Cara Buat Laman Web Jualan Minisite

by sabree hussin on December 18, 2016

in Advertorial

Mahukah anda kalau saya tunjukkan kepada anda satu cara sempoi bagaimana anda juga boleh menghasilkan jualan secara automatik dan konsisten setiap bulan tanpa perlu bersusah-payah nak copy paste iklan sama ada di group FB ataupun buang masa berjam-jam untuk terangkan pasal produk kepada bakal pelanggan yang masih belum confirm nak beli produk anda…

 

Apa yang bakal anda baca nanti, sebenarnya masih ramai yang belum praktikkan. Hanya mereka yang benar-benar serius nak bina perniagaan yang boleh bertahan lama sahaja yang akan guna cara ini. Saya percaya, anda adalah seseorang yang memang serius dengan perniagaan yang anda sedang jalankan.

 

Jadi, saya bongkarkan caranya disini.

Anda sudah mempunyai produk atau perkhidmatan untuk diniagakan. Anda juga sudah ada nama perniagaan internet yang komersial. Kini sudah tiba masanya bagi anda membina laman web untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan anda ke seluruh dunia. Sebelum itu, buat rujukan laman web yang sudah ada di internet. Perhatikan dan buat nota sendiri ciri-ciri laman web yang ada sebagai isi kandungan laman web anda.

 

Adakah laman web anda mudah digunakan?

Laman web yang senang digunakan mempengaruhi pengunjung untuk membeli produk di laman web anda. Susunan gambar dan teks yang menarik membantu menyampaikan mesej kepada pelayar internet dengan cepat.

 

Butang-butang dan link perlu jelas kelihatan. Tiap-tiap perenggan tulisan disertakan dengan baris kosong. Ayat mesti pendek dan padat dengan penerangan produk atau perkhidmatan.

 

Adakah laman web cantik dan menarik?

Laman web yang cantik dan menarik membantu meningkatkan trafik ke laman web anda. Warna dan elemen grafik semestinya tidak menyakitkan mata. Sebarang bentuk animasi sebolehnya dikurangkan untuk memberi fokus kepada pengunjung membaca perkhidmatan yang anda tawarkan. “Keep It Simple”

 

Adakah Laman web berinformasi?

Informasi atau “how to” adalah keyword yang selalu dicari dalam intenet. Laman web yang berinformasi membantu menarik pelayar web ke laman anda. Maklumat yang disediakan perlu dikemaskini dan berkaitan dengan perniagaan anda.

 

Bagaimana menyediakan laman web?

Untuk membina laman web perniagaan anda sendiri, ia sebenarnya tidaklah sesukar mana. Anda ada sekurang-kurangnya dua opsyen, iaitu sama ada anda,

1 – Bina sendiri (boleh rujuk artikel: Panduan buat laman web Profesional untuk perniagaan online), ataupun

2 – Upah pereka laman web.

 

Bina Sendiri

review_minisite_mudah

Sekiranya anda memerlukan panduan atau rujukan bagi membina laman web yang boleh dibina menggunakan perisian wordpress, panduan ini adalah untuk anda. Selain wordpress, anda juga boleh bina laman web minisite yang profesional menggunakan perisian yang dinamakan Mini Site Mudah (MSM). Minisite MSM lebih mudah dan anda hanya perlu isi ruang kosong yang disediakan. Template juga telah disediakan mengikut kesesuaian perniagaan anda.

 

Upah pereka laman web

Cari pereka laman web dengan teliti. Lihat hasil kerja beliau. Kesilapan mengupah pereka laman web memberi kesan dalam proses perjalanan perniagaan anda. Paling penting, kena cari someone yang menawarkan after sales support sampai bila-bila ataupun lifetime after sales support.

 

Struktur Laman Web Minisite

Terdapat pelbagai struktur laman web di internet. Namun, struktur yang paling popular adalah dengan menggunakan homepage sebagai halaman utama. Kemudian di homepage tersebut mengandungi links ke bahagian-bahagian yang lain.

 

Sebuah laman web perniagaan asas mungkin mengandungi :

  1. Muka surat mengandungi pengenalan (Homepage)
  2. Muka surat produk atau perkhidmatan
  3. Muka surat mengandungi latar belakang syarikat
  4. Muka surat cara menghubungi
  5. Muka surat memesan/membeli barang atau perkhidmatan
  6. Muka surat informatif

Sumber : Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, Dr Irfan Khairi

 

Homepage

Pada bahagian homepage perlu ada pengenalan. Guna ayat-ayat headline yang menarik perhatian pelawat untuk terus membaca. Jika anda belum dapat idea yang menarik untuk bahagian homepage, saya boleh syorkan gunakan produk atau perkhidmatan sebagai bahan rujukan.

