Jenama Shaklee adalah satu nama besar dalam industri network marketing berasaskan makanan kesihatan dan supplemen tambahan yang saya percaya dah tak perlu diperkenalkan lagi. Malahan, ahli dan pengguna Shaklee banyak juga daripada pelbagai latar belakang. Ada doktor, jurutera dan saya perhatikan ramai juga pengamal perubatan serta golongan profesional yang mengesyorkan produk-produk dari Shaklee sebagai makanan tambahan.
Ini adalah jenama yang dipercayai dan mempunyai reputasi dan prestasi yang baik. Ada banyak syarikat kat luar sana yang menawarkan pelbagai produk-produk kesihatan, namun dari segi keyakinan saya lihat Shaklee lebih dipercayai.
Memandangkan ramai juga rakan-rakan penulis blog yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes sampingan (ada juga bisnes utama) sesekali buatkan saya tergerak hati untuk sama-sama jadi pengedar macam mereka. Banyak yang saya lihat, mereka menggunakan kaedah pemasaran yang memang saya dah sedia maklum macam mana cara pemasarannya.