“Apa sebenarnya yang saya akan dapat apabila mendapatkan perkhidmatan iklan dari blog ini? Boleh terangkan pada saya?”
Baiklah, sebelum saya terus jawab soalan ini, saya ingin tanyakan anda satu soalan yang cukup ringkas. Soalannya ialah
“… Adakah perniagaan yang anda jalankan sekarang ni bergantung kepada aktiviti pengiklanan untuk menghasilkan jualan?”
Untuk sesetengah orang, mereka akan jawab YA tanpa ragu-ragu lagi. Individu seperti ini lazimnya memang mempunyai bajet bagi tujuan pengiklanan. Mereka akan menggunakan bajet tersebut untuk membuat iklan sama ada iklan radio, iklan di televisyen, majalah, iklan di internet, atau dimana-mana sahaja yang dirasakan sesuai dengan perniagaan mereka.
Sesetengah orang pula mungkin akan jawab TIDAK. Bergantung kepada jenis-jenis perniagaan juga. Sesetengah perniagaan memang tak perlu diiklankan lagi, kerana dalam keadaan biasa, sudah ramai orang yang menjadi pelanggan mereka. Hingga satu tahap, pelanggan yang datang terlalu ramai sampai tak menang tangan. Ini biasa berlaku untuk perniagaan yang memang unik, yang tak ada siapa yang boleh tiru atau menjadi alternatif.
Diantara mereka yang menjawab YA dan TIDAK, ada sesetengah golongan yang akan menjawab “saya tak pasti”, “saya tak tau”, “entahlah…”
Kalau soalan itu ditujukan kepada saya, sudah tentu saya akan jawab, YA saya amat memerlukan aktiviti pengiklanan kerana sedikit sebanyak pendapatan yang dapat saya hasilkan turut bergantung kepada keberkesanan iklan-iklan yang dapat saya hasilkan. Dimana saya akan iklankan perniagaan saya?