Jalan Pintas Kekayaan

by sabree hussin on July 26, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

Jalan Pintas Kekayaan – Rahsia Menjana Wang Yang Banyak Melalui Pemasaran Informasi.”

 

Kebiasaannya, sebelum saya nak menulis sebarang review tentang suatu buku yang saya pernah baca, saya akan buat carian dan kajian ringkas dilaman web google terlebih dahulu. Saya nak tengok, kalau-kalau sebelum ni ada penulis blog lain yang pernah tulis review untuk buku yang sama yang saya pernah baca.

 

Manalah tau kan, kalau-kalau saya ada terlepas baca beberapa poin atau mungkin ada mana-mana bahagian yang saya terlepas pandang, tetapi ada pembaca lain yang perasan benda tu. Jadi, jika saya temui sesuatu yang menarik, hasil daripada perkongsian penulis lain, tentang buku yang sama yang saya pernah baca, tetapi saya tak jumpa benda itu, atau tak perasan, maka bolehlah saya bukak balik buku tu dan baca semula muka surat atau topik yang dibincangkan.

 

Dalam kes buku berjudul Jalan Pintas Kekayaan tulisan Azizi Ali ni, saya terjumpa satu benda yang saya kira agak lain daripada yang lain. Apabila saya buat carian menggunakan tajuk buku ini, paparan berikut yang keluar di muka depan laman web google.

jadi-kaya-cepat

Ini hasil carian di mukasurat pertama. Sebahagian cara yang dibincangkan oleh penulis blog tersebut, boleh menimbulkan banyak persoalan. Contohnya, cara nak dapatkan kekayaan Putri Gunung? Beli nombor? Apa benda ni ha ha

 

Kita tinggal sejenak hal-hal yang tak berkaitan dengan skop perbincangan buku ini. Buku berjudul Jalan Pintas Kekayaan ini membincangkan satu kaedah untuk jana kekayaan dengan pantas dengan cara yang SAH dan tidak melanggar undang-undang negara serta patuh syariah ya. Ianya adalah dengan menceburi perniagaan pemasaran Informasi.

 

Azizi-Ali-Jalan-Pintas-Kekayaan

Ini dia cover buku yang saya maksudkan.

 

Saya difahamkan, untuk buku yang sama, ada dua cover buku yang berbeza. Jika tak salah saya, cover buku yang satu lagi tu adalah edisi terkini atau cetakan terkini.

 

Saya baca yang versi macam kat sebelah ni.

 

Buku ni diterbitkan oleh True Wealth. Harga adalah RM39.90 dan ianya mengandungi 177 muka surat sahaja. Buku ini turut dimuatkan dengan koleksi sesi temubual bersama dengan beberapa orang pakar, yang sememangnya bergiat aktif dalam perniagaan pemasaran informasi.

 

Jom kita tengok satu persatu-satu.

 

(1) Selamat Datang ke Dunia Pemasaran Informasi yang Menakjubkan

Ini merupakan bab pengenalan. Mungkin ini merupakan kali pertama anda mendengar tentang kewujudan bisnes ini. Perniagaan Pemasaran Informasi. Apa benda yang dijual sebenarnya?

 

Setiap hari, pengguna internet akan menggunakan servis yang disediakan oleh laman web carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat tertentu. Maklumat ini diperlukan sama ada bagi tujuan mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah, mahupun merawat penyakit. Pengguna internet memerlukan informasi yang spesifik bagi mencapai tujuan yang khusus.

buat-carian-di-google

Katakanlah, pengguna internet itu tadi ingin mengetahui cara-cara untuk menghasilkan pendapatan tambahan sebagai seorang pekerja sambilan, yang bekerja sebagai jurutaip, penulis artikel, data entry dan sebagainya. Kebetulan anda adalah seorang yang memang berpengalaman dalam bidang yang sama dan anda mempunyai maklumat yang diperlukan.

 

Dalam situasi ini, anda ada dua pilihan. Pilihan pertama, anda berkongsi maklumat yang anda ada secara percuma dengan menulis di laman blog atau berkongsi di facebook. Itu cara pertama. Anda membantu ramai orang mendapatkan maklumat yang berharga, namun di pihak anda, anda mungkin cuma dapat kepuasan kerana telah membantu orang ramai mendapatkan maklumat yang diperlukan.

