JIMATKAN kos penggunaan Autoresponder dengan servis dari Traffic Wave

by sabree hussin on August 28, 2015

in Advertorial

Salah satu perbelanjaan terbesar untuk para usahawan internet adalah kos langganan perkhidmatan autoresponder. Walaupun caj langganan adalah berbeza-beza antara syarikat penyedia autoresponder namun satu persamaan yang agak ketara ialah, cajnya akan makin bertambah dengan bertambahnya jumlah list emel yang anda kumpulkan.

 

“Adakah lebih besar saiz emel list lagi bagus?”

Jawapan YA dan juga TIDAK.

 

Secara teorinya, lagi besar saiz emel, ataupun lagi banyak senarai emel yang anda miliki maka apabila anda melakukan pemasaran emel, akan ada lagi banyak prospek yang akan terima emel dari anda. Jadi, dari situ, kebarangkalian untuk anda dapat lagi banyak untung adalah lagi besar.

 

Walaubagaimanapun, dalam konteks pemasaran emel yang sebenar, bukan saiz senarai emel sahaja yang perlu diperhatikan, malah ada beberapa lagi indikator yang perlu diberi perhatian seperti open rate, conversion rate, reply rate, click through rate dan sebagainya.

autoresponder_traffic_wave

 

Jika anda memiliki 10,000 senarai emel misalnya, tetapi setiap kali anda hantar emel, hanya 150 orang sahaja yang buka dan baca emel yang anda hantar, ini bermakna

Open rate anda hanyalah 1.5%

Baki lagi 9,850 orang tak pernah buka emel yang anda hantar

Mereka pun tak pernah peduli dan hiraukan dengan apa yang anda nak sampaikan dan kongsikan

… dan dalam senario ini, anda sebenarnya hanya mempunyai 150 emel yang responsif dan aktif. Bakinya hanya menyemak dan menambahkan kos langganan anda sahaja. Ia bukan sahaja tak berbaloi untuk disimpan malahan membebankan.

 

Cerita tentang sistem autoresponder Traffic Wave pulak. Sistem autoresponder ni adalah salah satu autoresponder yang terkenal dan banyak juga digunakan oleh para Internet Marketer dari dalam mahupun luar negara. Dari segi reputasi dan prestasi, ia tak kurang hebatnya berbanding lain-lain jenama autoresponder yang ada dipasaran.

 

7 sebab kenapa autoresponder Traffic Wave adalah pilihan TERBAIK

Tak kira sama ada anda adalah usahawan online yang menjual produk-produk sendiri, ejen dropship, affiliate marketer, ataupun seorang blogger, dengan memiliki sistem autoresponder sendiri, ia pasti dapat melonjakkan keuntungan anda.

 

Jika anda masih belum buat keputusan sama ada nak pilih autoresponder apa yang sesuai untuk keperluan aktiviti pemasaran anda, mungkin anda boleh pertimbangkan untung guna Traffic Wave. Saya beri anda 7 sebab untuk anda mencuba sendiri kemampuan sistem autoresponder ini.

 

1. 30 hari percubaan percuma

Anda akan diberikan tempoh trial selama 30 hari tanpa perlu lakukan sebarang pembayaran. Walaupun hanya trial account, dalam masa tempoh percubaan ini, anda boleh gunakan autoresponder Traffic Wave tanpa sebarang sekatan. Anda dapat function yang SAMA seperti yang berbayar.

 

Sekiranya anda rancang kempen pemasaran emel anda dengan baik, mengikut flow yang tepat, saya percaya anda boleh buat duit even pada hari yang ketujuh.

traffic_wave30 hari

 

Tempoh trial yang diberikan ni anda patut manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kumpul list sepantas yang mungkin, dan tak mustahil, pada hari ke 31, sewaktu anda dah kena bayar, anda boleh bayar gunakan duit daripada keuntungan selama menggunakan autoresponder ini dan tak perlu keluar duit sendiri.

 

2. Harga tetap dengan unlimited list emel

Autoresponder Traffic Wave mengenakan caj tetap tanpa mengambil kira berapa banyak list emel yang anda telah kumpulkan.

harga_traffic_wave

Rujuk: Traffic Wave pricing

 

Anda boleh lihat sendiri perbandingan caj penggunaan diatas. Ini yang saya sebutkan sebelum ini, iaitu kebanyakkan syarikat penyedia servis autoresponder akan mengenakan caj tambahan apabila jumlah list yang anda berjaya kumpul semakin bertambah.

 

Katakanlah, anda mempunyai 10,000 senarai emel dan anda dikenakan caj sebanyak USD75. Dengan mengambil kira kadar tukaran matawang pada hari ini, iaitu

kadar_tukaran_matawang

Anda akan dikenakan caj sekitar RM315++ setiap bulan. Pada saya, ianya bukanlah satu masalah yang besar, asalkan anda boleh jana wang lagi banyak dari yang anda perlu bayar. Namun, jika anda ada 10,000 senarai emel, kemudian cuma 10 orang sahaja yang buka emel, dan mungkin dari 150 orang tu pulak, hanya ada 2 -3 orang sahaja yang beri respons, maka anda dalam posisi yang kurang bernasib baik.

