Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cara buat duit dengan Shaklee tanpa perlu jadi ahli?

October 11, 2015 by sabree hussin 11 Comments

Jenama Shaklee adalah satu nama besar dalam industri network marketing berasaskan makanan kesihatan dan supplemen tambahan yang saya percaya dah tak perlu diperkenalkan lagi. Malahan, ahli dan pengguna Shaklee banyak juga daripada pelbagai latar belakang. Ada doktor, jurutera dan saya perhatikan ramai juga pengamal perubatan serta golongan profesional yang mengesyorkan produk-produk dari Shaklee sebagai makanan tambahan.

 

Ini adalah jenama yang dipercayai dan mempunyai reputasi dan prestasi yang baik. Ada banyak syarikat kat luar sana yang menawarkan pelbagai produk-produk kesihatan, namun dari segi keyakinan saya lihat Shaklee lebih dipercayai.

logo_shaklee

 

Memandangkan ramai juga rakan-rakan penulis blog yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes sampingan (ada juga bisnes utama) sesekali buatkan saya tergerak hati untuk sama-sama jadi pengedar macam mereka. Banyak yang saya lihat, mereka menggunakan kaedah pemasaran yang memang saya dah sedia maklum macam mana cara pemasarannya.

 

Kaedah pemasaran menggunakan blog dan juga Facebook  

Dua medium pemasaran yang saya rasa agak selesa untuk gunakan. Lagipun, memang terbukti boleh dapat jualan hanya dengan fokus pada dua medium ini. Saya sendiri, dah beberapa kali hasilkan jualan untuk produk-produk yang saya promosikan hanya menggunakan dua medium ini.

 

Cuma bila nak tingkatkan kebarangkalian dapat sales dan boleh close deal dengan prospek (tanpa khuatir prospek kena curi atau lari) saya akan gunakan juga kaedah pemasaran emel khususnya untuk tujuan buat follow up.

 

Daripada pembacaan yang saya buat, kalau nak jadi ahli shaklee ada dua cara, iaitu

Pertama, daftar sebagai ahli dengan bayaran

Sebanyak RM75 untuk West Malaysia dan RM85 untuk East Malaysia

Percuma keahlian

Dengan syarat buat belian bernilai 200 points dalam satu resit. Setiap pembelian produk-produk Shaklee akan ada point tertentu.

 

Baru-baru ni, saya perasan yang laman web ini juga menjual produk-produk Shaklee dan kebetulan sebelum ni memang saya dah pernah daftar sebagai ejen di laman tersebut.

 

Jadi secara tak langsung, sebenarnya saya dah boleh promosikan juga produk-produk Shaklee dalam blog ini walaupun saya tak pernah daftar sebagai ahli Shaklee! Tak pernah jadi ahli Shaklee tak menutup peluang untuk buat duit dengan produk ni nampaknya.

 

Walaubagaimanapun, dari segi struktur pendapatan dan komisyen pastinya banyak yang berbeza dengan yang bakal diperolehi oleh ahli-ahli Shaklee. Sebagai contoh set pelangsingan badan atau Shaklee Slimming Set dari Shaklee ini.

set_kurus_dengan_shaklee

Produk ini dijual dengan harga RM255. Sekiranya saya berjaya hasilkan jualan untuk set slimming shaklee ini, komisyen yang akan dibayar kepada saya adalah sekitar RM22.95

 

Memandangkan sewaktu saya tulis artikel ini, saya pun belum ada kesempatan buat kajian yang mendalam tentang produk-produk Shaklee, anda rasa komisyen sebanyak RM22 ni banyak ke sikit ya? 

 

Pada saya, besar atau kecil jumlahnya bukanlah perkara utama. Asalkan ianya sepadan dengan usaha dan kerja yang perlu kita lakukan. Sekiranya tugas yang kita lakukan merangkumi hal-hal konsultasi, penghantaran produk dan servis, maka jumlah itu mungkin tak begitu berbaloi.

 

Akan tetapi, jika dilihat dari aspek dan konteks perbincangan kali ni, saya lihat bayaran ini bolehlah dikatakan agak lumayan.

 

Tak perlu bayar sebarang yuran keahlian. Tak perlu belajar tentang nutrisi jika tak mahu atau tak ada masa. Tak perlu nak uruskan tempahan dan tak perlu servis rangkaian. Tugas kita cukup sekadar mempromosikan link ke halaman jualan.

 

Dalam situasi saya, saya hanya perlu mempromosikan link ini.

 

Jika pelanggan beli produk Shaklee menerusi link tersebut, saya dapat komisyen.

 

Jika pelanggan tak beli produk Shaklee dari link saya, tetapi pelanggan tersebut beli barang lain, saya juga masih lagi ada peluang nak buat duit. Itulah pandangan dan pendapat saya.

 

Andai kata, anda juga nak buat duit macam cara yang saya ceritakan ini, bolehlah dapatkan akaun ejen affiliate disini.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Ini dia perkara yang anda perlu buat jika SERIUS nak buat duit dengan Program Affiliate
  2. Bagaimana cara meningkatkan jualan tanpa perlu mengeluarkan modal tambahan?
  3. Cara Dapatkan Link Affiliate Untuk Buat Duit Dengan EdyBiz
  4. Cara bagaimana anda boleh gunakan blog untuk buat duit dengan Affiliate

Filed Under: Produk Tagged With: buat duit dengan shaklee, buat duit dengan shaklee percuma, keahlian shaklee percuma, senarai produk shaklee

Comments

  1. ahmadyani says

    October 11, 2015 at 6:57 am

    Yang tidak seronoknya networking marketing ini adalah, setiap bulan perlu mentain peratus jualan. Yang seronoknya, bonus tinggi. Benar kata tuan tanpa menjadi ahli kita masih boleh memperoleh komisen menjual produk yang bagus-bagus.

    Reply
  2. Wan Din says

    October 11, 2015 at 11:07 am

    Produk shaklee memang terbaik..

    Reply
  3. suri says

    October 11, 2015 at 4:31 pm

    kalau kita nak berjaya mesti berani cuba tak kira ia perlu keluarkna modal atau tidak pasti kata orang usaha mesti lebih

    Reply
  4. Hafiz Rahim says

    October 11, 2015 at 5:40 pm

    Fuuu.. dapat untung atas angin. memang best bro. Lagi rajin promo, lagi ramai orang beli.. lagi banyak dapat.

    Reply
  5. Uncle Zuan says

    October 11, 2015 at 10:58 pm

    wow. bagus tu. tapi dah alang-alang jual produk shaklee, baik jadi member terus 😀

    Reply
  6. Adzrif Sidek says

    October 13, 2015 at 10:37 pm

    Bagus perkongsian tuan ni.

    Sekarang dah banyak peluang buat duit.

    Cuma tinggal kita je, nak atau taknak.

    Reply
  7. Ummi Hanie says

    October 14, 2015 at 10:42 am

    kakak saya awal2 kerja dulu pernah bekerja dgn Shaklee… masa tu promosi tak kebaboom mcm skrg… tp kiranya saya dah kenal shaklee sejak kecil..

    Reply
  8. titan says

    October 14, 2015 at 12:19 pm

    shaklee ni dah lama wujud kat malaysia nih.

    hoho

    Reply
  9. abdfatah says

    October 16, 2015 at 4:53 pm

    bagus jugak tu boleh buat duit tanpa jadi ahli…. boleh buat sales banyak dengan senyum lebar…

    Reply
  10. lizzy says

    June 10, 2016 at 9:05 am

    sebenarnya adalah salah menjual produk shaklee di lazada. siap dgn potongan harga tak masuk akal pula tu. mereka yg dh melelong produk shaklee di lazada.. sangat tidak bertanggungjawab..pihak shaklee juga sering mengintai siapa sebenarnya dalang melelong produk shaklee dilazada.untuk diambil tindakan ..rupanya ia adalah kerja bukan ahli shaklee..

    Reply

Trackbacks

  1. Bagaimana cara buat duit dengan Program Affiliate Shaklee? - Blog Sabree Hussin says:
    November 19, 2016 at 8:28 am

    […] Klik untuk baca: Cara buat duit dengan Shaklee tanpa perlu jadi ahli? […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in