 

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, anda juga mempunyai pilihan kedua, iatu anda mempakejkan maklumat tersebut, sama ada dalam bentuk ebook, rakaman video atau rakaman audio dan jualkan maklumat tersebut kepada mereka yang betul-betul serius mahukan informasi tersebut.

 

Inilah contoh yang ambil daripada situasi sebenar, dan produk yang saya maksudkan ialah Panduan Jobdirumah.

bekerja_dari_rumah

Dengan berbuat demikian, iaitu mempakejkan dalam bentuk yang mudah diakses oleh pengguna internet, anda bukan sahaja dapat membantu orang yang memerlukan maklumat yang lengkap dan padat, malahan dalam masa yang sama, anda juga dapat buat duit. Berapa banyak? Selagi mana maklumat tersebut diperlukan dan dicari-cari, selagi itu anda berpotensi untuk terus buat duit.

 

“… tetapi bukankah info-info ini sebenarnya boleh diperolehi secara PERCUMA sahaja di internet. Ada ke orang yang nak beli?”

Memang betul. Semakin berkembangnya teknologi, dan semakin berkembangnya ilmu pengetahuan, banyak informasi boleh diperolehi secara PERCUMA sahaja, itu pun jika anda tahu bagaimana cara untuk dapatkannya dan anda tahu dimana untuk dapatkan informasi tersebut secara percuma.

 

Semakin banyak informasi, makin susah untuk kita tapis mana satu informasi yang betul-betul berguna untuk kita. Jika ia tidak disaring, ia akan menyebabkan berlakunya satu situasi yang kita namakan sebagai information overload.

 

Nak dapatkan informasi itu satu perkara. Bila kita dah dapat kumpulkan semua informasi yang diperlukan, akan muncul pula tugasan seterusnya iaitu untuk membuat semakan informasi mana satu yang betul, mana satu yang salah. Mana satu yang berguna mana satu yang perlu diabaikan. Sudahnya kita terperangkap lama dalam proses menganalis informasi. Jalan pintasnya? Bukankah lebih mudah kalau kita terus dapatkan informasi yang kita mahukan terus dari sumber yang kita percaya mampu memberi informasi yang BETUL serta menepati situasi dan keadaan yang kita sedang berada sekarang.

 

Maka terwujudlah satu bentuk perniagaan baru, iaitu perniagaan pemasaran informasi.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Gobala Krishnan. Beliau merupakan pengasas laman web Ashadee (kini telah ditutup) dan Kreydle.

 

(2) Kelebihan Bisnes Pemasaran Informasi

“Saya nak buat bisnes pemasaran informasi. Tapi sebelum tu, boleh saya tahu apa kelebihannya?” Sebelum kita nak mulakan apa-apa bisnes, dah tentu kita perlu tahu terlebih dahulu apa kelebihan bisnes ni. Betul tak?

 

Menurut Azizi Ali, terdapat sekurang-kurangnya 9 kelebihan menjalankan perniagaan ini, iaitu

  1. Mudah dan cepat untuk dimulakan
  2. Kos pengendalian dan operasi yang murah
  3. Margin keuntungan yang tinggi
  4. Anda berkuasa penuh terhadap bisnes ini
  5. Anda berupaya untuk menghasilkan pendapatan berterusan
  6. Kalis kemelesatan ekonomi
  7. Boleh dibuat secara sambilan dan dari rumah
  8. Banyak kerja boleh diautomasi
  9. Ini merupakan satu bisnes yang menyeronokkan

 

Semua yang dinyatakan ini adalah BETUL dan saya sendiri dah merasai pengalamannya. Saya rasa, jika anda juga mempunyai informasi tentang perkara tertentu, dan informasi tersebut agak unik serta mempunyai nilai komersil, saya rasa anda juga patut ceburi perniagaan ini.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Sabri dan Syazwan selaku pengasas blog saifulsham.com. Blog ini merupakan blog tentang keusahawanan, namun sayangnya blog ini telah ditutup.

 

(3) 5 Kategori Produk Informasi

Bisnes pemasaran informasi sebenarnya telah wujud sejak bertahun-tahun dahulu. Sangat lama. Cuma pada waktu itu, bisnes ini tidaklah dinamakan sebagai bisnes pemasaran informasi. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja, istilah “pemasaran informasi” digunakan.

 

Apabila anda mengetahui tentang 5 kategori produk informasi ini, saya percaya anda juga sebenarnya pernah membeli salah satu daripada kategori yang dibincangkan. Kategori yang dimaksudkan oleh Azizi Ali ialah

  1. Produk kertas
  2. Produk Audio
  3. Video
  4. Produk Internet
  5. Lain-lain (seminar, kursus, bengkel dsb)

 

Saya percaya, anda pasti pernah beli buku. Apabila anda beli buku, adakah anda beli disebabkan anda mahukan buku tersebut, atau sebab anda mahukan informasi yang terkandung dalam buku itu? Jika anda beli sebab anda mahukan buku tersebut, dan anda dapati dakwat pada buku tersebut telah pudar dan semua tulisan atau grafik yang terdapat pada buku tersebut telah hilang, adakah anda masih akan menganggap buku tersebut adalah suatu yang bernilai?

 

Lazimnya, orang beli buku sebab mahukan kandungan ataupun informasi yang terkandung dalam buku tersebut. Jika informasi dalam buku tersebut telah hilang, maka buku tersebut juga hilang nilainya. Setiap informasi mempunyai kekuatan nilai yang berbeza. Ada informasi yang dilihat lebih bernilai berbanding informasi yang lain. Sebab itu ada buku yang dijual dengan harga yang mahal, dan ada juga buku yang dijual dengan harga yang murah.

 

Semuanya bergantung kepada informasi yang ditawarkan dalam buku tersebut.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Mohd Shuhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth. Beliau adalah pengasas bagi laman web Klikjer.

 

(4) Bagaimana Memulakan Bisnes Pemasaran Informasi

Setelah berkenalan dengan konsep bisnes pemasaran informasi, dan anda pun dah tahu apa dia kelebihan bisnes ni, pasti anda nak tahu macam mana nak mulakan perniagaan ini. Jadi dalam bab ini anda akan belajar macam mana cara nak bermula.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Eruwan Gerry Norsen. Beliau adalah seorang yang berpengalaman dalam berurusniaga menggunakan portal lelongan ebay dan juga lelong.com.my. Beliau juga ada menulis buku berjudul Usahawan Makan Gaji.

 

(5) Bagaimana Menarik Pembeli

Memang tak dinafikan, untuk menjalankan sesuatu perniagaan yang berjaya, kita perlu ada pembeli. Anda sudah mempunyai produk informasi anda sendiri untuk dijual, kini yang tinggal adalah proses untuk mendapatkan pembeli. Bagaimana caranya? Ianya diterangkan dalam bab ini.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Khairil Iszudin atau dikenali juga dengan nama Kidino.

 

(6) Membina Laman Web Yang Mengancam

Dalam bisnes ni perlu ke ada laman web? Kalau tak nak buat laman web boleh tak?

 

Memang boleh. Namun kenapa nak hadkan pendapatan anda kepada pelanggan-pelanggan yang anda boleh berinteraksi secara offline sahaja? Satu kelebihan bisnes informasi, jika anda mempakejkan informasi tersebut dalam bentuk digital misalnya, ialah anda boleh menjual kepada bakal pelanggan tak kira walau dimana mereka berada.

 

Satu cara untuk bakal pelanggan menemui anda dan tawaran anda adalah menerusi laman web anda. Anda mungkin tak dapat nak melayan semua bakal pelanggan anda, tetapi dengan adanya laman web yang mewakili diri anda, proses ini menjadi separa automatik.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Sunny Tan. Beliau berkecimpung dalam bisnes website flipping. Apa benda website flipping ni? Mudahnya, beliau bangunkan satu laman web, masukkan konten sama ada artikel, atau video, kemudian jual website tersebut. Ya, memang ada pasaran dan permintaan untuk aktiviti sebegini di pasaran antarabangsa.