 

Pada saya, memang sangat tak berbaloi. Untuk setahun penggunaan, anda akan dikenakan caj sebanyak RM3,780 (RM350 x 12), itupun kalau matawang kita tidak semakin jatuh berbanding USD.

 

3. Mudah digunakan. Cepat dikuasai dalam 1 minggu

Sebenarnya satu minggu ni pun dah terlalu lama. Jika anda betul-betul fokus, fahamkan dan terus praktikkan, anda boleh kuasai penggunaan autoresponder ni dalam masa sepantas sehari.

 

4. Boleh bina landing page tanpa domain & hosting

Ini bermakna, autoresponder ini boleh digunakan serta merta pada hari pertama anda melanggan perkhidmatan ini lagi. Anda tak perlu keluarkan belanja tambahan untuk membeli pakej domain dan hosting. Hanya dengan menggunakan sistem autoresponder ini sahaja dah cukup untuk anda mula mengumpul list emel pelanggan.

 

Sebenarnya terdapat dua cara bagaimana anda boleh kumpul list tanpa domain dan hosting. Cara pertama adalah dengan mengintegrasikan penggunaan autoresponder dengan laman web blogspot. Laman web blogspot adalah percuma dan anda tak perlu beli domain dan hosting untuk menggunakan perkhidmatan dari blogspot.

 

Cara kedua untuk kumpul senarai list emel tanpa domain dan hosting adalah dengan menggunakan fungsi hosted capture pages yang disediakan oleh pihak Traffic Wave. teruskan pembacaan untuk lihat contoh hosted capture pages.

 

5. Banyak pilihan template landing page

template_landing_page

Anda boleh pilih mana-mana design untuk disesuaikan dengan kempen yang anda ingin lancarkan. Anda tak perlu risau tentang design, sebabnya anda hanya perlu ubah wording atau perkataan sahaja. Itu pun sudah memadai.

 

6. Tiada risiko emel masuk ke folder lain selain inbox

Emel anda akan masuk terus ke folder inbox. Bukannya folder SPAM ataupun junk. Sesetengah sistem autoresponder, apabila anda gunakan, emel akan selalu masuk ke dalam folder spam. Ini amat menyusahkan dan membazir masa anda mengarang ayat marketing yang power untuk dapatkan sales.

 

7. Boleh automated email follow up & broadcast

Dengan adanya fungsi automated email follow up, kerja-kerja pemasaran anda akan jadi mudah. Anda tak perlu susah payah nak fikir tentang follow up pelanggan dan sebagainya. Fokus anda hanyalah untuk pastikan prospek masukkan nama dan emel mereka dalam borang opt in.

 

Anda boleh lihat contoh borang opt in di laman web ini http://skripfb.informasi4u.com/

 

Perhatikan pada bahagian yang menyuruh anda untuk masukkan nama dan alamat emel. Itulah dia borang Opt In. Dengan adanya laman landing page seperti ini, anda hanya perlu promosikan link tersebut. Dapatkan prospek untuk masukkan nama dan alamat emel mereka seterusnya, sistem autoresponder ini yang akan jalankan kerja-kerja follow up secara automatik untuk anda. Proses inilah yang kita namakan sebagai automated follow up. Oh walaubagaimanapun, anda juga kena pastikan yang anda telah siap sedia dengan emel follow up terlebih dahulu untuk dimasukkan ke dalam sistem ya.

 

Lihat contoh dibawah:

automated_follow_up_emel

 

Ini adalah contoh emel follow up yang bakal diterima oleh prospek setelah mereka memberikan nama dan alamat emel mereka. Pada ruangan Days Delay itu pula adalah sela masa untuk prospek terima emel tersebut.

 

Fungsi broadcast emel. Dengan adanya fungsi ini, anda boleh menghantar emel secara pukal kepada seluruh subscriber atau biasa kita panggil sebagai mailing list anda pada bila-bila masa.

 

Sebenarnya agak sukar untuk saya terangkan satu per satu dari segi features dan function sistem autoresponder ini. Ia lebih mudah faham jika anda sendiri mencubanya dan dapatkan trial account anda disini. Saya percaya, anda akan lebih mudah faham apabila anda telah mencuba sendiri sistem autoresponder ini.

 

Baiklah, jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh juga kemukakan dibahagian komen ya ๐Ÿ˜€

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

titan August 31, 2015 at 5:56 pm

masih guna getresponse dan mailchimp.

selagi untung masih tinggi selepas tolak modal dari keuntungan..gua tak kesah guna yang berbayar.

Reply

Noriza Rahman October 7, 2015 at 6:21 pm

Memang bagus penggunaan broadcast email ni kan…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: