Cukup Sekadar 2 – 3 Sales Affiliate Dalam Sehari

by sabree hussin on July 26, 2014

in Pemasaran Affiliate

Buat duit dengan program affiliate.

Mungkin anda tak akan jadi kaya dengan jalan ini. Walaupun anda rasa, anda dah pakar dalam bidang jualan dan berupaya untuk menghasilkan jualan untuk produk sendiri, 50 – 100 unit setiap hari , at least.

Sampai satu tahap, saya sendiri terfikir, sebenarnya untuk buat duit dengan affiliate, kita memerlukan sejenis ilmu yang berbeza. Tak boleh terlalu bergantung harap pada ilmu jualan, dan pemasaran yang kita tahu.

Sebabnya… ia mungkin kurang relevan.

Ramai orang yang mengaku, dia tahu marketing.

Pandai copy writing.

buat duit dengan affiliate

Pandai buat headline memukau, dan pandai dalam selok belok pengiklanan dengan FBAds.

Tetapi belum tentu dia tahu guna teknik pemasaran SEO.

… dan bila kita tanya dia pasal SEO, besar kemungkinan dia juga akan geleng kepala siap dengan pakej garu kepala lagi.

Anda tak akan jadi kaya dengan program affiliate

Anda mungkin hanya mampu untuk hidup cukup-cukup makan je.

Apa yang membezakan anda dengan orang lain yang lebih berjaya, at the end of the day, ialah ILMU, TEKNIK dan STRATEGI.

Kalau anda masih tak berjaya dapat kumpul komisyen, manakala orang lain berjaya buat duit dengan affiliate, simple.

Strategi, teknik dan ilmu anda LAPUK.

Mungkin dah kurang relevan. Mungkin terlalu common sehingga orang boleh nampak,

… Ah brader ni nak jual barang je ni, bukan ikhlas nak tolong aku…

Cukup 2 – 3 sales affiliate dalam sehari

Tak perlu nak target besar-besar.

Tak terbuat nanti. Tak terkejar nanti. Sudahnya, takut-takut anda akan fedup.

Dalam program affiliate, selalunya, komisyen paling sikit ialah RM20

Contohnya sales untuk produk Panduan Jobdirumah. Satu sales, bersamaan dengan RM25. Sales untuk panduan hasilkan minisite profesional dengan menggunakan platform blogspot juga bersamaan dengan RM25.

Dalam sehari, dapat dua sales dah bersamaan dengan RM50.

Tiga sales? RM75

Sebulan ada 30 hari. Darabkan lah. Berapa dapat? At least RM2,000 boleh dapat.

Memang la RM2,000 tak banyak. Sekurang-kurangnya, kan itu boleh ringankan beban dan bayar apa-apa yang patut.

Tapi, kalau anda boleh buat 10 sales sehari… itu lagi lumayan!

Ada macam-macam cara dan teknik yang orang gunakan untuk dapatkan sales. Ada yang hanya bergantung pada blog. Ada yang bergantung pada pemasaran emel. Tak kurang juga yang sentiasa gunakan FB untuk dapatkan sales affiliate.

Mana-manalah…

Nak guna teknik campuran pun tak ada masalah.

Nak berjaya hasilkan duit dalam bidang ni… mesti kena konsisten. Malahan, tak salah lagi jika saya katakan anda perlu RAJIN.

Mula-mula, memang akan nampak seolah-olah apa yang kita buat tu macam tak ada hasil. Namun percayalah, jika anda konsisten, ganjaran yang sepatutnya akan anda terima juga satu masa nanti.

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

Hero Borneo July 27, 2014 at 5:10 am

saya harap konsisten untuk mendapat sales..dari affiliate..amin

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: