Adakah anda mempunyai masalah untuk meningkatkan jualan produk yang anda niagakan secara online?
Atau, adakah anda telah menggunakan pelbagai cara dan teknik pengiklanan berbayar untuk mendapatkan sales bagi produk-produk anda?
Anda mungkin dah biasa dengan kaedah beriklan di FB menggunakan FBAds ataupun beriklan menggunakan sistem google yang kita kenali dengan nama google Adwords. Adakah anda dah berpuas hati dengan hasil daripada kaedah pengiklanan tersebut?
Kalau jawapan anda, MASIH BELUM PUAS HATI, maka entri ini saya tulis untuk beri anda alternatif kepada kaedah pengiklanan yang baru ini. Tiada sebarang paksaan untuk anda follow setiap apa yang sarankan.
Saya perkenalkan, laman web Advertorial.MY
Anggaplah ini sebagai opsyen ataupun pilihan untuk bantu anda buat keputusan yang lebih baik di masa akan datang.
Satu lagi kaedah pengiklanan (advertising) yang berkesan diinternet adalah menerusi kaedah review yang biasanya ditawarkan oleh para penulis blog. Blogger ini akan memberi ulasan tentang sesuatu produk di laman web mereka.
Jika ulasan yang dihasilkan itu menarik, ia bakal membuatkan bakal pelanggan jadi tertarik dan tanpa ragu-ragu lagi mereka akan terus buat pembelian.
Seperti yang kita sedia maklum, lazimnya sebelum keputusan untuk membuat pembelian dilakukan, bakal pelanggan kita akan buat research terlebih dahulu dilaman carian seperti google. Mereka akan lihat dulu kalau-kalau ada sebarang info tambahan seperti
1. Pengalaman dari pengguna terdahulu tentang sesuatu produk
2. Adakah produk tersebut sama seperti yang diperkatakan atau hanya produk menipu
3. Pendapat kedua sebelum mereka bersetuju untuk membeli
*
Pada satu hari, ada seorang usahawan ingin menggunakan servis sistem autoresponder bagi membantu melancarkan lagi urusan tempahan dan komunikasi antara dirinya dan juga para pelanggan.
Lalu hasil daripada carian di internet, dia dapati ada satu autoresponder yang tak kurang hebatnya yang kita kenali dengan nama sistem Autoresponder Emelmatik.
Memandangkan ini adalah kali pertama dia dengar tentang sistem autoresponder percuma ni, rasa-rasa anda lah kan, adakah dia akan terus beli atau dia nak selidik dulu?
Kalau saya, dah tentu saya akan selidik dulu.
Tak mungkin saya akan tanya pada penjual tentang bagus atau tidak sistem autoresponder ni.Kalau tanya kat penjual, dah tentu mereka akan bagitahu hal-hal yang baik-baik sahaja. Mereka pun mau bisnes ma…
Mula-mula saya akan check dekat google dulu. Kalau-kalau ada review tentang sistem autoresponder emelmatik ni. Saya akan baca, dan bagi betul-betul faham, kemudian barulah saya akan buat keputusan sama ada nak beli atau tak.
Kalau review yang saya baca tu bagus, saya akan terus BELI. Kalau review tak berapa bagus, saya akan terus selidik dan cari info tambahan tentang sistem autoresponder ni… sampailah saya rasa puas hati.
Artikel review yang saya pernah hasilkan sebelum ni boleh anda lihat di page pertama google. Artikel ini juga telah dibaca sebanyak beribu-ribu kali dan akan sentiasa dibaca oleh bakal pelanggan yang berminat nak beli produk ini.
Bagaimana pula kalau saya tak jumpa sebarang review mengenai produk yang saya nak beli?
Besar kemungkinan… saya tak akan beli dan terus consider untuk beli produk lain yang lebih kurang sama dari segi fungsinya.
Saya sendiri tak berani nak cuba sesuatu produk yang masih lagi belum ada sebarang review diinternet. Sedikit sebanyak, rasa takut tertipu tu memang akan ada, walaupun pada hakikatnya, peniaga tu tak berniat pun nak menipu.
Sampai ke satu tahap, saya lebih yakin beli produk yang ada bad review berbanding beli produk yang langsung tak ada review. Bila ada review negatif ni, at least saya tahu, produk yang saya bakal beli tu tak perfect. Itu normal.
Kemudian, bila ada review yang negatif, saya boleh tahu apa kelemahan produk dan bagaimana untuk memastikan saya tidak menggunakan produk tersebut dengan cara yang salah sehingga mengakibatkan produk yang dibeli akan menimbulkan masalah.
Cuba bandingkan pula dengan produk yang langsung tak ada review? Saya akan jadi was-was sebabnya
1. Saya tak tau apa masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh produk ini
2. Kalau ada masalah, saya tak tau macam mana nak handle
3. Pendek kata, satu apa pun saya tak tau tentang produk ni… kan tak best tu
Sebab itu anda perlu cari orang untuk review produk anda…
Cari orang untuk tolong beri review atau ulasan tentang produk anda. Itu lebih GENUINE dan lebih asli berbanding anda sendiri yang tulis review.
Akan timbul isu kepercayaan, apabila anda yang menjual, kemudian anda sendiri yang menulis review. Sebagai pelanggan, saya juga akan rasa skeptikal bila sesuatu review tu ditulis sendiri oleh si penjual. Kat sini dah terang-terang akan berlaku conflict of interest.
Dah tentulah dia tulis review macam tu sebab nak buat produk dia LAKU semata-mata.
… dan antara orang yang PALING SESUAI untuk tulis review mengenai produk dan perniagaan anda, dah tentulah golongan blogger seperti saya (ehem) dan juga rakan-rakan blogger saya yang lain.
**
Tips untuk mendapatkan khidmat review artikel dari platform Advertorial.MY
Saya harap anda dah pun faham dan dah jelas, betapa pentingnya kuasa review dan bagaimana ia boleh mempengaruhi kejayaan anda mendapatkan sales yang konsisten tanpa perlu mengeluarkan bajet tambahan untuk tujuan iklan berbayar.
Persoalannya sekarang, sebagai usahawan, macam mana anda nak buat pilihan, blogger yang bagaimana yang patut anda pilih untuk anda dapatkan khidmat dan servis review dari mereka? Adakah anda boleh main pilih sesuka hati, atau sebenarnya ada formula tertentu yang anda patut gunakan?
Saya juga akan terangkan, kenapa cari servis review PALING MURAH dan servis review dari blog yang mempunyai BANYAK TRAFIK bukan satu strategi yang terbaik.
Dah sedia nak tahu dengan lebih lanjut? Sila teruskan pembacaan anda…
***
Tips Advertorial.MY pertama: Kenali dan kenalpasti blogger dan blog mereka
Kat Malaysia ni ada macam-macam kategori blogger. Setiap blogger ni pula memiliki karekteristik yang berbeza, jadi ada baiknya anda kenal-pasti terlebih dahulu, blogger yang mana satu yang anda ingin pilih.
Jenis-jenis blogger yang anda patut tahu
1. Blogger yang menulis hal-hal personal dan peribadi
2. Blogger copypaste
3. Blogger penulis berita
4. Copywriter
5. Internet Marketer
6. Blogger gossip
7. Lifestyle blogger
8. … dan macam-macam lagi
Formulanya mudah sahaja. Sesuaikan blogger tertentu dengan produk tertentu yang anda ingin mereka review. Kalau blogger yang tulis pasal artis dan politik, memang tak sesuai nak beri mereka tugasan menulis review mengenai produk yang tak ada kaitan langsung dengan dua bidang ni… walaupun blog mereka ada ramai pengunjung.
Saya pula? Saya adalah copywriter, dan juga Internet Marketer.
In Shaa Allah saya boleh bantu anda menulis review mengenai produk yang anda niagakan dan seterusnya mendapatkan jualan bagi produk-produk anda.
Tips Advertorial.MY kedua: Dapatkan servis daripada lebih dari satu blog
Kalau anda ada bajet yang lebih, dapatkan at least 10 servis review dari 10 blogger yang berbeza.
Biasanya, upah servis menulis review ini adalah sekitar RM30 – RM350 untuk satu artikel. Kos upah ini sebenarnya masih boleh dirunding dan ianya bergantung pada jenis job yang anda tawarkan.
Contohnya kalau anda nak deal dengan saya, kalau job tersebut jenis yang senang dan memang saya ada pengalaman dalam bidang tu, saya boleh tawarkan harga yang murah-murah sahaja.
Ini salah satu contoh job yang pernah saya terima.
Tajuk artikel: Panduan LENGKAP strategi menjalankan bisnes printing tanpa modal
Saya caj tak sampai RM50 untuk artikel ini, sebabnya job ini SENANG.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, dari segi upah ia boleh dirunding. Bukanlah bermaksud servis yang saya tawarkan ni MURAH. Jangan salah faham… dan kalau tak faham, tanyalah.
Kenapa saya kata dapatkan servis review daripada 10 blogger berbeza?
Lazimnya, laman carian seperti google akan memaparkan hasil carian daripada 8 – 10 laman web berbeza di muka surat pertama enjin carian mereka. Apabila anda dapatkan servis dari 10 blogger berbeza, anda sebenarnya telah meningkatkan kebarangkalian supaya kesemua hasil carian di page pertama google semuanya mempromosikan bisnes anda.
Contohnya, produk panduan peperiksaan online Penguasa Kastam W41 ini
Kalau ada bakal pembeli yang cari info mengenai peperiksaan ini, nak tak nak mereka pasti akan beli panduan ni, sebabnya hampir kesemua hasil carian menyarankan untuk BELI produk ini. Cuba anda bayangkan kalau produk ini adalah produk anda…
Sebab tulah, dalam masa kurang daripada 3 hari, jualan untuk produk ini boleh mencecah sehingga RM50,000
Tips Advertorial.MY Ketiga: Kenalpasti keyword
Anda perlu tahu, pengguna internet hanya akan menaip kata kunci tertentu di google untuk mencari sesuatu maklumat. Oleh sebab itu, jika anda menjual pil kurus misalnya, anda juga perlu tahu, apa agaknya kata kunci yang akan ditaip oleh pengguna internet jika mereka ingin tahu cara nak kurus.
Mungkin mereka akan taip
1. Cara pantas kuruskan badan
2. Teknik bakar lemak
3. … dan sebagainya
Boleh kata amat jarang sekali bakal pelanggan akan terus menaip nama produk ketika mereka menggunakan laman web google. Selalunya, mereka akan taip kata kunci yang langsung tak ada kena mengena dengan nama produk.
Maksud saya begini, katalah seseorang tu ada masalah kewangan dan mereka perlukan satu bisnes yang boleh dijalankan secara part time. Besar kemungkinan mereka akan taip “bisnes part time” atau “bisnes sambilan dari rumah” dan tekan enter.
Jika kebetulan, bisnes yang anda promosikan itu yang akan keluar di page pertama google, barulah mereka akan baca dan akan pertimbangkan sama ada bisnes tersebut sesuai untuk mereka atau sebaliknya.
Tips Advertorial.MY Keempat: Setup laman jualan untuk produk anda
Saya tahu, sekarang ni ramai yang menjual hanya di FB dan anda tak memiliki laman jualan anda sendiri.
Kalau anda nak guna servis dari Advertorial.MY ni, saya amat menyarankan anda setup laman jualan untuk produk anda. Buat cantik-cantik la, dan pastikan satu laman jualan hanya menjual satu produk sahaja.
Kalau laman jualan anda berkonsepkan shopping cart, pastikan susun atur menarik.
Mungkin… masalah paling besar ialah tak pandai nak bina laman web. Kemudian diikuti pula dengan masalah tak ada modal yang besar untuk kos domain dan hosting.
Saya faham.
Tujuan asal anda adalah nak buat duit. Bukannya nak keluar duit. Jika pada peringkat awal-awal lagi anda dah perlu keluarkan banyak duit, ia mungkin akan menyukarkan anda dalam menguruskan hal-hal berkaitan perniagaan anda. Jadi, sebagai solusi, saya cadangkan anda dapatkan servis berikut untuk bina laman web jualan yang profesional dan murah.
Klik –> Servis Bina Minisite dan Laman Jualan Dengan Platform PERCUMA Blogspot
Tips Advertorial.MY Kelima: Laman jualan mempunyai borang opt in
Biasanya pelanggan tidak akan terus membeli pada kali pertama mereka masuk ke laman jualan anda. Mereka akan tengok-tengok dulu apa yang anda jual dan mereka akan terus tutup laman web anda.
Kalau dia ingat dia akan datang balik.
Kalau dia lupa, dia tak akan kembali sampai bila-bila.
Sebab tu anda kena ada opt in form. Daripada 100 trafik yang masuk, mungkin hanya akan ada 2 atau 3 orang sahaja yang akan beri nama dan alamat emel. Selebihnya akan pergi dan tak akan kembali.
Tetapi, 2 – 3 orang inilah yang jika anda selalu follow up, mereka ini yang akan bantu menyokong perniagaan anda dengan membeli produk yang anda jual.
Tips Advertorial.MY Keenam: Berikan review copy untuk blogger
Kalau produk tu ialah ebook atau buku, berikan sesalinan untuk di review oleh blogger. Sama ada anda nak beri percuma atau nak beri pinjam sahaja, terpulang pada anda.
Kalau produk tersebut adalah produk kecantikan, berilah tester atau sample.
Kalau gadget, berilah pinjam kepada blogger tersebut untuk mencuba terlebih dahulu.
Ini akan lebih memudahkan kami untuk beri review yang lebih mantap sebenarnya.
Tips Advertorial.MY Ketujuh: Sediakan imej yang bersesuaian
Ramai yang tak tahu, sebenarnya penggunaan imej amat memainkan peranan penting dalam kerja-kerja review.
Imej ini ada impak pada SEO. Saya tak nak buat anda pening kepala tentang SEO dan hal-hal teknikal seperti ini. Cukup anda tahu, kalau nak guna servis dari blogger, kena bekalkan dengan imej yang diminta.
Kalau takut orang curi imej tu, letaklah watermark.
Tips Advertorial.MY Kelapan: Sediakan video promosi produk atau servis anda
Jika anda mempunyai video berkaitan produk dan juga servis anda, anda juga patut pertimbangkan untuk berikan sesalinan kepada blogger yang anda pilih.
Sebaik-baiknya, anda upload dulu di Youtube kemudian anda hanya perlu berikan link video anda di YouTube tu tadi.
Kalau anda dapatkan khidmat review dari saya, pandailah saya nak manipulasikan video tu nanti. Anda tak perlu runsing dalam bab-bab teknikal melibatkan pemasaran video ini. Fokus pada uruskan sales yang bakal anda perolehi tu nanti dah mencukupi.
Bab-bab menulis review ni, serah je pada kami, penulis blog.
****
Kaedah pengiklanan advertorial ini sebenarnya adalah kaedah pengiklanan jangka panjang.
Bila anda dapatkan servis ini, anda mungkin tak akan lihat kesannya serta merta. Sabar. Kaedah review seperti ini memang ambil masa, namun, apabila kesemua artikel yang ditulis oleh para penulis blog ini dah masuk ke page pertama google, anda akan dapati lebih mudah untuk dapat sales secara konsisten.
Kalau anda tak run iklan FBAds pun tak ada masalah.
Kalau anda dah tak nak beriklan guna google adwords pun tak ada masalah.
Sebabnya, artikel yang mempromosikan produk anda dah memang berada di page pertama google. Ikut pengalaman peribadi saya sendiri, selagi artikel kita berada di page pertama google, selagi itu kita akan dapat sales secara berterusan.
Kalau anda dah sedia nak gunakan perkhidmatan review ini boleh hubungi saya.
Atau anda boleh ke laman web Advertorial.MY untuk melihat lain-lain blogger yang turut menawarkan servis yang sama.
Hafiszan Kamarudin says
pasti akan cuba tips ini,
Nurul Amira says
Saya berminat dgn perkhidmatan review ni..boleh hubungi sy?
sabree hussin says
Nanti saya akan balas emel Amira lepas lihat kandungan laman web tu ya