Hutang dalam RM, cari pendapatan dalam USD

by sabree hussin on June 27, 2018

in kewangan

Hutang. Bab hutang ini adalah bab yang paling tak best.

 

Saya percaya, semua orang dah tahu, bila dah berhutang WAJIB bayar, walaupun si pemberi hutang itu tak membuat sebarang tuntutan.

 

Ya, dari masa ke masa, saya akan tulis tentang topik hutang dalam blog ini. Ini untuk mengingatkan diri saya sendiri, yang ada banyak hutang, dan perlu usaha dengan lebih gigih untuk selesaikan hutang-hutang tersebut, termasuklah hutang yang tak dituntut.

kad-kredit-bagus-ke

Zaman sekarang ni, memang cukup susah nak jumpa dengan orang yang tak ada hutang langsung. Walaupun orang yang pendapatannya puluhan ribu ringgit setiap bulan pun tetap ada hutang.

 

Mungkin individu tersebut, sengaja tak nak langsaikan terus semua hutangnya, supaya nampak setiap bulan ada tanggungan dan komitmen hutang dengan institusi kewangan. Apa yang saya faham, benda ni perlu untuk mengekalkan credit score yang baik dengan pihak bank.

 

Berhutang itu tak salah. Malahan, orang yang berhutang, at the first place, berbuat demikian untuk tujuan yang baik.

 

Misalnya, orang yang ambik hutang pendidikan PTPTN, berbuat demikian sebab nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kan mulia tu tujuannya.

Orang yang ambik hutang untuk beli rumah dan beli kereta, berbuat demikian untuk berikan kehidupan yang lebih baik kepada orang yang disayang.

Begitu juga orang yang ambik hutang kad kredit, bukan saja-saja nak buat hutang, tapi untuk kemudahan disaat kecemasan.

 

 

Berhutang tu tak ada masalah. Asalkan mampu bayar, dan masih lagi dalam ruang lingkup kemampuan individu tu sendiri. Ambillah hutang sampai berjuta-juta ringgit sekalipun, asalkan masih mampu untuk bayar balik, itu hak anda.

 

Dalam perkongsian ini, saya cuma nak cerita tentang bagaimana cara untuk habiskan hutang dengan kaedah yang lebih pantas dari biasa.

 

Tengok pada tajuk pun pasti anda dah boleh teka. Caranya adalah dengan cari income dalam matawang yang berbeza daripada matawang yang kita guna semasa nak berhutang tu. Kita pinjam duit dalam RM, tapi untuk bayar semula hutang-hutang tersebut, cuba dapatkan income dalam matawang USD.

 

Adakah benda ini mustahil?

 

Langsung tak mustahil dan tak pelik. Memang ada orang yang buat macam tu, untuk cepat-cepat langsaikan hutangnya. Saya ambil contoh, Encik Zul Ariffin ni.

 

(1) Bisnes online menerusi platform ebay

buat-bisnes-ebay

Dalam masa 3 minggu buat bisnes di ebay, menggunakan teknik dropship, beliau berjaya menyelesaikan masalah hutang kad kredit yang melebihi RM10,000.

 

Teknik dropship, bukanlah satu teknik yang baru. Bagi mereka yang dah biasa terlibat dalam bisnes ebay, kaedah dropship memang salah satu kaedah biasa yang digunakan. Inilah rahsia para usahawan ebay, menjual beratus-ratus item tanpa perlu simpan stok dan keluar modal.

 

Encik Zul ini juga adalah pengasas bagi teknik Ebay Intelligence dan kalau anda nak belajar teknik beliau, boleh terus ke laman web ini.

 

Kalau anda memang dah ada asas tentang teknik dropship, anda boleh terus buat sendiri. Cuma bila nak buat dropship ni, kena pandai cari supplier. Belajar dari En Zul, bukan sekadar nak ambil ilmu berniaga, pada masa sama, kita ambik juga senarai supplier yang boleh digunakan tanpa ragu-ragu.

 

Di laman web milik beliau, anda boleh lihat bukti-bukti pendapatan dari bisnes di ebay ini, yang kebanyakkannya adalah dalam matawang USD.

 

 

(2) Jadi ejen pemasaran melalui laman web clickbank

Laman web Clickbank lebih kurang sama macam laman web klikjer.

panduan-affiliate-clickbank

Kalau di klikjer, kita akan mempromosikan produk-produk keluaran usahawan digital tempatan. Tetapi, kalau clickbank, kita akan menceburi pasaran antarabangsa yang semestinya lebih luas.

 

Segala transaksi, juga dalam matawang USD. 

 

Ringkasnya, kalau nak buat duit menerusi clickbank ni, ini adalah langkah yang perlu anda lakukan.

  1. Join sebagai ejen affiliate
  2. Kenalpasti masalah atau permintaan terhadap sesuatu isu atau perkara
  3. Cari produk di clickbank yang boleh selesaikan masalah tersebut
  4. Dapatkan link affiliate
  5. Promosi

 

Kerja-kerja promosi ini, anda boleh pilih sama ada nak gunakan kaedah artikel, video, email, atau social media. Daripada banyak-banyak ini, mana satu teknik pemasaran paling berkesan untuk dapat duit dari Clickbank? 

 

Pada saya, setiap orang ada cara tersendiri. Orang yang pakar teknik video, akan kata pemasaran video paling bagus. Begitulah seterusnya.

 

Memandangkan saya pun tak pernah lagi tembusi pasaran global, walaupun dah banyak kali beli panduan buat duit dengan Clickbank, jadi saya rasa ada baiknya anda ke laman web ini jika nak belajar buat duit dalam matawang USD menerusi Clickbank.

 

Saya pernah cuba promosikan produk-produk clickbank sebelum ni, tapi disebabkan tak konsisten, sampai sekarang tak nampak hasilnya.

 

Tapi ini kaedah yang saya gunakan. Mungkin anda juga minat nak tiru.

 

(1) Article Marketing

Beli domain dan hosting yang berkaitan dengan masalah tertentu kemudian tulis artikel macam buat blog. Artikel saya tulis sendiri (dalam English) dan ada juga yang saya cuma spin menggunakan software article spinner. Artikel yang saya spin secara manual pun ada.

 

Kalau ada idea, saya tulis artikel sendiri, tapi kalau tak ada idea, saya ambik je artikel dari laman web ezine articles.

 

(2) Video marketing

Buat video guna software kemudian upload di Youtube, dan lain-lain laman web perkongsian video. Saya patah semangat buat teknik ni, sebab laptop yang saya guna ketika tu, tak cukup power untuk run software buat video.

 

Laptop saya jadi asyik crash dan hang. Akhirnya saya stop dan cari alternatif lain.

 

(3) Gabungan artikel dan video

Ini kalau ada duit lebih, anda boleh ke laman web seperti Fiverr dan mintak freelancer yang ada disitu untuk tuliskan artikel atau buatkan video untuk anda.

 

 

(3) Jadi freelancer dengan menjual kepakaran di laman web Fiverr

Siapa yang pernah join program Jobdirumah, pasti dah tak asing lagi dengan laman web Fiverr ini.

cara-buat-duit-di-fiverr

Anda boleh jual apa sahaja di laman web Fiverr. Maksud saya, anda boleh jual kemahiran anda disini. Sila ke laman web Fiverr di https://www.fiverr.com/ dan anda lihat sendiri contoh-contoh perkhidmatan yang dijual disitu.

 

Hanya sebagai contoh, dekat fiverr ada orang jual perkhidmatan

  1. Menulis artikel
  2. Design logo, ebook ecover, banner, t-shirt
  3. Pemasangan website
  4. Buat video
  5. Programming
  6. Khidmat penterjemahan

 

Ada macam-macam lagilah…

 

Urusan jual beli servis melalui fiverr ini juga dilakukan dalam USD. Kalau nak buat duit dalam USD, tanpa perlu bersusah payah nak pergi kerja dekat US sana tu, bolehlah jualkan kemahiran anda melalui laman web ini.

 

(4) Jadi ejen pemasaran untuk Lazada Malaysia

Sekiranya anda sertai team affiliate Lazada, anda juga akan dibayar komisen dalam USD. Ini contoh komisen affiliate Lazada.

Tapi nanti bila nak buat pembayaran ke akaun bank kita, Lazada akan convert siap-siap kepada matawang RM. Komisen yang saya tandakan dengan kotak warna merah tu, sebenarnya dalam USD ya. Nampak sikit, tapi bila convert kepada RM, jadi agak lumayan juga.

Baca lagi disini: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate Lazada

 

(5) Sertai program pengiklanan Google Adsense

Saya dah cerita tentang jual barang fizikal di ebay, promosikan produk-produk digital di Clickbank, kemudian jual kemahiran sebagai freelancer di fiverr, kali ini saya cerita tentang program pengiklanan pula.

 

Ada satu program yang ditawarkan oleh Google, yang diberi nama Google Adsense. Dalam program ini, peranan kita adalah sebagai penyiar iklan.

panduan-lengkap-google-adsense

Program ini sesuai disertai oleh mereka yang ada website/ blog sendiri ataupun ada Youtube Channel. Jika anda ada salah satu daripada yang saya sebutkan tu, anda dah layak untuk menyertai program pengiklanan ini.

