Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (Langkawi International Airport) terletak di Padang Matsirat, Langkawi, Kedah. Untuk mereka yang merancang untuk datang ke Pulau Langkawi menaiki Kapal Terbang, anda akan mendarat disini.
Ya, disinilah tempat kita akan bermula. Selain menaiki kapal terbang, boleh juga datang ke Langkawi menggunakan perkhidmatan feri. Saya secara peribadi lebih suka naik kapal terbang sebab ia lebih jimat masa. Lagipun, kalau kena pada masanya, kita boleh dapat tiket penerbangan yang sangat murah untuk ke Langkawi. Air Asia kan kerap buat macam-macam promosi, jadi ambil peluang ini untuk beli tiket murah.
Berdekatan dengan airport Langkawi ini juga, terdapat banyak gerai-gerai makanan yang dibuka oleh para peniaga kecil yang menghidangkan juadah seperti Laksa, (Laksa Ikan Sekoq, Laksa Airport, Laksa Power), pasembor, rojak, kerabu maggi, cendol, dan macam-macam lagi.
Jika anda datang ke Langkawi, jangan lupa untuk singgah dan makan disini. Sambil menikmati juadah, sambil duduk lepak ditepi laut.
Selain terdapatnya banyak gerai-gerai makan seperti ini, di sekitar Padang Matsirat itu juga terdapat beberapa guesthouse atau homestay yang anda boleh sewa. Jadi, dalam post kali ini, saya akan kongsikan sebuah lagi homestay yang mungkin sesuai untuk penginapan anda di Langkawi.
Homestay di Langkawi, Padang Matsirat
Dalam perkongsian saya sebelum ini, saya ada cerita tentang Homestay Langkawi yang berdekatan dengan airport. Anda boleh pilih sama ada nak menginap di guest room ataupun di guest house (atau lebih sinonim dengan nama homestay).