Baru-baru ni, (dalam bulan Februari 2018 ni) saya ada download dan install game Mobile Legends ke dalam phone saya. Nama Mobile Legends ini memang selalu disebut-sebut, terutama sekali dalam social media.
Jadi saya pun install dan cuba main game ni.
By the way, ada ke pembaca dan pelawat blog ni yang mungkin berminat nak buat duit dengan game Mobile Legends ni? Kalau ada, mungkin anda boleh buat cara ni.
Semasa anda main game ni, pastikan anda buat rakaman skrin. Lepas tu, hasil rakaman tu anda upload sahaja di laman web Youtube. Siarkan iklan dari Google Adsense. Duit anda akan datang dari program pengiklanan Google Adsense.
Selain daripada melalui program pengiklanan Google Adsense, cara kedua yang anda boleh gunakan adalah dengan mempromosikan produk-produk yang berkaitan dengan game Mobile Legends yang ada dijual di laman web ini.
Game ni sebenarnya dah beberapa tahun usianya. Cuma saya je yang baru nak berkenalan dan baru nak mula main game ni. Kiranya, ada banyak juga yang saya tak berapa tahu tentang game ni.
Buat masa ni, saya main untuk suka-suka je. Sambil-sambil tu, mungkin ada a few things yang dapat saya pelajari dari game ni.
Selalu baca buku The Art of War yang ditulis oleh Sun Tzu, rasa macam agak susah nak faham falsafah disebalik teknik-teknik dan strategi peperangan yang dimuatkan dalam buku tu. Tetapi, bila main game ni, In Shaa Allah akan lebih mudah nak faham tentang teknik peperangan.
Hero yang paling serasi dengan saya
Untuk main game ni, kita perlu pilih dari senarai, hero apa yang kita nak mainkan. Setiap hero ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing.
Selain perlu tahu cara untuk gunakan skil setiap hero, anda juga perlu faham bagaimana untuk mengeluarkan potensi terhebat hero tersebut.
Dalam banyak-banyak hero yang ada dalam game ni, saya rasa watak Miya yang paling sesuai dengan saya.
Nak kata watak Miya ni paling kuat dalam game Mobile Legends ni, saya rasa ianya tak berapa tepat. Kalau ikutkan, ada banyak hero lain, yang dengan senang-senang mampu bunuh karekter ni.
Tetapi, pada saya la kan, selepas saya guna beberapa hero yang ada dalam game ni, saya rasa lebih mudah untuk menang sesuatu perlawanan bila guna watak Miya ni.
Walaubagaimanapun, masih ada banyak lagi hero dalam game Mobile Legends ni yang saya masih belum cuba. Maklumlah, saya pun masih baru dalam game ni. Masih banyak yang perlu dipelajari.
Setakat ini, kerap berlaku Malaysia menentang Indonesia.
Negara lain pun ada juga, cuma mungkin saya belum berkesempatan nak jumpa lagi. Mungkin kalau lagi lama main game ni, makin banyak benda baru yang saya akan jumpa.
Agaknya la.
Sikap pemain Mobile Legends yang menjengkelkan
Game ni adalah cerminan dunia sebenar. Memang ada sikap pemain yang sangat mengecewakan. Ada beberapa yang sempat saya jumpa.
(1) Suka nak beraksi solo
Mungkin sebab nak tunjuk yang dia hebat? Ataupun sebab nak kumpul medal MVP. Entahlah… saya rasa memang tak ada masalah kalau nak beraksi solo. Saya pun kerap juga beraksi solo, terutama sekali bila guna Miya.
Cuma saya dapati, strategi nak beraksi solo ni tak berapa berkesan kalau pihak lawan gunakan strategi bergerak dalam kumpulan tiga orang dalam satu kumpulan.
(2) Orang yang kita back-up cabut lari dan biarkan kita yang mati
Ini satu sikap yang saya cukup menyampah. Dari jauh, dia sibuk nak minta back up. Tapi bila kita datang tolong, selamba je dia lari dari pertempuran dan biarkan orang yang datang tolong tu mati.
Bukan ke konsep back up ni, kita lawan sama-sama sampai semua musuh habis dikalahkan? Panggil back-up sebab nak larikan diri? Apa benda entah…
Dari sini, saya nampak, kenapa dalam Islam, kita tak boleh lari dalam medan pertempuran. Bila ada yang lari dari medan pertempuran, ia akan melemahkan semangat juang mereka yang masih berperang dan pada masa yang sama, ia juga akan membuatkan pasukan jadi lemah.
(3) Hero yang digunakan tak digunakan ikut kemampuan sebenar
Kadang-kadang saya akan mainkan peranan sebagai Support. Saya suka guna watak Estes dan juga Rafaela. Watak support ni, fungsinya adalah untuk… beri support la. Kalau ada rakan pasukan yang cedera, kita akan segera rawat. Bukannya untuk pergi ke barisan depan dan lawan musuh secara berdepan-depan.
Orang yang patut lawan musuh, sibuk nak menyorok dalam semak. Akhirnya terpaksalah hero Support ni yang pergi lawan berdepan-depan.
(4) Away From Keyboard atau AFK
Kadang-kadang line internet tak berapa baik. (Mungkin sebab tak pakai line TIME kot….)
Bila line tak berapa ok memang akan ada kejadian-kejadian seperti tiba-tiba ada player yang AFK. Hmm… patutnya, bila dah tahu line tak elok, tak payah la main game ni. Buat pasukan kalah je…
Adakah anda juga main game Mobile Legends ni?
Dalam game ni, saya gunakan nama SabreeHussin sebagai nama player saya. Saja saya pilih nama yang sama dengan nama blog ini.
Manalah tahu, ada dalam kalangan pemain Mobile Legends yang perasan, dan lepas tu bila dia search dekat Google, ada yang terjumpa blog ni pula. Setidak-tidaknya, nanti akan ada juga pembaca baru dari kalangan pemain game ni yang masuk ke dalam blog saya yang ini.
Ok… nak sambung layan Mobile Legends sekejap 🙂
Tuisyen di rumah says
Wah, tak sangka dengan main game pun boleh dapat income. Terima kasih penulis atas tulisan yang sangat menarik!
sabree hussin says
Ya, memang boleh dapat income… cuma kena kreatif sikit untuk olah dia supaya boleh jadi income
Baju Raya Bella Ammara says
macam hasben sy suke main ML niiii. hehhehehe
sabree hussin says
Jaga-jaga… jangan sampai ketagih game ML ni haha