Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Boleh ke sara keluarga dengan hasil pendapatan daripada program affiliate?

February 20, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Dalam perkongsian kali ini, saya bukannya nak menyentuh mengenai aspek halal atau haram pendapatan dari program affiliate. Sebaliknya, apa yang saya ingin highlight ialah mengenai persoalan adakah cukup ataupun tidak untuk sara keluarga hanya dengan bergantung kepada pendapatan dari program affiliate sahaja.

 

Sebenarnya persoalan cukup atau tidak… ia memang subjektif. Agak sukar untuk kita menentukan sama ada ianya cukup atau tidak. Biasalah manusia… pernah ke kita merasa cukup? Pada satu ketika, kita merasakan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan dari affiliate adalah mencukupi. Namun, apabila kita dah berjaya capai jumlah tersebut, kita mula merasakan RM2,000 itu tidaklah besar mana, dan kita mahukan yang lebih banyak dari itu.

 

Sudah tentu, buat mereka-mereka yang memang langsung tak pernah merasa pendapatan dari program affiliate, akan merasakan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan pun dah cukup memadai. Betul tak?

 

Realitinya, program affiliate ada terlalu banyak disekeliling kita. Pada hari ini, kita boleh pilih mana-mana satu yang kita suka, atau jika mahu, kita boleh join semua dan buat duit dengan sepuas-puasnya menerusi semua platform affiliate yang terdapat dipasaran. Laratkah kita? Itu sahaja.

 

Walaupun konsep buat duit dengan program affiliate ini begitu mudah, namun ia tak bermakna, nak dapat hasil atau pendapatan dengan program affiliate adalah senang. Ia adalah suatu pekerjaan yang mencabar, dan kita perlu usaha keras untuk dapat hasilnya.

 

the_psychology_of_selling

Jika anda berminat untuk buat duit dalam bidang pemasaran affiliate, bermakna anda juga WAJIB minat nak buat duit dalam bidang jualan atau sales.

 

Ha… kalau anda mencari bahan bacaan yang bagus untuk mempertajamkan lagi skil jualan anda tu, bolehlah baca buku The Psychology of Selling karya Brian Tracy ini.

 

Sebenarnya buku ni bukannya ditulis khusus untuk membincangkan macam mana cara nak dapatkan banyak sales sebagai ejen affiliate, namun ada banyak teknik-teknik, strategi dan konsep jualan yang kita boleh pelajari dan contohi dari buku tersebut.

 

Oh, saya pun adalah salah seorang pembaca buku ini! Seperti lain-lain kerjaya berasaskan jualan yang lain, untuk kita hidup mewah, boleh beli apa sahaja, dan memberikan yang terbaik kepada keluarga kita, formulanya mudah sahaja, iaitu dengan menghasilkan jualan dengan sebanyak mungkin.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: pendapatan dari affiliate, sara keluarga dengan affiliate

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kesilapan Penggunaan Kad Kredit yang Ramai Orang Buat
  • Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya
  • Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?
  • Bagaimana memilih produk yang sesuai untuk affiliate marketing
  • Program Affiliate Klikjer

Recent Comments

  • sabree hussin on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • Beli Kereta Baru on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • sabree hussin on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • faizul on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • ki on Mimpi Ngeri buat pemain Mobile Legend bila dapat team perangai pelik

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Media Sosial
  • Mobile Legends Bang Bang
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Pengurusan Perniagaan
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in