Saya percaya, entiti perniagaan yang besar seperti Lazada mempunyai pelbagai strategi bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Salah satu strategi pemasaran yang saya ingin highlight dalam artikel pada kali ini ialah mengenai strategi remarketing atau re targeting.
Kalau satu masa dulu, strategi ini hanya mampu dilakukan oleh mereka yang faham bahasa komputer, yang faham istilah HTML, coding dan sebagainya. Namun kini tidak lagi. Anda kini mampu menggunakan strategi remarketing seperti yang dilakukan oleh syarikat besar seperti Lazada untuk menghasilkan jualan bernilai ribuan ringgit dengan bantuan software Instant Retargeter ini. [klik sini untuk melihat spesifikasi software]
Screenshot kat atas ni ialah screenshot laman web Lazada.
Anda pernah beli sebarang produk yang dijual di Lazada?
Saya PERNAH. Malahan, dah BANYAK KALI saya beli barangan yang dijual di Lazada. Saya nak cerita tentang produk pertama yang saya beli di Lazada. (dan macam mana saya boleh TERbeli produk tu)
Ini dia gambar produk pertama yang saya beli di Lazada…
(err… saya maksudkan yang kaler merah depan ni, bukan botol air dengan ubat nyamuk Fumakilla kat belakang tu ye)
.
..
Akhirnya saya “terkena” dengan perangkap LICIK Lazada
Dah lama saya terfikir nak dapatkan satu alat senaman bagi kegunaan saya sendiri. Cuma saya tak decide lagi sama ada nak beli punching bag, dumbell ataupun punching ball.
Satu hari tu, saya bukak laman web lazada.
Niat dihati cuma nak browsing through je. Langsung tak ada niat nak beli apa-apa.
.
..
Antara yang menarik perhatian saya ialah produk punching ball. Pertama, sebab dia ringan. Mudah untuk dibawa kemana-mana dan dia tak memerlukan ruang yang besar. Kalau macam punching bag ni, saya perlu gantung di siling… masalahnya, tempat saya tinggal ni tak ada tempat yang sesuai nak gantung punching bag.
Macam biasalah…
Sebagai bakal pelanggan, sebelum saya buat sebarang tempahan secara online, ada banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum beli. Antaranya…
1. Apa spesifikasi produk ni
2. Berapa harganya
3. Macam mana dengan kualitinya
4. Cara pemasangan produk ni? Susah ke senang?
5. Produk alternatif
6. Ada lagi tak yang lagi murah
7. Adakah penghantaran PERCUMA?
8. Boleh buat COD atau tak?
… eh standard la. Sebelum beli apa-apa barang secara online memang la macam ni. Kita bukannya boleh sesuka hati terus beli barang yang kita nak tu.
Yang peliknya, bermula saat saya mula baca tentang produk ini di Lazada, boleh kata hampir SETIAP HARI saya akan bukak laman web Lazada dan baca tentang PRODUK YANG SAMA.
Sebab apa boleh jadi macam ni?
.
..
Saya ni seorang internet marketer. Masa saya banyak dihabiskan dihadapan laptop untuk jalankan kerja-kerja pemasaran. Ok, salah satu laman web yang paling kerap saya lawati ialah facebook. Biasanya, bila saya take a break dalam 5 minit macam tu, saya akan scroll scroll newsfeed.
Dan salah satu benda yang memang tak asing lagi bagi saya ialah iklan dari Lazada ni sendiri.
Nampak tak iklan Lazada tu?
Dalam banyak-banyak perkara yang menarik di newsfeed saya, YANG PALING MENARIK dan yang paling buatkan saya TERTARIK dah tentulah iklan produk Punching Ball dari Lazada ni.
Sebabnya?
Saya dah ada keinginan nak beli produk ini. Cuma masanya kurang sesuai untuk saya terus beli. Jadi, bila hampir setiap masa, iklan yang sama asyik muncul di newsfeed saya… lama kelamaan apa jadi?
Deal.
Saya “terpaksa” dan “terbeli” satu. ha ha
Inilah dia yang dinamakan sebagai ‘Retargeting” ataupun “Remarketing”.
Kita mensasarkan konten iklan kita kepada individu yang sama, berulang-ulang kali disebabkan individu tersebut pernah
1. Tunjuk minat pada produk yang kita iklankan
2. Pernah melayari laman web jualan kita dan baca ayat jualan kita
.
