Anda rasa susah sangat nak cari dan latih staf yang mampu buat kerja-kerja jualan bagi pihak anda? Apa kata anda beralih kepada strategi menjual menerusi laman web perniagaan. Anda hanya perlu setup sekali sahaja laman web perniagaan anda dan seterusnya laman web tersebut akan membantu menghasilkan jualan untuk anda berkali-kali.
Posting kali ini, saya akan bawakan beberapa contoh laman web perniagaan yang telah terbukti berjaya menghasilkan jualan. Kemudian kita akan lihat apa dia komponen yang terdapat pada laman web tersebut sehingga ia jadi begitu berjaya.
Bila kita dah tau apa dia rahsia kejayaan sesebuah laman web jualan, maka langkah seterusnya adalah kita buat laman web yang SAMA dari segi konsep dengan laman web contoh yang telah berjaya ini. Bukanlah saya nak menggalakkan anda copy paste apa yang anda lihat, sebaliknya saya nak galakkan anda untuk jadikan ia sebagai contoh.
Contoh laman web perniagan #1: Lazada Malaysia
Laman web Lazada menjual pelbagai jenis produk dari pelbagai kategori dan jenama. Bayangkan anda sedang melihat sebuah shopping mall yang sangat besar. Itulah Lazada. Bezanya ialah Lazada hanya beroperasi secara dalam talian. Kalau anda tanya “kat mana kedai Lazada?”, anda pasti akan kecewa sebabnya Lazada hanya beroperasi secara online sahaja.
Contoh laman web perniagaan #2: PTS Bookcafe Online
Anda nak cari buku-buku hasil tulisan penulis tempatan dengan harga diskaun dan jimat? Kat sini tempatnya. Terdapat beribu-ribu tajuk buku dijual di laman web Bookcafe. Stok buku juga ditambah dari masa ke masa.
Contoh laman web perniagaan #3: Zalora Malaysia
Nama Zalora cukup sinonim dengan fesyen. Penggemar dan peminat-peminat fesyen terkini, boleh jadikan laman web Zalora sebagai rujukan. Boleh dikatakan fesyen-fesyen pakaian terkini sama ada untuk lelaki atau wanita boleh di dapati di Zalora. Uniknya laman web ini ialah mereka fokus kepada kategori fesyen sahaja.
Contoh laman web perniagaan #4: Minisite Mudah (MSM)
Minisite Mudah adalah sebuah laman web yang dibangunkan menggunakan perisian membina minisite yang dikenali sebagai Minisite Mudah (MSM). Untuk mereka yang masih belum mahir dan tak tau cara nak buat website, boleh gunakan perisian MSM untuk bina website perniagaan sendiri.
Laman web perniagaan anda akan dilengkapi dengan
Sistem borang tempahan
Sistem salinan tempahan untuk diberi kepada pembeli
Sistem invois
Sistem opt in untuk kumpul database prospek dan pembeli (Sangat PENTING)
Sistem affiliate untuk mendapatkan ejen promosi (Sangat PENTING)
Pelbagai template percuma untuk bina laman web yang profesional
Amat sesuai untuk usahawan online yang menjual satu jenis produk sahaja.
Contoh laman web perniagaan #5: Laman web Klikjer
Klikjer fokus kepada penjualan produk-produk digital, sama ada dalam bentuk ebook, video, dan rakaman audio. Setiap produk digital yang dijual menggunakan minisite yang berbeza. Peranan Klikjer adalah selaku penerbit, pengurus jualan dan menguruskan pembayaran komisen kepada ejen promosi.
17 Komponen perlu ada bagi menghasilkan laman web perniagaan yang menguntungkan
Kesemua komponen ini adalah antara yang perlu ada dalam pembinaan laman web perniagaan. Mungkin buat masa sekarang ni anda tak perlu ada kesemua ini, namun jika anda boleh dan mampu sediakan, ianya bagus untuk anda. Senarai ini bukanlah disusun mengikut mana satu yang lebih penting. Setiap satu ada kepentingannya yang tersendiri.
(1) Maklumat tentang produk yang dijual
Berikan maklumat yang lengkap dan padat dengan cara penyampaian dan penerangan yang menarik. Jika produk anda mahal harganya, maka anda perlukan penerangan ataupun sales letter yang lebih panjang berbanding jika produk yang dijual itu murah harganya.
(2) Halaman hubungi
Ini untuk memudahkan pelanggan atau prospek menghubungi anda jika mereka ada sebarang pertanyaan.
(3) Halaman tentang kami (About Us)
Sesetengah pelanggan, mereka nak tau dengan siapa sebenarnya mereka berurusan. Dengan adanya halaman About Us, anda boleh menceritakan tentang kepakaran dan pengalaman anda dalam bidang tersebut. Ini secara tak langsung akan dapat meningkatkan keyakinan bakal pelanggan.
(4) Terma & Syarat
Pada dasarnya terma dan syarat diwujudkan bagi menjaga kepentingan syarikat dan perniagaan. Pelanggan PERLU BERSETUJU dengan terma dan syarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusniaga.
(5) Polisi syarikat
Polisi berkenaan dengan penghantaran produk. Berapa lama masa yang diambil dan juga polisi tentang pemulangan produk yang telah ditempah.
(6) Soalan Lazim (Frequently Asked Question- FAQ)
Halaman ini adalah untuk menjawab soalan-soalan remeh yang sering ditanya oleh bakal pembeli. Bagi mengelakkan anda terpaksa jawab soalan yang sama berulang-ulang kali, maka wujudkan ruangan FAQ ini.
(7) Jaminan syarikat
Ini juga berperanan untuk meningkatkan keyakinan bakal pelanggan. Contoh jaminan ialah seperti
i. Barangan yang dijual adalah dijamin HALAL.
ii. Barangan yang dijual dijamin ORIGINAL.
iii. Barangan yang dijual dijamin tinggi kualiti dan tiada kerosakkan. (jika rosak semasa penerimaan barang boleh tukar tanpa kos)
(8) Blog
Fungsi blog adalah untuk menyampaikan maklumat tentang syarikat, produk dan aktiviti berkaitan dengan perniagaan. Bakal pelanggan boleh mengetahui serba sedikit tentang syarikat dan perniagaan anda dengan membaca blog perniagaan anda. Mempunyai blog perniagaan adalah salah satu strategi content marketing yang bagus untuk anda.
Sekiranya anda tak ada masa untuk mempunyai blog syarikat, anda boleh outsource sahaja kerja-kerja penulisan blog ini… [klik sini untuk outsource]
(9) Media sosial
FB Fanpage, Twitter dan juga Instagram. Dewasa ini media sosial lebih diberi penekanan berbanding mempunyai blog sendiri. Ya, ini juga satu langkah yang bagus. Walaubagaimanapun, apabila terlalu bergantung kepada media sosial, kena siap sedia dengan kemungkinan Page kena report, dan macam-macam lagi.
(10) Channel pembayaran
Boleh nyatakan pada halaman ini bentuk-bentuk dan kaedah pembayaran yang boleh digunakan. Mungkin juga melalui online banking (nyatakan senarai bank), Kad kredit, pay pal dan sebagainya. Lagi banyak kaedah pembayaran yang anda boleh terima, maka lebih ramai yang boleh berurus niaga dengan anda.
Boleh ambil contoh syarikat Lazada Malaysia. Sesetengah produk boleh gunakan kaedah cash on delivery. Pembeli hanya akan bayar setelah nampak barang. Kalau pembeli puas hati baru bayar, jika tidak puas hati tak perlu bayar dan boleh pulangkan sahaja barang tersebut tanpa kos.
(11) Galeri gambar dan video
Galeri seperti ini optional. Memandangkan sekarang ni dah ada media sosial, jadi prospek boleh lihat gambar-gambar dan video dari laman media sosial sahaja.
(12) Borang pendaftaran keahlian/ Opt In Form
Fungsinya adalah untuk mengumpul maklumat serta membina database prospek dan pelanggan. Kesemua contoh laman web perniagaan diatas mempunyai borang opt in form untuk bina database. Jadi lepas ni jika mereka ada promosi terkini, mereka hanya perlu hantar emel sahaja kepada database prospek yang mereka ada.
Cuba bayangkan kalau sekali emel boleh hantar kepada sejuta orang penerima. Kalau cuma ada 0.01% sahaja yang beli, itupun dah bersamaan dengan 10 ribu orang. Anda boleh gunakan sistem autoresponder emelmatik untuk bina database pelanggan dan prospek.
(13) Sistem kategori
Sekiranya anda menjual lebih dari satu produk dan membina website berkonsepkan ecommerce, maka anda perlu rancang sistem kategori untuk produk-produk anda. Ini bagi memudahkan bakal pelanggan untuk mencari produk yang dimahukan.
(14) Promosi/ Update TERKINI
Ini adalah ruangan yang kita boleh lihat di homepage. Saya ambil contoh Kinokuniya. Kalau masuk je ke laman web mereka dah boleh nampak apa dia update dan promosi terkini.
Dalam contoh kat atas ni kita boleh nampak yang promosi terkini ialah potongan harga sebanyak 25% untuk judul buku terpilih.
(15) Sistem tracking
Sistem ini untuk melihat status penghantaran produk. Biasanya kita link sahaja kepada syarikat kurier.
(16) Sistem Affiliate
Laman web perniagaan anda perlu ada trafik. Jika anda mahukan trafik yang berkualiti dan berpotensi untuk convert kepada sales, maka anda perlukan trafik yang dibawa masuk oleh ejen affiliate atau nama lainnya ejen promosi.
Dalam konsep affiliates, anda akan berkongsi keuntungan dengan ejen yang membawa masuk pelawat yang seterusnya menjadi pembeli. Jika anda menggunakan perisian minisite mudah (MSM) anda boleh bina laman web yang dilengkapi dengan sistem affiliates.
Kerja-kerja promosi dan pemasaran akan jadi lebih mudah dengan adanya bantuan dari affiliate.
(17) Sistem borang tempahan
Ini satu komponen yang sangat penting. Sekiranya anda menerima beratus-ratus tempahan dalam sehari, anda perlu ada sistem tempahan yang sistematik yang mampu untuk merekod semua tempahan tanpa ada yang tercicir.
Caranya adalah dengan mewujudkan sistem borang tempahan. Ya, fungsi sistem borang tempahan ini juga boleh diperolehi dari perisian minisite mudah (MSM)
Baiklah, saya harap perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda. Jika ada yang kurang jelas, anda boleh tanyakan apa sahaja di bahagian komen.
[…] anda mempunyai laman web perniagaan, dan anda sentiasa mengikuti perkembangan laman web tersebut, maka ini merupakan salah satu cara […]