 

Selain itu, saya juga mengesyorkan anda untuk banyakkan membaca laman web jualan milik usahawan internet yang lain. Dari situ juga anda boleh belajar macam mana cara nak hasilkan sales letter yang menarik dan memukau.

 

Produk Atau Perkhidmatan

Penerangan produk perlu jelas. Berikan info yang terbaik mengenai produk atau perkhidmatan. Pelayar web adalah pembaca dari pelbagai kategori antaranya jenis yang scanner, word by word dan jumper.

 

Pembaca jenis scanner, mereka akan baca dengan pantas sehingga terjumpa maklumat yang mereka nak. Pembaca jenis word by word akan baca setiap perkataan yang anda muatkan di laman web anda. Biasanya orang seperti ini sangat teliti dan dapat kesan sebarang kesilapan dan kesalahan dari segi ejaan mahupun struktur ayat yang anda lakukan. Pembaca jenis jumper pula akan baca headline dan subheadline yang menarik sahaja. Jadi buatlah yang terbaik untuk menarik perhatian kesemua jenis pembaca untuk membaca penerangan tentang produk yang anda jual.

 

Latar Belakang Syarikat

Berikan maklumat mengenai syarikat. Sertakan no SSM. Ini penting untuk meningkatkan kepercayaan terhadap perniagaan anda.

 

Cara Menghubungi

Bagaimana pelanggan boleh menghubungi anda?

Anda boleh letak nombor telefon atau e-mail syarikat. Maklumat ini akan memudahkan pelanggan untuk menghubungi anda jika menghadapi masalah ketika pembelian produk. Bagi menjaga privasi anda, pastikan anda mempunyai talian telefon yang dikhaskan untuk tujuan perniagaan sahaja.

 

Pesanan Produk

Bahagian ini perlu ada info borang pesanan, cara pembayaran dan penghantaran pengesahan bayaran. Maklumat yang lengkap memudahkan pelanggan berurusniaga. Berikan cadangan kaedah pembayaran. Boleh guna Molplay, FXP, Transfer Bank dan Paypal

 

Secara ringkasnya, anda perlu ikut langkah demi langkah untuk jadikan minisite sebagai wakil jualan produk secara maya. Jika anda masih mencari software yang mampu untuk membina minisite yang profesional, kini anda boleh membina sendiri Web Jualan yang Professional dengan mudah dan pantas semudah Klik-klik, Isi Tempat Kosong & Siap! Perisian Canggih Buatan Anak Tempatan ini dinamakan sebagai Minisite Mudah.

bina-laman-minisite-mudah

Inilah dia RAHSIA bagaimana nak dapat jualan secara automatik dan konsisten setiap bulan. Perisian Minisite mudah dilengkapi dengan sistem affiliates dan juga sistem borang Opt In. Kedua-dua sistem ini adalah sangat penting untuk membantu menjadikan bisnes online anda berjalan secara automatik tanpa memerlukan penglibatan anda secara aktif.

 

Sistem Affiliates – Sistem affiliates yang terdapat pada perisian Minisite Mudah ini membenarkan anda untuk merekrut sebanyak mungkin ejen bagi membantu anda menjalankan kerja-kerja pemasaran bagi pihak anda. Anda tak perlu bayar mereka untuk buat promosi, sebaliknya anda hanya perlu bayar sekiranya mereka berjaya buat jualan.

 

Bayaran komisen pula adalah diambil daripada sebahagian dari keuntungan jualan produk anda.

 

Sistem borang Opt In – Anda perlu ada akaun autoresponder. Anda hanya perlu copy kod borang autoresponder dan paste diruangan yang disediakan. Borang opt in yang nampak kemas dan profesional akan terhasil.

 

Satu rahsia untuk bina perniagaan yang mampu bertahan dalam tempoh masa yang panjang adalah dengan mempunyai database pelanggan dan prospek. Bagi memudahkan anda mendapat jualan yang konsisten, anda boleh dapatkan ejen affiliate untuk bekerja untuk anda.

 

Jadi bagaimana? Anda dah sedia nak majukan lagi perniagaan online yang anda sedang jalankan sekarang ni?

 

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

anuar December 18, 2016 at 8:40 am

Zaman sekarang ni siapa ada minisite memang beruntung…
Boleh jadikan minisite sebagai mesin jana duit..

Reply

Sohoque January 17, 2017 at 11:51 pm

Rugilah siapa yang belum ceburkan diri dalam dunia perniagaan online…

Reply

sabree hussin January 23, 2017 at 1:12 pm

Betul tu, memang sangat rugi. Berniaga secara online ni pun sebenarnya bukanlah susah sangat

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: