masa di bilik apabila bercuti di Langkawi. Masa kali pertama saya datang ke Langkawi, saya tinggal selama 4 hari 3 malam. Itupun masih banyak lagi tempat yang saya tak sempat pergi.
Apapun, rancanglah perjalanan dan percutian anda apabila bercuti ke Langkawi nanti. Sekiranya anda ingin berjimat, saya syorkan anda sewa bilik penginapan (guest room) atau jika anda datang dalam kumpulan yang besar, anda sewa sahaja homestay (guest house).
Sebenarnya tak rugi bila kita berjimat. Daripada duit yang kita save untuk penginapan tu nanti, boleh shopping macam-macam di kedai Duty Free (bebas cukai) yang banyak terdapat di Pekan Kuah ataupun kalau nak ambik macam-macam pakej seperti Island Hopping dan juga Mangrove Tour juga tak ada masalah.
Selain itu, dekat Langkawi ada banyak benda best yang perlu bayar. Antaranya kabel car, muzium 3D, Underwater World dan sebagainya. Makanan kat Langkawi juga ada banyak yang sedap-sedap. Jadi, memang untung untuk jimat dari segi penginapan, sebabnya anda boleh berbelanja untuk lain-lain tujuan.
Dalam post yang akan datang, saya akan kongsikan juga beberapa homestay lain yang ada di Pulau Langkawi, yang anda boleh pilih sebagai alternatif. Manalah tau, ketika anda nak book homestay ni, ia fully book pulak.
Macam mana cara nak buat tempahan Homestay?
Untuk memudahkan anda buat tempahan homestay di langkawi, anda boleh hubungi pengurus bahagian tempahan sama ada call, SMS, ataupun Whatsapp menerusi talian berikut
FAUZI : 016-945 4669
FAUZI : 016-945 4669
FAUZI : 016-945 4669Laman web: http://pulaulangkawihomestay.blogspot.my/
Follow & Like FB: Langkawi Homestay 4U
Berapa kadar sewa untuk bermalam?
Baiklah. Soalan yang bagus. Sudah tentu kita nak tau berapa kadar sewa untuk memudahkan kita buat bajet bukan.
Untuk makluman anda, kadar sewa untuk penginapan di Langkawi berubah-ubah mengikut keadaan dan musim. Seperti lain-lain pusat peranginan, ada low season, peak season dan macam-macam lagi. Kalau pada masa tersebut cuti sekolah atau di Langkawi ada event seperti Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition (LIMA) harga juga akan jadi lebih mahal.
Jadi untuk buat tempahan, anda hubungi sahaja En Fauzi dan nyatakan butiran
(1) Bila anda perlukan tempat penginapan
(2) Berapa ramai yang akan datang bersama dengan anda. Ini bagi tujuan dapatkan tempat yang sesuai ikut jumlah peserta.
Walaupun anda plan nak pergi dua atau tiga bulan dari sekarang, bolehlah buat tempahan sekarang. Dapatkan kadar sewa dan buat booking. Siap sedia untuk buat bayaran deposit.
Oh ya, kalau anda ada perlukan servis sewa kereta, pengangkutan untuk ke homestay dari airport, pakej lawatan mangrove tour, Island Hopping dan sebagainya, juga boleh berhubung terus dengan pengendali homestay ini. All in one place. Lebih mudah dan tak perlu pening-pening kepala nak tempah kat tempat yang berbeza.
Selamat bercuti ke Pulau Langkawi!
si bongkok says
Cerita jek bercuti ke langkawi memang akan sinonim dengan :
GAMAT + MAHSURI + TASIK DAYANG BUNTING + PANTAI CHENANG + PEKAN KUAH
Dan sekarang dah makin advance tarikan bercuti ke langkawi nie :
Dataran Lang + Cable Car + SkyBridge + Art Paradise + 5D Muzium + dan macam-macam lagi… ๐
Harap trademark lama langkawi akan terus kekal baik dimasa akan datang… ๐
sabree hussin says
Kalau datang bercuti ke Langkawi, kena pastikan dapat merasa semua tu. Kalau tak sempat, maka terpaksalah datang lagi ke Pulau ni ๐
Belang Tarung says
wow..landing landing dah boleh landing atas katil..kalau ade kes tertinggal flight mmg rare la dah dekat haha
sabree hussin says
Memang dekat sangat dengan Airport Langkawi. Harap-harap tak ada la yang tertinggal flight ๐
Halim Nadzeri says
Pulau Langkawi memang best. Kalau pergi sekejap memang tak sempat nak explore semua. huhuhu
sabree hussin says
Betul tu, saya pun terpaksa datang ke Pulau Langkawi ni beberapa kali ๐ Itupun masih ada beberapa tempat tak sempat explore lagi.
raihanah ahmad says
boleh jadi pilihan ni, tahun ni nak ke langkawi insyaAllah
sabree hussin says
Kalau pergi ramai-ramai, sesuai ambik homestay atau guesthouse ๐
zik says
terbaik.. memang jimat lah.. bilalah nak pergi langkawi nih..
sabree hussin says
tahun ni pergi la langkawi zik, tak pun tunggu Air Asia buat promo ticket murah
Hanz says
nampak selesa jugak nie…
boleh masuk dlm list…
MeqZa Abdul Rahman says
Boleh plan seawal 3 bulan untuk ke sana ni
sabree hussin says
Saya kalau nak pergi pun tunggu Air Asia buat promo ha3