Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Iklan kerja data entry online dan office based yang boleh dipercayai

July 27, 2017 by sabree hussin 9 Comments

Masih ada lagi ke penipuan yang menggunakan nama data entry ni?

 

Saya masih ingat lagi, ada satu ketika tu, ramai betul yang tertipu dengan iklan kerja data entry. Sayangnya saya tak sempat nak screenshot laman web yang mengiklankan peluang kerja tersebut.

 

Kalau kita baca iklan kerja tersebut pun kita dah boleh rasa, ada sesuatu yang tak kena dengan tawaran kerja tersebut. Aspek yang paling mencurigakan ialah apabila kita kena beli starter kit terlebih dahulu sebelum boleh mula buat kerja-kerja data entry tersebut.

 

Apa kaitan antara starter kit dengan kerja data entry?

bekerja_data_entry

Kononnya, starter kit ni ibarat manual atau buku panduan bagi mereka yang nak kerja data entry ni. Ok, sekali imbas nampak macam tak ada masalah. Kemudian timbul juga persoalan, katakanlah kalau seseorang tu memang dah ada pengalaman dan memang dah biasa dengan kerja-kerja data entry, masih kena rujuk starter kit jugak ke?

 

Maka bermula dari situ, terdedahlah penipuan. Selama ini, kerja data entry yang dicanangkan tu memang tak wujud. Apa yang ada adalah kerja mempromosikan starter kit dan jual starter kit tu kepada individu yang memang tengah terdesak nak cari duit tambahan.

 

Sebab tu kalau nak selamat, jangan buat kerja data entry online.

 

Kalau nak kerja data entry, cari kerja data entry yang ditawarkan oleh syarikat yang memang wujud dan memang betul-betul perlukan khidmat kerani data entry.

 

Persoalannya, kat mana nak dapatkan kerja data entry ni?

 

Saya ada dua tempat untuk dicadangkan kepada anda.

 

Tempat pertama, buat permohonan kerja menerusi laman web Jobstreet.

cari-kerja-data-entry

Kat atas ini adalah iklan kerja yang disiarkan di laman web Jobstreet.

 

Anda boleh buka laman web Jobstreet kemudian taip sahaja kata kunci “data entry” di bahagian search box dan lepas tu akan keluar banyak hasil carian yang berkaitan.

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: data entry, data entry online, data entry penipu, iklan kerja data entry, kerja data entry

Bekerja dari rumah dalam bidang Data Entry – Boleh percaya ke?

December 30, 2015 by sabree hussin 17 Comments

“Adakah tawaran bekerja sebagai data entry boleh dipercayai atau sebenarnya kebanyakkannya adalah scam semata-mata?”

 

Tahukah anda, ada banyak tawaran bekerja part time secara online yang menggunakan nama data entry sebenarnya adalah suatu penipuan terancang semata-mata? Mereka yang minat nak buat kerja dalam bidang ini (data entry), ada ramai yang berakhir dengan kena tipu berbanding yang berjaya untuk buat duit.

 

Adakah mereka yang kena tipu ni terlalu bodoh untuk mengesan penipuan licik tersebut ataupun ada trik tertentu yang menyebabkan begitu mudah mereka terjatuh dalam perangkap si tukang scammer?

 

bekerja_data_entry

 

Kebiasaannya, mereka yang kurang memahami cara kerja sebagai data entry adalah mereka yang paling mudah untuk terjerumus dalam penipuan scammer tersebut. Anda akan dijanjikan pulangan pendapatan yang cukup lumayan, walhal ada beberapa perkara yang anda PATUT TAHU.

[Read more…]

Filed Under: Bekerja dari rumah Tagged With: buat duit data entry, contoh kerja data entry, data entry, peluang kerja data entry

Penipuan yang berselindung disebalik nama bekerja dari rumah sebagai data entry

December 27, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

Jika anda menerima tawaran atau peluang untuk bekerja hanya dari rumah untuk melakukan kerja-kerja mudah, sebagai  contoh kerja sebagai data entry, tetapi anda tak berapa pasti dari mana sumber pekerjaan tersebut, maka berhati-hatilah!

 

Anda perlu lebih berwaspada terutama sekali apabila pihak yang menawarkan anda peluang pekerjaan tu pula yang bertindak meminta anda membuat sejumlah bayaran ke akaun mereka terlebih dahulu sebelum anda dibenarkan untuk memulakan kerja dalam bidang data entry ini.

 

Sebelum kita bincangkan topik ini dengan lebih lanjut lagi, saya perlu tegaskan terlebih dahulu, yang sebenarnya kerja-kerja data entry adalah suatu pekerjaan yang SAH dan memang ada syarikat yang memerlukan seseorang untuk uruskan hal-hal berkaitan memasukkan data.

 

Ini salah satu contoh iklan yang saya temui di laman web Jobstreet.

data_entry

Sekiranya anda berminat untuk memohon pekerjaan jenis ini, ia ada diterangkan dengan jelas menerusi iklan diatas.

 

Masa bekerja dari jam 8.45 am – 5.45pm

Berdekatan dengan Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Gaji yang ditawarkan ialah RM1,200

Syarikat ini hanya memerlakan pekerja kontrak selama 6 bulan sahaja

 

Namun, apa yang sering menjadi kemusyikilan buat sesetengah individu ialah, apabila anda ditawarkan untuk bekerja dalam bidang data entry ini hanya dari rumah. Boleh ke pekerjaan dalam bidang data entry ni dilakukan hanya dari rumah?

[Read more…]

Filed Under: Bekerja dari rumah Tagged With: data entry, kerja data entry, peluang kerja data entry, penipuan data entry

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in