Kita telah berada di tahun 2017 sekarang ni. Sudahkah anda mulakan inisiatif untuk jalankan perniagaan anda sendiri pada hari ini?
“Saya memang nak mulakan bisnes saya sendiri. Tapi masalahnya saya tak tau nak buat bisnes apa. Memang tak ada idea nak buat bisnes apa yang boleh tingkatkan ekonomi keluarga saya…
Baiklah, baiklah… Saya faham. Anda ada masalah. Bukan mudah nak terus berbisnes, kalau masih belum ada idea, nak mulakan bisnes apa dan bagaimana. Saya pun tak plan nak bagi anda jadi lebih serabut. Oleh itu, saya akan kongsikan pada anda beberapa bisnes yang anda boleh mulakan dari dapur rumah anda pada hari ini juga.
Kena mula hari ni jugak ke? Eh terpulanglah. Saya sebut “boleh mula dari dapur rumah anda hari ini juga” sebab ia memang boleh dimulakan sekarang juga. Sama ada anda nak buat atau tidak, itu terpulanglah pada anda.
(1) Bisnes jual burger dari rumah
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya perasan, salah satu menu dinner yang saya kerap dapat ialah burger.
Kalau cerita tentang bisnes burger, biasanya yang saya dengar adalah buka stall burger kat tepi jalan ataupun bukak restoran jual burger. Tapi kalau konsep jual burger dari rumah? Nampaknya macam agak jarang dibincangkan. [Muat turun panduan bisnes burger RM5,000 sebulan]
Bila tengok burger yang saya dapat ni, saya teringat pula dengan konsep bisnes nasi bajet yang pernah viral sebelum ni. Menu untuk nasi bajet sangatlah ringkas. Ada nasi (of course), ayam atau daging, sayur dan air sirap.
Kita tukarkan sahaja menu nasi dengan menu burger. Buat dengan cara yang lebih proper. Ada burger, ada kentang goreng, kentang putar dan sayur-sayur sikit. Kemudian masukkan dalam bekas plastik yang jenis microwave safe.
Untuk bekas plastik macam kat atas ni, anda boleh semak harga disini. Jika anda pergi ke kedai borong, anda mungkin boleh dapat harga yang lebih murah.
Burger pun ada peminatnya. Rasa-rasa minat tak nak buat bisnes ni?
(2) Bisnes jual kek, muffin, bahulu dan roti dari rumah
Bisnes ni pun boleh mula dari rumah. Kebiasaannya untuk para suri rumah, mereka memang dah mempunyai peralatan untuk buat kek ataupun lain-lain produk bakeri yang sedap.
Antara peralatan yang perlu ada, ialah seperti
i. Mesin pengadun atau mixer
Untuk peringkat permulaan bisnes bakeri anda, boleh guna sahaja mesin pengadun jenis tangan atau hand-mixer. Mesin pengadun jenis ini memang sesuai digunakan kalau nak buat satu atau dua adunan kek sahaja dalam satu-satu masa. Biasanya diperingkat permulaan, kita memang belum ada banyak pelanggan jadi boleh guna apa yang memang sedia ada.
Kalau nak beli baru, boleh semak harga mesin pengadun di sini. Apabila bisnes anda sudah mula dikenali dan jumlah tempahan yang diterima juga makin bertambah, mungkin pada waktu tu anda boleh pertimbangkan untuk upgrade mesin pengadun yang anda gunakan kepada saiz yang lebih besar untuk buat kek.
ii. Ketuhar Elektrik atau Oven
Untuk menghasilkan kualiti kek yang cantik dan gebu, ia juga berkait rapat dengan faktor kualiti ketuhar elektrik yang digunakan. Adalah disarankan untuk anda guna ketuhar elektrik jenis besar kerana ia mempunyai fungsi api atas dan bawah. Anda boleh klik sini untuk lihat model oven yang paling murah.
