Adakah anda merupakan pengusaha bisnes makanan dan restoran? Atau adakah anda bakal atau sedang merancang untuk memulakan bisnes kedai makan anda sendiri?
Saya pernah menulis tentang bisnes kedai makan atau restoran dalam blog ini sebelum ini. Kemudian, saya dapati selepas saya menulis tentang bisnes tersebut, blog ini mula dikunjungi oleh usahawan dan bakal usahawan yang bakal memulakan perniagaan yang sama.
Baca juga: Tips dan strategi TERBAIK bagaimana memulakan perniagaan kedai makan dan restoran
Tak lama lepas tu, muncul pula soalan-soalan seperti apa tips berjaya buka perniagaan kedai makan, cara nak mulakan bisnes restoran dan sebagainya. Jadi saya pun buat keputusan untuk menulis artikel susulan yang mungkin boleh dijadikan guide atau panduan bagi mereka yang akan memulakan bisnes ini.
Artikel ini bukannya tentang rahsia kejayaan bisnes makanan atau rahsia kejayaan bisnes restoran, sebaliknya, artikel ini akan mengupas perkara-perkara yang sering menjadi rungutan buat pelanggan restoran. Pelanggan anda mungkin tidak menyuarakan rungutan ini terus kepada anda, atau staf anda jika ada sesuatu yang mereka rasa tak puas hati.