Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Strategi promosi syarikat Lazada yang boleh usahawan online contohi

October 2, 2015 by sabree hussin 5 Comments

Nama Lazada memang dah tak asing lagi sebagai laman web membeli belah antara yang terbesar dan popular di Malaysia. Boleh jadi, anda yang sedang baca catatan ini juga pernah membeli sekurang-kurangnya satu produk di laman web ini.

 

beli_punching_ball Ya saya juga pernah beli barang dilaman web ini. Produk pertama yang saya beli dilaman web ini ialah alat bantuan senaman punching ball. Gambar dia macam yang kat sebelah ni.

 

Mula-mula saya plan nak beli punching bag. Namun disebabkan keadaan rumah saya yang kurang kondusif untuk pasang punching bag, jadi saya pun cari alternatif lain.

 

Satu hari tu, saya terjumpa pulak produk punching ball macam yang kat sebelah ni. Siap dengan sarung tangan. Seperti biasa, sebelum beli, dah tentu saya juga buat survey untuk lihat berapa harga pasaran, dan saya dapati, harganya berbeza-beza mengikut manufacturing dan juga kualiti produk.

 

Disebabkan saya malas nak buang masa dan kos untuk survey, jadi saya buat keputusan untuk beli sahaja dari laman web Lazada. Ianya cepat, murah dan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu risau kedai tutup. In fact, tak perlu susah payah nak keluar rumah pun untuk shopping. Produk pun akan terus dihantar kerumah. Ini satu lagi poin kenapa ramai yang memilih untuk berbelanja di laman web Lazada.

 

“Mahukah anda contohi beberapa strategi promosi yang digunakan oleh Lazada?”

 

Catatan ini saya tulis berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman saya berurusan dengan pihak Lazada. Saya percaya, disebalik pengurusan pihak Lazada, ada banyak lagi strategi-strategi perniagaan yang masih saya tak tahu. Tak ada masalah, sebabnya dalam perkongsian kali ini, saya hanya ingin kongsikan apa yang kita boleh nampak dengan jelas, tetapi masih ramai lagi usahawan online yang tak contohi kaedah dan strategi perniagaan Lazada ini.

 

Jom kita teliti beberapa poin yang mana saya percaya jika anda juga praktikkan, ia pasti akan beri nilai tambah kepada perniagaan anda sekarang.

 

1. Tawaran diskaun untuk pelanggan kali pertama buat pembelian

Tahukah anda. pihak Lazada sebenarnya menawarkan potongan harga sebanyak 15% untuk mana-mana produk yang anda beli di laman web mereka, jika ini merupakan kali pertama anda membeli belah di laman web mereka? Tak percaya? Boleh lihat disini.

teknik_promosi_lazada

Pop up seperti diatas ini akan muncul jika anda melayari laman web Lazada menggunakan laptop ataupun PC.

 

2. Lazada juga simpan database pelanggan

Kenapa pihak Lazada meminta anda masukkan alamat emel anda untuk dapatkan voucher 15% off? Jawapannya adalah supaya pihak Lazada dapat kekal berhubung dengan anda menerusi emel dari masa ke masa. Sama ada untuk tujuan pemberitahuan promosi terbaru, ucapan selamat hari raya dan banyak lagi. Senang kata, bila dah ada alamat emel pelanggan dan prospek, mereka boleh hubungi pelanggan pada bila-bila masa.

 

Perkara yang sama jugalah yang biasa saya tuliskan berulang-ulang kali dalam blog ni. SIMPAN DATABASE PELANGGAN.

 

 

Tak kisahlah, sama ada anda nak buat bisnes secara serius atau cuma untuk suka-suka. Apabila anda dah ada senarai emel dan database pelanggan, anda boleh buat sebarang bisnes online dengan mudah. Jika anda takut dan risau akan dikenakan bayaran yang mahal untuk melanggan software yang boleh bantu anda kumpul senarai emel prospek, anda boleh dapatkan sistem autoresponder percuma dari emelmatik.

sistem_autoresponder_emelmatik

Anda tak perlu buat sebarang bayaran selama 365 hari, dan apabila anda telah puas hati dengan prestasi sistem autoresponder ini, waktu tu barulah anda buat keputusan sama ada nak terus gunakan servis ini ataupun tidak. Saya percaya, jika anda gunakan sistem autoresponder dengan betul dan bina senarai database pelanggan, anda boleh nampak pulangannya dalam masa yang pantas.

 

3. Lazada turut beriklan di laman web media sosial

Dibawah ini pula adalah contoh iklan dari pihak Lazada yang keluar di newsfeed laman Facebook saya.

 

“Anda rasa iklan FB Ads tidak membantu untuk mendapatkan jualan?” Fikirkan semula. Kalau tak berkesan, tak mungkin syarikat besar seperti Lazada ini masih lagi beriklan di laman media sosial.

lazada_iklan_lenovo3

Kaedah pengiklanan di media sosial masih lagi berkesan. Kaedah ini akan terus berkesan selagi mana pengguna internet masih lagi sokong dan meluangkan masa untuk bersosial di laman web media sosial tersebut.

 

 

4. Fungsi retargetting

Saya pernah tulis tentang kaedah pengiklanan menggunakan konsep retargetting sebelum ini dalam blog ini. Jika anda masih belum pernah baca, boleh lihat penulisan saya sebelum ini yang bertajuk

Apakah strategi pengiklanan yang Lazada guna untuk hasilkan jualan RIBUAN RINGGIT setiap bulan?

 

Dalam kaedah retargeting, kita akan set iklan kita supaya hanya boleh dilihat oleh individu yang pernah melakukan tindakan mudah dilaman web jualan kita, sama ada pernah klik, pernah view dan sebagainya. Lazimnya, konsep retargeting yang biasa di amalkan ialah, kita akan target individu yang pernah klik pada sesebuah laman web dan melihat sesuatu ofer, dan individu ini akan kita sasarkan supaya melihat iklan produk yang sama berulang-ulang kali.

 

Menariknya ialah iklan ini akan kelihatan seperti mengejar pelanggan ini, walau kemana sahaja pelanggan ini pergi. Apa jadi bila pelanggan yang sama asyik melihat produk yang sama walau dimana sahaja beliau pergi? Produk tu pulak memang produk yang dia nak beli dan perlukan sangat-sangat.

 

Ya besar kemungkinan pelanggan ini pasti akan cair dan terus buat pembelian. Dalam contoh ini, walaupun tak buat sebarang proses follow up, tetap masih ada peluang untuk dapatkan jualan dari pelanggan yang sama. Iklan yang mengejar pelanggan yang sama ini juga memberikan kesan seolah-olah kita sedang melakukan follow up. Pelanggan tak sempat nak lupakan tawaran produk yang kita berikan.

 

 

5. Buka tawaran untuk sertai sebagai ejen affiliate

Adakah anda tahu, pihak Lazada juga membuka tawaran kepada orang ramai yang berminat untuk jadi ejen affiliate? Jika anda juga berminat nak jadi ejen affiliate bagi pihak Lazada, boleh buat pendaftaran menerusi link berikut.

http://www.lazada.com.my/affiliate/

laman_buat_duit_lazada

Sebagai affiliate, anda akan dibayar sekitar 7 – 12% komisyen sekiranya terdapat pembelian menerusi link affiliate anda. Ya… 7 – 12% memang tak besar mana. Saya juga setuju dan bersependapat dengan anda.

 

Namun, apabila kita mempertimbangkan fakta yang lazada menjual beribu-ribu produk dengan kepelbagaian harga, saya kira ini masih lagi boleh dikira sebagai good offer! Tugas kita bukannya susah mana sebagai affiliate. Hanya perlu bawa masuk trafik ke laman web lazada. Itu sahaja. Seterusnya pihak Lazada yang akan uruskan segala-galanya untuk kita.

 

Oh ketika anda bersikap

“sikitnya komisyen…”

“apa barang komsiyen ciput macam ni…”

 

Orang lain sedang sibuk mengumpul komisyen di laman web ini. Saya juga tak terkecuali ๐Ÿ˜€

buat_duit_lazada

Ya saya masih newbie lagi dalam kerja-kerja buat duit dengan laman web Lazada. Ada banyak lagi yang saya perlu pelajari. Ada banyak lagi teknik-teknik promosi yang saya belum cuba… dan jujurnya, buat masa ni, saya juga masih belum buat promosi secara agresif lagi. In Shaa Allah, bulan ni saya akan lipat gandakan lagi usaha promosi. Doakan kejayaan saya ya ๐Ÿ˜€

 

Bayangkan, jika anda juga buka tawaran untuk ejen affiliate sertai perniagaan anda dan bantu promosikan perniagaan anda! Pastinya, jualan untuk syarikat dan perniagaan anda juga akan meningkat.

 

Bonus: Lazada selalu buat promosi harga runtuh setiap bulan!

Setiap bulan akan ada tawaran harga runtuh yang berbeza. Anda kena alert apa produk yang dijual dengan harga yang murah. Biasanya, siapa yang dah pernah subscribe dalam mailing list lazada, mereka akan tahu lebih awal bila lazada akan buat promosi potongan harga besar-besaran.

 

Baiklah, rasanya cukup panjang la kan perkongsian saya kali ini. Jadi, soalan saya buat para usahawan online, “anda dapat belajar sesuatu dari Lazada?”

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Masalah KRONIK yang perlu diubati segera oleh usahawan online yang masih baru
  2. Apakah strategi pengiklanan yang Lazada guna untuk hasilkan jualan RIBUAN RINGGIT setiap bulan?
  3. Nasihat untuk usahawan online yang ingin menjalankan perniagaan ecommerce
  4. Produk WAJIB Ada Untuk Semua Usahawan Online

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bagaimana promosi lazada, beli barang dari lazada, buat duit dengan lazada, lazada, strategi promosi lazada

Comments

  1. farzli says

    October 5, 2015 at 8:40 pm

    tang harga derang susah nak beat kalo xde modal besar..

    siap bleh bg off bile guna debit kad..

    yang lain ok kalo usaha umphh gituu

    Reply
  2. titan says

    October 5, 2015 at 10:40 pm

    seronok beli kat lazada ni..masa hujung tahun.

    memang murah gila gak la.

    Reply
  3. Uncle Zuan says

    October 6, 2015 at 11:08 pm

    power. cuma copy and paste je strategi diorang ni

    Reply
  4. cik Jaja says

    July 17, 2017 at 2:45 pm

    Saya nak cuba apply tips ini untuk bisnes saya, InsyaAllah.

    Doakan yang baik-baik semua ๐Ÿ˜€

    Reply
  5. SuriaPesona says

    February 26, 2019 at 2:17 pm

    Terima kasih amat berguna saya harap anda semua dapat berkunujg ke lazada shop saya Suria Pesona …. Banyak barang yang berkualiti untuk anda

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in