Perlu diingatkan, ketuhar gelombang micro (Microwave) adalah tidak sesuai digunakan untuk tujuan buat kek.
iii. Alat penimbang
Boleh guna jenis yang digital atau penimbang jarum. Kalau nak keputusan yang lebih jitu, disarankan guna jenis yang digital.
Ada banyak alat penimbang jenis digital macam yang anda dilihat pada gambar diatas ni dijual dengan harga sekitar RM25 – RM40. Boleh lihat disini kalau anda masih belum ada alat penimbang seperti ini.
iv. Tin pembakar dan acuan kek
Setengah orang panggil benda ni sebagai loyang. Agak jarang untuk suri rumah sepenuh masa tak ada benda ni, sebab benda ni salah satu barangan dapur yang banyak kegunaan.
v. Pelbagai mangkuk dan senduk
Benda ni saya pasti semua orang memang ada.
vi. Sudu dan cawan penyukat
Benda ni kalau tak ada, boleh beli sama ada di pasaraya atau kedai-kedai yang menjual peralatan buat kek. Kalau nak beli online pun boleh. Boleh pilih nak jenis yang macam mana kat sini. Harganya dalam sekitar RM10 – RM20 sahaja.
(3) Bisnes jual ais krim
Di peringkat permulaan, bisnes ini juga boleh dimulakan dari rumah sahaja. Kalau anda nak mula dari rumah, anda boleh target jiran-jiran yang ada disekeliling anda untuk jadi pelanggan.
Mula-mula kena invest dulu. Bagi jiran-jiran rasa ais krim ciptaan anda secara percuma sahaja. Kemudian baru mula jual.
Kalau nak sasarkan pendapatan yang lebih besar, anda boleh rancang untuk jual ais krim semasa kenduri kahwin ataupun semasa ada program besar macam karnival, ekspo atau perhimpunan Bersih misalnya.
Berapa harga mesin untuk buat ais krim? Ini antara soalan yang kerap ditanyakan oleh mereka yang baru nak mula. Saya ada jumpa mesin buat ais krim yang harganya dijual sekitar RM1,900 – RM2,000. Anda boleh semak harga disini.
Kalau anda nak tau, lain-lain jenis mesin buat ais krim yang biasa digunakan oleh para usahawan ais krim, boleh dapatkan maklumat kat sini.
Untuk anda yang bakal memulakan bisnes sendiri tu, saya doakan semoga anda berjaya!
Ahmad says
bisnis jual burger dari rumah sepertinya menjanjikan untuk tahun 2017 ini , karena sekarang banyak peminat dari burger ini. ini bisa dilakukan secara online dgn memanfaatkan media sosial
sabree hussin says
Betul tu, ramai peminat burger. Kalau sedap lagi ramai yang akan order
Anuar says
Zaman sekarang ni ada banyak peluang sebenarnya untuk buat bisnes dari rumah… Tinggal nak atau tak nak sahaja..
sabree hussin says
Ya memang betul. Contohnya macam tiga bisnes ni boleh dimulakan dari dapur rumah je
raihanah says
teringin gak nak baking sebab minat baking. tapi risau juga tak sempat sbb bz dgn shaklee.
sabree hussin says
Macam tu boleh tunggu bisnes Shaklee tu boleh berjalan sendiri. Nanti time tu mesti dah tak bizi sangat
imnajmi says
Burger jual depan umah paling senang dan paling byk skali org buat, tambah2 umah dia lokasi dekat jalan orang lalu lalang… 2 in 1, sapa nak order, tekan loceng atau panggil ka.. dari ruang tamu tengok tv boleh mai masak hehe
sabree hussin says
Dulu aku pun buat macam ni jugak 😀
Peralatan memasak semua dah stand by. Time tak ada orang, buat kerja lain dulu. Bila ada orang nak burger, baru keluar pi buat.
onlajer says
Best juga kalau dapat istiqomah buat bisnes ini.. Lagi – lagi jika masih lagi muda belia
sabree hussin says
Buat bisnes ni memang syok. Dapatlah rasa jatuh bangun dalam bidang ni