 

(7) Menjadi Pakar

Ini adalah status kehormat yang sangat diidam-idamkan oleh pengamal bisnes pemasaran informasi. Salah satu sebabnya? Apabila anda mencapai status pakar, anda boleh mengenakan caj dan bayaran yang tinggi bagi perkhidmatan yang anda berikan.

 

The best part is, kita tak perlu ada PhD untuk jadi seorang pakar. Cukup sekadar kepakaran kita diperakui oleh kumpulan sasaran yang kita mahukan. Of course, kalau anda anda PhD dan pada masa yang sama, kepakaran anda diperakui oleh para pelanggan anda, itu lebih baik. Dalam bab ini, anda akan pelajari cara-cara untuk jadi pakar, atau dilihat dan perakui sebagai seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang anda.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Zamri Nanyan.

 

(8) Bagaimana Mengembangkan Bisnes Anda

Bisnes anda perlu berkembang, sekiranya anda inginkan pendapatan yang lebih lumayan daripada apa yang anda nikmati sekarang. Untuk memastikan bisnes anda berkembang, anda juga perlu berkembang.

 

Boleh jadi, anda patut pertimbangkan untuk wujudkan lebih banyak produk informasi di masa akan datang. Ataupun, jika anda tidak mahu tambah produk, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk wujudkan produk informasi dalam bentuk yang pelbagai. Produk yang sama dalam bentuk yang berbeza. Contohnya, informasi yang anda jual, selain dalam bentuk ebook, turut dijual dalam bentuk rakaman audio, rakaman video dan mungkin bengkel atau kursus. Produk yang sama, apabila dijual dalam bentuk yang berbeza, anda boleh kenakan harga yang berlainan juga.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Irwan Dahnil.

 

(9) Meninjau Produk Informasi Terpilih Dengan Lebih Mendalam

Dalam bab ini, anda akan didedahkan dengan lain-lain bentuk produk informasi yang anda boleh ceburi.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Zahrul Azua Kamaluddin. Beliau adalah penulis buku Rahsia Jurus Pemikat Jualan.

 

(10) Kesilapan Yang Sering Dilakukan

Buat silap. Semua orang pasti pernah buat silap. Jadi ia bukannya suatu yang pelik jika ianya dilakukan. Akan tetapi, jika anda baca bab ini, anda mungkin dapat jimatkan masa dan duit anda, dengan tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh pengamal bisnes ini. Kita belajar daripada orang-orang terdahulu supaya kita tak perlu ulang kesilapan yang sama.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Osman Affan. Beliau adalah seorang jurulatih profesional dalam bidang motivasi dan teknik belajar yang berkesan.

 

(11) Faktor Kritikal Kejayaan

Semua sekali ada 5 faktor kritikal. Anda patut tahu dan anda patut pastikan sepanjang perjalanan anda bergiat dalam bisnes pemasaran informasi ni, anda berikan perhatian yang lebih terhadap kelima-lima faktor kritikal ini. Lima faktor kritikal ini ialah fahami pasaran, bangunkan produk, bina database pelanggan, sentiasa uji promosi anda dan fleksibel.

 

Salah satu yang saya nak share adalah aspek pembinaan database pelanggan dan prospek. Rasanya benda ni pun selalu juga saya ulang-ulang dalam blog ini. Bina database pelanggan. Fokus pada pembinaan database pelanggan sebelum nak buat sebarang jualan. Jika pelanggan tersebut tak beli sekalipun, kita masih lagi untung sebab maklumat pelanggan tersebut sudah ada dalam simpanan pangkalan data kita.

autoresponder_emelmatik

Saya syorkan anda gunakan perisian autoresponder emelmatik untuk bina database pelanggan. Boleh dapatkan akaun free trial selama 365 hari. Klik sini untuk daftar percuma.

Bab ini ditutup dengan sesi temubual bersama Dr Christopher Lim.

 

(12) Kata-kata Akhir

Anda dah pun tahu dari A sampai Z tentang bisnes pemasaran informasi. Kini keputusan terletak di tangan anda. Nak buat atau tak nak buat?

.

..

Baiklah.

 

Saya tahu, sebahagian dari pembaca mungkin masih belum yakin untuk buat bisnes ni. Anda mungkin takut rugi, takut buang masa, takut gagal dan macam-macam lagi ketakutan yang bersarang dalam hati dan sanubari anda.

 

Hakikatnya, bisnes ini boleh dimulakan walaupun anda tidak mempunyai sebarang informasi yang boleh dijual, anda tidak mempunyai kemahiran teknikal yang baik, dan anda merasakan yang anda masih belum cukup ilmu.

 

Bagaimana nak buat?

 

Mudah sahaja. Sertai program affiliate. Saya syorkan anda berkenal-kenal dengan lebih rapat dengan selok-belok perniagaan pemasaran informasi dengan menjadi ejen affiliate. Anda boleh sertai Klikjer sebagai ejen affiliate. Komisen yang ditawarkan juga sangat tinggi, iaitu 70 peratus daripada harga jual produk.

 

Contohnya, jika anda mempromosikan produk berharga RM100 dan anda berjaya menghasilkan jualan, komisen anda adalah sebanyak RM70.

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dalam bidang pemasaran dan perniagaan produk informasi.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 15 comments… read them below or add one }

apdm July 26, 2016 at 7:27 pm

tak rugi jika baca buku keluaran dari Azizi Ali ni..berkenaan klikjer, masih tak ada rezeki dapat komisyen dari klikjer.

Reply

Hero Borneo July 27, 2016 at 6:16 am

buku yang amat menarik dan saya nak dapatkan buku ini jika ada kesempatan nanti..in sya Allah

Reply

Anuar July 27, 2016 at 12:39 pm

In Shaa Allah… Ada peluang nak jadi kaya dengan menjadi seorang usahawan internet…

Reply

Uncle Zuan July 27, 2016 at 11:07 pm

padu la entri ni..

azizi ali, financial sifu! terbaik dia ni.

Reply

Afif Rayyan July 28, 2016 at 2:20 am

Wow.. mesti best dan amat berharga ebook nie

Reply

sabree hussin July 28, 2016 at 10:28 am

Ni buku fizikal, bukannya ebook.

Reply

Raihanah July 28, 2016 at 9:25 am

bagus ebook ni. tapi sebenarnya memang tiada jalan pintas utk berjaya kan

Reply

sabree hussin July 28, 2016 at 11:34 am

La… apa pulak tak ada hehe. Azizi Ali siap dah tulis buku lagi yang mengajar macam mana nak lalu Jalan Pintas Menuju Kekayaan. Buku ini pun dinamakan dengan tajuk Jalan Pintas Kekayaan.

Maknanya jalan pintas itu memang ada. Dalam konteks buku ini adalah menerusi perniagaan pemasaran Informasi. Jika dibandingkan dengan lain-lain bentuk perniagaan, secara relatif, perniagaan dalam pemasaran informasi memberi jalan yang lebih cepat untuk buat duit.

Apa pun, silalah baca buku ni untuk lebih faham apa yang disampaikan oleh Azizi Ali ๐Ÿ˜€

Reply

Raihanah August 3, 2016 at 10:12 am

hihih ok nanti kita baca

Reply

nikkhazami July 29, 2016 at 12:59 pm

rugi plak kalau tak baca buku ni

Reply

ahmadyani July 30, 2016 at 7:08 am

Ada buku mengajar mencari kekayaan dengan tindakan. Ada yang melalui amalan. Sebaiknya kena gabungkan kedua-duanya. Tidak boleh amalkan satu sahaja dan melupakan yang lainya.

Reply

McYanni July 30, 2016 at 7:10 am

Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Cepat dapat, cepat pula hilangnya.

Reply

akubiomed July 31, 2016 at 11:39 pm

Kalau ikut acuan template kejayaan. Insyallah boleh berjaya.

Reply

Ikhwan August 2, 2016 at 2:35 am

Produk informasi memang mudah dijual ๐Ÿ™‚

Reply

Noriza Rahman August 2, 2016 at 10:04 am

Azizi Ali memang jutawan yang patut dicontohi oleh anak muda melayu sekarang

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: