UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

22 Idea bisnes yang boleh dijalankan hanya dari rumah dengan modal rendah

February 26, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Siapa kata kita tak boleh nak mulakan bisnes hanya dari rumah?

 

Sudah tentu kita boleh berbisnes dari rumah. Kita cuma perlu tahu, apakah jenis bisnes yang ingin kita jalankan. Terdapat banyak pilihan bisnes yang kita boleh pilih, dan dalam perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan 20 idea bisnes yang anda boleh jalankan hanya dari rumah.

 

Kesemua idea bisnes ini tak memerlukan anda mempunyai modal yang besar. Namun percayalah, ianya mempunyai potensi untuk memberikan anda pendapatan yang lumayan. Tanpa buang lebih banyak masa, mari kita lihat apa dia 20 bisnes yang boleh dimulakan hanya dari rumah tersebut.

 

(1) Blogging

Blogging adalah salah satu aktiviti kegemaran saya. Saya pun banyak menulis tentang blogging dalam blog ini.

 

Setengah orang menulis blog untuk suka-suka atau sekadar untuk memenuhi masa terluang. Tapi bagi saya, fungsi dan potensi blog adalah lebih lagi. Bagi mereka yang ingin menghasilkan pendapatan sampingan ataupun pendapatan utama melalui blog, anda patut cuba beberapa kaedah yang saya pernah bincangkan sebelum ini.

Baca disini: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar

panduan-blog

Anda boleh menganggap yang menulis blog ini hanya untuk suka-suka, atau anda boleh pilih untuk jadi lebih serius dan melihat aktiviti penulisan blog itu sebagai satu cabang bisnes. Apabila anda anggap blog itu suatu perkara yang serius, saya percaya pada waktu itu anda juga bakal memperolehi pendapatan yang baik menerusi blog anda.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes dari rumah, contoh bisnes dari rumah, perniagaan dari rumah, senarai idea bisnes dari rumah

10 Cabaran anda perlu hadapi apabila membuka bisnes kedai kek anda sendiri

February 10, 2019 by sabree hussin 1 Comment

Semua orang pasti pernah melalui satu fasa, dimana dia bercita-cita untuk menjadi bos kepada dirinya sendiri (be your own boss). Untuk jadi bos, sudah tentu kena ada bisnes sendiri terlebih dahulu.

 

Ada pelbagai jenis bisnes yang boleh kita jalankan di Malaysia. Sama ada nak mulakan perniagaan tersebut secara online ataupun nak terus buka kedai fizikal, segalanya terpulang kepada usahawan itu sendiri.

 

Bagi usahawan yang telah menjalankan bisnes bakeri secara online, dan beroperasi hanya dari rumah, mungkin pernah ada timbul keinginan untuk memiliki kedai kek sendiri. Seolah-olah memiliki kedai kek, dapat menambah prestij dan meningkatkan imej perniagaan anda.

bisnes-kek-dari-rumah

Sekiranya imej dan prestij itu dapat membantu melonjakkan bisnes bakeri yang anda jalankan, saya kira itu adalah satu strategi yang bagus. Namun, anda perlu tahu bahawa mempunyai kedai fizikal, bukanlah satu perkara yang mudah.

 

Ada banyak cabaran yang perlu anda hadapi, dan sebahagian dari cabaran tersebut mungkin akan melemahkan anda dan membuatkan anda rasa ingin tutup sahaja kedai kek yang anda usahakan.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes bakeri dari rumah, bisnes dari rumah, bisnes kedai kek, bisnes kek, bisnes roti dari rumah, perniagaan kek, tempah kek hari jadi alor setar, tempah kek kahwin alor setar

Pengalaman menjalankan bisnes bakeri dari rumah selama 3 tahun

January 29, 2019 by sabree hussin 1 Comment

Selama 3 tahun mengusahakan bisnes makanan dari rumah, khususnya bisnes kek dan roti pasti ada cerita pahit manis yang telah dilalui.

 

Ada kalanya pernah juga rasa nak berhenti buat bisnes kek dari rumah ini, tapi ada ketikanya apabila terkenang senyuman para pelanggan yang berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan, rasa kembali bersemangat untuk teruskan berusaha.