..
Apa beza kaedah marketing biasa dan retargeting ni?
Simple.
Kaedah marketing biasa, kita mensasarkan iklan kita kepada individu yang berbeza setiap hari. Atau mungkin kita akan mensasarkan iklan kita kepada individu yang sama, sedangkan orang tu tak tunjuk sebarang minat langsung pada produk kita.
Berbeza dengan pendekatan retargeting ini.
Iklan kita hanya akan diulang siar untuk tatapan mereka yang pernah tunjuk minat pada produk kita.
Satu masa dulu, nak jalankan strategi remarketing ini memang agak sukar. Ada macam-macam perkara yang anda perlu tahu. Paling tidak, akan kena tahu macam mana nak bina laman web, macam mana nak edit HTML code dan sebagainya.
Tapi sekarang ni, proses yang leceh ni dapat dipermudahkan dengan adanya software Instant Retargeter ini.
.
..
Cara tradisional (tanpa menggunakan software Instant Retargeter) untuk jalankan strategi pengiklanan retargeting
Ini cara-caranya.
Anda klik pada Ads Manager dan anda klik pada Audience. Kemudian anda pilih Create Audience.
Pilih Custom Audience.
Kemudian anda pilih website traffic.
Kita pilih Website Trafic sebab kita nak retarget mereka yang pernah klik dan akses laman web yang kita sedang promosikan.
Kemudian anda tanda tick pada kotak terms and condition dan seterusnya tekan klik pada Create Web Remarketing Pixel
Paparan seperti dibawah pula yang akan kelihatan
Lihat anak panah bewarna merah.
Copy dan paste keseluruhan kod diatas pada laman web jualan anda. Saya percaya, jika anda sememangnya dah biasa dengan kerja-kerja coding seperti ini, ia bukannya satu masalah yang besar. Senang je nak buat.
.
..
Tapi AWAS.
Kalau anda silap buat, keseluruhan laman web jualan anda akan jadi bermasalah nanti.
Maka kat sinilah pentingnya anda menggunakan software Instant Retargeter. Lupakan terus hal-hal leceh dan remeh tentang coding ni sebabnya software itu sendiri akan lakukan untuk anda. Anda hanya perlu copy dan paste sahaja untuk menggunakan software Instant Retargeter ini.
.
..
Beberapa minit sebelum saya hasilkan catatan ini, saya sebenarnya sedang mempertimbangkan untuk beli handphone jenama Lenovo.
Lihat pada yang ada tulisan BUY NOW tu.
Saya tertarik dengan model tu, sebabnya ada perkataan NEW ARRIVAL.
Maka saya pun baca description atau penerangan tentang model ini.
Saya masih belum bercadang nak beli. Namun, kalau nak kata sama ada saya berminat atau tidak… dah tentulah saya berminat nak beli satu lagi handphone. (saya nak masukkan simkad BestMobile dalam phone baru ni)
Sama juga kes dengan punching ball tu tadi.
Selepas saya baca tentang produk ini di laman web Lazada, saya perasan iklan tentang produk ini seolah-olah IKUT dan selalu KEJAR saya walau dimana-mana saya pergi!
Ini di Facebook
.
..
Ini pulak iklan di laman web berbahasa Inggeris yang selalu saya kunjungi!
Iklan kat atas ni lagi Best!
Sebabnya untuk produk yang SAMA ada pulak ditawarkan DISKAUN.
Apa yang penting yang saya nak ceritakan ialah, selepas saya baca tentang sesuatu produk, iklan produk tersebut seolah-olah mengikut walau dimana sahaja saya pergi!
Kesannya seperti, selagi saya tak beli, selagi itu saya akan dibayangi oleh produk yang saya memang berminat nak beli!
.
..
Adakah anda tahu, lazimnya bakal pembeli akan membaca laman jualan anda sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali sebelum mereka setuju untuk teruskan dengan PEMBELIAN?
Atas sebab yang sama, mana-mana marketer WAJIB lakukan proses FOLLOW UP bagi memastikan prospek mereka tidak terlupa tentang tawaran, laman jualan dan produk atau perkhidmatan yang anda sedang promosikan.
Jika anda sudah mempunyai mekanisme untuk melakukan follow up, maka tak jadi masalah. Selalunya, untuk mereka yang amalkan kaedah database marketing, memang tak ada masalah untuk buat follow up.
Namun, bagaimana pula untuk mereka yang bergantung 100% kepada pengiklanan FB Ads semata-mata? Memang MUSTAHIL nak buat follow up.
Berita baiknya ialah, apabila iklan yang SAMA asyik muncul di newsfeed prospek anda, ini juga bakal menghasilkan kesan yang lebih kurang sama seperti anda buat follow up.
.
..
Tentang software Instant Retargeter
Software ini memang POWER dan saya tak nafikan keupayaan software ini dalam membantu kita semua dalam melakukan kerja-kerja retargeting.
Walaubagaimanapun, ia mungkin bukan untuk semua orang.
Fahamkan dulu bagaimana software Instant Retargeter ini bekerja sebelum anda muat turun software ini.
Anda perlu mempunyai bajet untuk pengiklanan berbayar FB Ads untuk menggunakan software ini.
.
..
Baiklah, jika anda ingin muat turun software ini, boleh berbuat demikian di laman web ini.
Saya doakan semoga sales anda bertambah baik selepas menggunakan software ini.
terkena juga ya tuan sabree dengan lazada ni
Ha ha terkena jugak.
Sebab tu untung siapa yang jadi affiliate untuk Lazada ni. Sistem Lazada ni POWER
strategi mereka patut kita pelajari dalam bidang pemasaran
Oh patutlah..nyaris-nyaris terkena. Memang licik lah 🙂
Artikel yang penuh manfaat. Terima kasih Tuan Sabree.
Siapa yang nyaris-nyaris terkena ni biasanya sebab dia memang ada keinginan dan memang minat nak beli produk tu
Patutlah asyik nampak je iklannya sepanjang masa. Saya biasa lihat Agoda sebab pernah buat carian Langkawi. Kes sama jadi macam tuan.
Nak tanya sikit, kalau bukan jenis shopping cart macam Lazada, macam mana nak buat re-targetting ini? Macam blog post atau page.
Boleh, just masukkan pixel code seperti dalam gambar kat post ni. Kalau rasa leceh, pakai je software Instant Retargeter tu
sebab dorang hantar bot ke komputer ke bro..hehehe
diorang guna sistem cookies, macam konsep affiliate jugak.
cookies ni akan ditanam di pc kita. sebab tu kita akan asyik nampak iklan yang sama je
korang sumer pernah dengar tak “cookies”???????
x berapa faham. ni fb ads kan?
Ya
Tuan Sabree, so kena ada website la kalo nak buat ni ye? kalo takde web, downloads software ni still boleh membantu ke? Minta pencerahan tuan dari saya yg newbies ni…:)
Masih boleh guna. Boleh tengok kat web ni –> http://www.sabreehussin.com/instant-retargeter ada diterangkan cara penggunaan software ni. Tuan tonton video sampai habis
En Sabree, saya org pramerdeka jdtkpndailah biz online ni….tp saya buat tune talk tone excel… Tuan boleh bantu sayatk utk buat iklan online…simple2 je.. Tk nak yg komplek2..
wah strategi LAzada didedahkan disini semoga banyak yang terbantu dengan hal ini
Begitulah harapnya tuan. Semoga ada yang beroleh manfaat dari penerangan dalam artikel ni
oo ada software Instant Retargeter yea untuk target produk kita terjual…bagus juga cara ni kalau nak menjual kat fb…
sangat2 membantu. saya dh download copy dominasi FB. terima kasih daun keladi. lain kali saya datang lagi.
hehe. oh, sy share post ni ye. terima kasih 🙂
retargeting ni ibarat saka yang menghantui pelawat sampai la dia beli produk yang pernah dia klik.
wah bnyaknya strategi pengiklanan syarikat online lazaada. smog terus success!
taktikal biasa syarikat macam diorang nih.
hoho
terima kasih atas maklumat yang dikongsikan di atas…
baca post ni terus senyum sorang2. pasal selalu terkena gak. browse suka2 kat zalora pastu bila masuk fb, ads tu di kuar kat tepi. 🙂
Nak remove iklan tu senang je, clearkan cookies. Settle dah
akan dicuba. terima kasih atas perkongsian ini..
Salam tn Sabree,
Ada buat servis pemasangan pixel ni tak?
Wahh menarik nie!
Saya nak cuba nak cuba 😉