UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Hanya perlu share link dan anda akan dibayar RM50 SETIAP BULAN minima!

June 26, 2015 by sabree hussin 8 Comments

Jika anda telah menepati terma dan syarat.

 

Dari segi konsep, kaedah penjanaan pendapatan secara online seperti ini memang mudah. Anda tak memerlukan kemahiran mengendalikan sistem perkomputeran sehingga ke tahap seorang programmer. Kalau anda kata, kemahiran komputer anda setakat pandai untuk copy paste, itu pun dah memadai.

 

Semua orang ada peluang yang sama untuk berjaya. Cumanya, pendapatan yang akan dicapai oleh setiap orang tu sahaja yang mungkin akan berbeza-beza. Ikut pada sejauh mana dia sanggup berusaha. Kebiasaannya, benda yang senang nak buat ni la yang orang kita akan buat sambil lewa. Eh saya tak kata anda, saya cakap pasal diri saya sendiri.

 

Ok kisah dia macam ni, dua hari lepas, saya ada tulis tentang satu program yang membayar ahlinya pendapatan sekiranya ahli tersebut membantu mempromosikan iklan-iklan yang disediakan oleh pihak pengendali program. Program tersebut ialah Program Pengiklanan 8Share. Buat yang memang dah berpengalaman, dan dah biasa dengan program-program macam ni, anda boleh skip entri ni dan baca entri saya yang lain.

 

Entri ni saya tulis khas buat yang masih belum pernah buat sebarang duit di internet. Buat yang memang dah pandai tu, bolehlah tambah-tambah sikit info kat bawah ni.

 

Ini income saya di 8share pada 24 Jun 2015

buat_duit_8share

 

Kat bawah ni pulak, income 8share saya pada 26 Jun 2015

buat_duit_tanpa_modal_8share

 

Dalam masa lebih kurang 2 hari, pendapatan saya ada peningkatan sebanyak RM2.60

Ha ha ok fine

Bukan RM260. Dua ringgit 60 sen je.

Saya ingat, kalau saya nak claim pendapatan saya naik 3 angka pun tak ada masalah kot ha ha

Ps: Korang baik-baik sikit la dengan sifu sifu yang katanya income dia tiga angka la, 4 angka la, 5 angka la, tanya betul-betul kat diorang ni, apa maksud dia dengan 3 angka tu.

 

Baiklah, kembali kepada topik asal. Ini adalah contoh-contoh iklan yang kita perlu share dan dapatkan klik sebagai syarat untuk kita dapat komisyen dari program ni.

buat_duit_8share

 

Sesetengah kempen iklan memang mudah nak dapatkan klik. Copy je link dia, kemudian paste dekat FB, terus ada ramai yang nak klik. Tanpa perlu bersusah payah langsung. Setiap klik pula, saya dibayar sebanyak 20 sen. Namun, ada juga sesetengah kempen iklan, cukup payah untuk di klik oleh orang lain.

 

Sama ada iklan tersebut tak menarik, tak relevan dengan audience ataupun sebab orang yang tengok iklan tu dah tau, kalau dia klik je iklan tu, nanti anda akan dapat duit. Ha ha at least saya kadang-kadang ada rasa macam tu.

 

Kenapa saya suka dengan 8share?

Saya bukanlah seorang yang betul-betul aktif mempromosikan program 8share dan juga mempromosikan iklan-iklan dari 8share ni. Tak… saya tak termasuk dalam kategori tu. Saya juga bukanlah seorang yang menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan dengan 8share. Walaubagaimanapun, saya dah beberapa kali menerima bayaran dari program ini. Jadi, saya tak ada lah rasa kekok untuk bercerita tentang program ini, sebabnya ia memang betul-betul membayar ahlinya (bila dah cukup syarat)

 

Satu perkara yang buatkan saya suka dengan 8share ni ialah, dari kempen-kempen iklan yang disediakan di member area tu sebenarnya memberi saya peluang untuk mengukuhkan lagi asas dan kemahiran copywriting saya.

 

Eh ada kaitan ke? Mestilah ada kaitan.

 

Selama ni, bila saya tulis iklan pendek bagi tujuan melatih skil asas penulisan headline, saya boleh lihat sama ada ianya bagus atau tidak dengan cara melihat berapa ramai yang klik pada ayat iklan tersebut, berapa ramai yang tekan like, share dan sebagainya. Tetapi, bila saya ubah pendekatan, kali ini saya nak berlatih tulis headline dengan mempromosikan iklan-iklan dari 8share, bukan sahaja saya boleh dapat like dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama saya boleh dapat juga income dari program ini.

 

Walaubagaimanapun, tiada kemewahan segera dalam program ini. Setiap klik yang genuine, sah, dan valid anda hanya akan dibayar sebanyak 20 sen sahaja. Jadi, kalau anda membayangkan pendapatan sehingga ribuan ringgit, bermakna anda juga perlu dapatkan klik sehingga puluhan ribu klik banyaknya.

1 klik = 20 sen

10 klik = RM2

100 klik = RM20

1,000 klik = RM200

10,000 klik = RM2,000

 

Jika anda ingin mencuba, apa salahnya. Daftar pun sangat mudah. Hanya perlu klik sini.

 

Nanti bila dah mula dapat hasil, jangan lupa share dekat kawan-kawan lain pula dan ajar mereka pula macam mana nak buat duit macam yang anda berjaya dapat tu ya.

Ok entri ni sebenarnya adalah kesinambungan artikel terdahulu berjudul: Adakah anda mencari Program Buat Duit yang semudah kongsikan link dan dapatkan klik?

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Adakah anda mencari Program Buat Duit yang semudah kongsikan link dan dapatkan klik?
  2. Program Affiliate Pay Per Lead: Anda dibayar RM5 untuk setiap yang mendaftar
  3. Cash Out 8share Sasaran Bulan May
  4. Apakah strategi pengiklanan yang Lazada guna untuk hasilkan jualan RIBUAN RINGGIT setiap bulan?

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit 8share

Comments

  1. Junaidy Jaimi says

    June 27, 2015 at 1:58 pm

    Dulu seronok dengan 8share ni, da lama x tengok akaun..idea TSH ni best jugak..nak tiru haha.. ๐Ÿ˜›

    Reply
    • sabree hussin says

      June 27, 2015 at 7:13 pm

      Sila-sila, mana yang bagus dan menambahkan keuntungan, buat aje

      Reply
  2. Sani says

    June 28, 2015 at 7:15 am

    Bro : Kalau UPV tinggi boleh sangatlah ambil program amcam ni..

    Reply
  3. Azzahairi says

    June 29, 2015 at 10:12 pm

    Dulu selalu buat masa kat kampus, memang dorang byr ๐Ÿ™‚

    Reply
  4. Uncle Zuan says

    June 29, 2015 at 10:32 pm

    dlu buat yang lbh kurang ngan 8share ni, churp2. 2 tahun buat, tak cukup2 nak cashout huhu

    Reply
  5. tuan aiman says

    June 29, 2015 at 10:56 pm

    Menarik je kan. macam-macam cara nak dapat duit . nanti saya follow tuan sabree..

    Reply
  6. pokok tin malaysia says

    June 30, 2015 at 11:55 pm

    salam perkenalan..

    info yang menarik..

    Reply

Trackbacks

  1. Panduan buat duit online untuk orang yang baru nak bermula says:
    September 17, 2015 at 7:35 am

    […] contoh, anda mula dengan program seperti 8share. Untuk buat duit dengan progam seperti ini, anda hanya perlu kumpul seberapa banyak klik pada link […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in