 

Setelah pendapatan anda mencapai USD100, google akan terus bayar ke akaun bank anda. Tugas kita hanya perlu siarkan iklan-iklan dari Google di laman web kita, itu sahaja.

 

Ambik kod dari Google, masukkan dalam website kita, dan selepas itu, kita biarkan iklan tersebut berjalan dengan sendirinya. Pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak trafik yang masuk ke laman web anda. Kalau anda ada laman web yang tinggi trafik, maka income dari adsense juga akan lebih tinggi.

 

Senang macam ni, anda download panduan ini dan study.

 

Saya juga beli panduan adsense, untuk bagi betul-betul faham macam mana nak buat duit dari program ini. Kalau anda serius nak belajar teknik yang betul, silalah dapatkan panduan.

 

Kalau anda jenis yang tak kisah, tak payah beli panduan pun tak ada masalah. Sertai program ini, dapatkan kod iklan, letakkan dalam blog/website anda dan teruskan kerja-kerja penulisan macam biasa. Asalkan anda konsisten menulis, dan blog anda sentiasa dikunjungi oleh pelawat, anda pasti akan tetap dapat income dari adsense.

 

Cuma bila ada panduan ini, anda akan belajar perkara-perkara seperti

  1. Kedudukan iklan yang paling sesuai untuk dapatkan lebih banyak income
  2. Dekat mana nak dapatkan sumber artikel kalau tak ada masa nak menulis
  3. Iklan jenis apa yang berikan pendapatan paling banyak

 

Saya percaya, selepas anda menyertai program ini, anda boleh dapat jawapan-jawapan tersebut melalui pengalaman dan sharing dari peserta program yang lain. Google je dan anda akan dapat jawapannya.

 

Tapi kalau nak short cut? Beli je la panduan.

 

 

Ini bukan program buat duit SEGERA atau skim cepat kaya

Apa yang saya ceritakan dalam ini, adalah kaedah-kaedah yang anda boleh lakukan untuk jana pendapatan tambahan, sama ada secara fulltime atau part time.

 

Saya berani jamin, kalau anda buat salah satu daripada apa yang saya senaraikan disini, anda PASTI AKAN DAPAT BUAT DUIT. Cuma perkara yang saya tak boleh nak jamin ialah, berapa banyak, dan berapa cepat.

 

Saya ambil contoh diri saya sendiri. Melalui program adsense yang saya dah tahu sejak dari tahun 2009 lagi. Bila saya join dulu, saya tak pernah rasa duit tersebut. Lebih malang lagi, saya kena banned dan tak boleh siarkan iklan google di laman web kepunyaan saya.

 

Alasannya? Saya ada langgar terma dan syarat.

 

Hujung tahun 2017 yang lepas, saya join sekali lagi menggunakan nama orang lain. Tahun 2018 ini, baru saya dapat income USD100 yang pertama dari program google. Selepas 9 tahun! Baru saya dapat rasa income dari adsense.

 

Mudah-mudahan, percubaan kali ini, rezekinya akan bertahan lebih lama. In Shaa Allah.

 

Hari ini beli panduan, esok terus jana pendapatan?

Benda ini juga tak akan berlaku. Sebelum anda kecewa selepas beli panduan, saya terpaksa beritahu lebih awal. Kalau anda mengharapkan income yang pertama, terus muncul pada hari kedua anda beli panduan, tak kiralah apa panduan sekalipun, juga anda akan kecewa.

 

Panduan yang ada, hanya dapat tunjukkan kepada anda, apa langkah-langkah yang perlu dilakukan. Seterusnya? Anda sendiri yang perlu melangkah dan buat sesuatu. Lepas lalui semua tu, baru akan dapat hasilnya.

 

Saya sekarang, tengah kumpul pendapatan dalam USD melalui Lazada dengan Adsense. Yang lain-lain tu, nampaknya kurang menjadi. Tapi kalau anda nak cuba, apa salahnya. Mungkin anda akan lebih berjaya dari saya.

 

Wallahua’lam.

 

Saya doakan anda juga dapat cepat-cepat langsaikan hutang.

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

Rahimah Majid June 30, 2018 at 6:54 pm

Dah lama surrender ebay. Sekarang tengah cuba buat dropship kat aliexpress untuk duit extra. Dekat hotelcombine tu pun best gak sebab di bayar dalam USD walaupun sen sen je. Banyak kali jugak dah withdraw kat situ.

Reply

sabree hussin July 2, 2018 at 2:25 pm

Hotelcombine pun bagus program tu. Saya pernah rancang nak buat juga, cuma belum ada laman web yang sesuai untuk jalankan program tersebut. Apa pun thanks berkongsi.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: