Anda rasa susah sangat nak cari dan latih staf yang mampu buat kerja-kerja jualan bagi pihak anda? Apa kata anda beralih kepada strategi menjual menerusi laman web perniagaan. Anda hanya perlu setup sekali sahaja laman web perniagaan anda dan seterusnya laman web tersebut akan membantu menghasilkan jualan untuk anda berkali-kali.
Posting kali ini, saya akan bawakan beberapa contoh laman web perniagaan yang telah terbukti berjaya menghasilkan jualan. Kemudian kita akan lihat apa dia komponen yang terdapat pada laman web tersebut sehingga ia jadi begitu berjaya.
Bila kita dah tau apa dia rahsia kejayaan sesebuah laman web jualan, maka langkah seterusnya adalah kita buat laman web yang SAMA dari segi konsep dengan laman web contoh yang telah berjaya ini. Bukanlah saya nak menggalakkan anda copy paste apa yang anda lihat, sebaliknya saya nak galakkan anda untuk jadikan ia sebagai contoh.
Contoh laman web perniagan #1: Lazada Malaysia
Laman web Lazada menjual pelbagai jenis produk dari pelbagai kategori dan jenama. Bayangkan anda sedang melihat sebuah shopping mall yang sangat besar. Itulah Lazada. Bezanya ialah Lazada hanya beroperasi secara dalam talian. Kalau anda tanya “kat mana kedai Lazada?”, anda pasti akan kecewa sebabnya Lazada hanya beroperasi secara online sahaja.