UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot

July 4, 2014 by sabree hussin 2 Comments

Baru-baru ini saya terima satu emel tentang satu perisian yang boleh kita gunakan untuk bina minisite, landing page dan juga sales page hanya dengan menggunakan platform percuma dari blogspot ataupun blogger.com

 

Mula-mula saya ingat, perisian ni biasa-biasa je. Lagipun, saya sendiri memang biasa biasa guna blogspot untuk bina minisite terutama sekali bagi tujuan kumpul mailing list.

 

Boleh lihat salah satu sample yang saya pernah buat sebelum ni.

Layari –> http://teknik-sannin.blogspot.com/

minisite blogspot

Jika anda ingin menjalankan perniagaan atau sekadar ingin membuat pemasaran secara online, saya amat menggalakkan anda untuk memiliki minisite anda sendiri.

 

Anda mungkin tidak akan terus membuat jualan menggunakan minisite anda. Untuk menjual secara terus menggunakan minisite, itu memerlukan satu kepakaran khas. Apa kepakaran tersebut? Kepakaran yang saya maksudkan adalah kepakaran dalam menulis surat jualan.

 

Sesetengah orang memanggilnya sebagai pakar dalam penulisan copywriting.

 

Jika anda tidak mempunyai kepakaran itu sekalipun tak ada masalah. Anda masih lagi digalakkan untuk mempunyai minisite anda sendiri. Setidak-tidaknya minisite anda tu boleh berfungsi untuk mengumpul senarai nama dan emel prospek yang melayari laman minisite tersebut.

 

Laman minisite yang dikhaskan bagi tujuan mengumpul list nama dan emel bakal pelanggan tidak begitu susah untuk dihasilkan.

 

Biasanya, anda hanya perlu ada

(1) Gambar produk yang anda ingin berikan secara percuma.

Biasanya produk adalah dalam bentuk digital dimana produk ini boleh dihantar kepada prospek secara serta merta. Produk yang paling kerap digunakan untuk tujuan “umpan” pula kebiasaannya adalah dalam bentuk ebook, video tutorial percuma dan sebagainya.

 

Sekiranya anda merasakan ianya kurang relevan untuk berikan ebook percuma atau video percuma, maka anda boleh gantikan dengan memberi kod kupon diskaun. Pastikan kod tersebut mempunyai expiry date supaya ada sedikit unsur urgency factor supaya prospek cepat bertindak dan tidak sia-siakan kupon diskaun tersebut.

 

(2) Borang untuk masukkan nama dan emel

Ini boleh dihasilkan dengan begitu mudah sekiranya anda menggunakan perisian autoresponder. Anda boleh dapatkan akaun autoresponder anda menerusi pautan ini. Kos penggunaan bagi tahun pertama adalah percuma sahaja.

sistem-autoresponder-percuma

Perisian email autoresponder ini dikuasakan oleh emelmatik.

 

(3) Sedikit testimoni dan feedback dari pengguna terdahulu

Benda ni optional. Kalau tak ada pun tak ada masalah. Tetapi kalau anda boleh sediakan sedikit screenshot testimoni, pasti prospek yang melayari laman minisite tak akan keberatan untuk berikan nama dan emel. “Lagipun bukan kena bayar apa-apa, setakat kena bagi nama dan emel je pun”. Mungkin itulah dia yang mereka fikirkan.

 

Setelah saya uji dan guna sendiri software bina minisite ini, barulah saya tahu yang rupa-rupanya tawaran ini memang sangat menarik!

 

Malahan, dengan adanya software tersebut, saya boleh bina ministe yang nampak lebih profesional berbanding yang saya biasa duk buat selama ini.

Tak percaya? Tengok sini –> http://www.sabreehussin.com/blogspot-minisite

 

Laman web kat atas tu pun sebenarnya dibina menerusi perisian yang sama. Saya macam biasalah, bila dah nampak cara nak guna yang mudah, mulalah otak ni ligat berputar mencari-cari cara macam mana nak maksimumkan lagi keuntungan yang saya boleh dapat lepas saya dapatkan perisian tu.

 

Memandangkan skil untuk bina mini site ni sebenarnya masih sangat ramai yang belum expert, saya terfikir untuk buka servis bina minisite.

Jika dilihat, dilaman web Fiverr misalnya, salah satu servis yang memang popular juga adalah servis untuk membina laman web berkonsepkan minisite. Jadi, bagi mereka yang nak buat duit dengan Fiverr, tapi tak pasti nak jual servis apa, bolehlah guna idea ni.

 

Sekarang ni, saya nampak masih ramai lagi yang bina minisite cincai-cincai untuk perniagaan mereka.

 

Terutama sekali yang guna platform percuma dari weebly. Mereka yang guna blogspot pun ramai juga yang buat website secara ala kadar je. Buat macam nak tak nak pulak.

 

Bukannya tak boleh, cuma ia nampak kurang kemas. Untuk pengguna internet macam saya, yang boleh katakan sepanjang hari saya duk main internet sama ada menulis blog atau baca laman web orang lain, saya memang cukup waspada bila masuk ke website yang susun atur dia buruk semacam.

 

Secara automatik, sistem keselamatan yang memang build in dalam diri saya jadi aktif. Seolah-olah website yang buruk ni memang sinonim dengan scammer.

 

Scammer ni kan memang macam tu. Buat kerja ala kadar je. Lagipun kan, mereka bukan nak pakai lama mana pun sesuatu website tu. Buat ala kadar je dah cukup.

 

Dah dapat collect RM10,000 – 20,000 terus hilang.

 

Itu biasa.

 

Ok point yang saya cuba nak highlight sekarang ni ialah, kalau nak buat bisnes online, dan bisnes anda tu pulak memerlukan anda memiliki website atau minisite anda sendiri, buatlah elok-elok.

 

Benda ni ibarat premis perniagaan kita sendiri. Kalau buat macam nak tak nak, prospek yang masuk pun tak akan serius nak baca apa yang anda tulis dalam tu.

 

Mula-mula memang anda akan rasa macam banyak benda nak kena keluar belanja, nak beli domain, hosting, design lagi… tapi percayalah, untuk jangka masa panjang, anda juga yang akan untung nanti.

 

Lagipun, sampai bila anda nak promosikan website buruk anda tu?

 

Anda sanggup berhabis duit semata-mata nak iklankan website buruk anda tu. Tapi trafik yang masuk tu semua akan jadi sia-sia kalau mereka terus keluar balik bila nampak website anda yang sangat hodoh tu.

 

Oh ya, dalam konteks perbincangan artikel kali ini, platform yang digunakan ialah blogspot, bermakna, anda tak perlu risau dah bab nak kena sewa domain dan hosting.

 

Semua tu dah tak perlu lagi, sebabnya bila kita gunakan servis dari pihak blogspot, semua ni kita akan dapat secara percuma.

 

Apa yang anda perlu buat ialah, dapatkan perisian ini, kemudian anda dah boleh mula design semula halaman minisite ataupun halaman promosi atau jualan produk anda.

 

Bagi sedap sikit mata memandang.

 

Saya tengok review pengguna-pengguna sebelum ini, kebanyakkannya kata dalam masa 15 minit dah boleh siap satu mini site yang nampak profesional. Pada saya, 15 minit tu dah dikira agak lama.

 

Kalau anda bukan jenis yang nak ambil berat sangat aspek design, dan sebagainya, anda boleh terus guna template percuma yang disediakan dan anda hanya perlu ubah wording dia sahaja.

 

Untungnya mereka yang ada perisian ni ialah, anda boleh lancarkan seberapa banyak projek yang anda mahukan tanpa perlu risau soal kena bayar nama domain dan juga hosting.

 

Untuk bina laman web yang profesional, anda boleh guna sahaja blogspot. Gunakan software ini untuk menjadikan laman web blogspot anda kelihatan lebih profesional.

 

Kemudian, untuk tujuan memudahkan anda menyimpan data dan maklumat diri bakal pelanggan, seperti nama, nombor telefon dan juga emel, anda boleh guna sahaja sistem autoresponder emelmatik. Emelmatik ini anda boleh guna secara percuma sahaja untuk tempoh setahun.

 

Serius, anda tak akan rugi apa-apa!

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisyen Affiliate Minisite Mudah April 2015
  2. Mudahnya Bina Web Promosi Tone Excel Dengan Blogspot
  3. Cara Buat Laman Web Jualan Minisite
  4. Buat Duit Tanpa Modal Menerusi Platform EdyClick & EdyBiz

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: blogspot minisite template, buat minisite guna blogspot, cara buat minisite blogspot, minisite percuma, templat minisite blogspot, template percuma blogspot untuk minisite

Trackbacks

  1. Cukup Sekadar 2 - 3 Sales Affiliate Dalam Sehari says:
    July 26, 2014 at 3:56 pm

    […] sales untuk produk Panduan Jobdirumah. Satu sales, bersamaan dengan RM25. Sales untuk panduan hasilkan minisite profesional dengan menggunakan platform blogspot juga bersamaan dengan […]

    Reply
  2. Produk WAJIB Ada Untuk Semua Usahawan Online says:
    September 19, 2014 at 12:31 pm

    […] Blogspot to minisite adalah merupakan suatu tools marketing yang membantu para usahawan online menghasilkan reka bentuk mini site atau halaman jualan yang professional hanya dengan menggunakan platform percuma dari blogspot sahaja. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in