Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Tips memilih sistem autoresponder untuk kempen pemasaran emel anda

August 5, 2015 by sabree hussin 3 Comments

Pemasaran emel. Jika digunakan dengan cara yang tepat dan bersistematik, kaedah pemasaran ini boleh jadi berkali ganda lebih menjimatkan kos dan berkesan berbanding lain-lain kaedah pemasaran yang ada.

 

Secara ringkasnya, kaedah pemasaran emel adalah kaedah pemasaran menggunakan medium emel. Anda berkomunikasi dan menyampaikan mesej jualan untuk produk ataupun servis yang anda promosikan menerusi medium emel.

sistem autoresponder aweber

 

Kaedah pemasaran emel yang biasa digunakan oleh pengamal pemasaran emel

Situasi 1: Hantar emel kepada kenalan

Anda mungkin pernah simpan alamat emel kawan-kawan anda. Sama ada kawan masa sekolah, masa belajar kat universiti, atau kawan tempat kerja. Jadi, bila nak buat marketing kepada kawan-kawan ni, lazimnya ayat-ayat marketing yang akan digunakan lebih bersifat personal.

 

Situasi 2: Hantar emel kepada list address book anda

Dalam sistem emel, ada fungsi untuk save emel address mereka-mereka yang pernah berinteraksi dengan kita menerusi emel. Jadi, ini masanya untuk anda kembali berinteraksi dengan kawan-kawan lama yang mungkin dah lost contact selama ni. Walaubagaimanapun, contact kawan-kawan lama semata-mata nak promosikan barang bukanlah satu langkah yang bijak.

 

Situasi 3: Hantar emel kepada orang yang anda tak kenali

Pernah kan dapat emel yang dihantar secara pukal? Bila bukak senarai penerima, ada berpuluh-puluh emel dalam tu. Emel tu pulak anda boleh copy paste untuk kegunaan sendiri. Walaubagaimanapun, jika anda hantar emel promosi kepada mereka yang tak pernah beri kebenaran kepada anda, ia dipanggil spam.

 

Situasi 4: Beli senarai emel dan hantar emel satu per satu kepada mereka

Beli senarai emel. Lazimnya emel yang ada tu dikumpulkan dari pelbagai sumber. Cara ini kurang efektif, sebabnya dalam senarai emel tu bercampur emel dari luar negara dan emel fake. Lagipun, jika anda ada 1,000 senarai emel, leceh nak emel satu per satu. Ini pun masih lagi dikira spamming.

 

Situasi 5: Beli senarai emel dan hantar emel guna software email blaster

Cara ni lebih mudah berbanding cara pertama. Sebabnya, anda ada bantuan software yang akan membantu anda menghantar emel secara pukal. Maaf, ini pun spam.

 

Situasi 6: Kumpul senarai emel dengan bantuan sistem autoresponder

Inilah topik yang akan kita bincangkan dalam post ni. Gunakan sistem autoresponder untuk kumpul senarai emel secara sah. Inilah satu-satunya kaedah pemasaran emel yang bersih dari spam.

 

Situasi 7: Sewa senarai emel orang lain dan hantar emel kepada subscriber tersebut

Perkhidmatan ini agak popular kat luar negara. Tapi kalau di Malaysia, buat masa ni masih belum lagi ditawarkan.

 

Bagaimana memilih sistem autoresponder yang sesuai untuk perniagaan anda?

Apa yang penting sekali ialah sistem autoresponder pilihan anda tu nanti boleh melakukan fungsi-fungsi ASAS seperti

1. Hantar emel secara automatik dan berkala selepas prospek memberikan nama dan alamat emel

2. Boleh broadcast emel pada bila-bila masa

3. Emel yang dihantar akan masuk ke folder INBOX dan bukannya folder spam

 

Baiklah, jadi berikut ni pula ialah beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih untuk jadi pengguna bagi mana-mana sistem autoresponder

 

Pertama, ada FREE TRIAL

Lazimnya, syarikat autoresponder akan memberikan anda peluang untuk mencuba sistem mereka tanpa sebarang bayaran. Anda akan diberikan masa selama 30 hari untuk mencuba sendiri sistem autoresponder yang ditawarkan oleh syarikat mereka.

Sebagai contoh, Aweber menawarkan 30 hari FREE TRIAL. Klik sini untuk mencuba Aweber.

Manakala Emelatik, menawarkan tempoh percubaan PERCUMA selama 365 hari. Klik sini untuk mencuba Emelmatik.

 

Dalam tempoh percubaan inilah anda patutnya gunakan untuk memahami bagaimana proses flow, setting dan ciri-ciri istimewa yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat autoresponder. Jika, pada masa tempoh percubaan ini, anda merasakan sistem autoresponder tersebut sesuai dengan anda dan mudah dikendalikan, barulah anda upgrade kepada versi yang berbayar pula.

 

Dalam tempoh trial ni juga, anda sebenarnya dah boleh buat duit dengan pemasaran emel.

 

Kedua, kos penggunaan menepati bajet pemasaran anda

Servis autoresponder ini ialah servis berbayar yang anda perlu langgan. Jika anda menggunakan autoresponder daripada pihak emelmatik misalnya, anda boleh gunakan secara percuma untuk tempoh 365 hari sahaja. Kemudian, jika anda ingin terus gunakan sistem ini, anda perlu buat bayaran untuk upgrade.