 

Jika anda minat nak tahu, jenis-jenis kek dan produk yang saya jual, saya ada cerita dibahagian akhir artikel ini. Sekiranya anda minat nak membuat tempahan atau ingin dapatkan khidmat dari saya, juga saya ada nyatakan bagaimana cara untuk dapatkannya ya.

tempahan-kek-hari-lahir

Dalam perkongsian ini, saya ingin fokus kepada berkongsi kisah dan serba sedikit pengalaman yang telah saya lalui apabila menjalankan bisnes bakeri dari rumah. Manalah tahu, ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ini, yang ada cita-cita nak buat bisnes ni nanti boleh belajar satu dua perkara dari pengalaman saya nanti.

 

Jom kita baca.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes bakeri dari rumah, bisnes dari rumah, bisnes kek, bisnes roti dari rumah, tempah kek hari jadi alor setar, tempah kek kahwin alor setar

Bisnes bakeri memang menguntungkan bagi mereka yang bijak mengambil peluang

December 12, 2018 by sabree hussin Leave a Comment

Adakah anda setuju jika saya katakan yang bisnes bakeri adalah bisnes jenis bermusim?

 

Kebiasaannya apabila menjelang musim perayaan atau musim cuti sekolah baru lah permintaan untuk produk bakeri meningkat.

 

Mungkin ada yang masih lagi tak berapa jelas apakah dia contoh-contoh produk bakeri? Produk bakeri adalah seperti muffin, kek, brownies, cupcake, roti, kuih dan sebagainya. Ada banyak lagi contoh produk bakeri yang anda boleh ketahui di sini.

cara-buat-muffin

Apa kaitan antara permintaan terhadap produk bakeri dengan musim cuti sekolah?

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes bakeri, bisnes bakeri dari rumah, bisnes dari rumah, produk bakeri

12 Perkara perlu dipertimbangkan sebelum memulakan sebarang bisnes dari rumah

November 11, 2017 by sabree hussin 4 Comments

Mempunyai bisnes dari rumah yang menguntungkan sememangnya menjadi idaman ramai usahawan!

 

Tak perlu susah payah nak cari lokasi yang strategik, tak perlu dapatkan premis perniagaan, tak perlu keluarkan belanja yang mahal untuk renovate dan dekorasi kedai… wah ini satu berita yang sangat baik.

 

Namun, adakah semua bisnes dari rumah yang dijalankan oleh usahawan online berjaya memberi pulangan dan keuntungan kepada pemiliknya?

jadi-pengguna-bijak

Serupa dengan lain-lain perniagaan yang ada diluar sana. Ada yang berjaya, ada yang tak berapa berjaya, ada yang cuma cukup-cukup makan, dan tak kurang juga, ada yang gagal.

 

Perkongsian ini akan membawa anda untuk mempertimbangkan beberapa perkara penting, sebelum anda terus terjun dalam bidang perniagaan ini. Walaupun bisnes dari rumah secara online nampak mudah, dan ia seperti boleh dilakukan oleh semua orang, hakikatnya ramai yang gagal dalam bidang ini.

 

Jadi tak perlu pelik kalau anda tak berapa berjaya dalam bisnes ini.

 

“Kenapa orang lain buat bisnes online boleh berjaya, aku buat bisnes online, tak ada siapa yang nak beli dari aku..?”

 

Orang yang cukup lama dalam bidang ini, pasti pernah terlintas dalam fikiran mengenai persoalan ini. Ya, orang lain berjaya, kita pulak masih tak kemana. Sakit hati kan.

[Read more…]

Filed Under: Bekerja dari rumah Tagged With: bisnes dari rumah, bisnes online dari rumah, menjalankan perniagaan dari rumah, panduan bisnes online dari rumah, perniagaan dari rumah, perniagaan online dari rumah yang berjaya

Idea untuk menjalankan perniagaan yang MUDAH dan MENGUNTUNGKAN

February 27, 2017 by sabree hussin 6 Comments

“Boleh tak cadangkan pada saya, apa-apa contoh perniagaan yang mudah dan menguntungkan?”

 

Orang kita memang macam ni. Pertama, kalau nak berniaga, mesti nak pilih perniagaan yang mudah-mudah sahaja. Kedua, dah la nak perniagaan yang mudah je, lepas tu nak yang menguntungkan.

perniagaan-mudah-dan-menguntungkan

Kalau boleh cuma nak goyang kaki je lepas tu duit masuk sendiri.

 

Wujud ke perniagaan yang mudah dan menguntungkan ni? …dan kalau betul wujud perniagaan seumpama ini, apa pulak contoh perniagaan yang tergolong dalam dua kategori tersebut?

 

Disebabkan terlalu mengejar pendapatan yang mudah, ramai orang kita yang tertipu dan akhirnya terjebak dalam skim-skim cepat kaya. Tiada skim cepat kaya yang mengaku dirinya adalah skim cepat kaya. Hanya dengan ilmu, kita dapat bezakan dan dapat menghidu sama ada sesuatu skim atau program itu bermasalah atau sebaliknya.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes dari rumah, bisnes yang menguntungkan, bisnes yang mudah dilakukan, bisnes yang senang, perniagaan yang mudah

SifuFBads High Impact Newbie E-video Step by step ON9 Marketing for newbie

February 25, 2017 by sabree hussin 4 Comments

Jika SifuFBads Kongsikan Step by Step “High Impact Formula For Newbie” Bagaimana Generates $ales Dari Internet, Adakah Anda Berminat Ketahuinya?

 

Sifu tengah tanya tu, minat ke tak nak belajar cara-cara untuk generate sales dari internet? Orang yang memang kerjanya dalam bidang jualan, pasti boleh belajar beberapa perkara daripada produk terbaru keluaran SifuFBads ni.

sifufbads-high-impact-newbie

Panduan ini adalah dalam bentuk video, dan ianya PERCUMA sahaja. Benda-benda percuma ni, memang saya suka. Anggaplah benda ni macam rezeki. Bila dah namanya rezeki, tak kan nak tolak pulak?

 

Boleh tonton secara percuma disini ataupun boleh juga kalau nak muat turun dan tengok secara offline pada bila-bila masa. Anda ada dua pilihan, tengok secara online ataupun download dan tengok kemudian. Ikutlah mana-mana satu yang sesuai.

 

Video ini akan diberikan secara bersiri kepada anda. Mula-mula akan dapat video yang pertama dulu. Lepas dah tengok video tu, baru video seterusnya akan menyusul.

 

Konsep pembelajaran dia lebih kurang sama macam proses penurunan wahyu. Ia diberikan secara berperingkat-peringkat supaya ilmu tersebut mudah untuk dihadam dan anda juga akan ada masa untuk bertindak seperti yang diajarkan dalam video tersebut.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bisnes dari rumah, cara naikkan jualan, kerja dari rumah, panduan ayat power, panduan naikkan jualan, sifufbads

Bisnes yang boleh dimulakan dari dapur rumah anda

January 3, 2017 by sabree hussin 10 Comments

Kita telah berada di tahun 2017 sekarang ni. Sudahkah anda mulakan inisiatif untuk jalankan perniagaan anda sendiri pada hari ini?

 

“Saya memang nak mulakan bisnes saya sendiri. Tapi masalahnya saya tak tau nak buat bisnes apa. Memang tak ada idea nak buat bisnes apa yang boleh tingkatkan ekonomi keluarga saya…

 

Baiklah, baiklah… Saya faham. Anda ada masalah. Bukan mudah nak terus berbisnes, kalau masih belum ada idea, nak mulakan bisnes apa dan bagaimana. Saya pun tak plan nak bagi anda jadi lebih serabut. Oleh itu, saya akan kongsikan pada anda beberapa bisnes yang anda boleh mulakan dari dapur rumah anda pada hari ini juga.

 

Kena mula hari ni jugak ke? Eh terpulanglah. Saya sebut “boleh mula dari dapur rumah anda hari ini juga” sebab ia memang boleh dimulakan sekarang juga. Sama ada anda nak buat atau tidak, itu terpulanglah pada anda.

 

(1) Bisnes jual burger dari rumah

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya perasan, salah satu menu dinner yang saya kerap dapat ialah burger.

burger-bisnes-burger-coleslow-kentang-putar

Kalau cerita tentang bisnes burger, biasanya yang saya dengar adalah buka stall burger kat tepi jalan ataupun bukak restoran jual burger. Tapi kalau konsep jual burger dari rumah? Nampaknya macam agak jarang dibincangkan. [Muat turun panduan bisnes burger RM5,000 sebulan]

 

Bila tengok burger yang saya dapat ni, saya teringat pula dengan konsep bisnes nasi bajet yang pernah viral sebelum ni. Menu untuk nasi bajet sangatlah ringkas. Ada nasi (of course), ayam atau daging, sayur dan air sirap.

 

Kita tukarkan sahaja menu nasi dengan menu burger. Buat dengan cara yang lebih proper. Ada burger, ada kentang goreng, kentang putar dan sayur-sayur sikit. Kemudian masukkan dalam bekas plastik yang jenis microwave safe.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes dari dapur, bisnes dari rumah

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in