Nama Lazada memang dah tak asing lagi sebagai laman web membeli belah antara yang terbesar dan popular di Malaysia. Boleh jadi, anda yang sedang baca catatan ini juga pernah membeli sekurang-kurangnya satu produk di laman web ini.
Ya saya juga pernah beli barang dilaman web ini. Produk pertama yang saya beli dilaman web ini ialah alat bantuan senaman punching ball. Gambar dia macam yang kat sebelah ni.
Mula-mula saya plan nak beli punching bag. Namun disebabkan keadaan rumah saya yang kurang kondusif untuk pasang punching bag, jadi saya pun cari alternatif lain.
Satu hari tu, saya terjumpa pulak produk punching ball macam yang kat sebelah ni. Siap dengan sarung tangan. Seperti biasa, sebelum beli, dah tentu saya juga buat survey untuk lihat berapa harga pasaran, dan saya dapati, harganya berbeza-beza mengikut manufacturing dan juga kualiti produk.
Disebabkan saya malas nak buang masa dan kos untuk survey, jadi saya buat keputusan untuk beli sahaja dari laman web Lazada. Ianya cepat, murah dan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu risau kedai tutup. In fact, tak perlu susah payah nak keluar rumah pun untuk shopping. Produk pun akan terus dihantar kerumah. Ini satu lagi poin kenapa ramai yang memilih untuk berbelanja di laman web Lazada.
“Mahukah anda contohi beberapa strategi promosi yang digunakan oleh Lazada?”
Catatan ini saya tulis berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman saya berurusan dengan pihak Lazada. Saya percaya, disebalik pengurusan pihak Lazada, ada banyak lagi strategi-strategi perniagaan yang masih saya tak tahu. Tak ada masalah, sebabnya dalam perkongsian kali ini, saya hanya ingin kongsikan apa yang kita boleh nampak dengan jelas, tetapi masih ramai lagi usahawan online yang tak contohi kaedah dan strategi perniagaan Lazada ini.