 

Saya highlight isu mengenai kos penggunaan ni sebabnya pemasaran emel adalah proses pemasaran untuk jangka masa panjang. Mereka yang memberikan nama dan alamat emel kepada anda, kita panggil mereka sebagai subscriber ataupun mailing list.

 

Sebenarnya, tiada magic ataupun shortcut dalam pemasaran emel ini. Pendapatan anda hasil daripada buat pemasaran menerusi emel sebenarnya amat berkait rapat dengan sejauh mana subscriber anda PERCAYA dan YAKIN dengan mesej pemasaran anda. Adakah mereka selesa berinteraksi dengan anda? Adakah mereka suka baca emel-emel yang anda hantarkan kepada mereka? Semua perkara-perkara ni turut diambil kira.

 

Jika anda adalah seseorang yang sangat baru dalam bidang pemasaran, anda mungkin akan ambil masa yang lebih lama untuk nampak hasilnya. Anda tahu hal-hal berkaitan IT itu satu hal. Namun, jika anda tidak berapa familiar dengan topik marketing, anda mungkin akan ada masalah juga nanti.

 

Ramai jugak yang saya pernah jumpa, mereka kata pada saya

“Maaf cik Sabree, akak sebenarnya bab-bab IT ni kurang sikit…”

“Salam tuan, saya ni buta IT sebenarnya… boleh ke saya buat?”

 

Sebenarnya, pengetahuan tentang IT ni hanyalah satu part yang sikit sahaja. Apa yang lebih penting dari itu ialah part pemasaran.

 

Ketiga, autoresponder anda support fungsi Personalization

Personalization ini fungsinya adalah untuk menukarkan kod seperti ini [first_name] kepada nama prospek anda. Bila anda gunakan kod tersebut, automatik nama yang akan keluar adalah nama prospek anda. Jika anda ada 1,000 senarai emel, dan anda ingin hantar 1,000 emel secara pukal, setiap emel tu nanti akan secara automatik keluar nama yang berbeza-beza.

 

Keempat, support fungsi follow up emel dan broadcast

Inilah fungsi paling penting yang perlu ada pada sistem autoresponder.

Emel follow up ini adalah set emel yang akan diterima secara automatik oleh subscriber kita. Lazimnya, kita akan set sekitar 5 – 7 emel secara automatik. Kita akan susun ikut turutan, supaya diakhir emel tu nanti, subscriber tu tadi akan bertukar kepada pembeli.

 

Kelima, support HTML

HTML ni apa benda pulak ni? Fungsi HTML ini penting terutama sekali buat mereka yang nak masukkan design tertentu dalam kempen mailing list mereka. Sama ada nak masukkan gambar-gambar, video atau apa sahaja.

Daripada pengalaman saya sendiri, saya pernah juga jumpa sistem autoresponder yang tak support fungsi HTML. Anda hanya boleh hantar emel dalam bentuk plain text semata-mata. Maksud plain text ni ialah hanya boleh hantar emel yang ada perkataan sahaja. Tak boleh masuk imej dan tak boleh nak ubah design.

 

Baiklah, In Shaa Allah, lain kali kita sambung lagi topik tentang pemasaran emel ini. Jika anda adalah pembeli ebook saya, Jurnal Pemasaran Emel, disitu saya juga ada sentuh tentang topik pemsaaran emel ini. Kalau yang dalam ebook tu, saya kongsikan bagaimana menggunakan kaedah emel marketing spesifik untuk tujuan buat duit dengan affiliate.

 

Terima kasih kerana membaca dan semoga ada manfaat.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Panduan Pemasaran Emel – Tips menghasilkan emel follow up kepada prospek
  2. 10 Tips Pemasaran Emel Untuk Blogger
  3. Sistem autoresponder PERCUMA bantu tingkatkan jualan perniagaan anda!
  4. Cara Buat Pemasaran Emel Yang Melampau!

Filed Under: Pemasaran Emel Tagged With: belajar pemasaran emel, pemasaran emel, sistem autoresponder

Comments

  1. Nana says

    August 7, 2015 at 2:42 pm

    info best tuan. banyak yg saya belajar psl autoresponder bila baca artikel ni. tkbb 🙂

    Reply
  2. hisyam hakim says

    August 8, 2015 at 4:35 am

    Terima kasih atas perkongsian tuan. Memang tak dinafikan lagi autoresponder ini ibarat tools yang wajib dimiliki oleh setiap peniaga online. Money=List. 🙂

    Reply
  3. lannawangsenik says

    May 2, 2016 at 1:47 pm

    Terbaek… Bagaimana pula cara menulis di autoresponder?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Cara mudah untuk jadi lebih kaya
  • Cara membina Unique Selling Proposition untuk Bisnes Homestay
  • Cara mencipta keunikan bagi bisnes homestay anda berbanding pesaing di pasaran
  • Apa sebab orang pergi travel?
  • Senarai 19 Jenis Pelaburan di Malaysia

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Go to mobile version