Salam Tn Sabree, blog tuan amat menarik. Saya adalah ahli TE yang baru cuba fokus kepada pemasaran online. Setakat ini belum mendatangkan hasil lagi. Saya hanya menggunakan web replika (dari Tn Mazelan Abas) dan promosi melalui media sosial.
Apa pendapat tuan (kelebihan) untuk saya memiliki website sendiri? Saya berminat untuk mempromosikan TE secara online dengan sistematik dan berkesan.
Saya sekarang bekerja di tapak pembinaan Pengerang Johor dan ada masa terluang sedikit di sebelah malam.
Terima kasih Tuan
Sahabat Tone Excel anda
Kelebihan mempunyai laman web sendiri bagi tujuan pemasaran secara online. Kalau nak difikir-fikirkan sebenarnya memang ada terlalu banyak kelebihan. Sebab itu, sesiapa yang betul-betul serius nak buat pemasaran secara online, sangat digalakkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya sebuah laman web sendiri.
Tapi, tahukah anda, sebenarnya diluar sana terdapat terlalu banyak jenis dan konsep laman web yang anda boleh bangunkan? Setiap jenis laman web mempunyai kelebihannya yang tersendiri… oh dan juga ada beberapa kelemahan yang perlu anda tahu.
Jadi, instead of saya cerita dan senaraikan apa dia kelebihan-kelebihan mempunyai laman web sendiri, saya kira adalah lebih baik saya senaraikan beberapa contoh dan konsep laman web yang anda boleh bangunkan.
(1) Konsep Blog
Contohnya ialah laman web saya yang anda sedang baca sekarang ini. Laman web ini dibangunkan menggunakan sistem wordpress self hosted. Ini bermakna, saya perlu dapatkan nama domain dan hosting sebelum boleh mula bina laman web berkonsepkan blog seperti ini.
Kos langganan untuk domain dan hosting selama setahun boleh diperolehi dengan harga serendah RM60 setahun menerusi syarikat NetKL Network. Anggaran dari segi kos adalah lebih kurang 17 sen sehari.
Pada pendapat saya, blog adalah senjata pemasaran yang WAJIB ADA bagi setiap usahawan yang ingin memasarkan produk mereka secara online. Dari laman blog ini juga bakal pelanggan anda boleh mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang perniagaan anda, kemahiran dan kepakaran anda serta dapat mengenali diri anda dengan lebih dekat lagi.
Bakal pelanggan lebih selesa untuk berurusan dengan seseorang yang dikenali berbanding dengan individu yang dia langsung tak kenal. Jadi, dengan menggunakan blog, ini adalah salah satu cara terbaik untuk memperkenalkan diri anda kepada bakal pelanggan.
Pembaca dan pelawat akan mengunjungi laman web jenis blog ini apabila mereka terjumpa laman web anda semasa membuat carian kata kunci tertentu menggunakan laman carian seperti Google. Untuk mendapatkan lebih ramai pelawat blog yang berpotensi untuk ditukarkan menjadi pelanggan dengan cara ini, sedikit sebanyak perlu tahu cara untuk guna teknik Search Engine Optimization.
(2) Laman web keahlian (Membership Site)
Laman web jenis membership site memang sangat popular jika di luar negara. Tapi kalau kat Malaysia, saya rasa ia kurang mendapat sambutan.
Dalam konsep membership site ini, kita akan bina sebuah laman web dan para pelanggan perlu menjadi ahli di laman web tersebut. Keahlian perlu diperbaharui dalam sela masa yang ditetapkan oleh pemilik laman web. Contohnya, sebulan sekali. Ini bermakna, ahli perlu membuat bayaran setiap bulan kepada pemilik laman web membership site jika ingin terus mengekalkan status keahlian.
Jika anda ingin bangunkan laman web jenis ini, anda perlu berikan sesuatu yang bernilai kepada pelanggan sehinggakan mereka sanggup untuk terus menjadi ahli. Sebagai contoh
- Anda berikan ebook premium setiap bulan
- Anda beri akses untuk menggunakan software tertentu
- Anda berikan tips dan perkongsian premium setiap bulan
Apa yang penting ialah, anda kena berikan sesuatu yang bernilai, yang mana seseorang itu sanggup untuk bayar nilai tersebut. Untuk menggunakan membership site semata-mata untuk jual sesuatu barang mungkin tidak sesuai, tetapi kalau untuk tujuan mendapatkan audience ataupun mengumpul database, cara ini bolehlah digunakan.
Sekali lagi saya ingatkan, konsep membership site ini kurang popular di negara kita. Boleh jadi sebab penggunaan kad kredit yang masih belum begitu meluas lagi di negara kita ini.
(3) Direktori Pekerjaan (Job Directory)
Link: http://www.jobfia.com/
Ini salah satu projek yang saya hampir jalankan, namun terpaksa ditunda sampai ke hari ini. Saya berpendapat, kalau buat laman web jenis ini pun boleh buat duit. Akan tetapi buat masa ini, saya perlu fokus untuk bina laman web lain yang lebih menguntungkan.
In Shaa Allah, satu masa nanti apabila diberi kesempatan saya akan lancarkan juga projek ini. Laman web ini adalah laman web direktori kerja. Pengguna laman web ini adalah mereka yang inginkan kerja kosong yang boleh dilakukan secara online ataupun majikan yang perlukan pekerja.
Kalau anda biasa dengan konsep bekerja dari rumah, anda pasti biasa nampak laman web jenis ini.
(4) Direktori Iklan (Advertisement Directory)
Contoh yang popular ialah laman web mudah.my
Pengguna boleh gunakan laman web ini untuk mengiklankan hampir apa sahaja barangan dan juga servis secara online, asalkan ia masih lagi mengikuti terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak mudah.
Untuk bina laman web yang sebiji sama dengan mudah.my mungkin agak sukar. Tetapi, ada beberapa skrip yang anda boleh gunakan untuk hasilkan laman web iklan seperti ini, seperti Yclass, OSClass, Revive Adserver, dan GPixPixel.
Jangan risau dengan nama-nama software ini sebabnya anda boleh install laman web direktori iklan ini dengan mudah menggunakan perisian softaculous yang disediakan secara percuma apabila anda melanggan domain dan hosting dari NetKL Network.
(5) Ecommerce atau Shopping Cart
Konsep laman web seperti ini sesuai dibangunkan sekiranya anda menjual lebih daripada satu jenis produk. Sama ada anda merupakan pemilik kepada produk tersebut, ataupun anda adalah ejen dropship bagi produk tersebut, anda sesuai untuk menggunakan laman web berkonsepkan ecommerce.
Laman web Lazada Malaysia adalah satu contoh laman web yang menggunakan konsep ecommerce dalam perniagaan mereka. Anda boleh lihat di laman web ini terdapat beribu-ribu jenis produk berbeza yang dijual.
Sebahagian produk yang dijual di laman web ini adalah milik peniaga lain yang menjual menggunakan platform Lazada.
(6) Minisite
Konsep minisite sesuai digunakan sekiranya anda hanya menjual satu jenis barang sahaja. Ada beberapa perisian yang anda boleh gunakan untuk bina laman web jenis ini, antaranya ialah wordpress, Sistem Minisite Mudah dan juga Blogspot to Minisite.
Jika anda menggunakan sistem minisite mudah, kelebihannya ialah anda boleh anjurkan program affiliate anda sendiri tanpa perlu memasang skrip affiliate secara berasingan.
Minisite ini juga sesuai digunakan untuk bina squeeze page.
Baca juga: Apa itu Squeeze Page?
(7) Coupon Site
Fungsi laman web ini adalah untuk menyenaraikan semua jenis kupon diskaun yang boleh digunakan untuk tujuan pembelian secara online.
Saya perhatikan, konsep laman web seperti ini juga mula popular sejak akhir-akhir ini. Ramai juga pengguna internet yang mencari kupon diskaun apabila membuat pembelian secara online.
(8) Video Sharing
Konsep video sharing ni sama macam laman web Youtube, Daily Motion dan sebagainya. Pengguna bagi laman web ini boleh mencipta akaun peribadi dan seterusnya boleh upload video di laman web tersebut.
(9) Media Sosial
Untuk membina laman web berkonsepkan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya bukanlah satu tugas yang mudah. Ada banyak juga media sosial yang dicipta namun tidak berjaya mencapai kejayaan seperti yang dilakukan oleh Facebook.
Walaubagaimanapun, ini tak bermakna anda tidak boleh cuba bina laman web seperti ini. Mungkin anda hanya ingin sasarkan sejumlah pengguna tertentu sahaja untuk menjadi ahli di laman sosial milik anda.
(10) Autodownline
Kegunaan laman web ini adalah untuk membantu ahli-ahli yang join sesuatu program MLM atau network marketing untuk dapatkan downline secara automatik. Well… saya rasa semi-automatic kot. Sebabnya kita masih lagi perlu buat marketing barulah boleh dapat downline tu.
Atas ni salah satu contoh laman web yang dilengkapi sistem autodownline yang memang biasa digunakan dalam mana-mana laman web yang mempromosikan program MLM atau network marketing…
Kalau anda adalah pengguna simkad Tone Excel, boleh guna laman web Tone Express ni.
(11) Games Directory
Dalam laman web ini, anda hanya sediakan permainan online sahaja. Tak perlu nak buat yang susah-susah sebabnya anda boleh bina laman web yang menyenaraikan game jenis flash sahaja.
(12) Forum
Saya letak forum dekat hujung-hujung, sebabnya laman web jenis forum ni dah makin kurang popular. Apa tidaknya, pada hari ini nampaknya orang lebih suka spend time di media sosial. Berbincang di media sosial, berdebat di media sosial bergaduh pun di media sosial.
Mungkin juga, forum akan menjadi laman web yang dah tak relevan sikit masa lagi. Apapun, tanpa menidakkan kehebatan dan kepentingan forum yang pernah menjadi sumber ataupun medium pemasaran yang bagus satu masa dulu, saya masukkan sekali dalam sharing ini.
.
..
…
Saya berpandangan, untuk berjaya dalam perniagaan yang berkonsepkan seperti MLM ni, kita kena jadi unik dan mampu untuk beri tawaran-tawaran yang unik juga kepada bakal prospek.
Kalau cuma dapat beri sesuatu yang SAMA sahaja apabila dibandingkan dengan ahli-ahli lain, maka agak sukar untuk berjaya dalam situasi tersebut.
Salah satu cara untuk menjadi unik adalah dengan menggunakan laman web sendiri ketika membuat pemasaran. Secara tak langsung prospek anda dapat membezakan antara tawaran yang anda berikan berbanding orang lain yang turut mempromosikan produk atau servis yang sama.
Untuk permulaan, menggunakan laman web replika yang disediakan oleh upline juga adalah satu tindakan yang baik. Namun, untuk bergantung sepenuhnya tidaklah begitu digalakkan. Tunjukkan dan tonjolkan keunikkan anda dalam perniagaan ini. Itu lebih disarankan.
Semoga bermanfaat dan semoga anda belajar sesuatu dari sharing ini.
Leave a Reply